-

Monday 7 January 2013

Sesi Latihan Karate 2013

Mukhriz join Karate di Sekolah tahun lepas lagi. Beberapa bulan tergendala latihan Karate ini selepas pulangannya adik Mukhriz iaitu Arwah Feqah Insyirah ke Rahmatullah May 2012. Tergendala disebabkan tiada lagi adik yang menemannya ke Latihan Karate itu. Kebiasaanya arwah Feqah Insyirah lah yang akan meneman Mukhriz sampai habis latihan sebab arwah Feqah suka tengok latihan Karate yang diadakan. Dan arwah Feqah Insyirah pernah berkata "nanti, Feqah tahun 1, Feqah pun nak masuk Karate".


Tahun ini harap2 tiada alasan lagi untuk tidak ke Latihan Karate kerana Mukhriz telah dapat menyesuaikan diri walaupun tiada arwah adiknya yang teman. Maka Sabtu 5 Jan 2013 jam 5 petang Mukhriz telah mula ke latihan Karate. 

Latihan Karate untuk sesi 2013 bermula  5 jan 2013. Jam 5.00 -6.30 petang. Berbeza dengan tahun lepas dimana latihan diadakan waktu pagi. Bayaran bulanan juga bertambah untuk tahun ini dimana tahun lepas cuma RM35 sahaja tapi tahun ini RM40
Setiap kali ke Karate mesti jurulatih yang akan pakaikan tali pinggang sebab Mukhriz masih tidak boleh mengikat dengan betul

Hanya 2 pertukaran tali pinggang Karate yang mampu Mukhriz lakukan untuk sesi 2012  sedangkan kawan2 dah 4 tali pinggang. Ini disebabkan tergendalanya Latihan Karate yang  Mukhriz hadiri.

No comments:

Post a Comment