-

Thursday 28 November 2013

Sampai Sudah Di Kampung Halaman



Alhamdulillah, sampai sudah di kampung halaman. Waktu berjumpa suami, anak2 dan ahli keluarga di kampung halaman.

Tak sabar rasa hati untuk menunngu esok pagi, mama terlalu rindu kamu nak, mama akan menziarahi pusara mu esok anakku arwah Feqah Insyirah. Tunggu mama ya. Moga esok pagi  tidak hujan kerana ingin menziarahi pusaramu duhai anakku.

HappY BirthdaY untuk SiDia


Hari ini bertambah setahun lagi usiamu. Happy Bithday buatmu yang bergelar suami. Moga diusia ini, dapat meniti hari-hari mendatang menuju jalan yang diRedhai Illahi. 

Tahun ini, hanya mampu untuk ucapkan"Happy Birthay" melalui sms. Ini kerana saya  berjauhan dengan dia dan anak-anak sudah beberapa hari. Berjauhan jarak antara bandar dan kampung. Semua sudah berada di kampung TAPI saya masih di ofis melaksanakan tugas yang perlu diselesaikan.




Walaupun begitu, impian yang sekian lama dirimu angan-angan akhirnya tertunai juga. Impian memiliki hadiah tersebut telah lama diimpikan sejak berbelas-belas tahun yang lalu. Kini, impian itu menjadi kenyataan. Moga gembira menerima hadiah itu. Gigil tangan ini membayarnya, terasa betulkah amount tu yang perlu dibayar kerana barang itu adalah New Arrival & Limited Edition. Hampir bertahun-tahun, mengumpulnya, akhirnya mampu juga merealisasikan impian tersebut sebelum hari lahirmu.

Wednesday 27 November 2013

Wordless WednesdaY -Tonton Ender's Game @ GSC Paradigm Mall


Ahad lepas, kami ke GSC Paradigm Mall menonton movie "Ender's Game". Best citernya. Kalau tengok 3D lagi best. Tapi kami cuma tonton 2D sahaja. Apapun citer ini sangat menarik.

Makan2 @ Fish & Co, Paradigm Mall

Sempena birthday Along yang ke 12, kami ke Fish & CO @ Paradigm Mall untuk menjamu selera. Kami ke Fish & CO sebelum birthday Along kerana Mukhriz balik kampung pada 16 Nov.


Menu Fish & Co. Besar betul buku menunya. Menarik dan senang nak baca dan order

Hidangan makanan akan diletakkan atas alas ikan ini.

Tisu, garpu & sudu

Saya memilih menu yang sama dengan Along.

Menu ini ialah Italian Fish & Chip harganya RM16++. Along Add On Rice yang berwarna oren itu. Hidangan ini tiada air.

Saya dan Along pilih soup of the day + soft drink harganya cuma RM7++. Jika beli air dah RM5++. Jimat jika order soup of the day + soft drink.

Mukhriz dan papanya memilih menu yang sama iaitu Seafood Platter, harganya RM28++.

Inilah hidangan kami sekeluarga. Soup of the day dah habis kami ngap sebelum hidangan ini sampai. Tu pun dah penuh meja rasanya. Order Red Velvet Fusion Cake RM7++. Tapi kami kekenyangan tapau kek tersebut balik rumah. Memang sedap kek itu.

Mukhriz dan papanya share air Chocolate XXXtasy. Rasa air yang best.

Setelah bayaran dibuat. Diberikan resit dan gula2 ini sebagai pencuci mulut. Memang sedap makan disini. Next time boleh datang lagi.

Monday 25 November 2013

Buat MyKad / Kad Pengenalan Anak

 

Along dah 12 tahun, along perlu buat kad pengenalan untuk identiti diri. Kami membuat keputusan untuk ke pejabat pendaftaran pada hari minggu iaitu hari ahad. Klik disini untuk mengetahui waktu2 urusan di pejabat pendaftaran.



Kami sampai di Plaza Massalam, Shah Alam jam 12.30. Alhamdulilah, tak ramai orang. Sila dapatkan borang permohonan kad pengenalan di kaunter pertanyaan. Dan isi betul2 ya.
 

Bila nombor 4158 di panggil. Saya dan Along ke kaunter. Borang yang diisi diteliti dan di key in. Kemudian anak dan ibu perlu cop tangan di tempat yang disediakan. 

Kemudian sila tungggu giliran untuk ambil gambar. Kejap sahaja kami berurusan. Alhamdulilah, kejap sahaja proses membuat kad pengenalan. Memandangkan pejabat tutup pukul 1.00 tengahari. MAka kami perlu datang mengambil kad pengenalan pada hari isnin. Masa ambil kad tersebut tidak perlu bawa anak. Boleh sesapa sahaja datang ambil dengan syarat ada resit pengambilan kad tersebut. Bagi kami, itu tidak menjadi masalah kerana En.H sentiasa ada urusan di sekitar Plaza Masalam.

Friday 22 November 2013

Genap 12 Tahun


Hari ini genap 12 tahun usia Hisyraf atau dikenali dengan panggilan Along. Dan hari ini juga genap 12 tahun saya menjadi seorang ibu. Syukur pada Yang Maha Esa atas pemberian ini. Begitu indahnya perasaan seorang wanita yang bergelar ibu.

Duhai anakku Hisyraf;
Hadirmu memberi kebahagian
Hadirmu mengajar erti kesabaran
Hadirmu memberi pengertian yang indah

Kasih sayang mama & papa tidak terbilang untukmu. Mama & papa akan cuba lakukan yang terbaik untuk mendidikmu. Ya Allah berikan petunjuk ke jalan yang diredhai untuk anakku ini.

Wednesday 20 November 2013

Wordless WednesdaY - Kejar Dateline


google image


Jumaat ini saya perlu menyiapkan kerja2 yang diamanahkan. Masa yang diberikan selama 2 minggu. Macam2 perasan terselit dihati. Datang awal2 pagi dan pulang agak lewat. Penat tak sah citer sebab dah lama tak kejar dateline. TAPI saya happy dengan tugasan baru ini. Ya Allah, permudahkan urusanku.

Tuesday 19 November 2013

Bila Cuti Sekolah Hujung Tahun


Bila tiba cuti sekolah hujung tahun, anak2 saya akan berada di kampung halaman. Mereka tak mahu ke taska/nursery. Kata mereka sangat2 membosankan bila berada di taska/nursery masa cuti sekolah. Ini kerana kawan2 di taska/nursery ramai dan bising.

Sabtu lepas, adik saya mahu pulang ke kampung. Maka, Mukhriz pulang bersama pakciknya dengan penerbangan pertama Firefly pada sabtu lepas. Atuk dan nenek menunggu kepulangan cucu yang akan menghiburkan mereka nanti.



Hanya Mukhriz saya yang pulang ke kampung buat masa ini. Along masih berada di KL kerana perlu membuat pendaftaran untuk Sekolah Menengah dan perlu membuat kad pengenalan. Along dah kesunyian tak de ada. Along asyik bertanya "bila Along boleh balik kampung". Sabar ya nak, selesai urusan Along nanti, kita pulang ke kampung. MAka terpaksalah Along ikut papa ke ofis setiap hari sementara menunggu hari pulang ke kampung halaman. Beginilah, perasaan saya setiap kali tiba cuti sekolah hujung tahun. Terpaksa berpisah dengan anak2 kerana anak2 tidak mahu ke taska/nursery.


Wednesday 13 November 2013

Wordless WednesdaY -Tonton THOR The Dark World @ GSC Midvalley

Tonton THOR The Dark World  @ GSC Midvalley

Sabtu lepas ke GSC Midvalley untuk menonton movie THOR The Dark World. Lepas maghrib bertolak dari rumah ke Midvalley.Last minute punya plan, dapat tonton THOR The Dark World jam 7.50 malam.  Cerita yang best.

Tuesday 12 November 2013

KARATE : Ujian Penukaran Tali Pinggang (Brown 3 ke Brown 2)


Ahad lepas ke Komplex Sukan Rakan Muda Puchong untuk ujian penukaran tali pinggang karate Brown 3 ke Brown 2.




Bayaran yang dikenakan  untuk ujian penukaran tali pinggang kali ini ialah RM191. Tinggal 1 lagi penukaran tali pinggang untuk melayakkan Mukhriz mendapat BLACK Belt KARATE.


Kali ini hanya Mukhriz yang hadir mewakilik sekolah untuk penukaran tali pinggang Brown 3 ke 2. Agak berdebar2 juga Mukhriz kali ini kerana keseorangan untuk Brown Belt.



Pergerakan Karate semakin susah dan perlu fokus betul2 untuk mendengar arahan.



Tersenyum bila dapat sijil  Penukaran Tali Pinggang  Karate (Brown 3 ke Brown 2).

Friday 8 November 2013

Lawatan Sekolah: 3D Trick Art Museum @ I-City

Destinasi ke 2 lawatan sekolah ialah 3D Trick Art Museum. Masing2 pelajar teruja dengan lukisan 3D yang disediakan. Sesi bergambarlah mereka2.


3












Thursday 7 November 2013

Lawatan Sekolah: Domino Pizza Kitchen

Khamis Lepas, Along mengikuti lawatan sekolah. Tempat yang pertama yang di lawati ilah ke Domina Pizza Kitchen. Selepas selesai aktiviti di sini. Pelajar2 diberikan 1 personal pizza setiap Seorang. Pelajar2 dapat belajar cara membuat pizza.


Jam 7.20 Pagi beratur menaiki bas.


Keadaan Bas B. Semua peljar dalam bas ini adalah lelaki

Pastikan menutup kepala sebelum memasuki Domino Pizza Kitchen

Jom buat Domino Pizza

Cara-caranya


Buat betul2 ya &  sesi makan2.

Dapat 1 regular Domino Pizza setiap seorang.

Friday 1 November 2013

Redeem Rebate Touch N GO

Dapat RM82.22 rebate Touch N GO


Semalam, balik kerja singgah topup Touch N Go sebanyak RM100 di Shell RnR Kesas. Tetiba teringat lama dah lama tak redeem rebate Touch N Go. MAka jom kita redeem dan tengok berapa yang dapat. Tengok2 amountnya RM82.22.

Wah...menarik niii, mula la nak mengayat En.H untuk ke mana2 sebab rebate tuuu dah boleh save budget untuk bayar tol, kalau nak bawa anak jalan gi mana2. Saje mencari alasan. Tetiba berangan mana nak pergi niiii??????. Sabar je la. 

Macam la saya yang drive nak gi mana2. Dan macam la kad tu saya yang punya. Saya cuma tukang topup je. Tak habis2 berangan itu dan ini. Maklumlah cuti panjang niii.

Dapat Cuti Free Hari Isnin Depan

Dapat Cuti Free Hari Isnin Depan

Isnin depan(4 Nov 2013) tempat saya bekerja umumkan cuti. Alhamdulilah, dapat la 4  hari cuti berturut2. Masa untuk bersama keluarga. Dapat cuti free pun happy. Belum dapat bonus lagi ituu. Saya sudah kehabisan cuti sebenarnya. Bila dapat cuti macam nii sangatlah happy sebab kalau keje pun mesti badan je kat ofis tapi hati kat rumah.