-

Monday 31 December 2012

Haagen Dazs @ Midvalley - 7th birthday Mukhriz

Birthday Mukhirz bulan ogos lagi.  Kemas2 gambar sekali jumpa gambar birthday anak2 tahun ini. Maka walaupun dah penghujung tahun. Saya sempat juga buatkan entry untuk Birthday Mukhriz yang ke 7 tahun di Haagen Dazs Midvalley. Untuk Birthday Along tak sempat nak edit dan buat entry kerana esok dah masuk tahun 2013.

Menu Haagen Dazs

Menyuapkan ice cream pada Birthday Boy

 Mineral water & garpu 


Happy 7th Birthday Mukhriz. Tahun ni tiada kek, tapi kek birthday digantikan dengan Ice Cream Haagen Dazs

Inilah Birthday Boy

Sedang menikmati hidangan Haagen Dazs

Best juga menu sebelah Mukhriz tu. Next time nak try menu ini pula.

Merekalah pengibur suka duka ku.

Genap setahun blog ini di alam maya

Genap setahun  blog ini

Blog detikdanketikaitu.blogspot.com dicreate pada 28 Dec 2012. Pada tarikh ini jugalah saya baca tutorial tentang blogspot. Dan tutorial macam mana nak start menjadi blogger. Bila dah berjaya terciptanya detikdanketikaitu.blogspot.com sangatlah happy.

Genap setahun blog ini di alam maya

Apa lagi sesi try and error untuk mencuba blogger.com bermula. Macam2 saya godek2, maklumlah sesuatu yang barulah katakan. DAN pada 31 Dec 2012 maka terhasillah  entry yang pertama yang bertajuk Penutup Tahun 2011. Pada masa ini agak susah nak buat entry sebab tak ada idea nak mengarang. 

Terima kasih yang menjadi follower saya walaupun hanya beberapa orang sahaja. Dan terima kasih yang membaca blog saya. Dan terima kasih juga untuk Nuffnang.

Jom Heboh 2012 @ Bukit Jalil

Pepagi ahad 30/12/2012  kami ke Jom Heboh yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. Jom Heboh ini berlangsung pada 29 dec 2012 -30 dec 2012.


Mukhriz & maskot Ribena

 
2 botol ribena ini RM10. Dapat join games ribena ini. Along & mukhriz dapat sticker ribena. Nampak tak perbezaan 2 botol rinena diatas? 1 botol yang tidak dilekat sticker ribena dan 1 lagi dilekat dengan sticker ribena. Itu kerja along, habis 1 botol ribena dilekatkan pada botol ribena itu.
Beli Teh Boh. Dapat free Mug & paket Teh Boh pelbagai perisa. Design beg BOH cantik sebab tak bukan bentuk 4 segi seperti beg2 yg lain.

Cuaca panas walaupun masih awal lagi. 1 tin air teh boh ini RM1. Kejap je sedut dah habis. Panas cuacanya. Beli seorang satu.


2 paket teh lipton (40 uncang) + Lady Choice + Tumbler = RM10. Dapat lagi 9 sample teh lipton yang setiap 1 sample mengandungi 3 uncang teh. Expired 2015.


Kellogg's ini buy 2 free 2. Murah-murah gak. Tapi kena tengok bila expirednya. Lambat lagi iaitu July 2013. Rempat juga, cuma RM10

 Booth Sime Darby. 1 kartoon air kotak ini (24 kotak X 250ml) cuma RM5 sahaja. Dapat beg Sime Darby juga. Murah sebab expired end of feb 2013.

  Singgah di booth Mamee. Mukhriz nak beli product mamee sebab nak beg yang ada gambar Safee Sali & Apek. Dapat 3 paket Contos yang berharga 30sen tu.

 Jom LIKE Perodua. Memandangkan tak ramai orang saya pun LIKE perodua. Dapat beg & pen MyV.

Beli product Sunsilk. Dapat juga shower foam Lux dan Fair & Lovely. Konon2 nak tukar Fair & Lovely dgn Lux tapi tak dapat. Tapi dapat 8 sample sunsilk yang setiap 1  ada 1 shampoo + 1 perapi. Kemudian saya sertai games yang disediakan dapat lagi 5 sample Sunsilk

Beli PANTENE dapat free pencuci pinggan dan juga Olay. Olay ini akan diberikan kepada sesapa yang menggunakan Olay

Ini pula hasil dari Booth Univeler. Kesemua product Unilever ini cuma RM20. 
Kami hanya mengambil masa 1 jam setgh sahaja di Jom Heboh. Tak boleh lama2 panas dan berat nak bawa barang. Ini kami duduk tunggu En.H datang dengan kereta. Sambil2 itu minum air kotak Guava perisa Orange dari produk Sime Darby.

Weekend @ Sunway Lagoon


Sabtu 29/12/2012 kami ke Sunway Lagoon. Dah ama beli tiket  Sunway Lagoon ini. Beli di Matta Fair sept 2012 lagi dan valid sampai 31 Dec 2012. Tiket ini buy 1 free 1. Harga tiket ini saya beli cuma RM180 untuk kami 2 Adult + 2 Child  dan boleh masuk kesemua  park yang terdapat @ Sunway Lagoon.



Sunway Lagoon dibuka jam 10am-6.00pm. Anda juga boleh membeli tiket Sunway Lagoon secara online ataupun boleh dibeli dikaunter Sunway Lagoon. Di kaunter tiket harga untuk 2 adult + 2 child = RM275 (*hanya untuk pemegang Mykad/My kid  sahaja). Ataupun boleh beli berasingan di masa harga dewasa RM90 dan harga kanak2 RM65.(*hanya untuk pemegang Mykad/My kid  sahaja). Percuma untuk kanak2 dibawah 90cm.
 
Along + Maskot Sunway Lagoon

Untuk parking ke Sunway Lagoon anda boleh parking dalam Sunway pyramid ataupun parking depan hotel Sunway Resort / Pyramid Tower Hotel. Untuk harga parking dalam Sunway Pyramid ialah 1st 2 hours RM 3.00, Every Sub hr or part thereof RM 1.00 dan Max RM 10.00. Tapi pastikan anda datang awal sebab selalunya agak susah untuk dapat parking disini jika datang lewat.

Memandangkan saya sampai area Sunway Lagoon awal iaitu jam 10.15 pagi, maka kami memilih untuk parking di kawasan deretan bank2 dan juga lot2 kedai bersebelahan Sunway Pyramid. Tidak perlu membayar parking disini kerana weekend. Kami parking betul2 depan 7 Eleven yang berdekatan dengan KFC. Jimat duit parking.

4 waistband Sunway Lagoon untuk kami sekeluarga

Memandangkan weekend & school holiday agak lama juga beratur untuk membeli dan mendapat waistband. Kami menunggu hampir 30 minit sedangkan ketika itu baru jam 10.30 pagi. Ramai betul pengunjung ketika itu.



Minuman & makanan luar tidak dibenarkan dibawa masuk

Sebelum masuk ke Sunway Lagoon beg2 akan diperiksa untuk memastikan tiada makanan / minuman di bawa masuk. TETAPI saya tengok ramai juga yang membawa air mineral 500ml setiap seorang. Air mineral itu boleh pula dibawa masuk. Rasa rugi tak bawa air sebabnya untuk sebotol air mineral berharga RM2.50-RM4 didalam Sunway Lagoon.



Harga2 Equiment untuk disewa.


Ini pula harga untuk Single Tube, Double Tube, Body Board & Surf Board. Pastikan anda pulangkan semula equiment2 yang disewa sebelum jam 6.00 petang untuk mendapatkan semula deposit. Pastikan equiment yang dihantar mempunyai nombor yang sama dengan di tag di tangan anda untuk mendapatkan deposit tersebut.

Klik untuk mengetahui tentang Sunway Lagoon:
  1. Amusement Park @ Sunway Lagoon
  2. Extreme Park @ Sunway Lagoon
  3. Waterpark @ Sunway Lagoon
  4. Wildlife Park @ Sunway Lagoon
  5. 5D WaterPlexx @ Sunway Lagoon

Keputusan UPKK 2012 telah diumumkan

Keputusan yang diperolehi dari 8 subjek UPKK

Khamis 27/12/2012 keputusan UPKK 2012 telah diumumkan. Bagi S.A.R Al-Misbah Bandar Kinrara keputusan UPKK tersebut boleh diambil jam 3.00 petang. Kebetulan pada hari tersebut saya tak bekerja memandangkan kesihatan yang tidak sihat. Saya cuma berjalan kaki ke sekolah bersama2 along maklumlah sekolah dekat sahaja dari rumah. Jumlah pelajar yang mengambil peperiksaan ini di S.A.R ini seramai 160 orang. Seramai 30++ pelajar dari sekolah ini mendapat 8A. Tahniah buat pelajar2 yang berjaya.

Syukur Alhamudilah along mampu mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Along agak terkilan bila mendapat B dalam subject Sirah. Ini kerana matapelajaran sirah merupakan matapelajaran yang paling diminatinya. Bahasa Arab dan Lughatul  Al-Quran memang dah jangka dah memang susah untuk along dapat A.

Sebagai ibu saya kagum dengan pencapaian along walaupun tidak mendapat semua A. Ini kerana saya & En.H tidak banyak membantu dalam pelajaran sekolah agama sebabnya kami tidak tahu bahasa Arab. Saya & EN.H hanya mampu  membantu  along dalam 5 subjek sahaja  iaitu subjek Amali Solat, Penghayatan Hidup ISlam, Umul Syariah, Sirah, Adab & Akhlak . Bagi subject  Jawi & Khat along sendiri yang banyak berusaha sebab kami pun tergagap2 nak mengeja dalam jawi. Manakala dalam subjek Al-Quran & Lughatul Quran EN.H yang banyak membantu along.

Saya sering memberi semangat dan kata2 dorongan untuk along iaitu untuk mencapai sesuatu kejayaan kita perlu BERUSAHA, DOA dan TAWAKAL. Tahun 2013 akan ada satu lagi peperiksaan bagi pelajar tahun 6 sekolah agama iaitu Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSRA). Ilmu yang dipelajari adalah harta yang tidak ternilai harganya.

Cash Out Terakhir untuk 2012

Cash Out kali ke 3 untuk 2012



Penutup 2012, cash out untuk kali ke 3 dibuat jam 9.18 pagi tadi. Thank You Nuffnang.  RM800++ telah diperolehi dari Nuffnang untuk tahun 2012, cuma berbelas ringgit sahaja lagi untuk cecah RM900. Alhamdulilah.Rezeki-rezeki.

Friday 28 December 2012

Genap 12 Tahun Usia Perkahwinan

12 tahun usia perkhawinan kami


Tanggal 28 Dec 2012 genaplah usia perkahwinan kami yang ke 12.

Dengan IzinMu Ya Allah;
Bersatulah kami melayari kehidupan berkeluarga

Dan dengan izinmu Ya Allah;
Kami melayari kehidupan ini berlandaskan ajaran dan tuntuan agamaMU

Dengan IzinMu Ya Allah;
3 cahaya mata telah hadir sebagai tanda kebahagian kami
Ya Allah betapa nikmat yang tak terhingga pemberian dari MU itu
Kami jaga amanah yang diberikan dengan penuh kasih sayang
Namun, kami sedar anak itu bukan hak mutlak kami
Salah seorang cahaya mata kami telah menjadi ahli syurgaMU
Kadangkala kerinduan terhadap anak itu buatkan kami mencari di mana matahari?
Rupa-rupanya Allah berikan kami Pelangi.

Ya Allah,
Kadang-kala kami sedar kami lalai padaMU
Namun Kau(Allah) tetap bersama Kami
Kadang-kala kami hampir lemah dengan ujianMU
Namun kami berpegang pada agamaMU
Kami bangkit mencari RedhaMU
Betapa bertuahnya kami diberi cahaya hidayahMU
Sesungguhnya ketenangan menjadi milik kami


Terima Kasih Ya ALLAH;
Dengan izinMU kami bangkit dengan pertolonganMU
Dengan izinMU juga kami hidup bahagia
Dengan izinMU juga kami dilimpahi rezeki yang tak pernah dijangkakan
Dengan izinMU juga kami makin mencari sinarMU

Ya Allah..Anugerahkanlah kami cinta-MU
Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu.....

Starbuck & Krispy Kreme - Plaza Shah Alam

Minggu ini along dan Mukhriz mengikut papanya ke ofis dek gara2 tak mahu ke nursery. Beginilah situasi anak2 bila cuti sekolah. Sangat suka ikut papanya ke ofis. Nak ikut mamanya mana boleh. Terpaksalah papa mereka ikut kerenah mereka berdua. Mereka ber2 nii kadangkala buat bising juga kat ofis papanya. Bila dilarang senyap kejap, lepas itu bising lagi. Kekadang diberi warning kalau sapa2 buat bising lagi "tak boleh datang ofis". Kekadang warning tersebut tidak dihiraukan mereka.

Apa yang seronok sangat mereka gi ofis papa? Salah satunya bab makan. Papa mereka suka beli mcm2 makanan untuk umpan mereka supaya mereka tak mengadu lapar. Jadi time inilah mereka nak demand apa2 makanan sebab mamanya tak ada. Kalau mamanya ada pasti yang ada yang tak boleh dibeli. 
 



Lepak2 di Starbuck setelah papa selesai urusan kerja.

Amboi2 Mukhriz ini idea Mukhriz ya. Ajak papa ke sini ya.


Kemudian along nak makan donut singgah di Krispy Kreme pula.

Bagus gak anak2 mama ini siap belikan untuk mama lagi. Bodek mama ya.
Inilah pilihan donut Krispy Kreme yang dipilih oleh 2 beradik untuk mamanya.

Kasut Sekolah - BATA tetap menjadi pilihan


Kasut sekolah BATA tetap menjadi pilihan along & Mukhriz. Hanya sepasang kasut seorang untuk persekolahan 2013. Ini kerana sebelum cuti akhir tahun lalu masing2 dah beli yang baru. Anak2 sekarang terlalu aktif. Kasut sekolah cepat je kotor. Nak2 kalau musim hujan pastinya tidak cukup jika ada sepasang kasut sahaja.

Maka memadailah 2 pasang kasut seorang. 1 yg baru 1 lagi yang lama(masih elok lagi). 




Kasut2 sekolah @ kedai BATA

Jom sertai peraduan untuk mendapatkan SAMSUNG NOTE 11 dengan setiap pembelian 2 pasang kasut sekolah. Sila masukkan number kod pembelian dan SMS ke 33655. Kod pembelian terdapat pada resit pembelian. Setiap SMS yang dihantar kena charge 50sen. Cuba gak kali peraduan ini. Untuk menang selalunya tipislah. Apa pun tak salah mencuba.

Sepasang seorang kasut sekolah. Setiap pembelian sepasang kasut diberikan kapur kasut. Standard lah tuu promosi back to school. Mana2 brand kasut sekolah pun saya rasa pasti akan dapat kapur kasut.

Wednesday 26 December 2012

Jingle Berry @ Juice Works

Along memilih untuk mencuba Jingle Berry dari Juice Works. Pastinya sedap.

Along yang sedang menunggu Jingle Berry yang diorder.

Booth  Juice Works yang terletak di Centre Wide The Curve sempena pameran Christmas Fairly Tale.

Along yang sempat bergambar @ Booth Juice Work
Jingle Berry untuk 2 beradik ini. Sepatutnya Jingle Berry diletakkan dalam gelas besar TETAPI memandangkan staf Juicy Work tersebut melihat mrk 2 beradik maka staf Juicy Work buatkan 2 gelas ini. Thank You kepada staf Juice Work tersebut kerana anda yang memberi idea tersebut. Saya lagi suka, sebab untuk 2 beradik ini minum. Plan asal memang mereka ber2 nak share minum pun, lagipun mereka ber2 dah besar. Jingle Berry ini berharga RM14.95**,   RM15.80 selepas dicampur tax.

Jejalan @ The Curve


Petang semalam kami ke The Curve. Kebetulan ada A Chritmas Fairly Tale @ Centre Wide The Curve (30 Nov 2012- 1 Jan 2013).  Ramai yang bergambar disitu. Apa lagi saya pun snap la beberapa gambar disini. 

A Chritmas Fairly Tale @ Centre Wide The Curve
                                (30 November 2012 – 1 January 2013)

Cendawan2  & Bunga2


Bunga2 yang menarik perhatian

Booth2 jualan @ Centre Wide The Curve

Ada persembahan Harmonica Musical sebentar lagi
Persembahan Harmonica Musical.Lagu2 Christmas dinyanyikan.