-

Wednesday 30 April 2014

Wordless WednesDaY - Tiket Legoland Percuma untuk Kanak-kanak


Beli tiket dewasa Legoland dapat percuma tiket kanak-kanak Legoland
 
Masa saya ke Smartkids weekend lepas, saya dapat 5 voucher tiket percuma untuk kanak-kanak ke Legoland. Tiket ini diberikan percuma dengan setiap pembelian tiket dewasa. Tiket perlu dibeli di kaunter tiket Legoland.

Kepada sesiapa yang inginkan voucher ini. Bolehlah email kepada saya di faiez2012@gmail.com. Sila berikan detail anda iaitu alamat, email dan no telefon untuk saya poskan voucher ini.


Tiket ini sah sehingga 30 Jun 2014.

Monday 28 April 2014

Weekend @ Pesta Buku Antarabangsa, PWTC


Pesta Buku AntaraBangsa Kuala Lumpur telah bermula pada 24 April 2014 (Khamis) dan akan berakhir pada 4 Mei 2014(Ahad). Selepas meronda2 di pameran Smartkids, kami singgah di Pesta Buku ini. Ramai betul pengunjungnya. 



Saya sempat membeli beberapa buku untuk diri sendiri. Adik saya membeli beberapa buah majalah. Dan Mukhriz tak habis-habis nak beli majalah bola, Mukhriz pantang tengok majalah bola, pasti nak. Piala dunia 2014 tak lama lagi, maka majalah ini menjadi pilihan Mukhriz. Harga asal RM15.90 tapi di Pesta Buku cuma berharga RM13.90.



Setelah membeli majalah ini Mukhriz diberikan 1 goodies bag. Dan yang menariknya dapat 1 sampul surat yang mengandungi 2 tiket dewasa ke ***. Menarik sebab kami belum lagi ke sana. Memandangkan kami sekeluarga ada 4 orang, saya beli satu lagi majalan Piala Dunia ini dan dapat 2 tiket lagi. Dah jimat bab tiket tapi hotel kena tempah sendiri. Harap2 dapat ke sana cuti sekolah tak lama lagi.

Sunday 27 April 2014

Weekend @ Smartkids, PWTC

Sabtu pagi saya bersama Mukhriz dan adik bongsu saya ke PWTC untuk keSmartkids. Pameran ini diadakan selama 3 hari (25-27 April). Tahun ini tiada bayaran tiket dikenakan untuk pameran ini. Tahun-tahun sebelum ini RM4 dikenakan. Pameran ini lebih kepada education, produk kanak2 dan parenting.

Weekend @ Smartkids, PWTC
Mukhriz bergambar dengan maskot2

Beli produk Tropicana Twister dapat main games + gift

Jom belajar tentang makanan"Lihat, Hidu, Rasa". Selesai penerangan yang diberikan, perlu menjawap soalan quiz.

Ke booth ampac academy. Mukhriz dah tak sabar2 nak join aktiviti yang dianjurkan oleh ampac academy. Cawangan Shah Alam akan  dibuka tak lama lagi. Insya Allah cuti sekolah tak lama lagi Mukhriz akan join aktiviti bola yang di anjurkan disini

Ada booth Legoland. Cantik decoration dalam bas ini.

Sebelum pulang singgah @ booth Wall.Jawap soalan dapat ice cream paddle pop.Jam 12.30 kami dah keluar dari pameran ini.

Wednesday 23 April 2014

Wordless WednesdaY - Mukhriz Demam


Balik sekolah semalam Mukhriz start demam. Malam terpaksa berjaga dek kerana badannya yang panas. Pukul 4.00 pagi mengigil2 kesejukan. Cuak dan berdebar2 hati saya. Tambah-tambah lagi bila papanya tiada di rumah. 

Along menjadi peneman dan penguat semangat saya ketika itu. Terpaksa bawa dia hantar Along ke sekolah kerana Along ada koko hari ni. Nak tinggal kat rumah sorang2 tak berani pula. Melepek tidur dalam kereta. Balik terus melepek tidur depan TV. Dah bagi makan ubat , harap2 demam tak berlanjutan. Risau saya takut jadi macam tahun lalu terpaksa terlantar di hospital 6 hari.

Tuesday 22 April 2014

Singgah Makan @ Hayaki Seksyen 13 Shah Alam

Petang sabtu lepas, kami singgah makan @  Restoran Hayaki Seksyen 13, Shah Alam. Bila tengok menu yang di sediakan pasti macam-macam nak order. Kami sering ke restoran ini kerana menu masakan kelantan yang disediakan memang best. 

Selain di Shah Alam kami juga sering makan di Restoran Hayaki @ Kota Bharu bila kami balik kampung. Dari segi harga memang berbaloi dengan rasanya. Walaupun macam-macam kami order, hanya RM67.30 sahaja untuk makan kali ini. Berbaloi makan disini.

Singgah makan @  Restoran Hayaki Seksyen 13, Shah Alam

Along order: Nasi kerabu + ayam percik

Along order: ABC + ice cream

Saya order: Kuih Malas

Saya order: Mee sup

Saya order: Ais Cendol

En.H order: Nasi kukus + Teh O Ais

En.H order: Pulut Mangga

Mukhriz order: Chicken Chop Special

Mukhriz order: Ais Mangga.

Mukhriz yang semakin debab.

Friday 18 April 2014

Nasi Kerabu dan Laksam

Nasi Kerabu + ayam percik
 
Pagi tadi tengah duk fikir-fikir apa lah nak masak untuk lunch hari ni. Duk buka tutup peti ais cari bahan nak masak. Sekali En.H kata "jom kita gi makan nasi kerabu nak?". Saya apa lagi "yes, yes tak payah nak masak untuk lunch hari ni".

Jam 10.00 pagi kami ke food court @ BK 4. Saya order Nasi Kerabu + ayam percik + teh tarik. Yum yum. Makan ni merangkap lunch terus memang beginilah hari-hari. Sejak tak kerja ni saya skip makan untuk breakfast sebab takut badan semakin debab. Along pun tak breakfast sebab nak diet katanya walaupun bila makan hilang perkataan diet.
 
Nasi Kerabu + ayam bakar


En.H pula order nasi kerabu + ayam bakar + teh ais. Tak boleh lama2 makan sebab kul 10.45 kena ambil Mukhriz balik sekolah agama dan En.H mahu ke ofis.


Laksam

Along memang dah tak nak ikut kalau kami keluar dekat-dekat dan kejap. Telefon Along tanya dia nak makan apa? Katanya nak laksam. Jadi saya tapau laksam untuk Along & Mukhriz. Ingatkan dah tak payah masak dah untuk lunch. Sekali jam 12.00 tengahari, Along kata "Mama, lapar.....boleh tak mama masakkan nasi goreng + ayam goreng". Emmmm...sabar je la. Ingatkan diet rupa-rupanya tidak, mana tahan Along makan laksam je. Terpaksa la masak juga untuk tunaikan permintaan Along. Anak oh anak.

Wednesday 16 April 2014

Wordless WednesDaY - Bila jumpa kawan



 

Semalam saya dan Pn Azita janji jumpa di Sogo jam 11.30pagi. Berminggu2 plan nak jumpa, akhirnya dapat juga berjumpa. Saya minta En.H uruskan anak2 ke sekolah, dan lepas tu bolehlah dia ke ofis.Bukan senang nak ke mana2 walaupun tak kerja/housewife.Baru belajar nak suaikan diri menjadi housewife. 

Pn Azita pun tak kerja & anak-anaknya di hantar ke taska sebab tu kami boleh jumpa jam 11.30pagi.  Sesi sembang @ subway selama sejam setengah. Seterusnya kami ronda2 dalam Sogo.

Pn Azita shopping baju raya untuk anak-anaknya. 1 beg plastic besar tu. Jam 3 kami solat dulu, dan sambung sembang pula @ Kafe Kampung Kopitiam. Jam 4.30 naik lrt sama2 untuk pulang ke rumah. Seronok boleh jumpa kawan dan sembang2.

Sunday 13 April 2014

Singgah Makan @ Kedai Makan Upin & Ipin

Petang semalam kami ke Kedai Makan Upin & Ipin @ Seksyen 7, Shah Alam

Jom tengok menu apa yang menarik

Isi borang yang disediakan untuk order menu yang dikehendaki

Kemudian kami diberikan resit ini
Pastinya minuman akan sampai dulu


Ini pilihan saya, nasi ikan putih + cencaru  sumbat + ais lemon tea. Mukhriz & Along order menu yang sama iaitu Chicken Chop + Soya Cincau.

Ini pilihan En.H, nasi ikan putih + daging masak merah. Memandangkan daging masak merah dah kehabisan. Daging black pepper diberikan.

Nasi lemak ini pula untuk tambahan untuk ALong & Mukhriz. Mereka kata mana kenyang makan Chicken Chop. Alahai, macam mana lah 2 beradik x semakin debab.

Saturday 12 April 2014

Beli, Putar & Menang - Corntoz


Pagi tadi saya & Mukhriz ke Giant untuk membeli barang dapur. Tengah pilih2 barang, datang sales girl promote produk Corntoz.
 


Dengan setiap pembelian 2 pek Corntoz dapat Putar & Menang. Dapat 2 paket Master Potato hasil putaran tersebut.

Wednesday 9 April 2014

Menyusuri Sungai Kinabatangan

Menyusuri sungai Kinabatangan memberi satu pengalaman menarik kerana kita dapat melihat kehidupan semula jadi hidupan liar & tumbuhan2.Kinabatangan berasal dari perkataan Kina (Cina) dan Batangan (sungai besar).  Sungai Kinabatangan adalah sungai kedua terpanjang di Malaysia


Perjalanan dari bandar Sandakan ke Sungai Kinabatangan mengambil masa 2 jam. Memandangkan kami banyak persinggahan seperti Sepilok, Labuk Bay, Gua Gamantong dan akhirnya ke Sungai  Kinabatangan, perjalanan kami mengambil masa 2.5 jam. 

6 orang sahaja dlm bot yang kami naiki iatu terdiri dari kami ber4 , boat man  dan travel agent Hampir 2 jam setengah kami menyusuri sungai Kinabatangan. Satu pengalaman yang menarik bagi kami.

Terdapat banyak spesies burung yang kelihatan. Agak sukar mengambil gambar kerana burung tersebut cepat je terbang. Tidak dapat mengambil gambar pelbagai jenis monyet & probocis dengan jelas kerana hidupan ini berada di tempat tinggi di hujung pokok2 maklumlah kamera kami tidak canggih. 
 
Semasa berada di sepanjang Sungai Kinabatangan, kelihatan 8 bot membawa penumpang untuk menyusuri sungai Kinabatangan melihat keindahan flora & fauna.
Burung layang-layang berterbangan
Sarang burung layang-layang terdapat di gua yang berhampiran sungai


View @ Sungai Kinabatangan
waBot-bot yang membawa penumpang menyusuri Sungai Kinabatangan
View @ Sungai Kinabatangan


Bergambar berlatar belakangkan pygmy elephant
 
pygmy elephant

Hampir 2.5 jam kami menyusuri Sungai Kinabatangan

Mentari Terbenam

Pengalaman yang menarik buat kami. Sempat bergambar dengan boat man.