-

Thursday 10 December 2015

Penat bila balik kampung


Muayyad baru 5 bulan tetapi dah 3 kali balik kampung jumpa atuk, nenek dan sedara mara di kampung. Perjalanan dari Shah Alam ke Kelantan mengambil masa antara 6 jam setengah hingga 8 jam bergantung kepada keadaaan lalulintas. Muayyad akan keletihan dan kepenatan bila berada lama2 dalam kereta.

Alhamdulillah, 10 hari berada di kampung halaman dari 26 dis (khamis) - 5 dis (sabtu). 

Saturday 28 November 2015

Pameran Star Wars

Ahad lepas, kami sekeluarga ke Midvalley Shopping Mall. Ada pameran Star Wars. Bagi peminat2 Star Wars memang tak melepaskan peluang untuk membeli barangan Star Wars ataupun bergambar dengan decoration yang disediakan. Tak lama lagi Star Wars akan ditayangkan pada 17 Dec 2015. Jom kita tonton Star Wars nanti.








Monday 23 November 2015

Majlis Aqiqah Muayyad & Birthday Mukhriz


Majlis Aqiqah Muayyad & Birthday Mukhriz dimulakan dengan bacaan Yassin,  Doa Selamat dan Tahlil jam 11.30 pagi. Majlis Aqiqah ini tiada marbahan ataupun hiasan untuk baby Muayyad. Majlis Birthday Mukhriz tiada deco2 khas sekadar goodies bag untuk kanak.

Jam 12.30tghari jamuan makan  bermula. Ramai tetamu hadir dari jam 12.30 tghari-3.00 petang. Memang tak tau nak sembang dengan sapa. Kejap ke sana kejap ke sini.Selamat sewa 4 khemah. Tetamu yang hadir  boleh makan dengan tenang dan boleh lepak2  di Majlis ini. 

2 ekor kambing dijadikan menu utama Majlis Aqiqah Muayyad. 1 ekor dibuat kambing golek dan seekor lagi dibuat kuzi kambing.

Happy sangat bila melihat tetamu datang. Meriah rasanya. Sampaikan lupa nak keluarkan kek birthday Mukhriz. Mukhriz pula sibuk bagi goodies birthdaynya sambil2 bagi goodies Majlis Aqiqah.

Ahli keluarga pula sibuk duk sembang dengan ahli keluarga. Bukan selalu boleh jumpa ahli keluarga ni. Sepupu sepapat, sedara dekat, sedara jauh semuanya bertemu pada majlis ini. Syukur sangat2 mereka memeriahkan majlis.


Kawan-kawan pula boleh jumpa geng mereka. Memang tak sempat nak sembang lama2 dengan kawan2 walaupun susah nak jumpa mereka. Masing2 pun faham kami tuan rumah mestilah kena layan semua orang. Terima kasih kerana sudi datang ke majlis kami.

Jam 3.00 petang tetamu mula reda. Tapi tak sempat juga nak try makanan. Jam 5.00 majlis dah sesuai. Pihak katering mula mengemas. Masa ni tanda2 hujan akan turun. Masa ni hanya tinggal beberapa tetamu sahaja.

Jam 6.00 petang hujan mula turun dan masa ni mana2 makanan yang masih ada dibawa masuk ke dalam rumah. Jam 6.30 petang datang 2 family kawan. Jam 7.30 petang mereka pulang. Baru dapat rehat kejap

Jam 8.00 malam datang sepupu2 saya iaitu anak saudara belah ayah. Sembang sampai 10.30 malam. Muayyad kepenatan tapi tak boleh nak tidur sebab Muayyad biasa akan tidur lena bila mama dia tidur dengan dia.

Kami tak sempat pun nak ambil gambar kami sekeluarga. Tak ada 1 pun gambar keluarga yang boleh dibuat kenangan. Kami tak sempat nak rasa menu yang kami order. Harap2 menu memuaskan. Terima kasih kepada mereka yang datang memeriahkan majlis kami. Syukur alhamdulillah hampir 400 ++ tetamu hadir.


4 khemah untuk majlis aqiqah & birthday

kambing golek

kuzi kambing

ayam goreng
bilis kacang
dalca

tembikai

daging masak hitam

kuih muih dari katering


laksam

ABC


tambahan kepada menu2 yang diorder

goodies untuk majlis aqiqah

goodies untuk birthday

tetamu istimewa adalah nenek saya yang sanggup datang dari  kampung untuk memeriahkan Majlis Aqiqah cicitnya(Muayyad)

Thursday 19 November 2015

4 Khemah untuk Majlis Aqiqah




Untuk Majlis Aqiqah Muayyad & Birthday Mukhriz saya telah membuat keputusan untuk menyewa 4 khemah Arabian. Mr Google banyak membantu. Akhirnya saya memilih untuk menyewa khemah dari YBA Soft Enterprise. Deposit RM300 dibayar untuk lock tarikh majlis yang kami pada 7 nov.

Pada hari khamis 5 Nov pihak YBA Soft Enterprise datang ke rumah kami untuk melihat kawasan untuk pemasangan khemah pada petang jumaat 6 Nov. Pada masa tulah kami diberitahu bahawa pihak YBA Soft Enterprise menyerahkan tugas pemasangan khemah ini kepada pihak lain kerana mereka ada pemasangan di tempat lain. 


Seperti yang dijanjikan, company khemah yang lain telah datang untuk pemasangan khemah bermula pada pukul  5 ptg .  2 jam lebih jugak pemasangan dilakukan. Marketing Strategy dipasang di lori. Harga 250++. Sebenarnya harga tersebut bergantung pada jenis khemah, ++ tu bermakna add on untuk khemah. Nampak murahkan 250++. Sebenarnya harga RM250 tu adalah khemah pyramid ataupun khemah biasa.




Kami memilih 4 khemah Arabian di mana setiap 1 khemah ialah RM300. Untuk tambahan scalop ialah RM50 setiap 1 khemah. Kami memilih scalop biru  & kuning. Untuk meja buffet 3 kaki X 9 kaki = RM45.





Pada pagi sabtu baru kami pasang meja dan susun kerusi. 

Tuesday 17 November 2015

Dadih Mango & Dadih Strawbery


Untuk Majlis Aqiqah & Birthday yang lepas, saya buat dadih mango & strawbery untuk tambahan menu yang diorder. Dadih brand Happy Grass sentiasa menjadi pilihan kami sekeluarga. 5 paket dadih(3 paket mango + 2 paket strawbery) saya buat petang jumaat.


Untuk 1 paket dadih dapat 40 bekas kecil ini. 200 bekas siap petang jumaat. Penuh meja makan susun bekas dadih. Masa nak simpan dadih, alamak  penuh dadih dalam peti ais.

Selain dadih saya buat ice cream malaysia. Ice cream perisa asam boi & sirap bandung sebanyak 150 batang sebagai tambahan. Itu je la menu yang saya buat & sempat buat. Tak de gambar ice cream diambil. Jenuh jugak nak ikat ice cream Malaysia 150 batang.

Monday 16 November 2015

Goodies bag untuk bithday Mukhriz


Goodies Birthday Mukhriz saya buat biasa2 je. Plastik goodies bag saya beli kat kedai RM2 sahaja. 1 paket ada yang 10 plastik dan ada 1 paket yang 20 plastik. Terpaksa beli banyak design kerana nak cukupkan 140 plastik. Ambil je la janji cukup 150 plastik. Malas nak cari kat kedai RM2 yang lain maklumlah nak bawa baby Muayyad ke sana sini tak selesa sebab baby Muayyad masih kecil lagi.


Saya google pula kat mana nak beli jajan murah di Shah Alam. Akhirnya Mr  Google beritahu yang kat Checkers Seksyen 15, Shah Alam ada jual makanan ringan dengan harga borong. Jom kita ke sana. Saya dah fikirkan yang saya hanya nak isikan plastik goodies bag dengan air kotak, mamee, biskut tam-tam dan biskut Appolo.

Sampai je Checkers terus ke tempat makanan yang nak dibeli. Tak mau ronda2 dengan baby Muayyad. Nak cepat2 settlekan apa yang perlu je.

Harga di checkers ada yang ok ada yang biasa2 je. Masa nak beli air kotak nampak gayanya harga air kotak di Checkers jauh bezanya dr harga di Speedmart. Di checkers saya cuma beli mamee(26 sen setiap 1), tam-tam(17 sen setiap 1) & biskut appolo(17 sen setiap 1). 

Sempat jugak capai keropok roda(RM15.40) & coklat Choki-Choki RM16.40 sekotak(60 batang) untuk kudapan masa tgk TV.


Seterusnya saya ke Speedmart untuk beli 6 kartoon air kotak laici Yeo's yang berharga RM14.80 untuk 24 kotak bersamaan 62 sen untuk satu kotak. 


2 hari sebelum majlis saya print tag birthday. Tag birthday buat sendiri je. 


Petang khamis lepas hantar Mukhriz ke sekolah agama, terus packing goodies bag sebanyak 140 packs. Sampai ke Maghrib nak siapakan goodies ni. Penuh ruang tamu dibuatnya. Sorang2 packing. Akibatnya tak sempat nak masak untuk dinner. Akhirnya call En.H, tapaukan makanan masa dia balik kerja.

Kos untuk setiap goodies bag cuma RM1.40 sahaja (plastik + air kotak + jajan). Saya cuma membelanjakan RM196 untuk 140 goodies bag birthday Mukhriz.


Ni  kek birthday Mukhriz yang ke 10. Majlis ni sebenarnya fokus pada Majlis Aqiqah. Birthday Mukhriz ni sampingan je. Sebabnya Mukhriz asyik duk sebut bila nak buat birthday. Kawan2  ramai yang buat. Alang2 dah ada majlis aqiqah ni saya selitkan birthday Mukhriz sekali.

Sunday 15 November 2015

Popcorn Sebagai Goodies Aqiqah


Goodies untuk majlis Aqiqah saya order popcorn 150 bekas dari Daniesya Delight Enterprise. Harga untuk 1 bekas popcorn ini cuma RM2.00 berserta sticker.  

Daniesya Delight Enterprise beroperasi di Meru,Klang. Sepatutnya saya kena self pickup popcorn ni. Tapi saya minta jasa baik dari pihak Daniesya Delight untuk hantar popcorn ni di Petronas berdekatan area Jakel, Seskyen 7 Shah Alam. Saya tak dapat nak self pickup kerana bab2 jalan ni saya tak reti sangat, lepas tuu kalau drive dengan si kecik lagi la tak jumpa. En.H pula busy sejak 2 mejak ni.  

Terima Kasih pada pihak Daniesya kerana sudi hantar popcorn ni ke Shah Alam. Order 150 bekas popcorn sahaja tapi mak aiii penuh bonet kereta rupanya.

Jika sesapa berminat nak order, websitenya http://daniesyadelight.blogspot.my/ atau boleh hubungi 017-639 6115/018-7721548

Selesai Sudah Majlis Aqiqah & Birthday


7 nov 2015(sabtu), selesai sudah Majlis Aqiqah untuk Hazeq Muayyad & Majlis Hari Lahir ke 10 untuk Hazeem Mukhriz. Perancangan untuk majlis ini dibuat hanya sebulan setengah sahaja. 

Syukur segalanya dipermudahankan. Keluarga dari kampung(kelantan) turut memeriahkan majlis ini. Mak,ayah, nenek & adik-beradik datang ke KL pada hari jumaat, 6 nov 2015 dengan penerbangan Firefly. Mereka pulang ke Kelantan pada 10 Nov 2015(selasa) dengan penerbangan Malindo.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.Seramai 400 tetamu hadir ke majlis ini. 

Tuesday 3 November 2015

4 bulan


1 Nov 2015 - Muayyad dah 4 bulan. Kejap je masa berlalu. Kini, Muayyad dah mula nak merangkak. Dah start angkat badan dan nak tolak kaki ke depan. Bila tak boleh ke depan. Dia bebel2 dan bising2. 

Nampak gayanya memang cepatlah Muayyad boleh jalan. 2 bulan 13 hari dah meniarap. 4 bulan dah start nak merangkak. 

Sekarang ni, bila hantar abang2 pergi dan balik sekolah dah tak duk diam dalam car seat, asyik dan pusingkan badannya. Bila tak dapat meronta2. Sabar2 Muayyad, tak lama dah sekolah nak cuti. Tinggal 3 minggu je lagi nak hantar abang2.

Wednesday 28 October 2015

Weekend lepas


Dah lama tak keluar dek kerana jerebu. Buntu jugak kalau asyik duk terperap kat rumah je. Anak2 pun tak sekolah akibat jerebu. Maka, weekend lepas ajak En.H ke Subang Parade. 

Apa nak cari sebenarnya di Subang Parade? Tujuan utama ke sini adalah untuk membeli pakaian Muayyad. Apa lagi jom kita ke Mothercare yang terletak di 1st floor. Rambang mata nak pilih baju baby. Maklumlah dah lama tak ada baby. Tu baru baby boy, kalau baby girl lagi lama pilih.



Jom buat pilihan, sebelum Muayyad nangis. Muayyad baru 3 bulan setengah tapi saya beli pakaian umur 6-9 bulan. Nak beli yang 3-6 bulan, ngam2 je dengan Muayyad. Better ambil yang besar sikit sebab baby cepat membesar. Maka dapatlah 2 pasang baju tidur (blue & grey) dan 2 t-shirt (orange & grey). Dah buat pilihan jom2 balik. 

Tak boleh lama2 kali ini sebab Mukhriz & ALong ada kat rumah. Singgah tapau McD & Rotiboy untuk mereka ber2. Hanya sejam setengah je kami berada di Subang Parade, macam tak caya je. 

Monday 19 October 2015

Bertambah Usia


Rabu lepas, 14/10/2015 bertambah lagi setahun usia saya. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk hidup. Semakin bertambah usia semakin takut dengan kesihatan yang ada, semakin takut andai lalai dengan nikmat yang Allah berikan dan semakin takut dengan kematian.

Hari ini merupakan hari ke 6 dalam kalendar islam iaitu adalah 6 Muharam 1437H. Saya mengharapkan usia yang bertambah ini akan menghijrahkan saya kepada kebaikan dan memperbaiki apa2 yang kurang kepada yang lebih baik.

Thursday 8 October 2015

Bila Jiran Berniaga





Saya ni tak pandai sangat bab-bab memasak. Jadi bila ada jiran2 berniaga, saya supportlah mereka. Jiran saya ramai yang bergelar housewife. Mereka ni muda-muda lagi, sanggup berhenti kerja demi anak2 walaupun mereka mempunyai kerjaya yang hebat.

Dalam byk2 housewife kawasan perumahan kami, saya je yang tak berniaga apa2. Jiran2 yang lain macam2 produk dijualnya. Saya tukang beli je la. Kerap beli barang berkaitan makanan je. Kadang2 siap berkali2 repeat orderKalau barang2 lain seperti tudung, produk kecantikan dll memang saya tak order. 

Petang semalam saya order apam palkadot.  Harga 100 biji apam ni ialah RM40. Saya cuma order 50 biji apam palkadot sahaja, cukuplah untuk anak2 makan sambil minum petang. Sangat sedap rasa apam palkadot bila dimakan di petang hari tambah-tambah lagi petang semalam hujan. Ngap-ngap tengok2 tinggal sikit je. Tengah2 makan tu, anak-anak siap tanya bila pula mama nak order Brownies dengan aunty yang jual apam ni? Emmm...itulah ragam anak2, kuat betul makan.

Wednesday 7 October 2015

Nak bola yang mana satu?



Anak-anak saya memang minat bola. Boleh dikatakan semua pemain bola sepak dan pertandingan bola sepak mereka ingat. Mereka sanggup berjaga lewat malam nak tengok perlawanan bola sepak jika perlawanan itu pada hari tak sekolah.

Setiap kali pergi shopping mall pasti mereka ber2 akan tengok survey boot bola, kasut futsal dan bola. Dah ada pun semua2 tu, tapi nak juga beli. Weekend lepas, mereka dapat beli bola lagi.



2 beradik ni membuat pilihan masing2. Mukhriz memilih bola berwarna hijau. Manakala Along memilih bola MU ini, Along penyokong tegar MU. 

Memandangkan Mukhriz yang banyak main bola waktu petang, maka bola hijau itu menjadi pilihan kali ini. Along dah jarang2 keluar main bola waktu petang kerana sekarang ni kerana Along sentiasa ada training Rugby di sekolahnya.



Akhirnya bola hijau ini menjadi milik Mukhriz. Seronoklah Mukhriz dapat bola baru. Melayang lagilah duit papa beli bola ini. 



Jerebu jerebu pun keluar main bola. Tak bagi keluar rumah petang2 kesian pula tengok.  Exam dah dekat nak oii. Sabar je la, bab main bola di petang hari memang tak boleh halang. 

Tuesday 22 September 2015

Lama tak jumpa


Masa cuti Hari Malaysia(Rabu) yang lepas, saya jumpa kawan lama. Memang lama tak jumpa mereka. Kawan saya tersebut bernama Yati(bertudung purple) & Ina(bertudung biru). Saya tak jumpa Yati hampir 21 tahun. Last jumpa masa tahun 1994. Manakala Ina pula 5 tahun, saya tak jumpanya. Last jumpa Ina di KL.



Kami ber3 janji jumpa di Plaza Shah Alam @ Seksyen 9. Hanya 10 minit sahaja dari rumah saya ke Seksyen 9. Kami memilih Krispy kreme untuk kami lepak dan sembang. Bila dah lama tak jumpa, apalagi sembang2  sampai 2 jam lebih. 


Muayyad kami ber3 bergilir2 pangku. Lamanya Muayyad tidur, mesti best tidur dalam pangkuan. Bila Muayyad sedar dari tidur, apa lagi moh la balik sebelum dia nangis nak susu badan. 

Friday 18 September 2015

Cepatnya


2 bulan 13 hari Muayyad dah mula meniarap. Macam tak percaya je.Cepat sangat nak meniarap.

Tengkuk tak tegap lagi dah nak meniarap, Akibatnya bila Muayyad meniarap, muka tersembam dan hidung terpenyek. Dah la hidung tak berapa mancung, terpenyek pulak. Alahai anak. 

Nampak gayanya, macam cepat je boleh berjalan Muayyad ni. Kalau ikut abang2 dan kakaknya umur 9 bulan dah boleh berjalan. Habis lah, rumah di explore nya nanti.