-

Thursday, 3 January 2013

Tuition Oh Tuition



Bila anak2 nak akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM ataupun STPM maka pastinya pusat2 tuition akan menjadi tumpuan ibubapa. Setiap ibubapa ingin yang terbaik untuk anak2 mereka, kerana ilmu adalah Harta yang paling berharga untuk diberikan kepada anak2.

Zaman saya dulu, bila sebut je pasal tuition, mak ayah mesti diam. Maklumlah adik beradik saya ramai, nak2 pula saya anak ke2, maka peluang untuk tuition tidak pernah tertunai. Namun, syukur pada Illahi dengan berkat usaha dan doa mak ayah berjaya juga hingga ke menara gading dan mencapai segulung ijazah di IPTA. Berbeza kehidupan saya dengan En.H, dimana En.H telah dihantar ke tuition semasa darjah 4 lagi sebab zaman kami dulu kami menduduki peperiksaan Penilaian di darjah 5. Syukur dengan rahmat yang diberikan.

Masa dah berubah. Kehidupan pun juga dah berubah. Anak2 sekarang semakin beruntung. Rata2 sekarang semakin ramai menghantar anak2 ke Tuition. Ini kerana  ibubapa ingin yang terbaik untuk anak2.

Bagi kami, along mula Home Tuition pada pertengahan 2011 ketika along  Tahun 4. Ini kerana kami nampak along memerlukan perhatian lebih dalam subjek Matematik. Bukan tak boleh nak mengajar along TETAPI kadang kala tahap kesabaran membuatkan along sering kena marah. 

Tak sampai hati nak tengok anak kena marah. Kesian pula tengok along kerana along ada kemahuan untuk belajar. Maka kami mengambil keputusan untuk Home Tuiton untuk along. Home Tutiton berlanjutan sehingga May 2012. Sangat baik cikgu tersebut dan nampak perubahan dalam diri along.

Dan selepas arwah Feqah Insyirah tiada di dunia ini penghujung May 2012. Home tuiton tergendala sebentar kerana kami memerlukan ketenangan dimana kami abadikan diri kami untuk menjejaki kaki ke rumah ibadat Allah iaitu masjid. Kebetulan cikgu yang mengajar pula tengah sarat mengandung. Maka kami pun memberhentikan along dari Home Tuition.

Tak kala emosi kami semakin tenang dengan hidayah yang diberikan IIlahi. Maka kami pun menghantar along ke pusat Tuition ini. Alhamdulilah along suka belajar di pusat Tuition ini. 



Maka pada 02 Januari 2013 along telah mula ke tuition. Tahun ini along akan menduduki UPSR. Moga berjaya memperolehi kejayaan. Yang penting Usaha, Doa & Tawakal.



Hanya sejam sehari untuk along tuition. 4 kali seminggu akan diperuntukan untuk menghantar along. Kebiasaannya selepas kami menghantar along ke tuiton kami akan menunaikan solat di Masjid Ehsan Bandar Kinrara untuk solat isyak dan selepas solat isyak kami akan ke pusat tuition tersebut untuk mengambil along. Jika  isyak awal dan habis solat awal maka kami akan membaca surah YASSIN(bacaan utk anak yang bernama arwah Feqah Insyirah) didalam kereta sementara along habis kelas.


No comments:

Post a Comment