-

Wednesday, 23 January 2013

Mencuba resepi myChef

Iklan oh iklan. Kekadang akan membuatkan kita untuk mencuba atau membeli barangan yang diiklankan.Tambah2 lagi jika sesapa yang mengikuti Master Chef di Astro.

Iklan produk myChef ini membuatkan saya ingin mencubanya. Nak-nak saya yang tak berapa pandai memasak ini. Sangat la sesuai di saat darurat bila 2 hero  mengadu lapar.


Iklan Produk MyChef dari Youtube


Ayam Kalio & Brown Rice Pilaf keluaran produk myChef. Ayam Kalio ini reganya RM9++ & Brown Rice Pilaf reganya RM4++. Hidangan untuk 2 orang makan untuk setiap kotak ini.

Sila baca panduan di kotak.


 Ready untuk memasukkan Ayam Kalio & Brown Rice Pilaf ke dalam Microwave. Sila baca panduan di kotak ya.

Inilah microwave saya yang dah berzaman saya gunakan sejak tahun 2000 lagi. Microwave ini dibeli kerana rupanya seperti IMAC tahun 2000. Masa tahun 2000 IMAC berwarna hijau, biru dan pink. Maka syarikat Sharp juga mengeluarkan microwave ini yang warna seperi IMAC itu. Hingga kini saya masih menggunakan Microwave ini.

Ready untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment