-

Showing posts with label Jakarta. Show all posts
Showing posts with label Jakarta. Show all posts

Friday, 19 April 2013

Tinjau2 @ Pasar Baru Jakarta

Jom tinjau2 Pasar Baru Jakarta
Masa kami sampai, baru jam 9.00 pagi. Hanya beberapa kedai sahaja yang beroperasi. Pasar Baru ini akan beroperasi jam 10.00 pagi.
Kedai lain belum buka lagi, namun kedai ini dah buka jam 9.00 kami.Saya nampak banyak baju tulisan Jakarta. Apa lagi terus ke kedai ini. Baju T-shirt disini IDR 25,000(± RM8.00) untuk semua saiz. Sangat teruja kerana murah apalagi pilih2, beli buat souveniour. Ketika ini, duit rupiah sudah tinggal sedikit sahaja. Adus, mana mahu tukar. Money Changer belum buka.
Tengok tuu... handbag yang dijual. Sekadar snap gambar dari jauh. Tak beli pun.
Kami singgah di gerai penjual selipar dan kasut bertanyakan dimana Money Changer. Baik betul kakak tu, siap tolong tunjukkan kedai Money Changer. Terima Kasih yaa. Kami hanya bertanya. Tapi kakak itu tolong kami.
Disinilah kami menukar duit Malaysia ke rupiah. Sepanjang nak ke Money Changer ini banyak gerai buah, maka sempat lagi snap gambar2 buah tersebut.

Buah Naga & Buah Salak Madu. Buah Salak ini IDR 25,000(± RM8.00) 1 kilo. Tips untuk beli buah salak "Sila pilih sendiri buah salak, jangan minta peniaga yang isikan buah salak itu jika anda membelinya kerana ada kemungkinan peniaga akan memberikan buah yang tak fresh pada anda". Saya beli buah salak ini bawa pulang ke Msia, pilih2 buah salak sebelum timbang.
Buah-buahan

Kue Kamir.  Siap tanya lagi peniaga nii "boleh tak saya ambil photo kuih ni?". Peniaga itu jawab "bisa photokan". Kena la tanya dulu sebab kami tak beli pun kuih nii.

Salah satu pengankutan di Jakarta. Ketika ini kami sedang menunggu Bajai untuk ke Pasar Mangga 2.

Klik entry di bawah untuk cerita di Jakarta:

Restoran Sari Minang - Jakarta


Stay @ Amaris Juanda Jakarta


MONAS & Masjid Istiqlal


Pasar Mangga 2  Jakarta

MONAS(National Monumen Indonesia) & Masjid ISTIQLAL

Menaiki Bajai

Selepas breakfast terus decide nak ronda2 dan sambung shopping @ Jakarta pula. Kami membuat keputusan untuk menaiki pengangkutan awam yang dinamakan BAJAI. Best gak naik Bajai nii. Senang nak ambil gambar dan merempet di jalan raya yang Macet(jem).

Maniki Bajai ke MONAS, Masjid  Istiqlal dan Pasar Baru cuma IDR 40,000(± RM 13.00) sahaja. Mutar2 kami dibawa oleh pemandu.

MONAS(National Monument Indonesia)
Sepanjang perjalanan mahu ke MONAS, terdapat ramai anggota keselamatan. Rupa-rupanya pagi itu ada upacara @ MONAS ini. Patut lah macet nak ke sini. Pemandu Bajai tu pun lupa sebenarnya, setelah melihat anggota2 keselamatan terus pemandu Bajai tersebut beritahu kami "ibu, tak bisa masuk ke dalam untuk ambil photo". 

Kami pun beritahu pemanadu tersebut, tak mengapalah, kami hanya mahu ambil photo diluar sahaja. Kami pun tak mahu bapak(pemandu Bajai )tunggu lama-lama. Tersenyum pemandu tersebut mendengar bicara kami.

Banyak juga kami ambil gambar. Pesan pemandu itu lagi "ibu, ngak bisa photo itu disiarkan, cukup buat koleksi ibu sahaja". Baiklah kami menjawap, jadi disini hanya 1 gambar Monas sahaja publishkan. Lain2 gambar menjadi koleksi peribadi saya.

MONAS ialah tugu yang dibina untuk mengingati perjuangan Wira Indonesia melawan penjajah. Atas Monas berbentuk seperti api, melambangkan semangat yang tidak penah luntur dijiwa mereka.  Api itu dibuat daripada gangsa.


Kubah Masjid  Istiqlal
Dari bilik kami, kelihatan dekat je Masjid Istiqlal ini. Maka, setelah ke Monas saya ke Masjid ini pula. Mahu lihat dari dekat. Pemandu pun membawa kami ke Masjid ini.

Masjid ISTIQLAL

Masjid Istiqlal adalah Masjid yang terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini merupakan suatu kebanggaan bagi Bangsa Indonesia yang majoritinya beragama Islam . Masjid ini dinamakan ISTIQLAL yang bererti MERDEKA.

Klik entry di bawah untuk cerita di Jakarta:

Stay 2D1N @ Amaris Juanda Jakarta

Saya book hotel Amaris Juanda menggunakan AirAsiaGo.com juga kerana melalui website ini pembayaran boleh dibuat melalaui Maybank2u. Untuk 1 malam menginap disini cuma RM150.74. Menginap disini memang selesa. Dekat dengan kedai makan. Depan hotel ada kedai runcit. Dan senang mendapatkan pengangkutan seperti Bajai & teksi.

Breakfast juga disediakan, hidangan yang disediakan tidak sebanyak breakfast2 di hotel Malaysia. TAPI sudah cukup untuk mengenyangkan perut untuk bersiaran selepas breakfast.

Hotel yang selesa
Breakfast disediakan
Breakfast dulu sebelum meninjau Jakarta

 
Keropok yang popular disini
Hasil borongan selama 3D2N- Jakarta-Bandung-Jakarta. Apa yang dibeli pun tak tahu. Asal  beg merah sahaja, kemudian bawa 4 beg lain.Semua digunakan. 1 lagi beg kawan pinjam

Klik entry di bawah untuk cerita di Jakarta:

Restoran Sari Minang - Jakarta


MONAS & Masjid Istiqlal


Pasar Baru Jakarta


Pasar Mangga 2  Jakarta

Masakan Padang - Restoran Sari Minang @ Juanda Jakarta

Selepas berehat sebentar di Amaris Hotel Juanda. Kami keluar untuk makan malam di Restoran Sari Minang. Restoran ini terletak berdekatan hotel. Hanya berjalan kaki sahaja dari hotel. Masa ini kami memang sudah kelaparan. Tak sempat nak snap gambar2 nasi padang. Hanya beberapa keping gambar sahaja di ambil.

Masakan Padang sememangnya banyak pilihan. Pilihan dan makan sahaja. Bil yang dikenakan berpatutan. Sila pilih makanan mengikut budget anda. Pastinya hidangan sotong, udang dll pasti menarik selera anda. Hidangan teh panas disediakan untuk anda. Jika mahu order minuman lain silalah order. Ngap ngap ngap, tengok2 licin pinggan. Betul2 lapar ketika ini. Beberapa gambar diselitkan diblog ini tentang restoran ini.

Makan malam @ Restoran Masakan Padang Sari Minang
Susunatur dalam restoran 
Kotak ini digunakan untuk membungkus makanan
Yang berwarna kuning itu tisu. Terdapat sudu dan garpu dalam balutan tisu itu.

 
Klik entry di bawah untuk cerita di Jakarta:

Restoran Sari Minang - Jakarta


Stay @ Amaris Juanda Jakarta


MONAS & Masjid Istiqlal


Pasar Baru Jakarta


Pasar Mangga 2  Jakarta

Thursday, 18 April 2013

Bandung Ke Jakarta - By Train / Keretapi

Dari Bandung ke Jakarta kami menaiki keretapi. Stesen Keretapi Bandung ialah Bandung. Manakala stesen keretapi Jakarta ialah Gambir. Stesen Gambir merupakan stesen terakhir. Tiket Eksekutif & Agro Parahyangan untuk dewasa ialah IDR 60,000(± RM 19.50).

Kami beli tiket keretapi ini sehari sebelum perjalanan. Tiket ini juga boleh dibeli pada hari perjalanan. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Kami bertolak jam 2.30 petang dan sampai di Gambir, Jakarta jam 5.27petang. Betul2 mengikut jadual dan tepat sampai ke destinasi mengikut jam yang tertera di tiket.

Usah bimbang jika bateri handphone atau kamera ada sudah kehabisan bateri KERANA keretapi ini menyediakan plug untuk anda charge. Perjalanan menggunakan keretapi ini selesa dan penumpang juga tidak ramai. Anda juga boleh menikmati  pemandangan yang  mungkin berbeza dengan negara anda. Beberapa gambar saya selitkan di blog ini.

Untuk info tentang keretapi ini sila klik link ini http://www.kereta-api.co.id/


Borang yang perlu disi ketika membeli tiket keretapi. Sila tunggu ikut giliran anda.
Terdapat ruang menunggu untuk tiket Eksekutif.

Sila ke Jalur 6 untuk ke Jakarta
Selesa untuk penumpang.

Bye2 bandung

View 1
View 2
View 3
View 4

View 5

Akhirnya sampai di Stesen Gambir Jakarta setelah 3 jam perjalanan.


Klik entry dibawah untuk cerita di Bandung:

Dari Airport Jakarta ke Bandung - Menaiki Bas


Festival City Link Bandung


Menginap di Pop Hotel Bandung


Jejalan @ Factory Outlat Jalan Riau


Singgah Sebentar @ Kartika Sari


Pepagi Hari @ Pasar Baru Bandung


Sunday, 7 April 2013

Jakarta - Bandung - Jakarta


3D2N (07- 09 april) saya dan berada di Jakarta-Bandung-Jakarta. Dengan penerbangan Airasia AK1380 jam 7.00 pagi saya akan ke Jakarta.

Kali ini tidak bersama keluarga saya, TETAPI bersama ofismate saya iaitu Miss Zaini. Tiket ini dibeli hujung tahun lepas, harga tiket RM200 seorang utk 2 way (tiket + insuran + beg semasa pulang).