-

Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Tuesday, 3 April 2012

Ucaplah Alhamdulillah



ALHAMDULILLAH adalah kalimah pujian dari seorang hamba kepada Tuhannya.

Sabtu lepas saya telah ke sebuah kedai buku yang terletak di Tesco Shah Alam. Hampir sejam lebih saya di sana. Kebetulan saya tak bawa anak2 kerana anak2 berada di ofis En.H hari itu. Bolehlah saya meninjau2 dan membuat list untuk buku seterusnya yang bakal menjadi koleksi buku saya. Saya telah membuat pilihan untuk membeli buku yang bertajuk "UCAPLAH ALHAMDULILLAH". Cover buku tersebut tercatat "Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.”

Sesungguhnya banyak nikmat yang telah nikmati. Sesekali kita diuji, terasa berat untuk dipikul. Banyak dugaan yang saya lalui. Kehadiran Feqah banyak mengubah kehidupan saya sekeluarga. Terima kasih YA ALLAH, buat kami menjadi kuat semangat dan makin sujud padaMu. Alhamdulilah, semuanya kami lalui dengan begitu tenang sekali.

Saya membeli di kedai ini.
Nama kedai buku tersebut ialah BOOKS etc. Kedai tersebut di tingkat 1. Banyak buku2 agama yang menarik perhatian. Suasana kedai buku sangat selesa. Dengan alunan muzik  dan susun atur yang menarik membuatkan pengunjung leka bila berada di sana. Sedar tak sedar saya begitu lama di sana.


Bab 9- Bersyukur lebih berat dari Bersabar

Tuesday, 20 March 2012

40 soalan sebelum membeli rumah

Ingin membeli rumah? Membeli rumah memerlukan komitmen kewangan yang besar. Banyak aspek yang perlu kita teliti. Antaranya ialah aspek kewangan, lokasi, harga, keluasan, rekabentuk dan keadaan persekitaran. Pastikan anda membuat keputusan yang bijak.

Membeli rumah tidaklah semudah yang difikirkan. Membeli rumah dari pemaju lagi senang prosudernya berbanding membeli rumah dari penjual/individu. Terdapat pelbagai prosuder untuk membeli rumah.



Saya tertarik dengan satu buku ini, terdapat 40 soalan yang dapat membantu anda tentang membeli rumah. Ini bukan bermakna saya ingin membeli rumah lagi. Sekadar menambah ilmu. Buku ini berharga RM29.90, mungkin boleh menjawap persoalan kepada anda.

Antara soalan2 yang terdapat di dalam buku ini :
  •  Bagaimanakah Duti Setem Dikira?
  •  Apakah Perjanjian Jual Beli?
  •  Apakah Perbezaan Antara Cukai Pintu Dengan Cukai Tanah?
  •  Berapa Lamakah Masa Untuk Sesuatu Transaksi Hartanah Selesai?

Friday, 16 March 2012

Jom mencari buku di MPH

Along yang tengah memilih
Along pengemar komik. Macam2 komik menjadi pilihannya. Koleksi komik berbahasa melayu menjadi sasaran along. Masa along kecil2 dulu,komik kartun yang sering dibeli ialah sperti siri doremon, detektif conan dan naruto. 

Koleksi komik yang membuatkan Mukhriz tak tau nak pilih.
Kini along lebih gemar memilih komik berunsurkan pengetahuan am. Antara koleksi yang telah dikumpul dari Gempak Stars ialah Siri Jelajah Dunia. Terdapat 6 siri untuk Jelajah Dunia iaitu kembara jelajah negara2 seperti Amerika, Perancis,China, Mesir, Jepun dan India. Hanya kembara jelajah India belum dimiliki oleh Along.

Ini Along Punya
Untuk pilihan kali ini, along memilih Ekspolasi Tubuh Manusia. Terdapat 3 siri. Terus beli siri 1,2,3. Sebuah buku berharga RM8.50. Sangat bagus untuk anak2 yang gemarkan sains dan sukakan pengetahuan am.

Ini Mukhriz Punya
Mukhriz pun dah mula mengikuti kegemaran along. Mereka ber2 sangat suka baca suratkhabar, tgk berita dan sering bercerita tentang bola. Kini Mukhriz menambah satu lagi kegemaran dengan membaca komik. Mukhriz memilih siri Ikhtiar Hidup Di Kawasan Gunung Berapi.


Ini Feqah Punya
Kalau abang2 dah beli tak kan Feqah tengok je kan. Semestinya satu buku juga akan menjadi milik Feqah. Feqah nii kekadang pelik betul dengan dia nii. Beli banyak2 buku mesti dia kan suka guna buka abang2 sebelum ni. Alasan Feqah "Feqah sayang nak conteng buku Feqah". Nak beli buku cerita belum waktunya untuk Feqah kerana dia baru belajar sukukata. 

Hasil pembelian


Setiap kali ke kedai buku anak2 saya mula tak tentu hala memilih. Pilih-pilih mama kasi masa semua pilih.Lepas semua pilih, mama pula yang akan buat pilihan ya. Sila akur dengan keputusan mama. Anak-anak dah tau dah. Itulah saya.

Friday, 27 January 2012

Buku : Dahsyatnya Doa Ibu


Saya mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan buku ni. Setiap kali membacanya kan terdetik di hati. Ya Allah aku ingin menjadi ibu yang baik. Yang Allah aku ingin sekuat ibuku.

Doa ibu adalah penawar


RM14.90 - 224 mukasurat

Kekadang tanpa sedar air mata kan mengalir. Banyak kesedaran dr contoh2 yang saya baca dr buku ini. Alangkah bertuahnya saya kerana masih mempunyai ibu. Ibu yang tidak pernah jemu mendoakan saya dan adik beradik saya. Semestinya setiap ibu inginkan yang terbaik untuk anak2 mereka.