-

Wednesday, 23 January 2013

Rumah Bangi yang tidak pernah didiami oleh kami

Ahad pagi 20 Jan 2013 saya ke rumah yang saya  @ Bandar Baru Bangi. Dah lama rumah ini siap. Selama 2 tahun rumah ini tidak diduduki. Ini kerana untuk saya tinggal di Bangi saya rasa agak jauh untuk saya berulang ke KL dan En.H berulang ke Shah Alam. Dan yang paling utama kenapa saya tidak berpindah ke sini kerana permintaan Along untuk stay dan belajar di Bandar Kinrara.

Saya beli rumah ini pada 2006 dan rumah ini siap 2008. Masa book rumah ini saya bekerja di Serdang dan En.H bekerja di Sri Petaling. Pada masa beli itu memang dekat dengan tempat kerja kami. Bila dah siap rumah ini. Kami dah berpindah kerja di mana saya bekerja di KL dan En.H bekerja di Shah Alam. Akhirnya setelah 2 tahun membayar rumah ini tanpa kami duduki. Akhirnya rumah ini telah pun diberi sewa pada akhir 2010.

Dan pada ahad lepas kami ke rumah ini disebabkan masalah pagar yang dah nak tercabut dan masalah pintu dapur yang di mangga tidak boleh dibuka oleh penyewa. Pagar nak tercabut kerana lock untuk kedua-dua belah pagar tidak sama dan lama kelama-lamaan pagar ini susah untuk ditutup. Manakala pintu dapur yang di mangga tidak boleh dibuka kerana kereta penyewa ini telah dicuri di tempat kerja dan kunci mangga tersebut ada dalam kereta tersebut.

Inilah pintu pagar yang rosak ini. Kami janji dengan En.Rizal untuk baiki pagar jam 10 pagi. Bila kami sampai orang tersebut dah sampai dan dah keluarkan beg alatan untuk perbaiki pagar ini. Kerjanya sangat kemas. Terima kasih En.Rizal. Bayaran yang dikenakan juga berpatutan. Kebetulan jiran rumah NO 12 juga rosak pagar kerana wifenya terlanggar pintu pagar dengan kereta. Rezeki En.Rizal hari itu, selepas selesai rumah saya, Terus ke rumah NO 12 tersebut. Jika anda khidmat membaikpulih:kunci grill,engsel grill, sliding grill, engsel pagar patah, memotong kunci mangga bolehlah hubungi En.Rizal di talian  013-2218711 (khidmat sekitar kajang bangi putrajaya cheras )

Ini pula bahagian dapur yang dah lama tak dimesin rumput dek kerana mangga pintu pagar belakang dan pintu pagar dapur tidak boleh dibuka kerana kunci mangga hilang. Akhirnya mangga tersebut boleh dibuka setelah dipotong dengan alat grill pagar.


Di kawasan perumahan ini. Tukang mesin rumpun akan datang dengan basikal atau motor dan akan bunyikan loceng seolah2 macam penjual ice-cream. Senang untuk penghuni disini jika mahu memesin rumput. Tapi upahnya saya rasa macam agak mahal. RM40 untuk mesin rumput belakang dan depan. Belakang  rumah cuma 10 kaki sahaja dan hadapan rumah cuma kecil je yang tak bersimen / ada rumput. Jika di kawasan perumahan Bandar Kinrara untuk memesin rumput belakang dan depan cuma RM20-RM25 je. Sedangkan laman lebih kurang besar ni juga. Yang untung warganegara bukan Msia yang bekerja mesin rumput ini.



Rumah yang telah siap dibina 2008. Tapi kami tidak pernah dudukinya. Kini dah tahun 2013.

Memilih End Lot kerana nak extra space untuk parking disisi rumah.

Hati tergoda masa beli rumah ini dek kerana tingkap yang panjang ini. Tingkap ini bertentangan dengan tangga rumah.

Ada berenda konon2 boleh lepak2. Mana boleh lepak sebab tak pernah duduk sini. Tinggal angan2 je la. Sekurang-kurangnya rumah ini dijadikan investment sebab harga rumah di bangi dah naik reganya.
Akhirnya orang lain yang tinggal di rumah ini

3 comments:

  1. mase akk beli rumah ni mesti murah lagi kan?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete