-

Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Wednesday, 28 October 2015

Weekend lepas


Dah lama tak keluar dek kerana jerebu. Buntu jugak kalau asyik duk terperap kat rumah je. Anak2 pun tak sekolah akibat jerebu. Maka, weekend lepas ajak En.H ke Subang Parade. 

Apa nak cari sebenarnya di Subang Parade? Tujuan utama ke sini adalah untuk membeli pakaian Muayyad. Apa lagi jom kita ke Mothercare yang terletak di 1st floor. Rambang mata nak pilih baju baby. Maklumlah dah lama tak ada baby. Tu baru baby boy, kalau baby girl lagi lama pilih.



Jom buat pilihan, sebelum Muayyad nangis. Muayyad baru 3 bulan setengah tapi saya beli pakaian umur 6-9 bulan. Nak beli yang 3-6 bulan, ngam2 je dengan Muayyad. Better ambil yang besar sikit sebab baby cepat membesar. Maka dapatlah 2 pasang baju tidur (blue & grey) dan 2 t-shirt (orange & grey). Dah buat pilihan jom2 balik. 

Tak boleh lama2 kali ini sebab Mukhriz & ALong ada kat rumah. Singgah tapau McD & Rotiboy untuk mereka ber2. Hanya sejam setengah je kami berada di Subang Parade, macam tak caya je. 

Friday, 21 August 2015

Spin & Win @The Manhattan FISH MARKET


Setelah penat jalan2 di Midvalley Mega Mall, kami sekeluarga menjamu selera di The Manhanttan Fish Market. 


Saya bab2 makan memang betul-betul berpantang, jadi saya hanya order minuman panas untuk saya. Sedapnya tengok makanan mereka



Sedapnya air minuman ni. Oh tidakkk, ni minuman berais. Pantang! pantang! baby baru 48 hari time tu.




 Black coffee  menjadi minuman pilihan saya kali ini.


Ini menu pilihan Along.


Ini menu pilihan Mukhriz.



 Kami add on 3 mushroom soup.



Dengan pembelian RM60 ke atas, boleh sertai Spin N Win ini.



Dapat 3 voucher ini. Lepas ni bolehlah redeem voucher ni pula.

Wednesday, 1 April 2015

Steamboat Berlidi & Tauhu Bakar @ Dataran JB

Hari ke 2 berada di JB, kami makan malam di Dataran JB berdekatan jam besar. Kami memilih untuk makan steamboat yang di cucuk dengan lidi. Di sini banyak gerai2 jualan makanan dan steamboat. Jom kita menjamu selera.

Harga steamboat ini bergantung kepada warna di hujung lidi

Pelbagai jenis steamboat boleh dipilih disini

Ini pilihan steamboat Along=RM16

Ini pilihan steamboat Mukhriz = RM9.50

Air tebu fresh dalam botol ini menjadi pilihan kami ber4. Sebotol RM3

Steamboat Along sampai dulu. Harga setiap pilihan steamboat akan ditulis di pinggan pilihan anda. Pilihan steamboat yang lain tak sempat nak ambil gambar kerana masing2 tak sabar2 nak menjamu selera. 

 t
Otak-otak juga dijual dan diletakkan di setiap meja. Harganya 1=80 sen. Kami try satu sorang otak2 ini. 

Tapau 2 tauhu bakar. Setiap 1=RM5. Makan kat hotel. Memang sedap. Menyesal tak beli 1 sorang.

Monday, 30 March 2015

Dinner @ Tip Top B.B.Q Ikan Bakar, JB

Hari pertama kami menginap di Thistle Hotel JB, kami menikmati makan malam di Tip Top B.B.Q Ikan Bakar yang terletak di Medan Selera Sg Chat, JB. Hanya 5-10 minit sahaja untuk ke tempat ini dari hotel. Tempat ini direkmenkan oleh salah seorang staf hotel setelah saya tanya "kat mana tempat makan yg best dan dekat dari hotel".

Jam 6.30 petang kami dah berada di Medan Selera ini.  Tip Top B.B.Q Ikan Bakar  terletak di hujung jalan dan bersebelahan dengan kedai no 1. Jom kita order makanan. Ikan bakar adalah menu utama bagi pengunjung ke tempat ini. Namun kami tidak order ikan bakar tetapi kami order seafood sahaja.

Kami order udang goreng butter. Untuk 300g udang = RM24. Baby carb celup tepung. Kepah masak kicap bercili dan sotong bakar bercili. Harga untuk 4 menu ini cuma RM63. Rasanya memang sedap, yummy yummy licin semuanya.

Kat medan selera ni, kita kena order nasi tempat lain. Order air tempat lain. Bila order sampai kita kena terus bayar. Service di sini pun cepat.

Dinner @ Tip Top B.B.Q Ikan Bakar

4 menu kami order di sini

Sotong Bakar Bercili

Baby crab celup tepung

Kepah masak kicap bercili

Udang goreng goreng butter

2 air tembikai, 1 air laici & 1 ais jelly = RM20

Deretan kedai di Medan Selera ini

Thursday, 12 February 2015

Lunch @ Restoran Zam-Zam , Seksyen 9


Hari ni, keluar lunch awal dengan En.H. Jam 11.45 pagi dah berada di Restoran Zam-zam, Seksyen 9 Shah Alam. Masa kami sampai tak ramai lagi pengunjung, maklumlah masih awal lagi. Kami lunch awal hari ni dek kerana malas nak breakfast dan saya malas nak masak hari ni.


Inilah menu yang kami ber2 order. Banyak nasinya. Masa dapat nasi tuu boleh "habis ke tak nih?". Bila dah makan sah-sah habis lah kan. Sembang-sembang dengan En.H sampai jam 12.45 tengahari. Masa kami nak balik, makin ramai pengunjung yang datang. Maklumlah sudah waktu lunch hour.



Kami hanya bungkus makanan untuk Mukhriz sahaja. Along balik lambat sekolah (5.30 petang) hari ini. Dari restoran ini, terus ke sekolah Mukhriz. Mukhriz balik pukul 1.00 tengahari hari ini.

Tuesday, 25 November 2014

Lunch @ Nyonya Kitchen Shah Alam

Sabtu lepas, 22 Nov adalah hari lahir Hisyraf atau dikenali dengan nama panggilan Along. Kejap je masa berlalu dah remaja anak sulung mama ni. Doa mama dan papa "agar  menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat kelak."

Maka sabtu lepas, kami ke lunch @ Nyonya Kitchen Shah Alam untuk makan2 sempena birthday tersebut.

Lunch @ Nyonya Kitchen Shah Alam


Kangkung Belanchan

Ikan masak asam pedas

Ayam pandan

Udang berempah

Mango & Mixfruit
Kami Add Onn - desert masing2 memilih menu dessert yang berlainan
 
Cendol ini menjadi pilihan saya. 


Happy 13th birthday buat Along

Thursday, 2 October 2014

Jom Makan Nando's




Ahad lepas, hajat dihati nak beli survey-survey barang di Ikea.  Tapi tak kesampaian, dek kerana ramai betul orang di IKEA. Maka kami pun round-roundlah di IPC Shopping Mall. Along nih, pantang tengok tempat makan, pasti request nak makan.

Nando's menjadi pilihan Along kali ini. Nyum-nyum dah lama tak makan di Nando's.  Ramai betul orang weekend tu, adakah kerana nak Raya Haji atau nak Deepavali?

Wednesday, 10 September 2014

Makan-makan @ The Grato, Bangi


Bila sesekali adik beradik berkumpul, pastinya akan keluar makan ramai-ramai. Kali ini makan2 bersama adik beradik En.H.


Kami memilih untuk makan di restoran masakan western iaitu di Restoran Grato yang terletak di Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Tempat ini kami pilih kerana berdekatan dengan Kami merumah adik yang terletak di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi.


Along & En.H memilih menu sizling chicken chop + air tembikai.


Saya pilih menu  chicken chop + fresh orange.


Mukhriz pilih menu  lamp chop + tembikai. Menu Mukhriz paling lambat dapat. Air dah nak habis minum baru makanan sampai. Harga makanan western disini  tidak begitu mahal. Total keseluruhan untuk kami makan pada malam itu cuma RM176 sahaja untuk 15 orang.
 

Ni anak buah yang bernama Haikal. Leka duk main games.


Ni anak buah yang bernama Hafiy yang merupakan anak buah yang paling kecil.

Thursday, 24 July 2014

Berbuka Puasa @ De Palma Hotel Shah Alam

Jumaat lepas berbuka puasa @ De Palma Hotel Shah Alam

Pelbagai juadah dihidangkan. Nyum-nyum dapat makan gulai udang galah

Ada bacaan Al-quran
Belum raya dah makan ketupat palas bersama serunding daging. Terus teringat ayah & mak kat kampung. Rindu nak makan masakan mak.

Sambil makan dapat dengar tazkirah.

Sambil2 dengar tazkirah, makan rojak buah

Sebelum pulang bergambar dulu dengan sebahagian dari staf En.H