-

Friday, 4 January 2013

Extreme Park & Scream Park - Sunway Lagoon


Jom kita ke Extreme Park pula. Banyak aktiviti boleh dilakukan. Tapi masa tak cukup. Lain kali kalau datang kena cuba mana2 yang tak sempat. Tapi bilakah itu? Tiket mahal nak masuk. Kalau ada rezeki boleh datang lagi, Insya Allah.

Tak sempat nak cuba jambatan(Suspension Bridge) ini


Power Jump Bungee Trampoline. Ramai juga yang try aktiviti ini.


Boleh cuba juga Paintball ini. En.H pun try juga paintball ini. Along nak try tapi tak boleh sebab dibawah umur 12tahun tidak dibenarkan mencuba.


Kemudian kami ke Screem Park. Nampak karakter Scream Park berlegar2. Mukhriz terus lari,  takut kata Mukhriz.


Along & Papanya masuk. Saya dan Mukhriz tunggu jauh dari tempat ini kerana Mukhriz takut jumpa karakter Scream Park lagi. Sabar je la.



Klik untuk mengetahui tentang Sunway Lagoon:
  1. Amusement Park @ Sunway Lagoon
  2. Waterpark @ Sunway Lagoon
  3. Wildlife Park @ Sunway Lagoon
  4. 5D WaterPlexx @ Sunway Lagoon
  5. Weekend @ Sunway Lagoon

1 comment:

  1. Til March every 20th hrga tcket rm20..this month fall on Sunday.. :)

    ReplyDelete