-

Monday 28 May 2012

25/05/2012 -8.50 mlm kau pergi buat selama-lamanya

Al-Fatihah buat arwah. Allah lebih menyayangimu

Feqah Insyirah dilahirkan pada hari Jumaat jam 2.09ptg , 27/07/2007. Arwah Feqah telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat jam 8.50mlm, 25/05/2012 dalam pangkuan papanya. Arwah selamat dikebumikan di Kelantan pada hari Sabtu jam 9.15 mlm 26/05/2012.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Arwah meminta air dari saya. Kemudian saya menunaikan solat Maghrib. Selesai solat saya melihat badannya mengigil dan matanya memandang ke atas. Saya memanggil En.H. Papanya terus memeluk Arwah dan kami di bawa ke Hospital Annur, Bangi dengan bantuan Ika. Dalam pelukan papanya, saya dan papanya mendengar hembusan terakhir arwah sebelum sempat sampai di Hospital.

Ya Allah, kami reda dengan pemergiannya. Sesungguhnya kehadirannya membuat kami(saya, En.H, along dan Mukhriz) begitu bahagia walau hanya SEKETIKA BERSAMANYA. Sesungguhnya kami sangat sayang padanya.

Kini kami begitu terasa suatu kerinduan yang tak digambarkan dengan kata-kata. Semoga kami tabah mengharungi kehidupan tanpa arwah disisi.

Friday 25 May 2012

KARATE :Ujian White Belt Kepada Green Belt


Borang ujian dan bayaran yang dikenakan


20 May 2012 (ahad) yang lalu, Mukhriz telah menjalani ujian penukaran tali pinggang karate-do putih ke hijau. Ujian tersebut diadakan di Komplek Rakan Muda, Puchong jam 2.30 tgh.

Peserta2 tali pinggang putih karate-do dr pelbagai sek ren
Mukhriz di barisan depan sekali belah kanan berdekatan whiteboard

Selesai sudah ujian. Peserta diberikan sedikit taklimat.

Penyampaian tali pinggang hijau karate-do

Kemudian, peserta menunggu nama utk dipanggil bagi mendptkan sijil penukaran belt.

Mukhriz dengan green belt dan sijil

Wednesday 23 May 2012

The Exclusive Gardens Club Lounge / The Gardens Club



Saya memiliki card The Graden Club sejak 2011. Untuk memiliki card ini anda perlulah membuat pembelian dengan amount tertentu dalam satu resit pembelian di mana2 kedai di The Garden Midvalley. Layari website The Garden Club untuk keterangan lanjut. The Exclusive Gardens Club Lounge terletak di tingkat  4 The Garden.


Beg The Garden Club - macam2 boleh isi

Selepas register The Garden Club. Anda akan diberikan valet parking, voucher2 dari kedai didlm The Garden dan Beg The Garden Club.

Kami sering menggunakan service ini bila shopping di Midvalley / The Garden. Di sini la along membuat ulangkaji. Sangat selesa.


Sebelum masuk sila ke counter The Garden CLub dan kasi kad The Garden Club

Majalah yang disediakan

Suasana yang tenang


Boleh access internet 

20 minit diperuntukan. Jika tak de customer lain nak guna. Boleh access selama mana anda suka
Mineral Water & Coffee disediakan. 


Toilet yang selesa dan luas. Nak mandi pun boleh. Senang nak tukar pampers anak.

Piala FA 2012 - Kelantan Juara Setelah 22 thn menunggu



Penantian selama 22 tahun untuk menjulang PIALA FA buat pertama kali akhirnya berhasil. Kelantan menewaskan pasukan berstatus kelab Sime Darby 1-0 pada 19 Mei 2012 (sabtu) di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Sepakan penalti oleh penyerang import dari Lebonan, Mohamed Ghaddar berjaya menghasilkan gol pada minit ke 58.

RM40 untuk satu tiket

Penyokong2 setia The Red Warriors memberi sokongan yang begitu bersemangat. Jumaat malam sudah ramai penyokong2 Kelantan sampai di Bukit Jalil. Mereka sanggup bermalam di Stadium. Begitu semangat mereka. Begitu juga adik ipar saya, sampai di KL jam 1.00 pagi sabtu tuu, dan En.H mengambil adiknya pukul 4.00 pagi di Stadium Bukit Jalil.


Sabtu pagi jam 10.00 pagi pakcik pula call kata dah sampai dan nak jumpa di Bukit Jalil sebab nak kasi buah mangga. Jam 2.30 saya pun hantar adik ke stadium. Begitu meriah tengok penyokong2. Cuaca panas tak dihiraukan. Mereka berkumpul di Stadium walaupun perlawanan masih lama lagi untuk mula. Buah mangga atau dikenali buah Pauh diberi  oleh pakcik, banyak buah mangga yang dibawa. Buah limau juga pakcik kasi. Anak2 saya makan buah, seronok mereka boleh makan buah yang banyak itu.


Jam 7.00 mlm sampai sorang lagi adik bersama2 seorang rakan En.H. Mereka tunggu solat Maghrib dulu sebelum bertolak ke Stadium. Jam 8.45 perlawanan bermula.

Doorgift dari The Red Warriors

Dapat doorgift dari Presiden Persatuan BolaSepak Kelantan. Pernahkah anda makan Gegentas? Gegentas  ni makanan traditional.


Gegentas berlabelkan The Red Warriors

Nama Gegentas nii untuk negeri Kelantan. Negeri lain mungkin namakan makanan ni dengan nama lain.

Monday 21 May 2012

Megakids @ MidValley


Weekend yang lalu(13 May-ahad) saya membawa anak ke Megakidz yang terletak di Level 3 Midvalley. Saya hanya beli 2 tiket sahaja iaitu untuk Feqah dan Mukhriz.  Feqah dan Mukhriz sahaja yang bermain di sana. Along buat revision untuk Math dan Sains bersama saya dan EN.H. Ada tempat menunggu dan cafe dalam Megakidz.





Tiket yang dikenakan utk kanak2 -16 tahun ialah RM28 untuk Weekend dan School Holiday. Manakala RM22 bagi weekday.Sila isi borang untuk masuk ke Megakids. Ibubapa boleh menemani anak tanpa dikenakan bayaran. Along tak dikenakan bayaran walaupun masuk di kawasan Megakidz sebabnya along tak main. Feqah dan Mukhriz je yang mendapat tag untuk main di Megakids. Tag tersebut dipakaikan di tangan dan stiker nama di tampalkan di baju. PASTIKAN anak2 dan ibubapa memakai stokin. Jika tidak sila beli dikaunter dengan harga RM6. Saya dan En.H boleh menemani anak2 meneroka terowong2 di dalam megakidz tersebut.  Saya cuba sekali terokai terowong tersebut dan mencari jalan keluar. Semput gak dibuatnya. Lepas tuu terus arah Mukhriz dan Feqah sendiri tanpa pengawasan saya. Saya nak fokus untuk tolong along buat ulangkaji Math dan Sains.
 

Agak tinggi juga untuk mencuba terowong dan gelongsor ini. Tapi bagi anak2 mereka suka sesuatu cabaran. Bagi Feqah dan Mukhriz berkali2 naik dan turun.

Bila keluar dari terowong ini pastinya pening sedikit pada permulaannya. Bila dah byk kali main, dah tak menjadi masalah


Disini juga anak2 boleh menunjukkan bakat dalam seni. Sila buat pilihan gambar yang diingini. Harganya dari RM5-RM25 bergantung kepada saiz gambar. Feqah dan Mukhriz cuma mengambil gambar RM5 sahaja. SAje nak try bila tgk org lain try. Menarik juga bagi mereka kerana hasil kerja mereka akan dibakar didalam oven. Sesuatu benda yang menarik untuk mrk berdua kerana seblm nii mereka tidak pernah mencuba creatif art itu. Mainan Token2 pun ada disini . Tapi harga 1 token disini RM2 sekeping. Terdapat juga mini teater. Anak2 boleh menonton movie.


Boleh adakah party disini. Terdapat 2 birthday party. Salah satu bilik untuk Birthday Party Amirul. Hanya jemputan je tau boleh masuk. Sesapa yang tak dijemput. Mcm Feqah dan Mukhriz, agak pelik ngapa mereka tak boleh masuk. Maka saya pun beritahu "hanya jemputan sahaja yang dapat masuk, Feqah dan Mukhriz tak de kad jemputan itu, jadi sila abaikan birthday itu".


Anda boleh keluar dan masuk Megakids selagi ada tag di tangan anda. Setelah sejam buat ulangkaji. Along request nak keluar dari Megakidz untuk mencari makanan. Saya teman along makan McDOnalds dalam 1/2 jam. Kemudian singgah kedai magazine untuk membeli paper The Star untuk En.H. Kebetulan ada maskot M&M coklat. Apa lagi terus ambil gambar dgn maskot itu dulu sebelum ke Megakidz semula.

 

5 jam saya melayan Feqah dan Mukhriz di Megakidz. Manakala EN.H dan Along continue buat ulangkaji di THe GArden Club @ Level 4 The Garden. Rupa-rupanya ada sesuatu yang En.H plan dengan along rupanya. Patutla saya rasa pelik mengapa EN.H beriya2 mengajak saya ke Midvalley sedangkan dia tahu yang anak2 akan start exam pada 14 May (Isnin). Next entry saya akan buat entry apa plan En.H dan along itu.

Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru


Hari Guru disambut setiap 16 Mei. Tema Hari Guru untuk tahun ini ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara". Terima Kasih kepada guru yang banyak berjasa dalam mendidik.


Bagi ibu2 yang mempunyai anak2 yang bersekolah, ini masanya anak2 akan meminta ibu mereka membeli sesuatu hadiah untuk diberikan kepaeda guru mereka. Kebiasaannya guru yang mereka suka akan mendapat hadiah. Selain itu guru kelas juga sering menjadi pilihan. Memandang kesemua anak saya dah bersekolah maka berusahalah saya memenuhi permintaan anak itu. Kali ini saya cuma membeli pen papermate. Reganya pun cuma RM3++ sahaja untuk setiap guru yang menjadi pilihan anak2. Pen tersebut saya ikat dengan reben hijau.

Tuesday 15 May 2012

Crocs @ Subang Parade


Hati sudah tertawan dengan SPRINGI FLAT dari product Crocs. Maka saya pun muka la  bagi hint2 kepada En.H untuk memiliki kasut idaman saya itu. En.H yang mengawal segala belanjawan kami. Jadi jika katanya YA itulah jawapannya. Jika katanya TIDAK sila abaikan apa2 niat. Dek kerana kasut favouriteku iaitu kasut merahku itu telah terkoyak maka  En.H mengajak saya untuk ke kedai Crocs. Subang Parade menjadi pilihan butik Crocs kami kerana disitulah kami memiliki barangan Crocs sebelum ini. Kami ke sana pada sabtu malam.



Lepas solat isyak terus ke butik Crocs di Subang Parade. Tiba di butik Crocs  saya dapati kasut yang saya tertawan tuu dalah new arrival. Niat untuk memiliki makin membuak2. Memandangkan saya dah ada pilihan, jadi saya tidak mengambil masa yang lama untuk memilih. Terus bagi tahu saiz kasut. Try kasut itu dan rasa selesa. Harganya agak murah berbanding harga2 kasut Crocs lain.


En.H sibuk melayan Feqah melihat kasut bebdk pempuan. Tanpa berlengah saya terus tanya pendapat EN.H. En.H setuju dan terus bagi RM *** pada saya. Dalam masa 15 minit je rasanya kasut tuu sudah menjadi hak milik saya. Masa saya nak bayar staf tersebut tanya saya.

Staf Crocs : Kak, hadiah mother's day ke kak? Esokkan Mother's day.

Saya : Tidak dik, kasut akak ni dah koyak, jadi akak perlu kasut baru.

Staf Crocs : Kak, cepatnya akak buat pilihan.

Saya:  Akak dah survey dik, lagipun hubby akak dah setuju pun untuk belikan untuk akak

Staf Crocs : Begitu senang hubby akak kata YA dan kasi duit kat akak

Saya: Akak jarang request something dr hubby akak kecuali akak rasa dia mampu berikan untuk akak. Lagipun harga kasut ini ok berbanding harga kasut2 lain dlm butik Crocs s ni

Staf Crocs :Terima kasih kak, senang berurusan dengan akak.
Saya: OK dik, akak pegi dulu ya anak2 nak makan. dan 9.15++ nii, kan lambat nanti kedai tutup.


Kalau customer tak banyak kerenah pun heran. Kalau banyak keranah, mereka angin lak. Walaupun nak cepat tapi masih sempat lagi tuu snap gambar di atas. Masa nak keluar dari kedai Crocs, En.H tanya saya "apa yang awak duk menyembang dengan staf tu?". Saya menjawab "Mereka ber4 heran cepat sgt saya buat pilihan dan awak pun senang je bagi keputusan dan duit". EN.H "oooo", terus En.H ajak anak2 gi makan. Nak cepat2 balik rumah sebab nak buat ulangkaji sebab anak2 nak exam isnin tuu. Petang tadi dah buat ulangkaji dah. Malam nak tambah sikit lagi ulangkaji.

Memandangkan perut masih kenyang. Maka kedai yang dipilih ialah "RotiBoy". Anak2 suka roti ni. Tgk tuu along kalau bab2 makan selera betul. Roti Mocha didalamnya Mocha. Yummy2. Selesai makan terus balik rumah. Jam 10.10 dah ada di rumah. Sesi buat ulangkaji BM bersama anak2 sehingga jam 11mlm.

Kasut Merah Ku


Kasut Merah kesukaanku

Sudah lama saya miliki kasut merah ini. kasut ini dibeli januari 2010 lagi. Kasut ini dari keluaran ReeboK. Sangat suka pakai kasut ini kerana sangat selesa. Kerap menjadi pilihan saya walaupun terdapat pilihan kasut lain.


Pada minggu lepas. Saya tetiba tergerak hati untuk melihat keluaran Crocs melalui internet. Mulanya2 untuk melihat selipar sahaja. Konon2 nak beli selipar untuk menukarkan selipar pink Crocs iaitu hadiah Birthday saya thn october, 2009. Takkan selipar je kan. Klik2 website Crocs, maka hati mula tertarik dengan kasut Croc. Mula la menyimpan niat untuk memiliki kasut itu. Antara barangan yang bakal saya beli tapi tak tahu bila, kerana saya masih ada kasut merah ini.


Garisan Kasut Yang Koyak

Selang 2 hari selepas saya melihat website Crocs, saya dapati kasut merah saya terkoyak. Sedihnya. Adakah kasut merahku MERAJUK? Hakikatnya kasut merah nii dah lama berkhidmat untukku. Sudah masanya kasut merah ini ditukar.

Monday 14 May 2012

ExaM Pertengahan Tahun Bermula

Selamat menghadapi peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

Kepada pelajar2 yang sedang meghadapi peperiksaan Pertengahan Tahun, "Selamat Menjawab Soalan Peperiksaan". Kepada ibubapa yang berusaha untuk memastikan kejayaan anak2 " Selamat Mendoakan Kejayaan Mereka". Setiap ibubapa pastinya ingin yang terbaik untuk anak2.

Tarikh exam bergantung kepada sekolah2. Bagi anak saya:

Anak2 ku. Buatlah yang terbaik dalam peperiksaan.


Tarikh2 yang perlu saya ingat

Wednesday 9 May 2012

ALA THAI @ Solaris Dutamas



Makan Malam di Restoran Ala Thai yang terletak di Solaris Dutamas. Kedai tersebut tutup jam 11 malam. Kami sampai di sana jam 9.15 malam. Apalagi terus order makanan. 


Memandangkan pergi malam weekday maka terpaksa la Along membuat homework di Restoran tersebut. Gigih betul Along menyiapkan Homework. Lagipun memang time 9mlm memang masa untuk Along buat homework. Tidak menjadi masalah untuknya untuk menyiapkan Homework walaupun berada di luar.
  
Pineapple Fried Rice
Suasana yang menarik. Menu untuk saya kali ini ialah Pineapple Fried Rice. Alahai udangnya cuma 2 ekor. Rasa nasi goreng yang sedap. Habis di ngap oleh saya. En H pula order Phad Thai Noodle, tak sempat nak gambil gambar. Setiap menu disertakan dgn Tomyam, agak pedas juga bagi saya. Bagi pengemar pedas, tak menjadi masalah.

Feqah diapit oleh Abang-abangnya

Untuk anak2, saya order 2 Paprik Chicken Rice. Along dan Mukhriz bergilir2 suapkan untuk Feqah. Tu yang Feqah duk tengah2 tuu. Anak pempuan diapit oleh 2 Hero. Nyum2 semuanya licin.


Thai Cendol dan Coconut Sagu
 Seterusnya dessert yang dipilih ialah Thai Cendol dan Coconut Sagu. Juga licin. Bukan besar pun mangkuk tuu. Sejam berada disini, terus gerak pulang ke rumah. Esok anak2 nak sekolah.