-

Friday 29 March 2013

1-2-3-4 dilepaskan

W*Q 1234 akhirnya dilepaskan


W*Q 1234 dilepaskan minggu lalu. Kini,W*Q 1234 ini bukan lagi milik kami lagi. Agak berat untuk melepaskannya. Namun itulah yang pasti. Berpisah dengan benda yang tak bernyawa pun kami sayu, inikan pula berpisah dengan anak yang dikandung. Kenapa kami perlu rasa sayu? Jawapannya, kerana banyak kenangan bersama arwah Feqah Insyirah yang kami kumpul dengan W*Q 1234.


4 tahun 8 bulan bersama W*Q 1234.

4 tahun 8 bulan kami memiliki W*Q 1234. Dan akhirnya, W*Q 1234 kami terpaksa lepaskan juga.Terima Kasih Ya Allah dengan rezeki yang dianugerah, dengan izinMU W*Q 1234 telah menjadi *** 7575. Alhamdulilah.

Wednesday 27 March 2013

Melawan Kesepian



Kadang-kala bila kerinduan dan kesepian itu datang, buatkan aku terdiam seketika. Hati berlawan dengan perasaan yang sukar diungkapkan. Tanpa sedar mata akan berkaca dan kadang-kala tewas dengan perasaan itu. Airmata kan membasahi pipi tanda disedari.


Ketika itu hati berkata "Ya Allah berikan aku kekuatan, berikan aku kesabaran". Sesungguhnya hati seorang ibu tidak boleh lari dengan perasaan rindu terhadap anak kecil itu (arwah Feqah Insyirah).

google image

Terlalu sukar untuk melawan kesepian hati ni takkala tiupan rindu tu datang. Perasaan ini bergelombang antara Sayu, Syahdu dan Syukur. Sayu kerana terlalu rindu akan kamu duhai anak (arwah Feqah Insyirah). Syahdu kerana tiada lagi gelak tawamu duhai anak (arwah Feqah Insyirah). Syukur kerana mama tahu kamu lebih bahagia di Alam sana.



Apapun yang terjadi. Berikan aku kekuatan. Aku Redha dengan ketentuanMU. Berjalanlah tanpa henti, semoga mampu kulawan kesepianku.Terima Kasih Ya Allah kerna aku masih miliki 2 orang anak (Along & Mukhriz).

Thursday 21 March 2013

Gift Dari SOGO

Lunch tadi ke KL SOGO untuk redeem Frequent Shopper Gift. Ini kali ke 4 mendapat Frequent Shopper Gift.


Inilah gift itu. Beg berwarna merah menyala. Last year dapat beg warna maron.

Alang2 dah ke customer Service. Terus cek point SogoCard.


Redeem Payung. Cuma 600 point utk 1 payung. Banyak lagi point Sogo Card, simpan dulu, nanti boleh redeem benda lain.

Saya memilih payung berwarna purple. Sabtu ni nak balik Kg, jadi boleh bagi kasi payung ni pada nenek. Bolehlah nenek guna payung nii masa nak ke surau di tengahari ataupun semasa hujan turun.

Wednesday 20 March 2013

Dove - Damage Therapy

Dove Damage Therapy (Intensif Repair)

Pelbagai product penjagaan rambut di pasaran. Setiap product pasti ada keistimewaannya. Last week, pihak Unilever telah memberikan sample produknya iaitu syampu Dove Damage Therapy di stesen LRT Sultan Ismail & LRT S.Petaling. 

Dove Damage Therapy dapat membantu membaiki, menyuburkan dan menjadikan rambut anda berkilat dan cantik.

Monday 18 March 2013

KARATE : Ujian Penukaran Tali Pinggang (Blue Belt - Purple Belt)

Ahad 17 Mac, Mukhriz menjalani ujian penukaran tali pinggang Karate dari Blue Belt ke Purple Belt. Yuran yang dikenakan untuk ujian ini ialah RM161.00.

Bayaran dibuat pada hari tersebut.  Semasa kami sampai @ Komplek Belia Puchong, peserta white belt senang menjalani ujian.

Ramai peserta White Belt. Maka ujian ini dibahagikan kepada 2 group.

Sementara menunggu giliran Blue Belt. Peserta2 diberi latihan terlebih dahulu di luar dewan. Hanya 8 peserta Blue Belt kali ini.

Selesai sudah ujian penukaran tali pinggang Blue Purple ke Purple Belt. Sijil & Purple Belt diberikan kepada peserta. Alhamdulilah, Mukhriz bersemangat meneruskan Karate. Ramai juga kawan2 Mukhriz yang dah berhenti dari Karate. Mukhriz tidak pernah putus asa untuk meneruskan Karate walaupun pernah tergendala selepas pulangnya arwah adiknya (Feqah Insyirah) ke Rahmatullah kerana arwahlah peneman setianya ketika latihan Karate.

Kem Bestari Solat & Tuition UPSR

 Sekolah Ganti


Sabtu lepas 16 Mac, Sekolah Kebangsaaan ada sekolah ganti sempena cuti Tahun Baru Cina yang lalu. Jadual asal sepatutnya  pada 9 mac tetapi ditukar kepada 16 Mac. Semua pelajar dari Tahun 1-6 dikehendaki datang pada sesi pagi.

Tahun 1-5 bagi pelajar Islam mengikuti Kem Bestari Solat manakala tahun 1-5 yang bukan islam mengikuti Kem PdP Moral. Bagi pelajar Tahun 6, mereka mengikuti kelas tambahan UPSR seperti hari sabtu2 yang lain.


Baca paper dulu sebelum samapai ke sekolah

Jika ada aktiviti sekolah pada hari sabtu kebiasaannya En.H & saya akan sama2 menghantar anak ke sekolah. Weekend merupakan masa untuk anak2 dan peluang untuk menghantar mereka tidak akan saya lepaskan.

Sebelum ke sekolah kami akan membeli paper The Star. Anak2 saya memang peminat sukan. Masing2 akan baca bahagian sukan dahulu. Bab2 pengetahuan am dan isu2 semasa anak2 saya lebih terrer dari saya. Mereka suka bicang isu2 ini dgn papanya berbanding saya.
 
2 beradik yang sedang membesar

Mereka ber2 lah menghibur suka dan duka saya sekarang. Bila renung2 balik kejap je masa berlalu. Dah besar pun mereka. Kita pun semakin hari semakin meniti hari tua.

Friday 15 March 2013

Jom ke Matta Fair 15-17 Mac 2013 @ PWTC

google image

Lunch tadi saya ke Matta Fair. Tiket untuk masuk ke Matta Fair ialah RM4 untuk dewasa, dan kanak2 bawah 12 tahun adalah percuma.

Setelah mendapatkan tiket. Beg ini diberikan kepada anda. Beg Matta Fair tahun ini agak besar berbanding tahun sebelumnya. Boleh isi pamplet dan brochure2.

Salah satu pembelian saya pada kali ini ialah Cruise Tasik @ Putrajaya. Saya memilih  Sightseeing Cruise, harga untuk dewasa = RM18 dan kanak2= RM10. Harga biasa untuk cruise tasik ini ialah RM30 dewasa & RM18 Kanak2. 2 lagi pembelian nanti saya akan share bila tiba masanya.

Jom bantu Wira2 yang mempertahankan negara. Tabung Wira Lahad Datu ini disediakan berdekatan dengan kaunter tiket Matta Fair. Marilah kita menyumbang kepada Wira2 Negara.

Thursday 14 March 2013

Lawatan Pemerhatian Helang @ Tanjung Tuan Port Dickson


Sabtu 9 Mac Along mengikuti Lawatan Pemerhatian Helang @ Tanjung Tuan, Port Dickson. Pemerhatian Helang ini lebih dikenali sebagai Raptor Watch. Jam 6.45 pagi along sudah berada di Sekolah Kebangsaan.

Antara aktiviti yang dilakukan semasa lawatan tersebut ialah merentas hutan, kraf alam, guide walk, seashore walk & magrove walk. Lawatan bermula jam 7.00 pagi dari sekolah ke PD) dan berakhir 7.20malam(PD ke sekolah). Pengalaman yang cukup berharga buat Along. 

Borang  & Aturcara Lawatan Pemerhatian Helang

Jam 6.45 pagi sudah berkumpul di Sekolah Kebangsaan

Sampai di PNB Ilham Resort, Tanjung Tuan PD
Along & rakan2. Along bawa kamera untuk lawatan ini. Berkali2 minta nak bawa kamera. Akhirnya request along saya tunaikan.

Jom merentas hutan
Penerangan Penghijrahan Helang diceritakan kepada pelajar2

Itu pun Helang
Sekumpulan helang berterbangan
Tupai Kerawak Hitam


Tenggiling

 Semasa lunch Along memilih RM12 untuk face painting yang bertemakan harimau. RM12 untuk face painting ini.

Magrove Walk. Mari melihat paya bakau

Jom Pulang

Wednesday 13 March 2013

Taman Agro Tourism (Big Red Strawbery Farm)

Ahad pagi (10 mac), awal2 dah checkout dari apartment. Kami mahu ke Taman Agro Tourism untuk menikmati hidangan yang berasaskan strawbery. 

Tiada bayaran dikenakan untuk ke taman ini. Terdapat cafe yang menyediakan pelbagai jenis menu berasaskan strawbery. Kedai menjual pelbagai cendahati juga ada disini. Anda juga boleh membeli sayur dan memetik strawbery.


Inilah sebahagaian ahli keluarga saya

Pelbagai menu yang disediakan @ Taman Ago Tourism (Big Red Strawbery Farm). Sila order mengikut nombor menu. 
Menu pilihan saya & Mukhriz ( Sundae Strawbery, blended strawbery & Cheese cake)


Order waffer srawbery pula. Banyaknya makan.

 Mukhriz & pakciknya berbaju sama


1 paket salad ini = RM 2

Mukhriz bersama pakcik, makcik & sepupunya.

Tuesday 12 March 2013

KAE Farm Cameron Highlands


Kami ke Kae Farm pada jam 4.00 petang. Parking disini agak terhad. Pastikan parking anda tidak menganggu lalulintas. Keadaan hujan ketika itu, agak kesejukan untuk membeli barangan disini.

Adik beradik saya mengambil masa agak lama disini kerana teruja dengan sayur2 yang segar, jagung madu, ubi, buah-buahan, fridge magnet dan macam2 lagi. Kebetulan mak tak ikut ketika ini, mak tak larat nak ikut anak2 mak yang kalau memilih memang lama.

Dalam ramai2 adik beradik saya bab2 memilih saya yang paling cepat. Last2 saya yang tunggu mereka dalam kereta. Tak larat menunggu mereka memilih dari satu kedai ke satu kedai. Adik beradik saya  dah hantar barang kat kereta tapi masih nak pergi sekali lagi membeli untuk tambahan.


Inilah adik-beradik saya yang saya tunggu dalam kereta. Gambar ini disnap oleh saya ketika mereka mahu melintas jalan. Happy je mereka, Saya dan Mukhriz yang menunggu punyalah terasa lama.

Kepala Laut
Buah cinta / Lolipop Love
Asam & coklat

Sayur: 8 paket =RM10. Memandangkan kami banyak beli, kami dapat 10 paket =RM10

Buah-buahan. Sebiji limau ini = RM2.

Ubi kentang. Kecil2 je bentuknya.

Kubis purple

Bunga kering. 3= RM10
Keychain

Fridge Magnet