-

Showing posts with label Airport. Show all posts
Showing posts with label Airport. Show all posts

Monday, 4 February 2013

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Sejak 2 mejak ini saya dan En.H kerap pulang ke kampung atas urusan keluarga. Sabtu lepas saya menghantar En.H @ Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang kerana En.H pulang melawat ayahnya yang sakit.


Mukhriz ke latihan Karate

Sabtu pagi saya hantar Along ke Kem Motivasi "Insan Dimanik" di sekolah. Sabtu Petang pula sekali lagi saya ke sekolah menghantar Mukhriz  untuk latihan Karate jam 5.00 petang.


Along sedang beratur untuk mengambil wudhuk

Saya sempat  menjenguk Along di Kem Motivasi tersebut. Masa itu Along & rakan2 sedang mengambil wudhuk untuk solat Asar.

Mukhriz habis latihan Karate jam 6.30 ptg. Memandang flight En.H jam 7.50 ptg, maka saya ambil Mukhriz awal iaitu jam 6.00 ptg, awal setengah jam dari biasa.

Kawan2 Mukhriz kata pada  Sir yang mengajar Karate "Sir, mana aci Mukhriz boleh balik awal". Sir tersebut berkata "kalau sapa2 nak balik awal, kena mak ayah datang jemput macam Mukhriz, kalau tak, pukul 6.30ptg baru boleh balik". Inilah kali pertama saya ambil awal Mukhriz ketika latihan Karate. Nak tunggu habis kul 6.30ptg takut jem nak ke airport.

Mukhriz dengan hati yang berbunga2 berjalan sambil dipimpin oleh mamanya. Saya pula sempat lagi menjenguk Along buat kali ke 2 di Kem Motivasi itu. Alang2 dah sampai sekolah.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Sampai di airport Subang awal. Jam baru 6.40 petang.


Mukhriz menemani papanya untuk Check In

Apalagi Mukhriz pun temanlah papanya Checkin dan letakkan beg. Selepas En.H dapat boarding pass, Mukhriz request seperti biasa untuk ke Big Apple.


Mukhriz request Big Apple. Kami lepak2 disini

 Masa lepak2 dekat Big Apple Mukhriz memulakan perbualan.

Mukhriz: Papa dan Mama ni asyik balik kampung naik Flight je? Sian Mukhriz tak dapat naik Flight. Masa mama balik kampung tak bawa Mukhriz, bila papa balik pun tak bawa Mukhriz.

En.H: Papa dan Mama kan balik kejap je. Tak payahlah Mukhriz ikut, lagi pun Mukhriz kan sekolah

Mukhriz: Ala, papa dan mama ni tak aci betul. Asal mama dan papa boleh pula naik flight.  Dah la abang asyik ada kem je tahun nii. Gi sana la gi sini la. Along boleh pula. *dengan muka tak puas hati*

En.H: Mukhriz tak puas hati tak dapat join aktiviti sekolah ke? Kan Mukhriz ada Karate. Bln 3 ni Mukhriz ada pertukaran tali pinggang Karate. Along teman Mukhriz pula.

Mukhriz: Tak sama. Tak sama. Mukhriz nak naik Flight juga

En.H & Saya: Masing2 pandang ke arah Mukhriz.

Mukhriz: Boleh la, mama dan papa. Jom la kita gi mana2. Naik Flight tau.

Tak pasal2 pula Mukhriz request. Saya rasa dia sunyi kot sebab Sabtu malam dan Ahad cuma tinggal saya dan Mukhriz je kat rumah. Tu yang timbul macam2 persoalan.

Kemudian saya dan Mukhriz mahu pulang. En.H sempat bisikan di telinga saya "mama, mama booklah mana2 tempat untuk bawa anak2 naik flight. Anak kita cuma 2 sahaja. Tunaikan permintaaan mereka. Kebahagiaaan anak2 adalah kebahagian kita. Tetiba hati sayu pula mendengar kata2 itu.

Saya tahu berat untuk En.H tinggalkan saya dan anak2 diKL. Dan saya tahu betapa beratnya perasaan kami sekiranya mahu pulang ke kampung. Perasaan terlalu sayu dan hiba untuk melangkah menziarahi pusara anak yang bersemadi selama-lamanya di kampung iaitu arwah Feqah Insyirah.

Saya memimpin tangan Mukhriz, meneruskan perjalanan dengan perlahan2, sambil dibuai perasaan. Ya Allah berikan kekuatan kepadaku untuk hadapi semua ini dengan penuh kesabaran. Kuatkan semangatku agar hambaMu ini berjaya menjadi penguat semangat untuk suamiku dan anak-anakku.

Sempena Chinese New Year Booth  terdapat booth jualan @ ruang legar

Thursday, 17 January 2013

Selesai Sudah Urusan di Kampung


Saya pulang ke  kampung atas urusan ayah yang akan menjalani satu pembedahan kecil di Hospital Raja Perempuan Zainab II, KB. Selama 2 hari saya menghabiskan masa di hospital. Ketika ini juga Abah (bapa mertua) saya juga berada di hospital. Ayah ditempatkan di wad 30(tingkat 3) manakala Abah (bapa mertua) berada di wad 29 (tingkat 2).

15/01/2013 saya sampai di hospital jam 12 tengahari. Selama 5 jam saya berada dihospital melawat ayah dan abah. Kejap2 berada di tingkat 2, kejap2 di tingkat 3. Jam 5++ petang saya pulang ke rumah saya di kampung yang terletak hanya 25 minit dari hospital.

16/01/2013 ayah dimasukkan ke bilik bedah. Pembedahan dijalankan selama 2 1/2 jam. Alhamdulillah segalanya telah selesai dan ayah dalam keadaan baik. Pada malam 16/01/2013 dengan penerbangan akhir saya pulang ke KL.

17/01/2013 jam 12 tgh saya mendapat sms dari adik saya mengatakan ayah sudah dibenarkan pulang ke rumah. Alhamdulillah.

Suasana pagi di hadapan Dewan Bedah

Jam 9.04 ayah di masukkan di Bilik Bedah 4

Jam 11.37 ayah di masukkan ke Bilik Pemulihan setelah selesai pembedahan

Jam 12.13 ayah di masukkan ke wad 30. Alhamdulillah.

Jam 10.45 dengan penerbangan AK6447 saya kembali ke KL

Tuesday, 15 January 2013

Permudahkan segala urusanku



Hari ini saya kan berada di kampung/ kelantan kerana ayah dimasukkan ke hospital. Pulanglah saya dengan penerbangan AK 6434 jam 10.15 pagi nanti. 

Hanya saya sahaja yang akan pulang ke kampung melawat ayah. En.H perlu urusan kerja yang  diamanahkan dan anak2 perlu ke sekolah. Tambah2 lagi along tahun ini akan menduduki UPSR.


Ya Allah permudahkan segala urusan ayahku, moga selamat menjalani pembedahan pada hari ini.

Ya Allah permudahkan juga segala urusan suami dan anak2 sepanjang aku tiada disisi mereka.

Duhai arwah Feqah Insyirah, mama akan menziarahi pusaramu. PAstinya mama tidak kuat tanpa Papa ketika menziarahimu nanti. Sesungguhnya mama sayang dan rindu kamu.

Pulangnya saya kali ini, tidak akan melepaskan pulang untuk melawat bapa mertuaku yang juga masih di hospital.

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini dengan tenang dan sabar.

Thursday, 20 December 2012

Sudah Sampai di Kelantan


Dengan penerbangan Airasia AK 6432 KL-KB. Kini saya & En.H sudah sampai di Bumi Kelantan. Sejak Nov 2012 & Dec 2012 sudah berkali2  menggunakan perkhidmatan ini. Kali ini kami pulang untuk mengambil anak2 (Along & Mukhriz) ke KL.

Memandangkan bapa mertua masih berada di hospital. Maka kami juga akan berulang-alik ke Hospital. Anak2 berada di kampung sejak 14 Nov 2012 lagi. Dan kini, sudah tiba masanya untuk membawa mereka pulang ke KL kerana sesi persekolahan 2013 akan bermula tak lama lagi. Beginilah keadaan setiap kali cuti persekolahan akhir tahun. Anak2 lebih suka berada di kampung berbanding di nursery.

Balai Ketibaan - Sultan Ismail Petra Airport

Monday, 3 December 2012

Kami masih Ber-2 Lagi



4 hari 4 malam kami berada di kampung. Malam tadi (02 Dec 2012 - ahad) dengan penerbangan akhir AirAsia kami kembali ke KL untuk bekerja. Kami ber2 lagi kali ini. Anak2 masih dikampung. Kami akan pulang lagi ke kampung lagi pada 20 Dec 2012 (khamis) untuk bawa pulang anak2  ke KL.

Susah sebenarnya untuk berpisah dengan anak2 tapi apa kan daya. Anak2 tak mahu duduk nursery setiap kali cuti akhir persekolahan terutamanya Along. 

Tahun ini merupakan tahun pertama Mukhriz berada di kampung semasa cuti akhir persekolahan kerana sudah tiada lagi adik yang akan menjadi temannya di KL. Selalunya Mukhriz ditemani arwah adiknya(arwah Feqah Insyirah), namun tahun ini semua itu sudah tiada lagi. Inilah perubahan yang perlu Mukhriz lalui. Berpisah buat selama-lamanya dengan adiknya (arwah Feqah Insyirah) dan berpisah seketika dengan ibubapanya semasa cuti akhir persekolahan tahun ini.

Friday, 5 October 2012

Balai Ketibaan @ KLIA

Balai Ketibaan @ KLIA
  
Weekend lepas ke KLIA untuk menjemput En.H yang pulang dari Kelantan atas urusan melawat abahnya yang tidak sihat. En.H sampai jam 8.50 malam. Memandangkan ketika sampai di KLIA masih awal lagi. Maka saya mengambil keputusan untuk parking dan menunggu di Balai Ketibaan.


Singgah beli corn in cup & waffle

Memandangkan sampai awal, 2 beradik ini singgah di gerai Nelson'S (Corn in Cup) untuk membeli Corn & Waffle. Anak2 saya suka beli Corn & waffle dari gerai Nelson's ini.  Produk ini banyak terdapat dimana2 sahaja.
Kacang dari Malaysia Airlines System

Bila dah jumpa EN.H, seperti biasa Mukhriz akan mencari kacang dari beg papanya. Mukhriz terkejut bila jumpa Kacang yang banyak itu.

Mukhriz :"papa, kenapa banyak sangat papa dapat kacang ni". 

En.H : Hari ini tak ramai yang ada dalam Flight tu. Jadi staf MAS kasi papa satu paket besar Kacang ni.

Mukhriz: Penumpang lain dapat macam ini juga ke papa?

En.H: Aah penumpang lain pun dapat juga. Ada Mat Sallleh pun terkejut kenapa kasi banyak.

Mukhriz : Habih tuuu orang lain ambil juga ke papa kacang banyak2 ni?

En.H: Mereka pun ambil juga. Sebab Staf MAS tu kasi.
 
Jom ke Parking kereta & Pulang Ke Rumah

Hanya sejam berada disini dan parking yang dikenakan oleh pihak KLIA untuk sejam cuma RM4.00.

Tuesday, 25 September 2012

Skypark Terminal Subang

Skypark Terminal Subang 



Dari USJ saya terus ke Skypark Terminal Subang. Dekat sahaja untuk ke sana. Walaupun dekat, saya terlewat sampai disebabkan jem depan Summit USJ.

Jam 9.45, En.H SMS saya. Katanya dah sampai. Saya kata "baca paper dulu nanti sampai mama call". Dek kelewatan sampai disana, maka saya tak call En.H malah saya terus parking berdekatan dgn McD. Maka kami ber3 pun mencari En.H. Senang je nak cari sebab En.H memakai sweeter merah F1. 


Beginilah ragam2 anak bila jumpa papanya

Bila dah jumpa inilah lagat anak2 saya. Along dah mula berbisik2 papanya. Dah tahu sangat dah. Along ni tak de benda lain mesti nak minta belikan makanan/ minuman. Dah la hari nii sekolah ganti untuk sekolah kebangsaan, along tak gi sekolah. Bukan salah anak ya. Salah saya yang lupa sabtu 22 sept ada sekolah ganti.


Inilah yang Mukhriz cari. Kekacang / makanan dari Firefly

Mukhriz pula selalunya akan suka cari gali bagpack En.H. Apa yang Mukhriz cari ialah Kacang yang dapat dari Firefly. Dahulu bab2 kacang ni, Mukhriz dan Feqah yang suka bila En.H pulang. Maka En.H pun terpaksalah melayan 2 beradik itu dengan bahagi2 kan kacang itu. Kini, Mukhriz tak perlu  lagi share kacang itu kerana adiknya(arwah Feqah Insyirah) sudah tiada didunia ini lagi.


Along yang sangat suka bab2 yang berkaitan dengan makanan/minuman

Mukhriz dapat kacang dan Muffin. Along pula request nak ice blended. En.H bagi duit pada along. Pandai2 la buat pilihan. Maka along memilih untuk beli ice belended @ Big Apple. Hasilnya blueberry ice belended menjadi pilihan Along. 

Kemudian terus pulang ke rumah. Saya nak kemas rumah dan nak masak untuk lunch.