-

Monday 30 April 2012

Bola Malaysia Vs Sri Lanka. Msia Menang (6-0)


Kini, Feqah sudah berambut pendek.

Perlawanan Persabahatan Antarabangsa antara Malaysia dan Sri Lanka berlangsung pada 28 April 2012 (Sabtu) di Stadium Shah Alam. Wan Zack Haikal membuat jaringan pertama pada minit ke 24. 2 gol dapat disaksikan pada separuh masa pertama. Dan menambah 4 gol lagi selepas itu menjadikan jumlah keseluruhannya 6. Kemenangan berpihak kepada Malaysia.


Beli 1 jersi
Jam 7.50 kami dah sampai di Stadium Shah Alam. Tiket belum ada lagi. Memandangkan masih awal, kami ke booth TM untuk membeli Jersi Team Malaysia . Dah lama dah nak beli, akhirnya pada malam itu dapat beli jersi tersebut. Cuma RM60 sahaja.
 
Beli Jersi dapat beg ini

Pembelian jersi kami dapat Beg TM Team. Bukan itu saja, kami juga diberikan satu tiket percuma.
 
Dapat 3 Complimentary Tiket. Alhamdulilah

Tapi bila mereka tanya kami "dah beli tiket ke tak?". Kami menjawab "belum lagi". Kami kemudiannya  diberikan lagi 2 tiket. Kesemuanya 3 tiket. Alhamdulilah. Harga satu tiket itu bernilai RM20. Untuk kami sekeluarga cuma 3 tiket sahaja.

Layan games masa rehat


Sesi membeli sebelum pulang

Sebelum pulang, sempat lagi singgah di gerai2 pakaian di luar. Mukhriz beli topi FAM yang terpacak2 tuu cuma RM15 sahaja. Mukhriz mengumpul koleksi bola Malaysia.

Saturday 28 April 2012

Pesta Buku 2012 @ PWTC - Tema "Buku - Dunia Tanpa Sempadan"


 

Jom ke Pesta Buku 2012. Pesta Buku ini bermula pada 27 April 2012(Jumaat) dan akan berakhir 06 May 2012 (Ahad). 2 minggu pameran ini berlangsung. Masuk adalah percuma. Saya telah ke sana pada hari pertama iaitu masa lunch time. Ramai pengunjung yang berkunjung ke sana dan harga buku2 amat menarik. 

Pada hari pertama sahaja sejumlah 67 ribu yang hadir. Pihak penganjur menjangkakan untuk tahun 2012 seramai 1.8 juta dijangka akan berkunjung ke pameran tersebut. Pada tahun lalu (2011) sejumlah 1.2juta yang berkunjung. Bagi pelajar2 IPTA mereka masih berpeluang membeli buku2 dengan voucher buku yang diberikan kerana voucher buku tersebut tamat 30 april 2012.

Di bawah ini saya slotkan buku2 yang saya sempat beli disana.

Buku cerita dan buku Pre School ( 2 for RM5)- Saya beli 4 buah
Buku latihan untuk semua subjek cuma RM1.(Untuk thn 1-thn6)
3 Buku latihan terbitan Pelangi untuk Mukhriz (RM1 sebuah ).Subjek BM,Math, Eng


4 Buku latihan terbitan Pelangi untuk Along (RM1 sebuah ). Subjek Eng, BM, Math dan Sains

2 buah buku untuk Feqah (2 for RM5) Subjek Eng & Math 
Memandangkan Along dah tahun 5.  2 buah Siri Lengkap UPSR dibeli. RM1 juga harganya.

 2 buah buku cerita kanak2 (2 for RM5)



13 buah buku dibeli. Cuma RM 21 sahaja.

Friday 27 April 2012

Minuman CoolBlog


Logo CoolBlog

Apa itu CoolBlog? CoolBlog merupakan minuman. Kiosk CoolBlog bertemakan warna pink. Feqah suka la kalau tempat2 yang berkonsepkan warna pink ni. Terdapat pelbagai jenis menu seperti Smoothies Blog, Ice Blended Blog, Italian Soda Blog, Yoghurt Blog, Milk Shake Blog, Coffee Blog, Chocolate Blog, Oreo Blog, dll.


Menu CoolBlog
Kebiasaannya anak2 saya membeli CoolBlog ini cawangan Mydin USJ. Saya kerap membeli barang dapur di Mydin USJ. Tak sah kalau tak singgah di kiosk ini. Macam2 perisa anak2 saya cuba. Biasanya 3 perisa menjadi pilihan anak2 setiap kali mengorder CoolBlog ini.

Tambah 60 sen  untuk Black Pearl/ Jelly

CoolBlog ini umpama ice belended. Sila buat pilihan masing2 ya mengikut citarasa tersendiri. Jika nak tambah jelly dan pearl sila kasi tau semasa order. Tambahan tersebut cuma 60 sen sahaja.

Minuman yang siap d seal seperti seal sumi

Penyediaan minuman ini sangat bersih dan kemas. Jelly atau Pearl dimasuk terlebih dahulu didalam bekas. Ais diblend mengikut citarasa pembeli. Kemudian di seal dengan mesin khas.

Straw pun berwarna pink

Seal tersebut seperti seal sumi jelly. Jadi senang diminum dan tak mudah tumpang walaupun menggunakan straw yang besar.

Wednesday 25 April 2012

Jambu dan Air Jambu



Jambu batu atau juga dikenali sebagai jambu biji di Indonesia, merupakan buah-buahan tropika. Nama saintifik jambu batu adalah Psidium guajava, Linn dari keluarga "Myrtaceae". Jambu batu banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Jambu batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico. Jambu batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika. Di Malaysia kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980. 


Kini macam2 nama gerai yang menjual jambu dan air jambu. Saya sangat suka membeli jambu dan air jambu di gerai Jambu Mak Usu 161, di Seksyen 15, Shah Alam. Gerai tersebut berdekatan dengan Hong Leong Bank dan Ambank.


Air jambu bercampur asam  ini dijual dalam cawan dan juga botol. Harga untuk sebotol air jambu ialah RM2.00. Murah dan sedap. Manakala untuk cawan harganya RM1.30. Saya suka memilih botol kerana sangat senang nak minum dan susah nak tumpah berbanding cawan. Nak simpan dalam peti ais pun senang.


Tak sah kalau tak beli jambu potong. 2 keping jambu cuma RM1.00. Sangat ranggup dan asamnya yang sedap membuatkan anda tak cukup 2 keping. Nak2 kalau saya yang kuat makan nii, mana cukup 2 keping kan.  Kalau ke gerai ini, penjual dah kenal sgt kami anak beranak. Sebab tuuu saya sempat snap gerai ini.


Anda juga boleh membeli asam dan buah jambu secara berasingan. Harga sepaket asam ini RM5. Bolehlah beli asam tersebut untuk di makan dengan buah-buahan lain seperti epal, jambu madu dll.


Terdapat juga popia basah dan popia goreng. Popia tersebut pun sedap. Isk isk saya ini, semuanya sedap. Macam mana nak diet. Harga untuk popia goreng dan basah ini ialah 3 = RM2. Cubalah ya kalau singgah di gerai ini.

Bila Siren Ambulan Berbunyi

 
 
Kini, Lebuhraya Bukit Jalil  kerap kedengaran siren ambulan tak kira pagi atau petang. Kesesakan lalulintas dek pembinaan LRT. Jalan semakin kecil dan penuh dgn kon2 dikiri kanan jalan. Apakah perasan anda bila mendengar siren ambulans di tengah2 kesesakan lalulintas?

Sikap prihatin pengguna jalan raya amat dihargai kerana berusaha memberi jalan untuk ambulan tersebut. Bagi saya yang masih kurang cekap memandu, apabila kedengaran siren tersebut saya akan berdebar2.

Pertama disebabkan perlu bertindak bijak memberi laluan. Keduanya saya sentiasa terfikir macam mana ambulan tersebut nak melalui jalan2 sesak untuk menyelamatkan pesakit. Ketiga dihati kan terdetik "permudahkan perjalanan tersebut dan permudahkan segala urusan mereka".

Thursday 19 April 2012

CuacA oh CuacA

Cuaca tidak menenentu sekarang. Hari ini pepagi dah hujan. Oh  malasnya nak keluar rumah nak pergi ofis. Kena redah jem pepagi dek hujan, berpayung pula ke ofis. Kerja tetap kerja apapun halangan yang penting sebelum jam 9.00 pagi harus sampai di ofis.

Dalam ofis kesejukan dek aircond, nak-nak lagi ,bila cuaca hujan. Tak sabar2 nak tunggu lunch time. Kononnya nak hilangkan rasa sejuk. Bila keluar dari ofis, panas terik.

6.00 pm waktu ditunggu2 untuk pulang

 6.00 petang baru habih waktu ofis. Jam 5.45 mula jeling2 cuaca di luar. Adakah hujan adakah tidak? Payung perlu dibawa pulang di waktu petang. Walaupun ofis tak hujan, belum tentu sampai di parking LRT Bukit Jalil tak hujan. Bak kata pepatah "Sediakan payung sebelum hujan".

Tuesday 17 April 2012

I-CITY : 6D Motion Theater, Giant Wheel & Outdoor Rides

Dah sekian lama anak2 nak pergi I-City.  Anak2 tertanya apa yang ada kat I-city. Maka sabtu lepas tertunai kehendak anak2 nak ke sana.

Parking kereta Per Entry ialah RM10.00. Parking Motor Per Entry ialah RM3.00. Sesi melihat lampu2 bermula.

Movie kali ini ialah Alien Safari

Mari menonton 6D Theater Movie
Aktiviti seterusnya ialah menonton 6D Theater Movie. Tiket untuk 6D Theater Movie, dewasa RM12, kanak2 RM8 dan kanak2 bawah 90cm percuma. Untuk mereka yang berkeluarga dapatkan tiket 2 dewasa dan 2 kanak2 cuma RM30 sahaja. 

Anak-anak Ku
 Tiket keluarga nii anda boleh jimat RM10 berbanding beli satu2 tiket. Pastikan anda buat pilihan yang bijak. Memandangkan kami ber5, saya telah mengambil tiket keluarga RM30 dan 1 tiket kanak2, jumlah tiket tersebut ialah RM38.

Tiket kanak2 untuk Outdoor Rides. Setiap 1 games =RM5.

Untuk aktiviti Outdoor Rides, setiap games yang disediakan memerlukan tiket RM5. Sila beli tiket dahulu sebelum beratur untuk Outdoor Rides itu.

 2 tiket diperlukan disini =RM10


Harga tiket untuk Giant Wheel


Untuk Giant Wheel. Tiket RM10 untuk dewasa dan kanak2 RM5. Pastikan ketinggian anak anda. Jika ketinggian anak anda lebih dari 120cm maka anak anada dikenakan tiket RM10. Ini berlaku kepada along walaupun umur 11thn kategori kanak2 tapi ketinggian lebih 120cm maka dikenakan tiket RM10. 

 

Best naik giant wheel sebab dapat tengok pemandangan dari atas. Feqah nampak Giant. Feqah tanya "papa, tu giant umah kita ke papa?". Isk isk Feqah Feqah, Giant tuuu mana2 pun ada, bukan kat rumah kita je ada. Abang2 Feqah duk gelakkan Feqah.

Monday 16 April 2012

Pizza Hut -Kid Eat for Free

Pizza Hut Kids Eat Free
6.00 ptg Ahad makan2 di Pizza Hut. Setiap RM20 yang dibelanjakan, seorang kanak2 yang ketinggian sehingga 120cm layak mendapat 1 set hidangan untuk kanak2 secara percuma. Jika berbelanja RM40 dan mempunyai 2 anak di bawah 120cm, layak mendapat 2 set hidangan untuk kanak2. (Every RM20 spent entitles you to 1 'Kids Eat Free' meal. Limited to 1 meal per kid).

Ngam2 120cm
Mukhriz ngam2 120cm. Memandangkan saya order makanan lebih dari RM40, maka Mukhriz dan Feqah mendapat free meal tersebut. Mereka berdua memilih untuk menu  "Kids Cheese MeatBall". Air yang diberikan untuk menu tersebut ialah Ais Lemon Tea. Masing2 menjamu selera. Jam 7.10 kami pun pulang ke rumah.


Kids Cheese Meatballs menjadi pilihan Feqah dan Mukhriz
 
 Cheese Meatballs

Friday 13 April 2012

O'briens @ Empire Subang


Memandangkan 11 april 2012 adalah cuti umum maka kami cuci mata di Empire Subang. Apakah tujuan ke sana? Tujuannya sesaja bawa anak2 jejalan maklum la weekend lepas tak kemana-mana disebabkan Mukhriz demam. Setelah penat meronda2 kami lepak2 di O'briens Irish Sandwich Cafe

2 set Chicken Slice and Cheddar Shamb &  2 guava juice
Chicken Slice & Cheddar Shambo (RM15.80 perset)

Mukhriz baru sihat dari demam macam dah kurus sesgt.

Belon Feqah

Along yang sentiasa berselera. Yummy2. Licin.
Tapau O'briens untuk breakfast esoknya untuk ke sekolah. (2 puff - blueberry danish)
Sedap. Tapi paketnya kecil sgt.

Tuesday 10 April 2012

Membeli produk sime darby di kedai Sime Darby Foods

Pink Guava Juice

Ofis saya bersebelahan dengan Sime Darby KL. Maka saya dan rakan saya (Pn Azita) ke kedai Sime Darby Foods untuk membeli barangan yang dijual. Memandangkan semasa kami berdua ke sana hanya ada 2 staf yang menjaga kedai, saya pun minta izin untuk mengambil gambar. Tak kan ambil gambar je kan, semestinya sesi membeli diteruskan. Hasilnya kami bawa pulang barangan tersebut tanpa plastik. Ini kerana kedai Sime Darby Foods tidak menyediakan plastik. Jika mau boleh beli beg kain serbaguna yang bernilai RM3.

Pink Guava Juice (kotak kecil)

Minyak Masak

Milk


Barangan yang dibeli oleh kami ber2
Terdapat 3 perisa untuk GoFresh. 3 kotak GoFresh 1L=RM10