-

Showing posts with label Medan. Show all posts
Showing posts with label Medan. Show all posts

Friday, 2 November 2012

Istana Maimun - Masjid Raya - Pasar Ikan - Medan Last Part

Inilah Istana Maimun, Juga dikenali sebagai Istana Putri Hijau. Merupakan istana kebesaran Kerajaan Deli. Istana ini didominasi warna kuning, warna kebesaran kerajaan Melayu. Pembangunan istana selesai pada 25 ogos 1888 M.

 Tidak sempat meninjau suasana di istana ini kerana masa kami sampai istana ini baru sahaja tutup.

Tertarik dengan slogan di papan tanda itu. "Orang yang beriman tidak melanggar lampu merah".

Ke Restoran Lubuk Idai menikmati makan malam. Akhirnya dapat makan makanan selain nasi padang. Menu ikan bakar & air durian belanda yang sangat sedap.

Inilah Masjid Raya Al-Mashun Medan, bentuknya yang unik tidak seperti bangunan masjid biasa yang umumnya berbentuk segi empat. Masjid ini, berbentuk segi 8 dengan 4 serambi utama - di depan, belakang, dan samping kiri kanan, yang sekaligus menjadi pintu utama masuk ke masjid.

Masjid Raya sudah berusia lebih seabad, namun bangunan  masih tetap utuh dan terjaga. Rumah Allah ini tidak pernah sepi dari kunjungan.

 Menginap @ Garuda Plaza. Sangat penat. Mahu rehat mahu rehat untuk shopping keesokkan harinya.

Pepagi dah ready untuk ke Pasar Ikan membeli shopping. Nama je pasar ikan tapi disanalah tempat jualan pakaian. Dari awal cerita sampai last part medan hanya gambar saya je yang saya sertakan. Kenapa? Mana ahli keluarga lain? Jawapannya: 3D2N ini hadiah birthday saya bagi tahun ini jadi biarlah beberapa gambar saya diselitkan dalam kisah kali ini.

Pilih2 mana satu berkenan.
Hanya 2 kedai je saya singgah @ Pasar Ikan. Sampai terduduk pilih telekung dan kain sulam. Beli untuk ahli keluarga. Untuk diri sendiri sekadar 2 pasang telekung sahaja.

Memandangkan banyak masa lagi. Kami lepak@ Garuda Plaza sambil Foot Reflexology yang disediakan di hotel ini. Cuma IDR 50,000(± RM 16.20) selama 60 minit.

Sebelum ke Malaysia singgah @ Kedai Bolu Meranti. Pelbagai bahulu dijual. Saya memilih Bahulu Keju. Sedap bahulu gulung ini. Bahulu gulung ini berharga IDR 50,000(± RM 16.20) .

Singgah di KFC drive thru sebelum ke airport.

Bye2 Medan. Percutian yang memenatkan kerana perjalanan yang mengambil masa yang lama. Namum keindahan ciptaan Allah membuatkan hati ini tersentuh apabila melihat suasana hidup yang jauh berbeza dgn kehidupan kita. Syukur dengan apa yang Allah kurniakan. Pengalaman yang indah buat kami, berbaloi walaupun perjalanan berjam2 untuk sampai ke satu2 destinasi.


Klik link dibawah untuk mengetahui  cerita tentang Medan
        

Thursday, 1 November 2012

Brestagi - Gunung Gundaling - Fruit Market - Medan Part 6

Carrot yang di packing untuk dihantar ke pasar

Deretan gerai buahan di sepanjang jalan ke Brestagi

 Brestagi terkenal dgn tanaman kubis maka tugu kubis ini dibina ditgh2 pekan Brestagi

 Kereta kuda yg membawa pelancong2

Lunch @ Brestagi. Selepas menikmati nasi padang. Nikmati Teh Botol(Fruit Tea) pula.

@ Gunung Gundaling. Deretan kereta kuda menunggu pelancong.

Boleh juga meronda kawasan Brestagi menggunakan kuda ini.

 Banyak patung2 disini. Tulisan Gundaling ini menjadi pilihan saya.

Gunung  Sinabung. Masih aktif gunung ini.

Singgah di Masjid Baittur Rahim menunaikan solat sebelum ke Fruit Market Brestagi. Sejuk airnya(air kws gunung) ketika mengambil wuduk.
Buah Salak Madu.

Buah Markisa

Lupa dah apa nama sayur / buah nii.

Tomato

Setelah membeli. Makcik kedai minta bergambar dgnnya.Layan je la. Tgk tu makcik tu siap pegang bahu saya lagi. Saya dah mula tak tahu nak posing macam mana dah.

Sempat lagi bergambar dgn pokok bunga. Tengok tuu ditangan saya ada rembatan buah-buahan untuk dibawa pulang ke Msia.

Singgah sebentar di Templer Buddha. Sekadar turun kereta dan snap 1 keping gambar. Tak tahan bau-bauan Templer ini. Ini termasuk dalam itenary yang disediakan oleh travel agent. Ramai pelancong disini.


Menikmati Tea perisa buah Markisa. 
Hujan lebat. Ada banjir sebelum sampai ke Medan. 

Sampai di Medan. Singgah @ Kedai kek lapis & Bika Ambun. Saya tak menyukai rasa Bika Ambun. Maka saya cuma membeli kek lapis lengit. IDR 75,000(± RM 24.30) satu. Besar kek lapis ini. Saya beli 3 dan di packing didalam kotak yang diikat tali untuk senang pegang.


Klik link dibawah untuk mengetahui  cerita tentang Medan
        

Wednesday, 31 October 2012

Air terjun Sipisopiso - Medan Part 5


Perjalanan ke Air terjun Sipisopiso mengambil masa yang agak lama. Pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan.


Kebun2


Meneruskan perjalanan sambil makan goreng pisang yang dibeli dari Simarjarunjung

Kerbau menjadi pengangkutan untuk memunggah sayur-sayuran dari kebun. Kerbau ini sedang membawa sayur kubis.

Inilah pengangkutan yang membawa penumpang. Atas bumbung van pun boleh duduk.

Sauasana perkampungan

Di pertengahan jalan nampak ada Perkahwinan Orang Batak. Supir behenti sebentar untuk saya bergambar. Saya sorang je turun dari kereta. Gambar ini diambil oleh pengunjung yang datang ke majlis ini.


Sampai di  Air terjun Sipisopiso

Inilah Air terjun Sipisopiso

Pemandangan @  Air terjun Sipisopiso



Terpesona melihat keindahan alam

 
Klik link dibawah untuk mengetahui  cerita tentang Medan
        

Parapat - Simarjarunjung Hill - Medan Part 4

Setelah seharian perjalanan & melawat sana-sini. Maka tiba masanya kami check in @ Danau Toba Cottage. Nak rehat nak rehat. Tapi kami belum makan malam lagi. Kami mandi & solat dulu sebelum keluar makan malam.

Dinner @ Istana Minang

Singgah sebentar di pasar malam @ Parapat. Harga disini agak mahal sedikit jika dibandingkan di Samosir Island & Tomok Village

Souviner yang dibeli @ Samosir Island (Ambarita Village) & TOMOK Village. Selamat dah dibeli petang tadi. Kalau tak menyesal kalau beli di pasar malam @ Parapat jauh beza harganya.
Suasana pagi @ Danau Toba Cottage

 Breakfast dulu sebelum check out

Ada Wifi, boleh berinternet

Sekitar Danau Toba Cottage. Boleh melihat pemandangan Lake Toba dari sini


Rekabentuk hotel berasaskan tradisional Batak


 Pokok Bunga Trumpet. Banyak kelihatan di sini.

 
 Zoom...Pokok Bunga Trumpet. Seolah2 bentuk Trumpet.

Bye2... Danau Toba Cottage. Perjalanan seterusnya ke  Simarjarunjung Hill. Mengambil masa hampir 2 jam ke sana.

Pemandangan di Parapat.Feri yang membawa penumpang2. Ini feri untuk penduduk tempatan. Jika menggunakan travel agent. Feri lain disediakan.

Private Boat yang disediakan di sini.

Banyak pokok kopi sepanjang perjalanan ke Simarjarunjung Hill

Pemandangan Lake Toba ketika mahu ke ke Simarjarunjung Hill

 Pemandangan Lake Toba

Sampai @ Simarjarunjung Hill

Pohon menghijau @ Simarjarunjung Hill

Bandrek adalah minuman yang famous disini

Bahan2 yang terdapat dalam bandrek. Bagus untuk kesihatan.


Restoran yang menyediakan minuman bandrek.

Klik link dibawah untuk mengetahui  cerita tentang Medan