-

Showing posts with label Kolam. Show all posts
Showing posts with label Kolam. Show all posts

Tuesday, 14 May 2013

Pengalaman @ Adventure Cove Waterpark, Singapore


28 April 2013 (ahad) kami sekeluarga ditemani adik lelaki saya telah ke Adventure Cove WaterPark,Singapore. Saya telah membeli tiket Adeventure Cove Waterpark ini semasa pameran MATTA FAIR @ PWTC Mac lalu. 

Setelah sehari penat di Legoland pada 27 April 2013, kali ini kami seharian pula di Waterpark ini. Di waterpark ini, giliran saya pula melayan kerenah anak2. Ini kerana semasa di Legoland, En.H yang banyak melayan kerenah 2 beradik ini jika dibandingkan dengan saya.

Parking @ Resort World Singpore,max parking ialah SGD26((±RM65.00)perday

Pastinya seawal pagi sudah ready ke Waterpark. Adik lelaki saya sememangnya sudah biasa ulang alik ke Singapore membuatkan kami sekeluarga tidak menghadapi sebarang masalah untuk ke sana menaiki kereta. Semua itu diuruskan oleh adik saya. Dan pastinya kami ke RESORT WORLD SINGAPORE. Untuk Parking di RESORT WORLD SINGAPORE, max parking ialah SGD26(±RM65.00) perday. Duduk la lama2 pun, usah bimbang tentang parking. 
 
Globe Universal Studio Singapore

Dari parking kami melalui Globe Universal Studio Singapore. Apa lagi 2 beradik ini berkata "kita kan nak gi Waterpark, kenapa datang sini". Jawapannya: Adventure Cove Waterpark ini adalah under  RESORT WORLD SINGAPORE juga, mestilah dalam kawasan yang sama. 


View laut berdekatan  Adventure Cove Waterpark

Adventure Cove Waterpark ini berdekatan dengan Muzium Maritime. Dan anda perlu berjalan kaki ke depan lagi untuk ke Waterpark ini. Sambil2 melihat suasana laut yang terdapatnya bot2 dan Cruise. 
Pengalaman yang menarik berada di Adventure Cove Waterpark, Singapore

Satu pengalaman yang menarik berada disini, dan pastinya anak2 akan happy bermain di waterpark ini dan pastinya mereka akan bermain sampai waterpark tutup kerana aktiviti yang disediakan menarik. Dan pastinya anak2 saya jam 5.57 petang baru stop mandi-manda di sini.

Life jaket disediakan. Tiada bayaran dikenakan.

Life jaket disediakan di sudut2 tertentu. Sila refer saiz yang tertera ditempat life jaket. Pastinya anda tahu saiz saya kan. Life jaket ini disediakan secara percuma  dan pastikan anda meletakan semula life jaket ini setelah menggunakannya.

Pelampung disediakan. Tiada bayaran dikenakan.


Tiada bayaran dikenakan jika anda mahu menggunakan pelampung. Pelampung2 ini akan disediakan disudut2 tertentu. Ini memudahkan anda untuk menggunakannya dan anak tidak perlu bimbang jika pelampung ini tersalah letak. Ini kerana pelampung yang disediakan memang banyak.


Shopping sebelum pulang

Sebagai kenang-kenangan anda telah berkunjung ke sini. Anda bolehlah singgah di untuk membeli cenderamata yang berlogokan Adventure Cove Waterpark, Singapore. Dan pastinya saya tidak melepaskan peluang itu untuk memiliki Fridge Magnet dll.

Ada aktiviti snorkeling

Yang menarik disini ialah anda boleh menyertai aktiviti snorkeling. Tiada bayaran dikenakan. Semua disediakan oleh pihak Adventure Cove Waterpark. Pastinya anda2 anda akan teruja melihat ikan2 yang berwarna-warni. 

Tuesday, 23 October 2012

Pusat Akuatik Putrajaya

Tag untuk masuk Pusat Akuatik Putrajaya

Ahad malam (21 Oktober) kami ke Pusat Akuatik Putrajaya kerana nak ambil along. Along dibawa oleh pakcik2nya main kolam. Asalnya kami (saya,En.H & Mukhriz) nak ambil along di rumah pakciknya sahaja. Bila Mukhriz dengar alongnya akan ke Pusat Akuatik Putrajaya, mula la dia duk ajak papanya cepat la ambil along. Amboi-amboi bila berpisah teringatlah kat along. Kalau duk dekat ada je nak tak kena. Dulu 3 beradik kecoh dgn gelagat anak2. Kini tinggal 2 kurang sikit kecohnya. Tapi mereka ber2 ni dah tak boleh berjauhan.

Maka kami pun ke Pusat Akuatik Putrajaya. Bayaran RM2 seorang untuk kolam dewasa samaada mandi kolam ataupun tidak. 12 orang semuanya kami (4 orang -saya,En.H, along & Mukhriz), 4 adik En.H( Edi, Emi,Lie & Hafiz), seorang anak buah(haikal) & 2 biras saya(mimi & nuha) dan seorang makcik Haikal(fifi). Mandi manda sampai 9.45mlm.

Haikal yang berumur 3 thn ++.

Haikal merupakan anak buah kami yang sangat fasih bercakap dan sangat rapat dengan arwah Feqah Insyirah. Jika Haikal jumpa saya & En.H mesti Haikal kan tanya "pak long, mok long mana kak Feqah?". Ya Allah...... sebak rasanya. Kami akan menjawab "Kak Feqah dah meninggal".

Masa raya Aidilfitri yang lalu. Kami bawa Haikal ke pusara arwah Feqah. Haikal korek2 tanah. Haikal berkata2 "kak feqah, kak feqah, Haikal datang nii, Haikal nak main dengan kak Feqah, lama dah tak main dengan kak Feqah". Bayangkan macamana keadaan kami ketika itu. Haikal belum mengerti pulangnya arwah Feqah ke Rahmatullah.

Kemudian Haikal datang pada saya & En.H "pak long, mok long, ambil la kejap kak Feqah, petang nanti pulangkanlah balik kak feqah kat sini(pusara itu - sambil tunjuk kat pusara arwah). Ya Allah ....... Kami pun menjawab "kak Feqah lagi bahagia disana & kak feqah tak boleh ke dunia lagi".

Kami(saya & En.H) pulang lambat berbanding yang lain semasa ziarah pusara semasa Aidilfitri lalu. Haikal datang dekat kereta kami. Sambil menjenguk2 kereta. Kami tanya "Haikal cari sapa? Kan abang Mukhriz dan along naik kereta Haikal tadi". Haikal menjawap "Haikal cari kak feqah, pak long & mok long kan balik lambat mesti ambil kak Feqah kan". Ya Allah......Rupa-rupanya hingga ke hari ini Haikal juga merindui arwah Feqah Insyirah.

Pertanyaan demi pertanyaan oleh Haikal tentang arwah Feqah Insyirah. Kadang kala soalan2 itu boleh membuatkan airmata mengalir dipipi.

Auntie Nuha sedang memakaikan tag pada Mukhriz

Mandi manda

Jom Balik. Dah lapar nii.