-

Saturday 11 June 2016

15 tahun menjadi ibu

Semalam 5 Ramadhan 1437H genap 15 tahun aku bergelar seorang ibu. Syukur kepada Ilahi kerana telah menganugerahkanku 4 cahaya mata iaitu 3 lelaki & seorang perempuan. 2 daripada anak saya dilahirkan di bulan Ramadhan iaitu Hisyraf atau dikenali Along lahir pada 5 Ramadhan, 15 tahun yg lalu. Manakala Muayyad dilahirkan pada 14 Ramadhan tahun lepas. 

Pelbagai dugaan, rintangan dan kesabaran perlu ditempuhi dalam membesarkan anak2. saya bersyukur diberikan peluang untuk menikmati nikmat memiliki anak. Anak adalah anugerah tetindah.

Dugaan yang paling hebat yang pernah lalui apabila satu-satunya anak perempuan saya iaitu Arwah Feqah dijemput Ilahi ketika umurnya 4 tahun 10 bulan.  Perginya mengadap Ilahi dengan begitu tenang, di malam jumaat. Sudah 4 tahun arwah berada di alam barzakh . Namun saya sayakan ianya sentiasa hadir menenami saya. 

Semakin lama bergelar ibu, semakin matang kita berhadapan dengan kerenah anak. Ya Allah jadikan aku seorang ibu yang mampu mendidik anak-anakku ke jalan yang Kau Redhai agar mereka berjaya di dunia  dan di akhirat

Monday 6 June 2016

Laptopku rosak. Lama tak update blog.

Hampir 3 bulan lebih tak update blog dek kerana laptopku rosak. Nak update guna iphone macam kecil je tulisannya. Sekarang laptopku dah direpair. Melayang RM300++ gara2 screen laptopku tak dapat display. Bila on je laptop, screen laptop muncul kejap je lepas tu off. Rupa-rupanya rosak screen.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni. Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan yang membaca blog saya. Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari Ramadhan sebelum ini dan sentiasa dalam rahmat Allah dan beroleh ketenangan.