19 Jan 2013 ada perjumpaan ibubapa tahun 6 dan kokurikulum untuk murid2 tahun 3-6. Untuk masuk kawasan sekolah terpaksa melalui Kesesakan lalulintas. Ini kerana masing2 ibubapa ingin menghantar anak ke sekolah.
Saya drop Along dahulu di sekolah kerana kokurikulum bermula jam 8.00 pagi. Kemudian saya pergi breakfast dengan En.H dan Mukhriz.
Perjumpaan ibubapa bermula dengan pendaftaran ibubapa(8.30a.m-9.00a.m). Jam 8.55 pagi saya sampai di Dewan Sekolah. Kelihatan ramai ibubapa yang hadir. Pihak sekolah terpaksa membuat tambahan kerusi untuk memastikan ibubapa mendapat tempat duduk. Jam 9.00 pagi taklimat bermula.
Tahun 2012 seramai 76 murid mendapat 5A dan 28 murid mendapat 4A 1B. Tahniah buat murid2 tersebut.
Tahun ini pihak sekolah target seramai 100 murid untuk mendapat 5A. Terdetik dalam hati saya "alangkah bahagianya jika salah seorang itu adalah Along". Semua itu ketentuan Illahi.
Sebagai ibu, saya hanya mampu berdoa dan menolong setakat mana termampu untuk membantu Along. Along juga telah berusaha. Sebagai ibu saya akan menerima apa2 pun keputusan yang bakal Along perolehi kerana itulah ketentuan dariNYA.
Apa yang penting USAHA, DOA dan TAWAKAL. Jika ada rezeki, Insya Allah 5A dalam genggaman. Jika tidak perolehi 5A, perjalanan masih panjang, boleh cuba untuk peperiksaaan yang akan datang.
Disini saya sertakan beberapa gambar perjumpaan ibubapa tahun 6 untuk tatapan pembaca blog saya.

Ibubapa diberikan program sepanjang tahun. Borang My School SMS juga perlu disi untuk memudahkan guru2 menghantar SMS kepada ibubapa berkaitan aktiviti2 yang dilakukan oleh pihak sekolah. |
Ramai ibubapa yang hadir |
Selepas mendengar taklimat. Ibubapa dikehendaki membayar yuran sebanyak RM250. Bayaran tersebut boleh dibayar sebanyak 3X, 5X ataupun sekali. |
Ini guru kelas Along yang sedang menulis bayaran. Saya memilih untuk membayar kesemua jumlah. Majoriti ibubapa membayar full amount. |
Selesai buat bayaran saya lihat Along sedang membeli air. Senang je nak kenal Along, sebabnya Along bersaiz besar sedikit dari murid2 lain. Senang nak nampak dia. |
Along & rakan2. Tengok tuu bezakan saiz Along dgn rakan-rakannya. |
Mentang-mentanglah Along jumpa mamanya. Siap minta saya belikan kacang lagi untuknya. Sebab katanya dia balik kul 12tgh sedangkan mamanya balik kul 10.30 pagi. |
No comments:
Post a Comment