-

Wednesday, 2 January 2013

Perkara2 yang perlu dibuat sebelum anak masuk sekolah

Balut buku2 anak

Sudah pasti bab2 balut buku ni mesti ibu2 yang buatkan terutamanya kalau ada anak lelaki. Maka dengan gigihnya saya membalut buku2 sekolah kebangsaan anak2 saya.Buku2 sekolah agama belum dapat lagi selalunya dalam minggu pertama persekolahan baru dapat buku2 tersebut.
Walaupun kini sudah ada pembalut buku yang jam sahaja TAPI saya tetap memilih untuk membalut dengan cara lama ini. Seronok juga balut buku ini teringat zaman2 sekolah dulu. TAPI ketika membalut buku ini kena bebetul ada mood kalau tidak mesti terbengkalai dibuatnya.


Lencana yang perlu dijahit dan ditampal di baju Sek Agama & Sek Keb

Kebiasaannya lencana adalah part paling last dibuat. Ini kerana semasa nak iron baju sekolah baru saya akan  jahit lencana dipakaian sekolah agama dan akan menampal guna air dan iron lencana sekolah kebangsaan. Dan pastinya malam sebelum sekolah dibuka baru barulah saya akan mengosok kesemua pakaian sekolah untuk stok seminggu.


Marker untuk menulis nama2 anak supaya barang sekolah tidak hilang atau bertukar


Bagi ibu2 yang bekerja dan menghantar anak ke nursery. Sudah pastinya marker sangat penting untuk sesi persekolahan. Ini kerana semua pakaian sekolah haruslah ditulis nama anak2 kerana takut tertukar atau hilang semasa di nursery. Bukan setakat pakaian sekolah, hanger juga perlu ditulis nama. Banyak juga penggunaan Marker ini semasa awal2 sesi persekolahan.


Ejaan nama anak2 untuk dicop di buku2 sekolah

Semakin hari kita semakin malas kan. Nak tulis nama anak2 dibuku sekolah pun malas. Awal2 anak sekolah terus buat cop nama anak. Jadi tak perlu susah nak tulis nama anak di buku2 sekolah. Kalau saya tulis mahu senget benget tulisan. Cikgu2 sekolah anak saya siap pesan pada murid2 "Sila tulis nama kemas2 kalau boleh guna yang print, cop atau sticker". Kehidupan dah berubah sekarang ini.


Botol2 air yang perlu disi untuk Sek Agama & Sek Keb

Air minuman perlu dibawa ke sekolah. Jadi  awal2 sebelum ke sekolah dah tersedia 4 botol air ini untuk anak2. Tapi kekadang anak2 lupa nak ambil atas meja. Saya pula kekadang terlepas pandang air minuman ini. Bila terlupa bawa tak pasal2 anak bising sebab terpaksa beli air mineral.

No comments:

Post a Comment