-

Saturday 30 June 2012

Berehat Sebentar dengan skuad Nando's

Skuad Nando's dan maskot Nando's @  KLMU, KL.        


2 coke Euro 2012 & pamplet Nando's untuk setiap pengunjung

Dapat voucher  setelah menyertai cabaran dr skuad Nando's

Thursday 28 June 2012

Nasi Kukus @ Sajian Aliaa RnR Awan Besar KESAS

Nasi Kukus @ Sajian Aliaa RnR Awan Besar KESAS
Balik dari Berjaya Times Square, Theme Park. Kami singgah sebentar di RnR Awan Besar, KESAS Highway untuk makan malam dan solat Maghrib. Dan pastinya kami akan memilih nasi kukus.  Kami sering makan di Sajian Aalia ni.


Jom makan nasi kukus 

Nasi kukus disini memang sedap dan harga utk lauk ayam cuma RM5.00. Agak murah berbanding tempat lain. Nasi kukus lauk ikan kembung / sembilan bakar berharga RM6. Nasi kukus lauk ikan cencaru dah naik harga sebelum nii berharga RM6, kini dah RM7.Tempat2 lain untuk nasi kukus ayam berharga RM5.50 atau RM6. Adik En.H siap minta extra nasi lagi.


ABC 2, Ais Lemon Tea 2 & Apple Juice

Minuman pula kami order 2 ABc untuk along dan Mukhriz. Mereka suka makan ABC kat sini.

Berjaya Times Square Theme Park

Tiket Berjaya Times Square Theme Park- dibeli masa MATTA FAIR  Mac 2012

Tiket Berjaya Times Square ni dah lama saya beli. Beli masa MATTA FAIR MAc 2012 lagi dari travel agent Mayflowers (Buy 4 tickets free 1 ticket). Dan expired pada 30 Jun 2012. Maka pada 24 Mac (ahad) kami ke sana. Tiket ini saya beli 6. 5 untuk saya 1 family iaitu saya, En.H dan 3 anak saya dan extra 1 untuk adik saya. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Arwah Feqah Insyirah telah ke rahmatullah May lalu (25/05/2012). Maka saya lebih 1 tiket iaitu tiket untuk arwah Feqah Insyirah. Sebelum masuk ke Theme Park saya pun sedekahkan tiket tersebut kepada 1 family melayu. Family tersebut nak bayar tapi saya kata "tak pe, saya sedekah je, rezeki awak utk miliki tiket itu".

Bergambar dgn maskot

Jika anda ingin bawa anak2 ke Berjaya Time Square Theme Park pastikan anda membawa Mykids anak. Anda akan mendapat diskaun bila anda tunjukkan Mykids anak anda. Dan pastinya anda ada Mykad kan, anda juga akan ada diskaun. Harga tertera seperti diatas.

Untuk makluman, anda boleh berada di sana berapa lama pun dan jangan risau pasal parking sebabnya max parking untuk weekday ialah RM8 an weekend RM11. Untuk solat juga anda tidak perlu risau sebab ada surau yang agak luas, surau perempuan di Level 7 dan surau lelaki di Level  8.


Mukhriz yg agak sedih sebab tak de geng nak main dgn dia. Mukhriz terkenangkan arwah adiknya Feqah Insyirah.

Sejak akhir2 ini Mukhriz menunjukan reaksi sangat rindu akan arwah adiknya Feqah Insyirah. Mungkin Mukhriz dah semakin rasa dia dah tak ada kawan yang boleh ke sana ke mari.


Mukhriz cuba mengawal perasaannya. W'pun rindu arwah Feqah Insyirah, dia tetap bermain dgn tenang.

Kami berada di Berjaya Times Square dari jam 12.30 - 6.30 (lebih kurang 6 jam). Sepanjang berada di Theme Park ini kami sekelurga rindukan arwah Feqah Insyirah. Terkenang kembali kenangan bersama arwah Feqah Insyirah semasa berada di genting suatu ketika dulu, gembira berlari ke sana ke mari bersama Mukhriz. Kejap2 main itu kejap2 main ini, lompat sana, lari sana. Semua itu adalah kenangan terindah buat kami. 


Along dah besar dan tinggi. Along byk habiskan masa dengan pakciknya di Level 5 iaitu untuk dewasa dan bdk2 yang ketinggian 4 kaki 7 inci ke atas.

Memandangkan along dah besar dan tinggi, along perlu bermain di Level 5 dan Mukhriz pula di Level 7. Along ditemani pakciknya(adik En.H), manakala saya bersama En.H menemani Mukhriz.


Jom jamu selera  Chapati Rendang @ Hot & Roll

Kuat betul along ni makan. Lunch tadi dia order Chicken Foldover (McD) large set. Pastuu dalam pukul 4, kata lapar lagi. Maka saya dan along keluar ber2 je cari makanan. Hot & roll menjadi pilihan along. Menu yang dipilih ialah chapati rendang. Sebelah kedai Hot & roll ada kedai waffle dan cup corn. Tapau untuk Mukhriz, waffle dan cup corn. Dalam theme park harga makanan mahal.


Fridge Magnet RM14.90
Terdapat kedai cenderamata berlogokan Berjaya Times Square di Level 7 berdepan dengan pintu exit Theme Park. Anda boleh memiliki barangan tersebut tanpa perlu masuk Theme Park.

Tuesday 26 June 2012

1 Murid 1 Sukan - Karnival Sukan PIBG

5 lagu untuk senamrobik - berpeluh2 berjemur tgh panas

Persembahan dari murid2 tahap 2 (thn 4,5,6)

Bawa bola ping-pong (tahun 5)

Tempat pertama bawa bola ping-pong (tahun 5). 1 pasukan =15 pelajar

Mukhriz sangat merindui arwah Feqah Insyirah.  Marshmallow itu kenangan bersama arwah Feqah Insyirah

Kini, Mukhriz mula menunjukkan reaksi yang dia terlalu rindukan arwah Feqah Insyirah. Saya sebagai ibu saya sering memerhati riak wajah Mukhriz yang bersedih. Mukhriz seolah2 merasakan arwah Feqah Insyirah semakin jauh darinya. Pada Karnival Sukan itu Mukhriz membeli marshmallow. Marshmallow merupakan salah satu favorite arwah Feqah Insyirah. Mukhriz membelik2 plastik marshmallow itu, kemudian merenung plastik itu dan dia  terus termenung. Saya amat memahami perasaan Mukhriz, sememangnya dia beli marshmallow bukan untuknya tapi kerana rindukan arwah Feqah Insyirah. Ya Allah, tabahkan hati anakku(mukhriz) dalam menghadapi kenyataan ini.

Friday 22 June 2012

Kan ku pegang amanahmu

IQRA'  = BACALAH

Seminggu sebelum pulangnya arwah Feqah Insyirah ke rahmatullah, arwah Feqah Insyirah sering membaca iqra' 1 dan iqra' 2. Arwah Feqah Insyirah seorang anak yang fokus bila dia lakukan sesuatu. Setiap malam arwah Feqah Insyirah akan membaca iqra' tersebut di ruang tamu atas, di meja ikea merah dan duduk di kerusi ikea pink. Terbayang kata2 arwah Feqah Insyirah "Feqah dah pandai ngaji, Feqah nak jadi anak yang soleh". Hati ibu mana yang tak gembirakan mendengar anak berkata begitu. Maka saya biarkan arwah Feqah Insyirah menghabiskan bacaan tersebut kerana katanya "mama tak yah la ajar Feqah, Feqah dah pandai".

Sebelah pagi juga arwah Feqah Insyirah akan membaca iqra' 1 dan iqra' 2 di atas sofa sambil menunggu Mukhriz bersiap ke sekolah agama dan saya bersiap.


Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan

Sungguh istimewa arwah Feqah Insyirah ini. Sejak dalam kandungan lagi saya tak pernah meninggalkan bacaan Yassin. Kelahirannya membuatkan saya terus membaca Yassin kerana dugaan demi dugaan saya tempuhi. Kehadirannya membuatkan saya semakin tabah harungi ujian yang datang. Kehadiran Feqah Insyirah  dan pulangnya arwah Feqah Insyirah buatkan saya semakin sujud padaMu Ya ALLAH. 

Itulah amanahnya yang terakhir untuk kami sekeluarga. Kami sekeluarga berjanji akan memegang amanah nii sampai ke akhir hayat kami. Ya Allah, janganlah Engkau palingkan hati ini setelah Engkau berikan hidayah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih

Reaksi syaitan bila kita membaca Al-quran:
  1. Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
  2. Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
  3. Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.
  4. Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
  5. Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke.

Sepang Gold Coast


Jalan kaki je dari Stimboat Restoran@Golden Palm Tree nak ke Sepang Gold Coast. Nampak tulisan Sepang Gold Coast. Apa lagi bergambarlah 2 beradik ini.



Mukhriz beriya2 nak main pantai sedangkan saya terlupa nak bawa pakaian untuk main pantai. Maklum la tujuan asal nak makan steamboat sempena Father's day.   Kebetulan ada 1 seluar along dalam kereta. Walaupun seluar itu besar tapi Mukhriz pakai juga. Yg penting Mukhriz boleh main pantai. Along pula duk angkat2 seluar takut kena ombak. Maka saya dan En.H melayan la 2 hero ini. Yang penting mereka happy.

Gerai2 yang terdapat di Sepang Gold Coast



Bila terpandang belon ini. Hati mula sebak
Tinjau2 di gerai membuatkan hati sebak dan tanpa disedari airmata mengalir. Teringat pada arwah Feqah Insyirah. Arwah Feqah Insyirah  suka sgt dengan belon mcm nii. Pastinya arwah Feqah Insyirah akan memilih colour pink, bentuk bekas arwah Feqah Insyirah tak heran sgt. Apa yang penting Pink colour. Dan selalunya arwah Feqah Insyirah akan tiup dalam kereta dan gelak2 dgn abang2nya. Kenangan bersama arwah Feqah Insyirah terpahat di hati ini.

Thursday 21 June 2012

1 Syaaban 1433H




Antara kelebihan di bulan Syaaban :
 

1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada  hambanya
3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.

Wednesday 20 June 2012

Stimboat Restoran @ Golden Palm Tree,Sepang

My Kids

Ahad lepas kami ke Golden Palm Tree untuk makan steamboat @ Stimboat Restoran sempena hari bapa 2012. Dari Bandar Kinrara ke  Golden Palm Tree lebih kurang 160km 2 ways dengan tol lebih kurang RM13 untuk 2 ways. Perjalanan ke Golden Palm Tree akan melalui jalan kampung, boleh merasai keindahan kampung. Gerai buah-buahan seperti durian, dragon fruits, rambutan dan manggis kelihatan sepanjang jalan.

Stimboat Restoran @ Golden Palm Tree

Sampai di Stimboat Restoran jam 4.15 petang. Saya book untuk makan disini kerana saya mahu ketenangan. Restorannya menghadap pantai dan. Suasana yg tenang dan relax.

Menu untuk 4 pax

Order stimboat untuk 4 pax. Punyalah banyak makanannya yang disediakan. Kelihatan di raut wajah En.H perasaan sayu dan pilu. Saya tahu hari bapa kali ini satu perubahan yang baru dalam hidup kami sekeluarga. Dulu En.H menyambut hari bapa dengan 3 anak tapi kini hanya 2 anak. Terkeluar kata2 ari En.H "papa teringatkan arwah Feqah, papa sangat rindu pada arwah Feqah, tapi  arwah Feqah lagi happy di SANA". Pilu hati saya dan anak2 mendengar kata2 itu.

Decoration yang menarik

Maka berlalu pergi along dan Mukhriz membiarkan saya dan En.H meneruskan perbualan. Mereka berdua sudah memahami perasaan mama dan papanya kini. Mukhriz menyepak  pasir2 halus di pantai. Manakala along main games di pinggir pantai sambil mendengar ombak . Dapat saya rasakan bahawa along dan Mukhriz juga rindukan arwah.

 *****KENANGAN 2011 *****

10 tahun bergelar seorang ayah


Ayah yang dianugerah 3 kidz. 2 boys & 1 girl.

Memenangi Tempat Pertama dalam Pertandingan Like Father Like Son

3 hero tersenyum bila diumumkan sebagai pemenang.

Monday 18 June 2012

Layan Perasaan @ Song Box E-Curve

Pemergiaan arwah Feqah Insyirah membuatkan along dan Mukhriz banyak berubah. Mereka berdua sering termenung dan perwatakan mereka agak pendiam berbanding dulu. Sebagai ibu saya perlu pastikan mereka tidak terlalu merindui arwah Feqah Insyirah. Walaupun saya tahu akan mengambil masa sebenarnya. Hakikatnya saya juga sering sebak dan akan tetiba mengalirkan airmata tak kala terlalu merindui arwah Feqah Insyirah. Saya tahu berat untuk along dan Mukhriz lalui kehidupan buat masa ini kerana bayangan  dan tingkahlaku arwah Feqah Insyirah sering membayangi mereka. Seolah2 arwah Feqah Insyirah masih ada disisi.

Free Flow of Drinks & Titbits

Maka saya pun discuss dengan En.H untuk bawa anak2 ke SongBox E-Curve. Sekurang-kurangnya along dan Mukhriz dapat luahkan perasaan mereka melalui lagu yang dinyanyikan. Kami nak merka happy seperti sebelum ini.Kami ke Song Box bukan  untuk bersuka ria tapi kami ke sana kerana mahu melihat kegembiraan Along dan Mukhriz.


Mukhriz melayan perasaan


Pastinya lagu2 yang dipilih oleh 2 beradik ini adalah lagu kegemaran arwah Feqah Insyirah. Saya dan En.H menahan sebak mendengar lalu dan nyanyian mereka. Saya dan En.H hanya memerhati mereka berdua.

 Jika ingin refill Drinks & Titbits sila tekan buton ya

Antara lagu yang dipilih oleh mereka berdua Awan Nano nyanyian Hafiz. Tetiba saya tersentak pabila melihat dlm video klip awan nano itu terdapat satu patung Dora. Tanpa disedari airmata bercucuran dipipi, teringat pada arwah Feqah Insyirah yang juga mempunyai patung Dora itu. Terus ke toilet agar anak2 tidak mengetahui perasaan saya ketika itu.

Selama 3 jam saya berada di situ, bergilir2 kami solat zohor di surau E-curve. Surau yang selesa. Mukhriz yang menemani saya, manakala along bersama En.H. Sementara menunggu saya selesai solat.

Saya amat memahami perasaan En.H, dia seorang ayah yang sangat rapat dengan anak2. Terlalu banyak masa dia habiskan untuk family. Saya perlu lebih kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini. Kekuatan untuk diri sendiri, kekuatan untuk hiburkan dan memahami situasi anak2 dan En.H. Ya Allah, aku hanya insan kerdil yang lemah jiwa dan tenaga, berikan ku  kekuatan dan  tabahkan hati ini untuk mengharungi dugaan mu ini dengan penuh kesabaran.

Friday 15 June 2012

Menangis Ketika Membacanya




Sumber dibawah di ambil dari HALAQAH.net.
HALAQAH.NET

Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memegang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

Jumaat - 3 minggu sudah berlalu Tanpa Arwah



Dugaan ini terlalu berat untuk dihadapi
Berat mata memandang
Berat lagi hati dan perasaan ini

Ya Allah
Terima Kasih kerna berikan ku kekuatan
Andai aku lemah
Pasti ku rebah ketika itu

Ya Allah
Aku bersyukur
Arwah Feqah Insyirah menyahut panggilan IIahi dengan tenang
Aku  redha dengan pemergiaan arwah Feqah Insyirah
Kerna aku yakin itulah yang terbaik untuk arwah Feqah Insyirah

Thursday 14 June 2012

Tidak Mahu Bergambar Lagi

Tidak Mahu  Bergambar Lagi

2 minggu sebelum arwah Feqah Insyirah meninggalkan kami, arwah Feqah Insyirah sememangnya tidak mahu bergambar lagi. Jika gambarnya diambil, arwah Feqah Insyirah akan menangis dan merajuk. Arwah akan meminta untuk delete gambar tersebut. Mungkin arwah tidak mahu kami mengingati saat2 akhir kami bersama nya.

Arwah Feqah Insyirah suka merekod suaranya dalam Tepon dan tablet. Tapi kami tidak menyangka arwah Feqah Insyirah akan mendelete suara itu. Mungkin ada kebaikannya, arwah Feqah Insyirah tidak mahu suara yang direkod  didengar oleh kami agar kami tidak bersedih.

Puas kami mencari rakaman suaranya itu. Hanya satu rakaman suara yang kami temui. Rakaman yg bertarikh 16 May 2012 jam 7.07ptg.

Inilah kata2 dan suara dr rakaman itu. Kami tidak mengerti apakah yg ingin disampaikan melalui rakaman tersebut.

CINTAI LAH AKU
CINTA KU TERBILANG

AKU TERJADI
AKU TERBILANG
AKU TERSENYUM
CINTA KU TERBILANG

Msia 2 - 0 S'pore [Friendly 12 June 2012]

12 June 2012 @ Stadium Shah Alam

 Memandangkan dapat tiket VVIP ku gagahi jua untuk menemani anak2 menyaksikan perlawanan Msia Vs Singapore. W'pun kepenatan & tak cukup rehat.

Jemputan bola dr FAM yang buatkan saya sering bawa anak2 menyaksikan perlawanan. Terasa lemah langkahku untuk ke stadium kali ini, kenangan bersama arwah di Stadium buatkan hati dan perasaan tetiba rindu padanya. Namun ku gagahi jua demi Along dan Mukhriz.

 2 hero sedang menikmati makanan yg disediakan semasa rehat






Half  Time 1-0. Full Time 2-0
Sempat lagi bergambar dgn Nora Danish semasa nak balik

Wednesday 13 June 2012

Allah lebih menyayangimu


20 HARI TANPA MU (ARWAH FEQAH INSYIRAH)

Aku bersyukur padaMu Ya Allah
Kerna dengan izin Mu
Aku pernah miliki insan kecil ini
 
Terima kasih Ya Allah
Kerna berikan aku peluang
Untuk menikmati saat2 bersamanya
 

Ya Allah kami sangat sayang padanya
Pemergian insan kecil ini kami Redha
Tabahkanlah hati kami dalam menghadapi dugaan Mu.

Ya Allah segalanya ditangan Mu
Kurniakan kami ketabahan dan kuatkan keimanan kami




Tuesday 12 June 2012

Doraemon @ E-Curve


Dari MidValley kami ke E-Curve Damansara atas tujuan tertentu. Di Centre Atrium @ E-curve ada pameran barangan Doraemon. Apa lagi Mukhriz tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Maskot Doraemon.


Maka sesi tinjau meninjau barangan Doreoman tidak dilepaskan. Dalam banyak2 barangan Mukhriz tertarik dengan barangan di bawah.


YA ALLAH, sesungguhnya Mukhriz rindu akan arwah Feqah Insyirah. Banyak2 barangan, bantal berwarna pink ini menarik perhatian Mukhriz. Sebagai ibu saya faham akan perasaannya. Saya beritahu Mukhriz " dah la Mukhriz, arwah Feqah Insyirah dah tak ada, tak perlu belikan apa2 barangan untuknya lagi". Kemudian Mukhriz beralih arah mencari barangan lain. Tetiba Mukhriz meminta izin "papa, mama boleh tak Mukhriz beli bantal Doreoman nii tapi warna biru".


 

Akhirnya kami izinkan Mukhriz membeli 2 bantal Doraemon ini. Weekend lepas kami keluar jejalan pun Mukhriz bawa bantal ini. Dan bila sampai rumah dia kan bawa bantal ini ke bilik. YA ALLAH, Mukhriz sangat rindukan saat dia bersama adiknya. Tabahkan hatinya. Mukhriz sangat rapat dengan arwah berbanding along. Selalunya dialah yang memakaikan kasut untuk arwah Feqah Insyirah dan dia juga akan memimpin tangan arwah Feqah Insyirah untuk masuk ke kereta.