-

Monday 29 April 2013

Cash Out Nuffnang



Setiap isnin pada akhir bulan, tak sabar2 nak cash out nuffnang. Tapi duit yang ada kadang kala tak cukup untuk dicashkan. Tapi hari ini. duit yang dikumpul saya dah CASH OUT. Jumlahnya RM2*3.80 telah dicashkan pada jam 9.08 tadi.


Terima kasih pada nuffnang. Dan terima kasih kepada mereka yang berkunjung ke blog saya. Dan terima kasih kepada pengiklan yang menyumbangkan amount nuffnang ini. Awal bulan 6 kan dapat cek dari nuffnang ini.

Saturday 27 April 2013

Tunaikan permintaan Mukhriz


27 April - 29 April akan berada di Johor & Singapore
 Memandangkan tahun ini Along akan menduduki UPSR, kami sebenarnya tidak mahu Along ponteng sekolah. Memang dah set awal-awal tiada percutian ke mana2 tahun ini sebab Along akan sibuk dengan program sekolah seperti seminar, tuition, kem motivasi dll. 

Kesibukan Along dengan UPSR menimbul kesunyian di hati Mukhriz. Timbullah kata2 "asik-asik Mukhriz je kat rumah, Along busy je".  Hakikatnya Mukhriz terlalu rindukan arwah adiknya Feqah Insyirah. Kalau dulu dia ada teman bermain, kini Mukhriz terpaksa suaikan diri. Bila Along ikut program UPSR mula la Mukhriz buntu kebosanan berada di rumah. 
 
Subang - JB -Subang
Maka Feb lalu selepas perbualan ini saya pun menempah tiket Firefly dari Subang-JB -Subang. Dengan penerbangan Firefly FY2141 kami ke Johor Bharu jam 7.05 pagi tadi 27 April. Dan akan pulang ke KL dengan penerbangan Firefly FY2152 jam 9.30 malam 29 April. Untuk tax sahaja RM60 seorang x 4 x 2 ways. Tu tak termasuk harga tiket lagi. Apa-apa pun janji untuk Mukhriz telah ditunaikan.

Inilah aktiviti kami sepanjang 3 hari.

Thursday 25 April 2013

ColorS of SummeR@ Metrojaya Midvalley

Promotion Metrojaya pada 19-21 April 2013

Weekend lepas kami ke Midvalley untuk ke Pameran Home Renovation. Alang2 dah sampai Midvalley,pastinya kami akan ke Metrojaya. Ada Promotion Colors of Summer.

Mukhriz tengah membuat pilihan samaada nak warna biru atau merah.
Dah lama Mukhriz minta jam macam Along. Akhirnya, weekend lepas tertunai juga permintaannya. Dengan pembelian jam tersebut dapat redeem RM20 voucher Metrojaya.
Setelah membuat pembayaran kami ke Customer Service untuk mendapatkan voucher RM20.


Redeem juga point dari Metrojaya Card.
Pada masa yang sama juga, saya pun redeem point yang ada dalam Metrojaya Card. Dapat RM50 lagi. Dah lama simpan print out Email dari Metrojaya since Feb lepas. Tapi lupa nak redeeem. Kertas print itu pun dah berlipat2 dalam wallet. Akhirnya dapat juga redeeem Voucher itu.
  
RM50 + RM20 Voucher telah diredeem
Bila dapat voucher terus tengok expired date. Voucher RM20 expired 28 April dan voucher RM50 expired 30 Jun. Emmmm...kena guna terus niii voucher RM20 sebab 28hb tak lama lagi.

2 beradik memilih swimming goggles

Saya tanya anak2 "ada nak beli apa2 tak dengan voucher ini". Mama nak  guna voucher ni. Tapi jangan berbelanja lebih dari jumlah voucher ini. Seronok lah 2 beradik itu bila mendengar mamanya memberi green light. Mereka minta saya belikan swimming goggles untuk mereka. Kata mereka "swimming goggles yang ada tuu dah ketat". Masing2 dah makin membesar.

Mukhriz mencuba Swimming goggles.
Mukhriz memilih swimming goggles berwarna biru sama dengan warna jam barunya. Tengok tuu lepas dah bayar jam terus pakai jam tuuu. Mereka memilih swimming goggles untuk digunakan masa Vacation nanti.

Singgah Sebentar @ Currency Exchange
Masa bayar parking. Terpandang currency exchange berdekatan tempat membayar parking. Terus reminder En.H untuk terus tukar duit disini untuk vacation weekend ini. Duit dah tukar, just kemas barang je nanti. Tak lama dan tak jauh pun vacation tersebut maklumlah Along akan menduduki UPSR tak boleh ponteng2 sekolah.

Pameran Home Renovation @ MidValley

Weekend lepas, Ahad 21 Apil kami ke Pameran Home Renovation Expo @ Mid Valley Exhibiton Centre.

Tinjau2 barang2 rumah. Sekadar berangan dulu dan listkan apa yang nak beli nanti. Berangan-angan dulu.

Ramai betul kat Booth Kian Classic ni. Cantik  design yang dipamerkan. Budget oh Budget. Ambil pamplet dulu. Lepas tuu survey2 kat internet. http://www.kianclassic.com.my/ . Belum tiba masanya lagi untuk semua itu.

Stop disini. Tergoda dengan penerangan yang diberikan. Apa lagi, hati sudah tergoda. Maka kami book 1 produk Smart Security dari Samsung untuk rumah baru nanti.

Bila hati tergoda silalah buat bayaran. Bayaran ini valid lama sebab tu kami book. Pemasangan juga diberikan percuma semasa pameran ini. Sebab tu kami book. Jimat RM***.00 untuk pemasangan nanti.

Monday 22 April 2013

Join Aktiviti @ SmartKids - Part 2

Booth Kelab Doktor Muda. Kelab Doktor Muda telah diperkenalkan di sekolah2.Tidak semua sekolah yang ada Kelab Doktor Muda. Bila Mukhriz nampak Maskot2 Kelab Doktor Muda terus ke booth itu. Apa lagi bergambar dulu dengan Maskot dan join aktiviti.
Mari menyiapkan puzzle. Katakan Tak Nak Merokok!.Selepas siap dapat keychain.Tujuan Kelab Doktor Muda ini ditubuhkan disekolah2 ialah untuk mendidik pelajar2 cara hidup sihat dan memberi maklumat tentang kesihatan.
7 langkah cuci tangan. Jom cuba. Selepas memncuba cuci tangan, dapat Buku Catatan berlogokan Kelab Doktor Muda
Berehat sebentar melihat persembahan di Pentas ini.
Booth Vitagen. Join games menghalang bakteria di dalam usus. Motif games ialah memberitahu kanak2 dan ibubapa bahawa Vitagen bagus untuk Usus. Selesai aktiviti dapat notepad & sebotol vitagen.
Mengisi borang survey program Smartkids. Punyanya lah banyak soalan. Belakang depan kertas perlu dijawap. Selesai menjawap survey dapat buku diatas. 
Booth Kementerian Kesihatan. Jom lakukan eksperimen. Macamana nak pastikan teh mengandungi bahan pewarna dan teh yang asli? Kami dah dapat jawapannya. Terima kasih kepada pihak yang terbabit diatas segala info.
Mencari 10 perkataan tersembunyi. Berjaya menjawapnya kerana terdapat 20 perkataan tapi hanya 10 sahaja perlu dibawah. Dapat pen dan note pada lagi dari Kementerian Kesihatan. Seronok Mukhriz macam2 dia dapat. 
Menjawap soalan kuiz pula. Dapat pen + highlighter.
Berehat sebentar @ Booth Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara. Mukhriz membaca info2 yang terdapat disini. Boleh saya berehat sebentar menunggu Mukhriz habis membaca.Penat tau ke hulu ke hilir melayan Mukhriz.
Booth Astro ada program Tutor TV.Mukhriz suka program Tutor TV. Kalau kat rumah selalu bertanding dengan Along sapa betul banyak soalan.1. Spin roda soalan. Mukhriz dapat soalan sains. 2. Pilih soalan dalam kotak yang disediakan. 3. Jawapan saoalan tersebut. Senang sahaja soalannya. Dapat gift Examnation Pad berlogokan Tutor TV.
Bergambar dengan Program Tutor TV.
Sesapa nak bergambar dan gambar diprint. Silalah posing di background ini. Saya pun tak melepaskan peluang bergambar disini. Gambar diambil oleh Photographer. Gambar itu telah menjadi koleksi saya.Gambar diatas saya yang ambil sendiri. Seorang staf telah tertarik dengan Mukhriz, sembang iya2 dengan Mukhriz. Macam2 soalan ditanya kepada Mukhriz. Dan Mukhriz telah diberikan Pencil Warna yang berlogokan Nickelodeon. Cantik gift itu.
Mukhriz cuba Flight Simulator. 10 minit juga untuk start dan parking Flight ini. Jika berminat boleh "Learn To FLy" demgan kos RM2000++. Setakat ini pelajar yang paling muda ialah tahun 5. Yang penting perlu asas sains. Saya sempat bertanya tentang cerita Carekarama TV 3 yang bertajuk "Aku Ingin Terbang". Sembang2, sedar2 Mukhriz dah berjaya landingkan Flight tersebut. Pengalaman yang menarik buat Mukhriz.
Jom masuk ke Mini Planetrium ini. 2 kali Mukhriz mencubanya.
 
Booth Nickelodeon. Disini kami mengambil masa yang lama, kerana Mukhriz join aktiviti 3 kali. Games 1: Berikan Carton Spongebob Burger. Games 2: Jom buat burger. Burger merupakan makanan dalam Cartoon SpongeBob. 3. Magical Puzzle.  Jika 3 games ini dicop, peserta akan mendapat buku catatan bergambar Ninja Turtle. 3 kali join aktiviti ini dan Mukhriz dapat 3 Buku Ninja Turtle yang cute.

Jam 4.00 petang. Maskot Ninja Turtle yang kami tunggu muncul. Dari pagi sampai jam 4.15 kami berada di pameran ini. Banyak ilmu yang diperolehi dan banyak juga gift yang dikumpul oleh Mukhriz.
Inilah gambar terakhir kami @ SmartKids. Lepas bergambar dengan Maskot Ninja Turtle ini. Kami terus pulang menaiki LRT kerana Mukhriz perlu ke Karate pula jam 5.00 petang.

Join Aktiviti @ SmartKids - Part 1

Ke Pameran Smartkids @ PWTC
Pameran Smartkids diadakan pada 19-21 April 2013 @ PWTC. Sabtu pagi, saya dan Mukhriz sahaja ke pameran tersebut. Kami menaiki LRT. Tambang dari Sri Petaling ke PWTC ialah RM3.80 (2 ways). Tambang kanak2 dan dewasa adalah sama. Jam 10.20 pagi kami sudah berada di PWTC.
Dapat free tiket untuk masuk Smartkids.

Tiket untuk masuk ke pameran Samrtkids ialah RM5.00 untuk dewasa. Kanak2 tidak dikenakan bayaran. KAli ini saya tidak perlu membuat pembayaran untuk tiket Smarykids kerana saya telah register online untuk event tersebut pada Jan 2013 yang lalu. Tunjukkan confirmation di kaunter registration dan tiket diberikan secara percuma.

Kelihatan sudah ramai yang beratur. Pameran ini dibuka jam 10.30 pagi. Walaupun jam dah menandakan 10.30 pagi tapi pameran masih belum dibuka. Mukhriz dah tak sabar2 nak masuk. Jam 10.30++ kelihatan Maskot Smartkids di Entrance dan pengunjung dibenarkan masuk. Kanak2 dapat door gift dari pihak Smartkids.


Booth pertama kami singgah
Booth pertama yang kami singgah ialah booth diatas. Booth ini memberikan penerangan tentang vaksin2 yang perlu diambil oleh kanak2. Katakan YES for vaksin. Para ibu2 pasti peka terhadap suntikan2 ini kerana setiap anak2 ada buku kelahiran dan tercatat vaksin2 yang perlu diambil.


Booth motivasi
Singgah sebentar di Booth motivasi. Dimana saya diberikan penerangan tentang energy2 dan neutron2 yang perlu dibina dalam diri. Neutron2 itu perlu dibina bukan dibiarkan berlonggak seperti gambar di atas. Program ini menyediakan teknik membina diri lebih berjaya.
Mari belajar Math dengan Enopi

Jom belajar Math dengan program Enopi. Kini Enopi dikenali sebagai Eye Level. Membina blok berdasarkan gambarajah yang diberi. Hasilnya dapat beg Enopi dan set alatulis. Mukhriz suka aktiviti ini.

 
Bergambar dengan Maskot Smartkids & AirAsia SkyRider Club
Selesai aktiviti @ Enopi. Nampak banyak Maskot yang berlegar2 di kawasan booth. Apalagi Mukhriz memilih untuk bergambar dengan MAskot Smarutkids & AirAsia SkyRider Club. 

Lepas bergambar, Mukhriz join sekali lagi aktiviti @ Enopi. Kali ini aktivitinya membina gambar rumah dengan blok2 bentuk segi3, 4segi dll. Dapat lagi satu gift dari Enopi. Dalam beg Enopi tersebut dapat fail pula. Konon2 Mukhriz kata nak bagi kat Along tapi last2 dua2 gift dari Enopi dia yang rembat.


Booth Oral B
Di booth Oral B, kanak2 diberikan soalan berkaitan gigi. Mukhriz mendapat soalan

1. Berapa kalikah dalam setahun perlu membuat pemeriksaan gigi? Jawapan: 2 kali
2. Jumlah gigi susu ialah......? Jawapan: 20 batang

Setelah selesai menjawap baru oleh join Wheel of Fortune. Dapat ubat gigi & berus gigi.


Booth jualan tiket Kidzania, Legoland, The little big & Lat's
Singgah sebentar @ booth jualan tiket diatas. Sekadar melihat harga tiket yang ditawarkan. Tapi tak beli apa-apa tiket pun. Item2 Kidzania juga dijual disini. Harga item Kidzania ini lebih murah dibeli disini berbandingan di Kidzania, ada diskaun masa pameran ini.


Maskot SpongeBob & Patrik

Friday 19 April 2013

Ronda2 @ Pasar Mangga 2

Pasar Mangga 2, Jakarta

Kami ronda2 di Pasar Mangga 2 pula. Kedai disini lebih selesa berbanding di Bandung. Sesi menghabiskan duit rupiah disini. Shopping shopping juga. Pastikan simpan Airport Tax. Airport Tax dari Jakarta ke Malaysia ialah IDR 150,000(± RM48.50). Apa lagi sesi pilih dan pilih pun bermula. Ronda sampai lenguh kaki, banyak tingkat tuu nak diterjah.
  
Pelbagai design beg kanak2

Pelbagai tudung

Pelbagai selipar

Aksesori

Sempat juga singgah di A&W di level 5. Bawa pulang pencil case A&W ini untuk Mukhriz.

Klik entry di bawah untuk cerita di Jakarta:

Tinjau2 @ Pasar Baru Jakarta

Jom tinjau2 Pasar Baru Jakarta
Masa kami sampai, baru jam 9.00 pagi. Hanya beberapa kedai sahaja yang beroperasi. Pasar Baru ini akan beroperasi jam 10.00 pagi.
Kedai lain belum buka lagi, namun kedai ini dah buka jam 9.00 kami.Saya nampak banyak baju tulisan Jakarta. Apa lagi terus ke kedai ini. Baju T-shirt disini IDR 25,000(± RM8.00) untuk semua saiz. Sangat teruja kerana murah apalagi pilih2, beli buat souveniour. Ketika ini, duit rupiah sudah tinggal sedikit sahaja. Adus, mana mahu tukar. Money Changer belum buka.
Tengok tuu... handbag yang dijual. Sekadar snap gambar dari jauh. Tak beli pun.
Kami singgah di gerai penjual selipar dan kasut bertanyakan dimana Money Changer. Baik betul kakak tu, siap tolong tunjukkan kedai Money Changer. Terima Kasih yaa. Kami hanya bertanya. Tapi kakak itu tolong kami.
Disinilah kami menukar duit Malaysia ke rupiah. Sepanjang nak ke Money Changer ini banyak gerai buah, maka sempat lagi snap gambar2 buah tersebut.

Buah Naga & Buah Salak Madu. Buah Salak ini IDR 25,000(± RM8.00) 1 kilo. Tips untuk beli buah salak "Sila pilih sendiri buah salak, jangan minta peniaga yang isikan buah salak itu jika anda membelinya kerana ada kemungkinan peniaga akan memberikan buah yang tak fresh pada anda". Saya beli buah salak ini bawa pulang ke Msia, pilih2 buah salak sebelum timbang.
Buah-buahan

Kue Kamir.  Siap tanya lagi peniaga nii "boleh tak saya ambil photo kuih ni?". Peniaga itu jawab "bisa photokan". Kena la tanya dulu sebab kami tak beli pun kuih nii.

Salah satu pengankutan di Jakarta. Ketika ini kami sedang menunggu Bajai untuk ke Pasar Mangga 2.

Klik entry di bawah untuk cerita di Jakarta:

Restoran Sari Minang - Jakarta


Stay @ Amaris Juanda Jakarta


MONAS & Masjid Istiqlal


Pasar Mangga 2  Jakarta