-

Monday 30 January 2012

Kenduri Akikah @ Warung Pok' Ku

Mukhriz yang keletihan. Tukar pakaian ke kenduri dalam kete

Sabtu 12.30 ambil mukhriz di sekolah, teruskan agenda untuk ke kenduri akikah. Encik H telah berjanji dengan rakannya untuk konvoi dan jumpa dpn Stadium Nasional B.Jalil. Sian mukhriz penat2 terus nak gerak ke kenduri.

Along menemani Uncle S

Seperti yang dijanjikan, kami pun sampai. Memandangkan rakan En.H tidak membawa famliy(dr ofis), maka along dengan rela ati nak teman Uncle S. Anak2 saya memang dah biasa dgn Uncle S.

Ini lah tempat Kenduri
Kuih Akok


Kuih koleh kacang

Kenduri ni diadakan di Warung Pok Ku iaitu kedai Empunya tuan kenduri. Lunch time, hari nii saya off memasak. Jamu selera kami di sana. Tak lama pun kami disana. Jam 2.30 kami dah gerak memandangkan anak2 dah kegelisahan nak balik. Bila perut dah kenyang, balik boleh laa zzzz.

KARATE-DO

Registration form
Sabtu lepas mukhriz baru register untuk ke kelas karatedo. Kelas tersebut selama 1 jam setengah dari pukul 11-12.30tgh. Register dibuka dari 7 january lagi. Tapi kami register untuk bln 2. Masa register, Sir tu kasi tau " minggu ni dan minggu lepas ramai yang tak datang memandangkan chinese new year". Minggu ni pun dalam 10++ tak dapat hadir.

Mukhriz dan Kekwn
Monthly fee cuma RM30 sahaja. Register RM50. Yang terkejut bila dapat tau, complete uniform RM185. Maklum la tak pernah tau harga uniform tersebut. Total semuanya RM265.

Kad Pembayaran.
Tambah satu lagi rutin ku di hari sabtu. Dan semestinya tambah juga 1 lagi yuran. Buatmu, Mukhriz rebutlah peluang ini. Dulu mama dan papa tak berpeluang untuk semua ini.

Friday 27 January 2012

Buku : Dahsyatnya Doa Ibu


Saya mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan buku ni. Setiap kali membacanya kan terdetik di hati. Ya Allah aku ingin menjadi ibu yang baik. Yang Allah aku ingin sekuat ibuku.

Doa ibu adalah penawar


RM14.90 - 224 mukasurat

Kekadang tanpa sedar air mata kan mengalir. Banyak kesedaran dr contoh2 yang saya baca dr buku ini. Alangkah bertuahnya saya kerana masih mempunyai ibu. Ibu yang tidak pernah jemu mendoakan saya dan adik beradik saya. Semestinya setiap ibu inginkan yang terbaik untuk anak2 mereka.

Thursday 26 January 2012

Sate & Nasi Kukus @ RnR Awan Besar

Sate Haji Samuri

Jom makan sate dan nasi kukus @ RnR Awan Besar. Selasa lepas kan public holiday. Dah la isnin tak gi mana2, selasa pun asalnya nak duk umah je. Pepagi lagi saya dah ke dapur menyiapkan menu sarapan iaitu Nasi Kerabu. Memandangkan saya ni malas nak masak berkali2, maka menu tersebut saya masak agak byk. Boleh dimakan untuk lunch sekali.

Tak kan malam nak makan nasi kerabu lagi kan. Semestinya muak kan. Aktiviti selasa kami habihkan dengan membaca, layan tv dan main games. Semestinya tido di tengahari tak dilepaskan. Bila dah petang sangat la panjang rasanya duk di rumah. 


Nyaman nya udara

Exercise


Kasih seorang abang. Memakaikan kasut untuk Feqah.

Petang saya bawa anak2 ke taman. Layan Feqah dan Mukhriz ke taman. Along dan En.H layan TV kat umah. Bila saya pulang dr taman, En H ajak kuar. Katanya "jom mama, kita kuar malam nii, kita gi makan kat RnR". Bagi saya amat la malas. Maklum la rabukan dah keje baru nak ready2 bahan untuk masak esok pagi. Saya memang memasak dulu sebelum ke ofis.

Along yang sentiasa berselera bab2 makan.




3 ABC.
  
Maka after maghrib kami pun ke RnR Awan Besar. Memang dekat dgn umah pun. Kami sering ke sini untuk ke Restoran Hassan iaitu Restoran Masakan Kelatan hanya beroperasi siang sahaja. Aliaa Nasi Kukus nii sedap dan selalu ramai orang berkunjung ke gerai ini. Kalau ke RnR Awan Besar tak sah kalau tak order Sate Haji Samuri.

Wednesday 25 January 2012

Angpow & jajan di pagi CNY

Sedang saya mengemas2 di ruang tamu, kedengaran jiran memanggil Feqah dan Mukhriz. Aunty sebelah umah memanggil feqah dan mukhriz dengan panggilan boy dan girl. Maybe dia lupa nama kot. Kebetulan masa tuu feqah dan mukhriz duk berebut mop. Itulah aktiviti anak2 ku. Semua benda nak berebut. Pepagi ari dah buat bising.

Feqah dan Mukhriz, dua beradik yang sgt akrab. Mukhriz sering mengalah dgn Feqah. Tapi sejak Mukhriz dah sek rendah dan sek agama nii. Mukhriz suka menyakat dan mengusik  Feqah. Bingit rumah dek 2 beradik nii. Kata Mukhriz time nii laa Mukhriz nak kacau Feqah. Ooooo maknanya time cuti la nak buli adik yaa.

3 angpow utk 3 beradik

Bila mrk ber2 dengar suara aunty terus diam. Saya kasi tau mereka "tgk aunty dah marah". Aunty terus memangil " boy, girl sini2 mali ambil angpow & food". Mrk ber2 tak berani nak keluar ambik. Saya pun kuar la ambik. Tak kan nak biarkan jiran memanggil. Tiap2 tahun dapat angpow dan food dr jiran nii. Jiran tuu pesan dia nak balik Penang 1 week, mintak tgk-tgkkan umahnya.

Majlis Kesyukuran @ Bandar Hussein Onn

Buah tangan untuk Tuan Rumah

Ahad lepas berkunjung ke rumah kawan lama @ Bandar Hussein Onn. Dah lama betul tak jumpa. Setahun lebih gak rasanya. Anaknya yang kecik pun dah setahun lebih dah. Dulu pegi melawat baby Adam masa baby lagi(2010 kot), lepas tuu dapat jemputan dari Tuan Rumah untuk Majlis Aqiqah dan cukur jambul(2011). Tapi tak dapat penuhi jemputan atas sebab2 tertentu. 

Anak ke 2 tuan rumah. Sebaya dgn Feqah.

Memandangkan cuti panjang ni saya tak ke mana, maka saya menghadiri majlis kesyukuran ini. Tuan rumah nii bernama Pn Zabibah. Baik orangnya dan seorang yang rajin. Bab masak pun dia pandai. Mempunyai 3 anak (2 girls + 1 boy). Anak sulungnya sebaya dgn Mukhriz dan yang 2nd sebaya dengan Feqah. Dulu kami satu ofis. Masa preganant Mukhriz dan Feqah, kami sama2 membawa perut. 2008 kami ber2 berpecah membawa haluan masing2.


Pelbagai lauk disediakan

Pelbagai lauk dan desert disediakan. EN.H dan along siap tambah lagii....sambal ikan keli dan sambal sotong yang best. Mukhriz dan feqah tak makan pun. Dua jenis air disediakan air sirap dan teh tarik. Sedap teh tarik itu. Walaupun cuaca panas, teh tarik tetap menjadi pilihan.


Desert : Puding Karamel

Desert juga pelbagai seperti apam polkodot, puding karamel, kek gula hangus, karipap dan buah limau. Tak leh nak sembang lama2 ari tuu sebab saya ada berjanji dengan orang cuci rumput, saya janji kul 5 ptg. Jam 4.45 kami gerak, hakikatnya dekat je umah saya dgn Bdr Hussein Onn nii.....tapi sememangnya kami kurang arif area sini. Kami tersilap jalan, kuar2 kena tol dan menghala Kajang. Yang dekat jadi jauh. Jam 5.20 kami sampai, lama gak la orang cuci rumput tuu tunggu. Saya sempat sms org tersebut yang mengatakan kami lambat.

Hamper sempena Chinese New Year



Coklat Vochelle & Choclate Chip

Memandangkan jiran sebelah menyambut Chinese New Year,  setiap tahun semestinya menjadi rutin saya menyediakan hamper untuk jiran tersebut. Begitulah hidup berjiran. Sememangnya saya akan memilih tema berwarna merah terutamanya bila memilih paper beg. Jam 11.30, 2 hamper ini di berikan kepada jiran. Kenapa kul 11.30 tgh? Kerana lepas zohor nanti mau kuar ke kenduri kesyukuran di Bandar Hussein Onn. 
Ini pula untuk saya dan anak2

Ready untuk diberikan kepada 2 jiran

Nandos & MPH @ SACC Mall

Sabtu lepas ronda2 @ Shah Alam. Tak sah jika tak gi Shah Alam. Dari Bandar Kinrara ke Shah Alam melalui KESAS highway. SACC MALL menjadi pilihan kali nii. Memandangkan cuti panjang. Ramai yang balik kampung. Kali ni walaupun cuti panjang kami tak balik kg. Kami menjamu selera di Nandos. Semestinya menu yang tak pedas dipilih.

Menu yang di order. Leman & Herb yang tak pedas.
Feqah dgn 2 ekor ayam(deco nandos). Tgk tuu dikasinya ayam mkn iphone

Mukhriz yang suka buat muka nakal.


Singgah sebentar di MPH untuk membeli alat tulis.


Muka feqah yg muncung sebab mama x kasi beli buku tu.


Akhirnya buku nii dibeli untuk Feqah. Excited tak sabar2 nak baca.


Saturday 21 January 2012

Mee Rebus @ Restoran Pak Tam Medan MARA

Slogan & logo  Restoran Pak Tam

Bila hari jumaat, mula la mencari mana nak pegi time lunch hour. Mula mencari tempat makan yang jauh sikit dari ofis. Jumaat kali nii saya memilih Restoran Pak Tam. Byk pilihan makanan disediakan. Tapi saya memilih untuk makan mee rebus. 

4 pilihan mee rebus
Pilihan kali ni ialah Mee Rebus Ayam dan air cendol.  Air cendol ini ada jagung dan kacang merah. Bagi saya untuk dua menu nii memang sedap.

Sedap.. boleh try lagi lepas nii

Friday 20 January 2012

10,000 langkah sehari


2 gelas sehari susu anlene untuk 100% keperluan kalsium. Saya memilih perisa coklat. Pada mulanya saya tak berapa suka susu ini kerana rasanya. Nak-nak kena bancuh dengan air suam. Bila kacau dia agak berketul2 sikit. Memandangkan faktor umur yang makin meningkat, maka saya teruskan juga minum Anlene. Akhirnya Anlene perisa coklat menjadi pilihan saya.

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kehilangan jisim tulang dan jika berterusan boleh menyebabkan osteoporosis terutama di kalangan wanita yang usianya telah meningkat.



10,000 langkah? Kenapa kita perlu 10,000 langkah? Agar tulang kita sihat dan badan pun sihat.Jadi marilah kita melangkah 10,000 langkah sehari untuk kesihatan.

5 kategori langkah dalam sehari.
1. Kurang 5000 langkah - TIDAK AKTIF
2. 5000-7499 langkah -KURANG AKTIF
3. 7500-9999 langkah - SEDERHANA AKTIF
4. 10000 langkah -AKTIF
5. Lebih 12000 langkah - SANGAT AKTIF
  
4 keratan anlene
 Jom kita redeem pedometer. Caranya dengan kumpul dan tebus dengan setiap 12 mata(4 keratan anlene untuk 650g). Saya telah pun menghantar 4 keratan tersebut menggunakan pos biasa. Itu syarat yang dikenakan oleh pihak Anlene.
Pedometer yang hendak di redeem

Pejabat Pos Medan Tuanku KL

Dah lama betul tak mengepos surat. Setem yang dikenakan bernilai 80 sen. Pejabat pos Medan tuanku menjadi pilihan saya kerana dia berdekatan dengan ofis.

Wednesday 18 January 2012

Birthday & Good Luck

Team LAD
Makan2 @ Pizza Hut Maju Junction sempena Birthday dan Good Luck kepada team LAD. Birthday girl adalah Cik Zaini. Good Luck pula untuk Cik Yaya yang akan meninggalkan team LAD akhir jan nanti.

Majlis dimulakan dengan ucapan dr Cik Yaya. Kami kehilangan sorang lagi kawan. Cik Zaini telah sponsor kek untuk Cik YAya . Sesi potong kek oleh CIk YaYa. Memandangkan pizza lambat tiba, kami mulakan dengan kek dan diikuti pizza.

Kek yang di sponsor oleh Cik Zaini  khas buat Cik Yaya




Menunya 3 large pizza dan 3 jug soft drink untuk 11 org. Pn Azlina, yg menguruskan majlis ini dari segi tempahan pizza dan mencari adiah untuk Cik Zaini & Cik YaYa. Pizza pertama sampai, pihak lelaki dulu yang makan. Pizza ke2 dan 3 sempat saya snap. Buat Cik Yaya moga success di tempat baru. Buat Cik Zaini, selamat meniti usia yang makin bertambah dan hadapi kehidupan dgn tenang dan gembira.

Tuesday 17 January 2012

Italian Cone Pizza @ Sunway Pyramid

Ini lah packaging Cone Pizza

Pernahkan anda makan Pizza dalam bentuk cone?  Sebelum mengorder semestinya mencari logo halal / certicifate Halal di kiosk jualan. Memang ada logo Halal. Apa lagi terus mengorder 4 cone Pizza berserta 3 teh ais limau.

Bahan-bahannya


No 2, 4 dan 6 pilihan kami

Terdapat 8 pilihan. Saya order 1 set Meat Mania, 2 set Creamy Chicken dan 1 set Tropical Loaded. Creamy Chicken dan Tropical Loaded untuk 3 beradik dan Meat mania untuk kami ber2. Kenapa tak order 5 sedangkan kami 5 orang? Alasannya feqah tak habih pun, so saya la tukang perabih.


Yummy-yummy

Rasanya sedap dan semestinya cheesey. Yummy2. Lepas ni nak try pulak cone pizza kat branch puchong. Kat sana boleh dine in termpatnya pun luas. Kat sunway pyramid just kiosk dan cuma disediakan 3 kerusi je. Kebetulan baru customer lain habih makan, dapat la 3 beradik nii duk kejap. Ambik masa gak nak makan sebab pizza tu panas. Ramai gak yang datang tapau masa tu.

Prosperity Discount Cuopon @ Jusco

RM100 dapat RM5 voucher

Weekend ke Sunway Pyramid, tujuannya untuk membeli adiah Wedding  kawan. Terus ke Jusco mencari barang yang sesuai. Pembelian RM100 kan dapat voucher RM5 min 2 resit. Apa lagi misi pencarian bermula.Dalam 30 minit sahaja, saya telah membuat pilihan. Dapat gak la 2 keping voucher RM5 dari promotion di atas.

Along tolak la cepat troli tuuu..main games je kejenya.

Bayar dan terus ke customer service untuk wrapping. Tak ramai orang pun di level 2 Jusco. Walaupun sekejap je, masa saya menyopping, sempat gak saya rembat toaster(menggantikan toaster lama).


Bersama2 Maskot

Keluar dari Jusco terus ke Lobi Sunway Pyramid. Nampak Mascot Sunway Pyramid berteman Chinese New Year. Snap 1 gambar. Feqah apa lagi asal nampak maskot mesti takut. 
Feqah yang banyak permintaan

Feqah request nak bergambar dengan maskot Sunway Lagoon. Layan je la janji dia nak dan tak nangis lagi.