-

Wednesday 28 May 2014

Wordless WednesdaY - Pameran Transformers @ Mid Valley MegaMall


Sabtu lepas, kami ke Mid Valley. Ada pameran Transformers sempena movie Transformers Age of Extention yang akan di tayangkan pada 26 June 2014 nanti. Pameran ini dianjurkan oleh pihak Hong Leong Bank. Peminat-peminat Transformers boleh bergambar dengan robot2 yang ada disini. Pameran ini bermula pada 22 May 2014 (Khamis) dan berakhir 8 June 2014(Jumaat) di Ground Floor, Mid Valley Megamall.

Sunday 25 May 2014

2 Tahun berlalu tanpamu anakku (Arwah Feqah Insyirah)

Al-Fatihah buatmu, anakku Feqah Insyirah.



Hari ini genap 2 tahun. Ya Allah, terima kasih menganugerahkan insan yang bernama Feqah Insyirah kepada kami. Hadirnya terlalu istimewa  dan hadirnya memberi sinar kebahagiannya kepada kami.

Walau hanya mampu menyimpan kenangan hanya 4 tahun 10 bulan. Namunnya ianya terlalu bererti buat kami. Kini, kami menyimpan rindu dan kesepian yangmendalam terhadap insan yang bernama Arwah Feqah Insyirah.

Dengan izinMU, Ya Allah,  kami Redha. Di saat, nafas akhirnya, saya sempat berbisik di telinganya “Feqah, mama dan papa sayang kamu nak, mama dan papa tahu Feqah juga sayang mama dan papa. Mama tak sanggup tengok Feqah sakit. Ya Allah, berikan yang terbaik untuk anakku, aku Redha dengan ketentuanMU”. 

Di saat itu juga, saya membelai rambutnya dan suamiku meribanya untuk di bawa ke hospital. Sesungguhnya Allah lebih menyayangimu, dirimu menghembuskan nafas terakhir dengan begitu tenang sekali.

Disaat doctor mengesahkan “anak ini telah meninggal dunia baru beberapa minit sebelum tiba di hospital”. Saya hanya mampu memegang erat tangan suamiku, lalu berkata “Mama Redha, anak kita dah dikembalikan, Allah hanya mahu kita jaga hanya 4 tahun lebih sahaja”. 

Tiada kata2 lain dapat diucapkan. Hanya gengaman tangan dipegang erat. Setenang-tenang air kami menerima berita ini, lalu berita ini disampaikan kepada Along & Mukhriz. Kami ber5, bergambar buat kali terakhir dimana arwah Feqah Insyirah telah terbaring kaku di atas katil berselimutkan kain putih. 

Maka  bacaan surah Yassin  kedengaran di hospital tersebut. Ya Allah, terima kasih Ya Allah. Terlalu banyak pertolonganMu Ya Allah. Segalanya urusan di permudahkan. Yang tinggal hanya kesabaran & kerinduan yang mendalam.

Pastinya dirimu sedang berbahagia di alam sana. 

Friday 23 May 2014

42 hours - Padang & Bukit Tinggi - Day 3


Pepagi hari isnin, jam 6.00 pagi kami dah breakfast dengan nasi goreng @ The Sriwijaya Hotel. Breakfast start jam 6.00 pagi. Masa tu, cuma ada nasi goreng. Menu lain sedang di atur. Memandangkan kami dah book shuttle van jam 6.10 pagi, maka kami pun cepat2 makan. Malam tuu kami tidur terjaga2 sebab takut lambat bangun dan tertinggal flight.




Masa check in The Sriwijaya hotel pada hari Ahad, kami dah book awal2 shuttle van yang disediakan oleh pihak hotel dengan bayaran IDR120,000(RM35).

  
Inilah shuttle van yang disediakan oleh pihak hotel. Perjalanan dari hotel ini 30-45 minit ke airport. Anda perlu membayar parking airport untuk shuttle van ini IDR3,000(90 sen) semasa masuk kawasan airport.



Sampai di Airport, hati berdebar-debar adakah lebih 25kg? Alhamdulillah, barangan kami ngam2 25kg. Semua beg barang dimasukkan dalam kargo. Perlu diingatkan, pastikan anda simpan duit untuk membayar airport tax. Airport tax dari Padang ke Malaysia/ Kuala Lumpur ialah IDR100,000(RM29.22).
 

Banyak proses sebelum sampai di bilik menunggu. Scan sana scan sini. Kasut pun kena buka dan scan. Kebiasaannya, hanya tali pinggang dan jam tangan je. Ini kasut pun kena. Bayangkan sesapa yang ada 2,3 anak yang pakai kasut bertali, ambil masa di situ. 

Pastikan juga anda ke toilet terlebih dahulu kerana di kawasan bilik menunggu tiada toilet disediakan. Jika mahu ke toilet, anda perlu keluar dan perlu bawa passport dan scan itu ini semula untuk masuk ke bilik menunggu. Bilik menunggu ini luas dan selesa.



Penerbangan dari Padang ke Bukit Tinggi on time. Kami bertolak jam 8.30 pagi waktu Indonesia(9.30 waktu Malaysia). Kami sampai di Klia2 jam 10.40 pagi. Agak jauh kami berjalan dalam Klia2 untuk ke imegresen dan ambil beg. Kami hanya bawa hbag sahaja kalaulah kami bawa beg yang berat2 tu tak tahu lah macam mana perasaan kami masa tu. Ada juga penumpang mengeluh kerana agak jauh berjalan.



Selesai ambil beg kami tercari2 pula jalan keluar. First time katakan di Klia2 ni.Lepas ni, dah tak menjadi masalah dah, dah tau keadaannya. Inilah hasil borongan kami. Pergi 2 beg, balik 5 beg.



 Sementara menunggu En.H datang menjemput kami jam 11.40 pagi. Kami ber2 sembang2 @ Marrybrown. Selamatlah En.H sudah pulang ke KL ahad malam, kalau tidak, terpaksalah kami naik teksi.

Total keseluruhan trip budget saya ke Padang  & Bukit Tinggi cuma RM628.13. Satu pengalaman yang menarik buat saya dan Miss Zaini. Di bawah ini disertakan budget saya disana.

Tiket Airasia 2 way KL-Padang-KL = RM72.00
Add on beg 25kg -RM50/2 = RM25.00 
Hotel Bunda, Bukit Tinggi - RM139.63/2=RM69.81
Hotel The Sriwijaya - RM93.40/2 =RM46.70
Transport Padang & Bukit Tinggi & Airport Padang = RM56.40
Makan2 - RM29.00
Airport Tax IDR 100,000 = RM29.22
Shopping = RM300

Thursday 22 May 2014

42 hours - Padang & Bukit Tinggi - Day 2


Pepagi Ahad, jam 7.30 pagi kami breakfast @ Level 2 Hotel Bunda. Murtabak Mesir yang dihidangkan memang sedap. Kami makan banyak2 untuk cover lunch sekali. Lepas breakfast kami ke Pasar Aur Kuning. 


Dari hotel, kami berjalan kaki ke simpang jalan untuk menaiki angkutan ke Pasar Aur Kuning. Angkutan berwarna merah yang bernumber 19 membawa kami ke Pasar Aur Kuning. Tambang angkutan ini hanya IDR2500(0.75sen). Perjalanan cuma 20 minit dari hotel Bunda ke Pasar Aur Kuning.



Sampai Pasar Aur Kuning, rambang mata kami melihat kain2 sulam, telekung, kain ela dll. Harga disini memang murah berbanding tempat lain. Singgah sana singgah sini. Beli itu beli ini, tengok2 macam dah susut duit. 

 

Inilah hasil borongan kami. Berat nak bawa barang tersebut. Kami mencari jalan keluar, rupa-rupanya kami dah berjalan jauh dalam Pasar Aur Kuning. Luas rupanya Pasar ini. Keadaan di Pasar becak dek kerana hujan. Jika bawa anak2 untuk shopping disini agak tidak sesuai. 




Masa nak keluar nampak gerai kerepek. Saya pilih 4 jenis kerepek. Setiap kerepek, saya beli setengah kilo. Di sini, kerepek yang popular ialah kerepek ubi berlada. Untuk 4 kerepek ini(2kg) cuma IDR52,000(RM15.20). Bertambah berat lagi barang yang dibeli di Pasar Aur Kuning.



Inilah hasil borongan dari Pasar Aur Kuning. Dari Pasar tersebut kami pulang ke Bunda Hotel untuk packing barang. Sempat bersihkan badan sebelum check out.




Jam 12.00 tengahari kami check out dari Bunda Hotel. Kami letak barangan kami di hotel ini kerana kami mahu ke Pasar Atas. Pasar Atas terletak berdekatan Jam Gadang. Kami solat zohor di hotel ini dahulu sebelum ke Pasar Atas. Zohor di sini jam 12.20 tgh. Memang selesa menginap disini. Hotel ini berdekatan dengan Jam Gadang, Pasar Atas dan senang mendapatkan angkutan untuk ke mana-mana.

 

 Berdekatan Jam Gadang & Pasar Atas terdapat Taman Monument Bung Hatta.
 


Kami seterusnya shopping @ Pasar Atas. Pilih dan pilih. Duit indonesia semakin susut, kami guna duit Malaysia. Lebih selesa shopping @ Pasar Atas berbanding Pasar Aur Kuning. Tapi harganya memang berbeza.



Habis shopping, kami menaiki kuda / bendi ini untuk pusing2 bandar Bukit Tinggi. Untuk menaiki kuda/bendi ini dikenakan IDR50,000(RM14.60). Masa yang di masa untuk pusing2 bandar ini 20-30 minit.



Kami singgah sebentar di Muzuem Perjuangan Tri Jaya Eka Dharma & Lobang Jepang semasa kami pusing2 dengan kuda/bendi.



 Kami minta dropkan kami di Bunda Hotel. Inilah hasil borongan di Pasar Atas. Tambah lagi muatan beg. Seterusnya kami menaiki angkutan bernombor 6 untuk ke Jambu Air sebelum kami menaiki van ke Padang.



Dari Bukit Tinggi ke Padang kami menaiki van dengan tambang IDR40,000 (RM11.70). Hujan ketika itu dan jalan jem. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Penatnya dah tak sabar2 nak merehatkan diri. Plan asalnya kami nak pusing Padang tapi kami batalkan niat kami kerana kami sangat2 penat.



Jam 6.00 petang kami check in di The Sriwijaya Hotel. Cantik hotel ini. Suasana hotel ini tenang dan damai dengan rekabentuknya yang tersendiri. Tapi sayangnya tiada lif disediakan dan perabut yang disediakan comel2 je. Sangat tak sesuai dengan saiz badan kami yang gebu-gebu ini. Toiletnya alahai kecilnya.


Perut dah kelaparan. Kami makan @ Pecel Lele Lela yang terletak tidak jauh dari hotel kami.



Order makanan. Sedap masakannya tapi mak aiii pedasnya.



Setelah kekenyangan kami terus balik ke bilik untuk rehat sebab esoknya pepagi lagi kami harus ke airport. Kebetulan ada cerita Hindi iaitu Mohabbatein. Konon2 nak layan citer ini tapi alih bahasa Indon lah pulok. Terus batalkan niat nak menontonnya. Terus kami tidur.

Wednesday 21 May 2014

42 hours - Padang & Bukit Tinggi - Day 1


Sabtu 17 May 2014, saya dan Miss Zaini sampai di Klia2 jam 11.00 pagi. First time kami ke Klia2, kena banyak bertanya untuk sampai ke Perlepasan Antarabangsa.



Punyalah jauh berjalan untuk sampai ke Gate Perlepasan. Pastikan anda melihat number Gate yang tertera di papan kenyataan elektronik yang disediakan kerana di tiket yang anda check online tidak ditulis pintu Gate berapa.



Jalan dan jalan. Kami nampak pintu Gate P1-P21. Ingatkan dah nak sampai rupanya jauh lagi. Gate kami P13. Kalaulah kena Gate P21 lagi jauhlah kena berjalan.




Kemudahan yang disediakan di Klia2 memang selesa tapi agak jauh berjalan kaki. Kesian kepada orang2 tua dan mereka2 yang bawa anak2. Memandangkan masih banyak masa lagi. Kami sembang2 sebab kami pun dah lama tak jumpa. Hujan waktu itu.  Flight delay 20 minit. Jam 1.50 tengahari kami terbang ke Padang.


 

Perjalanan dari KL ke Padang cuma 1 jam 5 minit. Jam 2.00 petang kami sampai di Padang. Kami menaiki bas tranex ke Basko Mall, Padang. Tiket yang dikenakan IDR 22,000(RM6.45). Perjalanan mengambil masa 30 minit. Sampai di Basko Mall kami melintas jalan untuk menaiki van ke Bukit Tinggi.

 

Seterusnya kami menaiki avanza ini untuk ke Bukit Tinggi. Tambang yang dikenakan IDR20,000(RM5.85) untuk sampai ke Bukit Tinggi. Dan tambahan IDR10,000(RM2.95) dikenakan kerana kami dihantar ke Bunda Hotel Bukit Tinggi . Avanza ini membawa 7 penumpang dan penumpang yang naik bersama kami terdiri dari 6 perempuan dan seorang lelaki.



Perjalanan ke Bukit Tinggi mengambil masa hampir 2 jam setengah. Waktu itu hujan. Ajak jem di lereng2 bukit. Ngeri tengok mereka membawa penumpang. Hon sana hon sini. Hon sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk indonesia bila berada di jalan raya.


Memandangkan kami belum solat zohor & asar. Kami minta pemandu van berhenti di sebuah masjid untuk solat jamak. Masa tu dah nak maghrib. Kami belum sampai lagi ke hotel @ Bukit Tinggi. Maghrib @ Bukit Tinggi jam 6.20 petang.




Akhirnya jam 6.40 petang, kami  berada di Bunda Hotel. . Badan dah kepenatan. Kami hanya meletakkan beg pakaian dan ke toilet sahaja. Tak sempat nak rehatkan badan kerana perut dah tak tahan lapar. Seterusnya kami keluar untuk makan.




Perut dah lapar tapi hati duk teringat kat En.H dan anak2. Maklumlah terputus hubungan bila sampai di Padang. Saya cari prepaid dulu sebelum makan. Nak call dulu. Maklumlah masa datang ke Padang, En.H tiada di KL, anak2 adik yang tolong jaga. Yang hantar saya pun adik saya. Mana bisa tak call. Hilang lapar bila dapat call suami dan anak-anak.



Inilah makan malam kami. Hanya IDR77,000(Rm22.50) sahaja yang dikenakan. Bila dah dapat makan, baru ada energy nak jalan2 dan shopping.

 

Ini jus avocado/alpukat. Nyum-nyum. Licin di minum.


Seterusnya kami meronda2 sekitar Jam Gadang. Singgah sebentar di tempat Key Chain ini. Saya memilih untuk membeli keychain bola untuk Along dan Mukhriz. Keychain ini boleh tulis nama. Saya pilih 3 untuk Mukhriz dan 3 untuk Hisyraf. Sementara tulisan ini siap. Miss Zaini membeli T-Shirt di gerai sebelah.


 
Hanya sejam sahaja kami di Jam Gadang. Kami sangat2 penat. Dah terbayang2 katil. Sempat bergambar berbackgroundkan Jam Gadang. Disini sangat banyak Maskot. Nak bergambar pun susah kerana mereka kan datang menyelit bila nampak kita nak ambil gambar dan mereka akan minta duit dari kita sebab ada gambar Maskot mereka. Tak patut tak patut.



Inilah 6 keychain yang saya pilih untuk anak-anak. Masa duk susun2 tuu baru perasaan yang ejaan nama Mukhriz tersalah eja. Tertukar huruf z dengan s. Macam mana saya tak perasaan benda tu.


Inilah yang saya beli @ JaM Gadang. Barang2 ini kiriman adik saya.


Sebelum tidur sembang2 dengan Miss Zaini sambil makan Lay  dan minum  tea perisa epal. Walaupun dah habis makan & minum perut masih nak makan lagi.



Akhirnya kami ber2 makan maggi  yang di bawa dari KL. Baru boleh tidur lena malam tuu bila perut dah kenyang.

Saturday 17 May 2014

Jalan-jalan ke Padang & Bukit Tinggi Indonesia



Hari ini jam 1.30 tengahari saya & Miss Zaini akan ke Padang Indonesia. Dan seterusnya kami akan ke Bukit Tinggi. Jalan-jalan kali ini singkat sahaja kerana hari pertama kali ambil flight tengahari dan hari ke 3 kami ambil flight paling awal. Cuma 42 hours sahaja kami akan berada di 2 bandar ini. Penerbangan Airasia ke Padang cuma ada 2 trip sehari.

Tiket ke Padang ini telah lama saya book iaitu pada November 2013. Harga tiket hanya RM72 seorang untuk perjalanan 2 way KL-Padang-KL.

Pergi kami bawa beg kecil dan ada beg lain di dalamnya. Masa pulang kami ambil 25kg(RM50/2) untuk luggage. Itu pun masa nak check in tiket online baru kami add on. Apalah yang kami nak muatkan dengan 25kg tuu. Nantikan entry seterusnya.