-

Monday 30 September 2013

Parking @ LRT Bukit Jalil

RM2 Per Entry - Parking @ LRT Bukit Jalil

Lama betul saya tak parking di Stesen LRT Bukit Jalil. Boleh dikatakan setiap hari E.H yang setia menghantar dan mengambil saya di Stesen LRT Sri Petaling. Bila tuan diri yang menghantar tidak boleh menghantar saya, mula la terfikir2 nak naik teksi ke? nak drive kereta?. Kebiasannya saya akan pilih teksi sebab senang TAPI perlu membayar duit teksi sekitar RM30-RM40 untuk 2 ways Bandar Kinrara ke Stesen LRT. Walaupun dekat tapi sekarang nii, makin sesak dek pembinaan penambahan stesen  LRT.

Tapi hari ni, saya mengambil keputusan untuk drive. Anak2 pun heran "betul ke mama nak bawa kereta?". Saya jawab "iyalah, tak percaya?". Anak2 pun dah tahu mama dia cam mana. Macam2 alasan untuk tidak bawa kereta ke LRT. Ini disebabkan kena menapak jauh ke LRT dan kalau naik di LRT Bukit Jalil sah2 kena berdiri. Harap2 semangat nak drive ke Stesen LRT berpanjangan, tunggu dan lihat je la nanti.

Friday 27 September 2013

Kids Go Free - Sunway Lagoon

Kids Go Free - Sunway Lagoon


Ingin dapatkan tiket diskaun ke Sunway Lagoon? Jom beli Biskut Munchy. Setiap pembelian biskut Munchy anda layak mendapat KIDS GO FREE. Pastikan anda membeli biskut munchy yang ada label seperti diatas. Untuk rujukan harga2 tiket Sunway Lagoon, bolehlah klik website http://www.sunwaylagoon.com/rates.asp untuk melihat harga tiket untuk dewasa & kanak2.




Sila baca peraturan2 yang tertera dikupon yang disediakan. Promosi ini expired 31 January 2014. Bolehlah plan ke Sunway Lagoon weekend ataupun cuti sekolah nanti.


Wednesday 25 September 2013

Wordless WednesdaY - Breakfast

Roti Mini Sardin

Hari ini anak2 request nak breakfast & bawa bekal roti mini sardin ini. Maka menu ini disediakan untuk 2 beradik ini.

Tuesday 24 September 2013

Ke Wad Pediatrik - PCMC



Sabtu pagi lepas, kami mendapat call yang anak sedara kami iaitu Haikal di masukkan ke hospital Prince Court Medical Centre dek demam yang mencecah 40 celcius. Kami janji nak melawat sebelah malam kerana pagi tuu kami ada hal dan petang pula Mukhriz ada kelas Karate. Tapi .....dek kerana Mukhriz yang kepenatan malam itu. Kami tak dapat melawat Haikal pada malam tersebut.


Kata ibu dan papa Haikal, Haikal asyik tanya "Bila abang Mukhriz nak datang? Haikal nak main LEGO dengan abang Mukhriz". Ala sian dia. Tertunggu2 kami semata2 nak main LEGO dengan abang Mukhriz. Ibu dan papa Haikal suruh tido Haikal dulu, nanti abang Mukhriz datang, Haikal pun tidur. 

Bila bangun "tetap tanya lagi, mana abang Mukhriz ni". Itu lah kalau dah janji dengan budak2 ni. Mereka akan tuntut janji2 itu. Selagi tak dapat selagi itu akan bertanya. Sorry yaa Haikal, Abang Mukhriz penat malam tersebut sebab belajar step2 Karate untuk pertukaran tali pinggang Karate hari Ahad berikutnya.



Ahad tengahari, kami pun melawat Haikal. Bila dengar suara kami. Haikal beriya2 nak turun dari katil, terlupa yang tangannnya berwayar. Terus ajak Mukhriz main LEGO. Bila Along nak tolong buatkan Haikal tak kasi. Kata Haikal "Abang Hisyraf tak yah la main, abang Hisyraf dah besar".


Agak lama juga kami disana, sempat tengok rancangan NONA di TV3. Kami tak boleh lama2 sebab Mukriz ada penukaran tali pinggang Karate jam 5.30 petang. Haikal tak kasi Mukhriz balik. Katanya"Tinggal la abang Mukhriz kat sini, Haikal nak main dengan abang Mukhriz". Siap pegang tangan Mukhriz. Alahai sian Haikal. Haikal siap hantar lagi kami sampai ke pintu biliknya dan siap bye2 kami.


Hampir 3 jam juga kami di sini. Dapatlah menghilangkan bosan Haikal di Hospital. Setakat ini Haikal masih berada di Wad. Moga cepat sembuh.

Monday 23 September 2013

Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama(PSRA) 2013

Hari ini, pelajar2 tahun 6 bagi sekolah agama akan menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama(PSRA) yang akan dijalankan selama 5 hari iaitu pada 23 September 2013 hingga 27 September 2013.  Moga Along dan pelajar2 yang lain mampu menjawab soalan PSRA dan mampu meraih kejayaan yang cemerlang.

 
Jadual PSRA: 23 September 2013

Jadual PSRA: 24 September 2013

Jadual PSRA: 25 September 2013

Jadual PSRA: 26 September 2013

Jadual PSRA: 27 September 2013

KARATE : Ujian Penukaran Tali Pinggang (Brown 4 ke Brown 3)

 Ujian Penukaran Tali Pinggang telah diadakan di Komplex Rakan Muda, Puchong pada 20 September 2013(Ahad).
 
KARATE : Ujian Penukaran Tali Pinggang (Brown 4 ke Brown 3)

10 orang peserta brown belt kali ini.

Berjaya menukar tali pinggang Karate- Brown Belt 4 ke Brown Belt 3

Thursday 19 September 2013

Makan2 Lagi

Isnin lepas, kami sekeluarga ke rumah kakak saya untuk makan2 sempena Birthday anak kakak  yang ke 3 (Amni) dan anak ke 4 (Arina). 2 beradik ini, kami panggil kembar kerana ke hulu ke hilir berkepit je kerjanya. Arina seorang yang banyak cakap manakala Amni pendiam sikit. Kadang2 Arina suka buli kakaknya Amni. Mulut Arina tidak berhenti2 bercakap, kadang-kala saya selalu tegur dia "Na, tak letih ke duk cakap je tak henti2".

Dulu arwah anak saya (arwah Feqah Insyirah) suka main dengan 2 beradik nii, mesti dia duk tengah2 antara 2 beradik ini. Kalau main kejar2 pasti suara arwah lagi kuat berbanding 2 beradik ni. Sejak arwah Feqah Insyirah kembali ke Rahmatullah, bila saya melihat gelagat 2 beradik ini, saya akan terbayangkan anak saya seolah2 ada di antara mereka ber2. Bila time raya, bila tengok 2 beradik ini berbaju raya dan bertudung sayu & rindu pasti terpaut di hati saya.

Masih teringat ketika saya pregnant arwah Feqah Insyirah. Kakak saya betul2 terkejut & tertekan bila saya dah nak masuk anak ke 3. Sedangkan kakak saya baru ada 2 anak. Kata kakak "mana aci nii, adik dah nak 3 anak, kakak baru 2 ni". Akhirnya selang beberapa bulan kakak pregnant anak ke 3 iaitu Amni. Saya lahirkan anak ke 3, bln 7, 2007. Manakala kakak bersalin bln 9, 2007. Yes, sama2 dah ada 3 anak.

Kemudian, sebagai seorang kakak pasti kena lebih dari adiknya kan. Kakak di anugerah 2 lagi anak menjadikan 5 orang iaitu Anis, Aqil, Amni,Arina,Opic(nama manja).

Tuhan lebih menyayangi anak saya Arwah Feqah Insyirah, tahun lalu arwah telah kembali ke Rahmatullah ketika berumur 4 tahun 10 bulan, menjadikan anak saya yang didunia tinggal 2. Tapi bila orang bertanya "anak 2 orang ni je kee?" Saya akan menjawab "Semuanya 3 orang, 2 yang ada dan seorang lagi di alam barzakh dengan nada yg bergetar mengawal perasaan & airmata dr tewas".


Happy Birthday Amni (6 thn) & Arina (5 thn)
Reaksi beradik ini mendapat hadiah


Amni (6 thn) & Opic (3 thn)






Wednesday 18 September 2013

Lepak2 @ Aseana Cafe Bar KLCC

Balik dari sesi reunion @ Hotel Istana. Saya dan keluarga sambung lepak2 lagi dgn kawan2 di KLCC. Ramai betul pengunjung di KLCC weekend lalu. 

Aseana Cafe Bar yang terletak di Ground Floor menjadi pilihan untuk bercerita dan bercerita lagi. Dah lama betul tidak berjumpa, macam2 cerita menjadi topik. Cafe ini menyediakan persekitaran yang santai dan sangat sesuai nak borak2 lama.


Sesi sembang2 @ Aseana Cafe Bar KLCC



Mula2 kami hanya order minuman sahaja. Tapi memandangkan lama berborak kami order 1 set burger ini utk Along & Mukhriz. Set ini dishare oleh 2 beradik ini, maklumlah baru je selesai Hi-Tea.

Cool je Along teman mama & papa sembang lama2.

Saya memilih Cappucino. Bil masing2 bayar sendiri.

Tuesday 17 September 2013

Reunion @ Taman Sari Brasserie, Hotel Istana

Ahad lepas saya sekeluarga ada reunion. Hi-Tea @ Hotel Istana menjadi tempat pilih reunion kali ini. Tarikh 16 September dipilih kerana cuti bersambung. Ramai rakan yang hadir. Rakan2 dari Tawau, Penang, Johor, Perak dll datang semata2 untuk reunion ini. Bila dah lama tak berjumpa pasti macam2 cerita.


Person incharge untuk reunion ini
telah memilih untuk membeli voucher Hi-Tea ini melalui website GROUPON. Hi-Tea ini berharga  RM49 untuk dewasa dan 1 voucher dewasa boleh dishare oleh 2 kanak2. Maka saya cuma membayar RM147 utk 2 adult+ 2 child. Beberapa gambar diselitkan di n3 kali ini.

Reunion - Taman Sari Brasserie@ Hotel Istana




Seramai 60++ yang join reunion ini.

Kami sekeluarga.

Kebanyakan kanak2 yang hadir adalah perempuan.

Tuesday 10 September 2013

UPSR 2013 sedang dijalankan

10 September 2013(selasa), pelajar2 tahun 6 menduduki UPSR. Pastinya debaran bagi pelajar2 tersebut dan juga ibubbapa mereka. Hari ini Along juga menduduki UPSR.

Buat Along & Pelajar2 UPSR " Selamat menduduki UPSR, moga berjaya memperolehi kejayaan yang cemerlang".

Jadual UPSR 2013: Selasa 10 September

Jadual UPSR 2013: Rabu, 11 September
Jadual UPSR 2013: Khamis,12 September


Friday 6 September 2013

Ke Pameran Matta Fair

Lunch tadi ke Pameran Matta Fair September 2013. Pameran ini berlangsung selama 3 hari bermula hari ini (6 September 2013) dan berakhir ahad nanti (8 September 2013). Bayaran RM4 dikenakan untuk memasuki pameran Matta Fair ini. Kali ini, saya  tidak membeli apa2 pun dari pameran ini. Beberapa gambar diselitkan di n3 ini.
 
Beg Matta Fair September 2013


Dapat free gift dari booth yang ada di Matta Fair

Maskot dari  Legoland(Chima LEGO) & Desaru Fruit Farm

Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat - UPKK & PSRA

Semalam Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat di adakan untuk pelajar2 Sekolah Rendah Agama tempat anak2 saya belajar. Pendaftaran bermula jam 7.00 petang. Kami lewat sampai di sekolah dek kesesakan lalu lintas semasa pulang dari kerja petang semalam. Jam 7.23 kami sampai di sekolah dan kedengaran azan berkumandang. Ramai juga pelajar2 bersama keluarga mereka baru sampai. Bab nak parking sah2 jauh. Masing2 jalan laju2 agar sempat solat Maghrib berjemaah. Alhamdulilah, sempat.

Bulan September merupakan bulan yang mendebarkan bagi pelajar2 tahun 6. Ini kerana pada 10 September 2013 - 12 September 2013 mereka akan menduduki peperiksaan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) . Manakala pada 23 September 2013 - 27 September 2013 mereka akan menduduki PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama).

Bagi pelajar2 tahun 5 mereka akan menduduki UPKK(Ujian Penilaian Kelas KAFA) pada 30 September 2013 – 04 Oktober 2013.
 


Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat - UPKK & PSRA

Pendaftaran
 
Suasana malam di Sekolah Rendah Agama

Sebahagian yang hadir pada solat Maghrib. Masih ramai yang hadir selepas solat Maghrib-Isyak dek kesesakan lalu lintas & baru pulang dari ofis.

Makanan yang disediakan untuk pelajar

Thursday 5 September 2013

Potluck & Jamuan Raya @ Ofis


Minggu lepas, 2 hari berturut2 ada potluck sempena Aidilfitri di ofis. Hari Khamis potluck department saya & IT department. Manakala Jumaat pula potluck dari semua Level 10. Setiap department diminta membawa 1 atau 2 menu. Department saya memilih untuk membawa ketupat nasi. Menu yang senang dan mudah.

Bila ada makan2 pasti sesi bergambar bersama rakan2 ofis tidak dilepaskan.

Pelbagai menu potluck

Pelbagai juadah dibawa

Sesi penyediaan teh tarik.

Minuman & Fruit Cocktail
Sesi bergambar bersama department lain

Sesi bergambar Raya & Merdeka.

Riang Ria bersama rakan2 sempena Aidilfitri