-

Monday 15 December 2014

9 hari di kampung halaman




Bila cuti sekolah, kami pastinya tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman. Seronok bila dapat bersama ahli keluarga tersayang. 

Kebiasaannya, bila cuti sekolah akhir tahun, anak2 saya akan berada di kampung halaman lama kerana tidak mahu ke nursery. Mereka lebih seronok tinggal dengan atuk dan neneknya walaupun terpaksa berpisah dengan mama dan papanya.Namun, tahun ini, memandangkan saya sudah tidak bekerja lagi, maka anak2 cuma balik sekejap sahaja di kampung halaman. 



9 hari di kampung halaman cukup bererti buat kami. Pulang dari kampung demam pula melanda, nak update blog pun malas dibuatnya. Sekarang ni, semakin lama semakin malas nak update blog.

Tuesday 25 November 2014

Lunch @ Nyonya Kitchen Shah Alam

Sabtu lepas, 22 Nov adalah hari lahir Hisyraf atau dikenali dengan nama panggilan Along. Kejap je masa berlalu dah remaja anak sulung mama ni. Doa mama dan papa "agar  menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat kelak."

Maka sabtu lepas, kami ke lunch @ Nyonya Kitchen Shah Alam untuk makan2 sempena birthday tersebut.

Lunch @ Nyonya Kitchen Shah Alam


Kangkung Belanchan

Ikan masak asam pedas

Ayam pandan

Udang berempah

Mango & Mixfruit
Kami Add Onn - desert masing2 memilih menu dessert yang berlainan
 
Cendol ini menjadi pilihan saya. 


Happy 13th birthday buat Along

Friday 31 October 2014

Day 2 Krabi - Jalan2 @ Aonang Town


Semasa kami ke Aonang Town hujan renyai2, jadi kami tak lama meronda2 di sana. Banyak gerai2 yang menjual pelbagai barangan. Tujuan utama ialah untuk mencari water-proof bag. 


Akhirnya beli water-proof bag yang 5L berharga THB 300(±RM30.90) sebagai oleh2 dari Krabi.

 

Badan dah penat dek melihat keindahan 4 islands, perut dah kelaparan. Jom kita singgah makan @ Lemon Restourant yang terletak bertentangan dengan McD. Jom kita order makanan.
 


Order makanan guna bahasa Melayu je kerana pekerjanya fasih berbahasa Melayu. Majoriti yang makan di sini adalah orang Msia. Minuman yang kami order ialah Kiwi Juice. Strawbery Juice, Mango Juice. Belek punya belek menu, Mukhriz tambah order lagi air kelapa.



Kami 3 orang sahaja tapi kami order 4 nasi putih. Nampak sangat laparnya. Kami order ikan siakap stim lemon, telur dadar, somtam, tomyam putih dan satu lagi menu dah lupa sebab tak de dalam gambar. Nampak sangat perut dah kelaparan. Masakan di sini memang sedap. Nyum-nyum. Bayaran yang dikenakan untuk dinner malam itu adalah THB 900(±RM92.80).


Esok dah nak balik KL pepagi lagi, duit thai bath banyak lagi, maka saya tukar duit thai bath ke duit malaysia di van Exchange ini. Tukar disana lagi untung, THB1000 dapat RM100. Kalau di malaysia kita bagi  THB 1000 cuma kan dapat RM90++.

Kami ber3 pulang ke hotel jalan kaki je sebab dekat je Aonang Town dengan hotel kami. Masa pergi iya2 naik tuk tuk. Masa balik alahai dekatnya dengan hotel.

Wednesday 29 October 2014

Day 2 Krabi - 4 islands


Kami ber3 memilih untuk ke 4 islands. Bulan 10 merupakan low seasons di Krabi. Maka kami dapat harga yang murah untuk ke 4 islands ini. Bayaran untuk ke 4 islands bagi dewasa ialah THB 350(±RM36) dan kanak ialah THB 250(±RM25.70). Kami book ke 4 islands ini menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan sediakan oleh Hotel tempat kami menginap.




Inilah kenderaan yang mengambil kami untuk ke pulau tersebut. Jom naik. Kami merupakan penumpang yang pertama.




Kami memilih untuk menaiki long tail.


Sebelum menaiki long tail, sila masukkan selipar anda dalam bakul yang disediakan.


Inilah long tail yang kami naiki.



Kena panjat tangga untuk ke bot.




Vroommmmm.....jom nikmati keindahan alam.



Aktiviti pertama adalah snorkelling. Risau saya nak lepaskan Mukhriz turun dulu, maklumlah tengah2 pulau.



Mukhriz dah tak sabar nak turun. 



Cantik ikan2 disini, jom kasi ikan makan roti.


Mukriz tak puas snorkelling. Merenung "bestnya kalau boleh snorkelling lagi"


Setelah penat, jom minum dulu. Minuman disediakan secara percuma di atas long tail.



1st pulau adalah Chicken Island. Rupanya seakan2 bentuk chicken.


Keindahan Alam


Tenang dan damai



2nd island adalah Tup Island


Di tup island kami disediakan dengan lunch. Nyum-nyum. Selepas itu, jom kita mandi.



3rd islands ialah Poda Island
 

Mukhriz merajuk, mamanya tak nak main air dah. Last2 main pasir sorang2. Selamat ada Miss Zaini layan dia, Miss Zaini ajak Mukhriz main air. Tersenyumlah Mukhriz, saya hanya melihat gelagat mereka ber2 sambil makan biskut yang dibawa.


 

4th Island - Phranang Beach. 


Di Phranag Beach terdapat long tail yang menjual pelbagai makanan seolah2 macam 7 eleven. 

 

Jom main air, sampai lupa tengok jam. Last2 kami kena panggil. Seronok punya pasal di Phranang Beach ini kami ber3 paling lambat naik ke Long Tail. Jam 3.00 petang kami bergerak pulang. Bye2 4 islands. Pengalaman yang menarik.

Tuesday 21 October 2014

Day 1 Krabi - Night Market


Kami ber3 ke Night Market di Krabi town dengan pakej yang disediakan oleh pihak hotel Pranang Flora House. Tambang yang dikenakan adalah THB 200 (±RM20.60) untuk dewasa dan THB 100 (±RM10.30) untuk kanak-kanak. Tambang ini adalah untuk Hotel-Night Market-Hotel.

Kami perlu menunggu di lobi tepat jam 6.00 petang. Kami menaiki van ini bersama dengan 7 penumpang yang lain. Service yang bagus bagi kami

Perjalanan dari hotel ke Krabi Town sekitar 20 minit. Kami diturunkan di kawasan pasaraya dan kami perlu menunggu van ini untuk pulang ke hotel jam 9.00 malam. 

2 jam lebih kami berada di Night Market. Masa yang agak lama untuk kami memilih barang di Night Market. Kami hanya menghabiskan sejam setengah sahaja, masa yang selebihnya kami ber3 lepak2 sambil makan makanan yang dibeli. 

Jam 8.50 kami sudah bergerak pulang ke hotel kerana semua penumpang sudah ada ditempat yang dijanjikan.

















Inilah ha sil yang dibeli di Night Market setelah sejam setengah pusing2 disana