-

Thursday 29 March 2012

Jamu selera - Power Lunch @ Citrus Hotel

Reserved untuk 9 orang

Isnin lepas kami group LAD telah menjamu selera di Citrus Hotel. Lunch time, kami 9 orang ke sana sempena makan-makan untuk birthday Encik Joe. Makan2 kecil-kecilan, Pn Azita ditugaskan untuk membuat booking kali ini. 

Birthday boy mendapat adiah

Inilah kawan-kawanku (LAD Team)
Menu yang dipilih ialah Power Lunch yang cuma berharga RM9.90 seorang. Menu yang dihidangkan ialah nasi putih, gulai nangka, ayam rendang, fried fish fillet dan telur dadar. Sambal belacan dan ulam-ulaman tidak ketinggalan disediakan. Hidangan akhir ialah dessert, buah-buahan dihidangkan untuk menutup menu.

Tuesday 27 March 2012

Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) dilanjutkan kepada 30 April 2012

BB1M dilanjutkan sehingga 30 April 2012
Baucer Buku 1Malaysia atau nama dipanggil BB1M boleh digunakan sehingga 30 april ini. Bagi Mahasiswa dan Mahasiswi ini merupakan berita gembira bagi mereka. Tarikh asal hanya sah sehingga 31 Mac tapi telah dilanjutkan ke tarikh baru iaitu 30 April 2012.

Saya mendapat tahu berita ini dari berita TV3 jam 8 mlm tadi Terus bagi tahu kepada 2 adik saya yang masih mempunyai baucer tersebut.

Petikan lanjut klik disini.

Monday 26 March 2012

Desa Waterpark


 Ahad 25 Mac 2012 saya ke Desa Waterpark. Kebetulan cuaca ahad itu mendung, sangat sesuai untuk berada lama di sana.

Kaunter tiket. RM24 Adult. RM17 Child.

Sebelum masuk pastikan anada membeli tiket. Memandangkan jam baru 10.10 pagi, bolehlah saya mengambil gambar kaunter tersebut. Tiket untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak berharga RM99.


Tiket untuk masuk ke Desa Waterpark

Bila dah dapat tiket bolehlah pakai sendiri tag tersebut. Kalau rasa macam susah nak pakai tag tersebut, bolehlah berikan tag tersebut untuk staf di pintu masuk untuk mereka lekatkan kat tangan kita / pengunjung. Maklumlah tangan penuh dengan barang2 seperti beg pakaian dan pelampung. 

Pastikan ada sunblock

Sapukan sun protection kepada anak2 sebelum mereka berjemur. Dan selepas berjemur sapukan juga gel after sun. Macam2  produk ada sekarang. Buatlah pilihan yang bersesuai dengan anda.




Kebiasaanya bila berada di waterpark semestinya menyewa pelampung. Pastikan anda pulangkan semula pelampung tersebut untuk dapatkan deposit. Sesiapa yang menyewa, diberikan tag yang dipakaikan di tangan. Semasa menghantar pelampung tersebut, anda diberikan deposit dan tag tersebut akan digunting dari tangan anda. Pastikan memulakan pelampung selewat-lewatnya pukul 5 petang untuk mendapat kembali deposit. 




Jam 2.00 kepada sesapa yang berminat nak cuba aktiviti Thunderboat boleh lah beratur. Hanya 15 minit masa diberikan untuk beratur bagi aktiviti tersebut. Jika tamat 15 minit sesapa yang dah beratur layak untuk mencuba aktiviti Thunderboat. Sekiranya lebih masa, sila bawa diri ke tempat yang sepatutnya. Maka, En H, Mukhriz dan Along pun turut beratur. Pastikan anak anda cukup ukuran. Kalau tak sia-sia beratur. Anak2 saya suka dengan aktiviti tersebut. Feqah nak join tapi tak cukup tinggi. Saya pula gayat kalau berada di tempat tinggi. 

2 beradik yang tak kenal erti penat
Berhenti sebentar menikmati maggi. Satu cup maggi ni RM3.50. Share lah ya.

Tangan mukhriz yang kesejukan.

Thursday 22 March 2012

Produk Kesihatan - saya pilih produk DCL

Tugas sebagai seorang ibu yang bekerja dan seorang ibu yang menguruskan rumahtangga sangatlah memenatkan. Seawal 5.30 pagi bangun menguruskan rumahtangga. Sediakan sarapan untuk anak-anak untuk ke sekolah sementara menunggu azan subuh. Tunaikan solat, dan mulakan tugas sebagai ibu. Siapkan barang2 persekolahan untuk dihantar ke nursery. Macam2 benda perlu diuruskan sebelum melangkah ke  ofis.

Red Guara dan Jus Bidadari pilihan saya
Maka untuk mendapat tenaga yang sepatutnya saya mengamalkan meminum kopi Red Guara. Saya rasa saya bertenaga, dan boleh mengatasi masalah pembuangan. Ada yang mengatakan mengamalkan kopi ini boleh menurunkan berat badan, tapi bagi saya jawapannya tidak. Macam mana nak turun berat badan kalau makan tak dikawal.

Gunakan sudu plastik untuk minum jus ini

Saya juga menggunakan jus Bidadari. Jus Bidadari mampu meningkatkan kesihatan dalaman wanita dan paling utama ia sangat berkesan untuk membina keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga. Slogan jus bidadari, baca sendiri apa yang terpapar dikotak dan botol, punyalah mantap slogannya. Cubalah kalau mau tau betul atau tidak seperti yang dislogankan. Saya mengamalkan jus ini khas untuk kesihatan dalaman, al-maklumlah usia makin meningkat.

Tuesday 20 March 2012

40 soalan sebelum membeli rumah

Ingin membeli rumah? Membeli rumah memerlukan komitmen kewangan yang besar. Banyak aspek yang perlu kita teliti. Antaranya ialah aspek kewangan, lokasi, harga, keluasan, rekabentuk dan keadaan persekitaran. Pastikan anda membuat keputusan yang bijak.

Membeli rumah tidaklah semudah yang difikirkan. Membeli rumah dari pemaju lagi senang prosudernya berbanding membeli rumah dari penjual/individu. Terdapat pelbagai prosuder untuk membeli rumah.



Saya tertarik dengan satu buku ini, terdapat 40 soalan yang dapat membantu anda tentang membeli rumah. Ini bukan bermakna saya ingin membeli rumah lagi. Sekadar menambah ilmu. Buku ini berharga RM29.90, mungkin boleh menjawap persoalan kepada anda.

Antara soalan2 yang terdapat di dalam buku ini :
  •  Bagaimanakah Duti Setem Dikira?
  •  Apakah Perjanjian Jual Beli?
  •  Apakah Perbezaan Antara Cukai Pintu Dengan Cukai Tanah?
  •  Berapa Lamakah Masa Untuk Sesuatu Transaksi Hartanah Selesai?

Friday 16 March 2012

Matta Fair 2012

Beg MAtta Fair 2012

Tiket Matta Fair. RM3 ya untuk masuk.

Buah-buahan tempatan disusun menjadi number 55 sebagai tanda 
Malaysia dah Merdeka 55 tahun

Antara Booth2 yang ada

Airasia X
Saya telah ke pameran Matta Fair lunch hour tadi. Banyak juga harga2 yang berpatutan, Tak beli apa2 pun sekadar cuci mata sahaja.

Muzium Alam Shah / Muzium Negeri Selangor

Pintu Masuk

Jam 3.00 petang, hari selasa kami sampai di Muzium Sultan Alam Shah atau juga dikenali Muzium Negei Selangor. Anak-anak saya sangat suka tentang sejarah. Bagi along kalau boleh setiap benda mau dibacanya. Muzium ini ditutup jam 5.30  petang. Tiada bayaran dikenakan.

Main dulu sebelum kita mengetahui sejarah

Saya mengambil masa selama 2 jam di sana. Anak-anak sangat happy ,sambil mendapat ilmu mereka juga boleh bermain. 

Tentang Muzium Selangor


Muzium ini telah dibuka dengan rasminya Oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Kehidupan dulu2

Permaian tradional

Merupakan salah satu permaian tradisonal melayu di negeri Selangor. Permainan ini dimainkan secara berkumpulan sekurang-kurangnya 3-5 orang pemain.

Kukur kelapa. Mak saya pun masih menggunakan cara tradisional ini.

Seni mempertahankan diri. Meriah suasananya.

Penat menjelajah di dalam muzium, kami ronda2 diluar muzium pula. Bergambar dengan model keretapi lama.


Jom mencari buku di MPH

Along yang tengah memilih
Along pengemar komik. Macam2 komik menjadi pilihannya. Koleksi komik berbahasa melayu menjadi sasaran along. Masa along kecil2 dulu,komik kartun yang sering dibeli ialah sperti siri doremon, detektif conan dan naruto. 

Koleksi komik yang membuatkan Mukhriz tak tau nak pilih.
Kini along lebih gemar memilih komik berunsurkan pengetahuan am. Antara koleksi yang telah dikumpul dari Gempak Stars ialah Siri Jelajah Dunia. Terdapat 6 siri untuk Jelajah Dunia iaitu kembara jelajah negara2 seperti Amerika, Perancis,China, Mesir, Jepun dan India. Hanya kembara jelajah India belum dimiliki oleh Along.

Ini Along Punya
Untuk pilihan kali ini, along memilih Ekspolasi Tubuh Manusia. Terdapat 3 siri. Terus beli siri 1,2,3. Sebuah buku berharga RM8.50. Sangat bagus untuk anak2 yang gemarkan sains dan sukakan pengetahuan am.

Ini Mukhriz Punya
Mukhriz pun dah mula mengikuti kegemaran along. Mereka ber2 sangat suka baca suratkhabar, tgk berita dan sering bercerita tentang bola. Kini Mukhriz menambah satu lagi kegemaran dengan membaca komik. Mukhriz memilih siri Ikhtiar Hidup Di Kawasan Gunung Berapi.


Ini Feqah Punya
Kalau abang2 dah beli tak kan Feqah tengok je kan. Semestinya satu buku juga akan menjadi milik Feqah. Feqah nii kekadang pelik betul dengan dia nii. Beli banyak2 buku mesti dia kan suka guna buka abang2 sebelum ni. Alasan Feqah "Feqah sayang nak conteng buku Feqah". Nak beli buku cerita belum waktunya untuk Feqah kerana dia baru belajar sukukata. 

Hasil pembelian


Setiap kali ke kedai buku anak2 saya mula tak tentu hala memilih. Pilih-pilih mama kasi masa semua pilih.Lepas semua pilih, mama pula yang akan buat pilihan ya. Sila akur dengan keputusan mama. Anak-anak dah tau dah. Itulah saya.

Thursday 15 March 2012

Canadian Pizza @ Shah Alam(Giant Seksyen 13)


Setibanya di Giant Seksyen 13, tempat utama yang mahu dituju ialah MPH. Tapi sebelum itu kami singgah sebentar di Canadian Pizza untuk mengorder dan menapau 2 LARGE Thin Crust Pizzas.

Tropical Seafood dan Canadian Classic menjadi pilihan

Buy 1 pizza get 1 free pizza.  Large 11''(8 slices) yang berharga RM39.90 untuk 2 large pizza. Harga agak berpatutan.

Inilah pizza yang diorder

First time kami mencuba Canadian Pizza ini. Bagi saya rasanya sedap dan anak2 pun kata begitu. Lain kali boleh beli lagi. Lepas order kami terus ke MPH. Tak payah nak membuang masa untuk menunggu pizza siap. Anak2 dah tak sabar dah nak ke MPH.


Tropical Seafood.

Canadian Classic.

Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam

Beg yang disediakan untuk mengisi kasut
 Selasa lepas saya cuti untuk meluangkan masa bersama anak-anak sempena cuti sekolah. Destinasi pertama yang dituju ialah Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam yang terletak di Seksyen 13. Memandangan library ini semuanya berkarpet, pastikan sebelum masuk ke kawasan mbuka kasut dan masukkan kasut tersebut didalam beg yang disediakan. Dah masukkan dalam beg boleh la bawa beg kasut/selipar anda ke mana anda pergi. Bila nak keluar dari library. Jangan la bawa pulang beg tu ya. Tu milik library. Tak mau letak dalam beg pun tak mengapa. Tapi susun elok-elok ya. 

Sila isi borang ahli untuk menjadi ahli
Untuk menjadi ahli, sila isi borang keahlian yang disediakan. Rujuk kaunter yang betul ya. Jangan segan-segan nak bertanya. Bayaran yang dikenakan cuma 20 sen seorang. Untuk dewasa guna IC sahaja, tiada kad ahli diberikan. Manakala untuk kanak-kanak boleh guna mykid. Jika tiada mykid kad ahli akan diberikan. Setiap ahli dibenarkan meminjam max 3 buah buku selama 3 minggu. Jika lewat akan didenda sebanyak 50sen setiap buku.


Ruang makan yang selesa


Selesai menjadi ahli kami pun breakfast dulu, walaupun saya dah siapkan sarapan pagi tadi anak2 tak makan pun. Anak2 saya sangat teruja nak pergi library. Maka kami sekeluarga pun membuat pilihan masing2. Setelah mendapat makanan. Silalah memilih tempat yang sesuai. Ruang makan yang selesa.
Parking oh parking
Nun dari kejauhan, kelihatan parking kereta penuh. Dan pastinya ramai yang datang berkunjung membawa anak2. Al-maklum la cuti sekolah. Satu aktiviti yang bagus.  

Sebelah kanan, kanak2 berbaju biru. Orang lain membaca, dia pula asyik duk panjat pokok tuu. Salah satu aksi yang memeningkan ku.
Seterusnya kami masuk ke kawasan bacaan kanak-kanak. Ramai kanak-kanak dan family disitu. Saya rasa dah tak macam library dah. Ada kanak2 yang berkejar di sebalik susunan buku. Ada yang memanggil abang, kakak adik dan sebagainya. Ada yang mengambil buku banyak2 dan letak buku merata2. Tetiba saya tak selesa mungkin disebab suasana ketika itu terlalu ramai. Bukan saya sahaja yang merasakan begitu, anak2 saya pun dah mula ajak keluar dari library. Ada juga saya perhatikan beberapa keluarga yang sama masuk dengan saya tapi keluar ke parking bersama saya.


Dek kekecewaan itu maka saya pun memberi idea untuk anak-anak untuk beli buku di MPH yang terletak dalam Giant Seksyen 13. Insya Allah jika ada kelapangan masa, saya akan ke sana lagi. Kalau masa cuti sekolah mungkin tidak ke sana lagi.