-

Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Monday, 4 July 2016

Genap setahun umur baby Muayyad


1 July 2016 yang lalu, genap setahun umur baby Muayyad. Kejap je baby Muayyad membesar. Sekarang dah pandai berjalan dan semakin lasak. Macam2 yang diexplorenya.

Monday, 16 November 2015

Goodies bag untuk bithday Mukhriz


Goodies Birthday Mukhriz saya buat biasa2 je. Plastik goodies bag saya beli kat kedai RM2 sahaja. 1 paket ada yang 10 plastik dan ada 1 paket yang 20 plastik. Terpaksa beli banyak design kerana nak cukupkan 140 plastik. Ambil je la janji cukup 150 plastik. Malas nak cari kat kedai RM2 yang lain maklumlah nak bawa baby Muayyad ke sana sini tak selesa sebab baby Muayyad masih kecil lagi.


Saya google pula kat mana nak beli jajan murah di Shah Alam. Akhirnya Mr  Google beritahu yang kat Checkers Seksyen 15, Shah Alam ada jual makanan ringan dengan harga borong. Jom kita ke sana. Saya dah fikirkan yang saya hanya nak isikan plastik goodies bag dengan air kotak, mamee, biskut tam-tam dan biskut Appolo.

Sampai je Checkers terus ke tempat makanan yang nak dibeli. Tak mau ronda2 dengan baby Muayyad. Nak cepat2 settlekan apa yang perlu je.

Harga di checkers ada yang ok ada yang biasa2 je. Masa nak beli air kotak nampak gayanya harga air kotak di Checkers jauh bezanya dr harga di Speedmart. Di checkers saya cuma beli mamee(26 sen setiap 1), tam-tam(17 sen setiap 1) & biskut appolo(17 sen setiap 1). 

Sempat jugak capai keropok roda(RM15.40) & coklat Choki-Choki RM16.40 sekotak(60 batang) untuk kudapan masa tgk TV.


Seterusnya saya ke Speedmart untuk beli 6 kartoon air kotak laici Yeo's yang berharga RM14.80 untuk 24 kotak bersamaan 62 sen untuk satu kotak. 


2 hari sebelum majlis saya print tag birthday. Tag birthday buat sendiri je. 


Petang khamis lepas hantar Mukhriz ke sekolah agama, terus packing goodies bag sebanyak 140 packs. Sampai ke Maghrib nak siapakan goodies ni. Penuh ruang tamu dibuatnya. Sorang2 packing. Akibatnya tak sempat nak masak untuk dinner. Akhirnya call En.H, tapaukan makanan masa dia balik kerja.

Kos untuk setiap goodies bag cuma RM1.40 sahaja (plastik + air kotak + jajan). Saya cuma membelanjakan RM196 untuk 140 goodies bag birthday Mukhriz.


Ni  kek birthday Mukhriz yang ke 10. Majlis ni sebenarnya fokus pada Majlis Aqiqah. Birthday Mukhriz ni sampingan je. Sebabnya Mukhriz asyik duk sebut bila nak buat birthday. Kawan2  ramai yang buat. Alang2 dah ada majlis aqiqah ni saya selitkan birthday Mukhriz sekali.

Monday, 19 October 2015

Bertambah Usia


Rabu lepas, 14/10/2015 bertambah lagi setahun usia saya. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk hidup. Semakin bertambah usia semakin takut dengan kesihatan yang ada, semakin takut andai lalai dengan nikmat yang Allah berikan dan semakin takut dengan kematian.

Hari ini merupakan hari ke 6 dalam kalendar islam iaitu adalah 6 Muharam 1437H. Saya mengharapkan usia yang bertambah ini akan menghijrahkan saya kepada kebaikan dan memperbaiki apa2 yang kurang kepada yang lebih baik.

Sunday, 27 July 2014

Genap 7 Tahun Usiamu


Hari ni, 27 July 2014 genap usiamu 7 tahun duhai anakku arwah Feqah Insyirah. Terlalu indah hadirmu dan terlalu indah dirimu pulang mengadap Illahi.

Walaupun cuma 4 tahun 10 bulan bersamamu NAMUM memory indah bersamamu tetap akan tersemat di hati mama, papa dan abang-abangmu hingga akhir hayat kami. 

Berbahagialah duhai anakku di alam barzakh sana dan pastinya syurga menantimu.

Hari ini akhir Ramadhan anakku Arwah Feqah dan esok akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun ini, tahun ke 3 beraya tanpamu. Pastinya perasaan Syahdu dan Rindu terhadapmu semakin terasa. 

Ya Allah berikan ketabahan kepada kami agar kami  mampu mengharunginya dengan kesabaran.

Thursday, 28 November 2013

HappY BirthdaY untuk SiDia


Hari ini bertambah setahun lagi usiamu. Happy Bithday buatmu yang bergelar suami. Moga diusia ini, dapat meniti hari-hari mendatang menuju jalan yang diRedhai Illahi. 

Tahun ini, hanya mampu untuk ucapkan"Happy Birthay" melalui sms. Ini kerana saya  berjauhan dengan dia dan anak-anak sudah beberapa hari. Berjauhan jarak antara bandar dan kampung. Semua sudah berada di kampung TAPI saya masih di ofis melaksanakan tugas yang perlu diselesaikan.




Walaupun begitu, impian yang sekian lama dirimu angan-angan akhirnya tertunai juga. Impian memiliki hadiah tersebut telah lama diimpikan sejak berbelas-belas tahun yang lalu. Kini, impian itu menjadi kenyataan. Moga gembira menerima hadiah itu. Gigil tangan ini membayarnya, terasa betulkah amount tu yang perlu dibayar kerana barang itu adalah New Arrival & Limited Edition. Hampir bertahun-tahun, mengumpulnya, akhirnya mampu juga merealisasikan impian tersebut sebelum hari lahirmu.

Friday, 22 November 2013

Genap 12 Tahun


Hari ini genap 12 tahun usia Hisyraf atau dikenali dengan panggilan Along. Dan hari ini juga genap 12 tahun saya menjadi seorang ibu. Syukur pada Yang Maha Esa atas pemberian ini. Begitu indahnya perasaan seorang wanita yang bergelar ibu.

Duhai anakku Hisyraf;
Hadirmu memberi kebahagian
Hadirmu mengajar erti kesabaran
Hadirmu memberi pengertian yang indah

Kasih sayang mama & papa tidak terbilang untukmu. Mama & papa akan cuba lakukan yang terbaik untuk mendidikmu. Ya Allah berikan petunjuk ke jalan yang diredhai untuk anakku ini.

Friday, 18 October 2013

Hadiah

Laptop berwarna putih pilihan saya.

Dari awal tahun lagi saya dah plan2 nak ada laptop & printer. Tapi hati berkata "nanti-nantilah, bukan keperluan lagi buat masa ini". Ini disebabnya saya pun tak berapa nak guna sangat laptop dan pekerjaan saya tidak mendesak untuk saya memiliki laptop. Tapi impian untuk miliki tuu memang ada untuk kegunaan masa depan.

Pernah cerita impian nak memiliki laptop & printer kepada En.H. TAPI En.H berdiam diri kerana dia tahu belum masa untuk saya milikinya. Pada satu hari, pada bulan oktober saya sekeluarga ke Midvalley. En.H ajak saya ke kedai Laptop HP yang terletak di 2nd Floor. Masa tuu hati dah berbunga2. Jeng.....jeng...... jeng, mesti saya akan dapat laptop nanti. En.H berbisik ke telinga saya "servey dulu deh, kalu nok, nanti kita beli masa birthday". Hati berbunga2 keriangan. Peluang untuk memiliki laptop makin cerah. Tapi ada 10 hari lagi nak birthday.

Keesooknya, hari isnin, saya pun bawa pamplet HP tersebut dan tunjukkan kepada kawan department IT. Saya nak tahu ok ke tak laptop HP dan berpatutan tak harganya. Mereka kata "kak, jom kita beli kat lowyat, dapat laptop yang lagi power &  murah."

Mula2 saya kata "ala tak best lah, sebab ni hadiah birthday, tak kan nak gi beli dengan orang lain". Mula2 agak keberatan juga, TAPI lagi bagus pergi dengan mereka kerana mereka tahu bab2 IT ni. Saya pun beritahu hasrat tersebut kepada En.H. En.H kata "tak pe lah, pergilah dengan kawan, lagipun mereka lagi tahu". 


Printer ini masih ada diofis. Belum dibawa pulang ke rumah.


Maka kami pun buat survey dan survey. Keputusan untuk laptop ASUS dan printer CANON dipilih. Brand dah ada cuma model tak pasti yang mana satu nak pilih, semua itu kena bergantung kepada budget ayng diberikan. 

Pada 10 Oct (Khamis) saya dan 2 kawan dari Department IT telah ke Low Yat untuk membeli barangan tersebut. Konon2 nak beli yang basic sahaja. Tapi alang2 beli, baik beli yang puas hati.  Maka saya memilih laptop yang bersaiz
15.6" , Intel® Core™ i5 , 4GB memory dan lain2.

Kejap je saya servey barang tersebut kerana saya ada meeting jam 2.30 petang.  Hanya ambil masa 45 minit sahaja di Low Yat. Setelah pilihan dibuat saya berikan duit tersebut kepada kawan saya dan saya berkejar2 balik ofis menaiki monorail. Alhamdulilah, sampai di ofis tepat jam 2.30 petang. Kawan saya masih di Lowyat kerana mereka kena beli barang2 ofis dan menunggu untuk installation laptop saya. Terima kasih buat kawan saya tersebut. Dapat hadiah awal kerana kawan saya nak cuti lama raya haji.

Akhirnya laptop dan printer ini menjadi milik saya sempena Birthday tahun ini.Impian dan idaman tahun ini terlaksana juga. Alhamdulilah.

Thursday, 17 October 2013

Celebrate Birthday @ Garden Lifestyle Store MidValley

Birthday Cake untuk tahun ini
 
Jom Pilih Menu2 yang disediakan. http://www.garden-cafe.com.my/
 Merekalah penghibur suka duka saya.

My Family. Dulu Ber5 kini ber4. Allah lebih menyayangi mu duhai anakku Feqah Insyirah. Mama RINDU kamu nak.

Monday, 14 October 2013

Bertambah Setahun Lagi UsiaKU


image google


Hari ini, bertambah lagi usiaku. Syukur diucapkan kerana berpeluang meneruskan kehidupan ini. Dalam meniti hari2 yang semakin berusia. Timbul tanda tanya....Apakah yang telah aku lakukan sepanjang hidup ini? Apakah amalan2 yang dilakukan mampu menghapuskan dosa2 ku? Aku semakin takut Ya Allah dan aku semakin mencari hidayahmu Ya Allah. 

Ya Allah berikan kesihatan yang baik kepadaku untuk beribadat. Murahkan rezeki kepadaku agar aku mampu membuat kebajikan dan bersedekah. Berikan aku peluang untuk mengubah diri ini menjadi yang lebih baik.

Ya Allah, kadangkala kau timpakan aku dengan ujian dan dugaan. Dengan izinMU, aku menerimanya dengan Redha. Aku sedar, Ya Allah, dalam meniti kehidupan ini terlalu banyak liku-likunya. Bukan senang untuk mencapai sesuatu yang indah. Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik untukku. Berikan aku mampu tempuhi semua itu dengan kesabaran.

Tak lama lagi usiaku akan mengakhiri 30an dan akan menghampiri angka 40. Umur akan terus akan meningkat sampai akhir hayat. Berikan aku hidayah, janganlah Engkau palingkan hati ini setelah Engkau berikan aku HidayahMu. Berkatilah usia yang berikan kepadaku agar aku meniti hari2 dengan redhaMU.

Monday, 5 August 2013

Genap 8 tahun

image google

Hari ini genap 8 tahun umur Mukhriz
Happy Birthday buat anak mama
Papa & Mama  sentiasa mendoakan yang terbaik buat mu
Ya Allah, permudahkan segala urusan anak yang bernama Mukhriz di dunia & di akhirat.
Jadikanlah anak ini anak yang soleh, anak yang sentiasa menghormati ibubapa & orang tua serta anak yang berjaya di dunia & di akhirat.



Dari tahun lepas lagi Mukhriz request hadiah ini, tapi tidak tertunai. Akhirnya pada birthday yang ke 8 ini permintaan tersebut akhirnya tertunai. Hadiah ini dibeli semalam setelah Mukhriz memilih sendiri. Pandai2 lah jaga hadiah ini.

Saturday, 27 July 2013

27 July Tetap Dalam Kenangan

Al Fatihah buat Arwah Feqah Insyirah


27 July tetap menjadi hari yang bersejarah buat kami. 6 tahun yang lalu, lahirlah seorang insan kecil yang bernama Feqah Insyirah. Terlalu indah hadirmu duhai anakku. Hari ini, GENAP 6 TAHUN usiamu. Walaupun insan kecil ini sudah tiada didunia, namun insan kecil ini tetap wujud dalam hati kami. Kami terlalu rindu padanya.

Hadirmu terlalu indah. Dan hadirmu berikan kebahagiaan. Kini tiada lagi pelukan mesra darimu dan untukmu. Tiada lagi rengitan manjamu minta didukung. Tiada lagi kekecohan mu bersama abang-abang mu. Yang ada, cuma kenangan yang tak bisa dilupakan buat selama-lamanya. 

Terima kasih YA ALLAH kerana berikan peluang untuk memiliki insan kecil ini walaupun hanya seketika(4 tahun 10 bulan). Redha dengan ketentuanMU. Begitu senang insan kecil ini menghembuskan nafas terakhirnya. Sungguh Agung ketentuanMU.

Duhai insan yang bernama arwah Feqah Insyirah, jadilah puteri disana dan tentunya di alam sana terlalu indah buatmu. Indahnya perancanganMU Ya Allah, di kala hambaMu mencari2 dalam kegelapan. KAU berikan cahaya untuk membimbing dan memberi kekuatan kepada hambaMU bertemankan kesabaran dan perasaan Redha. Terima Kasih, Ya Allah atas pemberianMU. 

Hari ni, dikala jam 2.30 petang kami berada di ruang parking berhadapan hospital dtempat kelahirannmu 6 tahun lepas. Kami mengimbas kenangan lalu disaat pertama hingga akhir hayatmu. Indahnya hadirmu duhai anakku arwah Feqah Insyirah. 

Terima kasih buat Along & Mukhriz yang amat memahami perasaan mama & papa. Mama & papa tahu kamu juga kuat mengarungi ujian ini dan melawan perasaan disaat rindukan adikmu. Ya Allah, berikan kekuatan dan kesabaran buat kami sekeluarga.

Monday, 31 December 2012

Haagen Dazs @ Midvalley - 7th birthday Mukhriz

Birthday Mukhirz bulan ogos lagi.  Kemas2 gambar sekali jumpa gambar birthday anak2 tahun ini. Maka walaupun dah penghujung tahun. Saya sempat juga buatkan entry untuk Birthday Mukhriz yang ke 7 tahun di Haagen Dazs Midvalley. Untuk Birthday Along tak sempat nak edit dan buat entry kerana esok dah masuk tahun 2013.

Menu Haagen Dazs

Menyuapkan ice cream pada Birthday Boy

 Mineral water & garpu 


Happy 7th Birthday Mukhriz. Tahun ni tiada kek, tapi kek birthday digantikan dengan Ice Cream Haagen Dazs

Inilah Birthday Boy

Sedang menikmati hidangan Haagen Dazs

Best juga menu sebelah Mukhriz tu. Next time nak try menu ini pula.

Merekalah pengibur suka duka ku.

Thursday, 22 November 2012

11 tahun usiamu



Tanggal 22 Nov 2001 lahirlah insan yang bernama Hisyraf (Along) ke dunia ini. Syukur kerana dengan izinNYA kami dianugerahi insan ini. 11 tahun sudah usiamu kini. Dan 11 tahun jugalah saya bergelar seorang ibu.

Duhai anak ......Jaga Solatmu, Jaga Islammu. Moga menjadi anak yang berjaya di dunia & akhirat.

Monday, 22 October 2012

Birthday Bertemakan Red Warrior

Bendera Kelantan &  Belon Merah Putih

20 Oktober 2012 (sabtu) kami ada jemputan birthday di Laman Sanur Section 13. Adik TaufiQ menyambut Birthday yang ke 9 Tahun.  Happy Birthday buat adik Taufiq "moga menjadi anak yang berjaya di dunia & akhirat".


Memandangkan keluarga ini berasal dari Kelantan dan hari tersebut ada perlawanan akhir  Kelantan VS ATM. Maka tema birthday juga bertemakan Red Warrior. Merah & Putih menjadi pilihan keluarga adik TaufiQ.

Laman Sanur berdekatan dengan stadium Shah Alam. Walaupun jam baru menunjukkan   4 ptg, jalan sudah mulai jem dan  sesak dengan penyokong2 bola yang majoritinya memakai pakaian merah putih. Kami terpaksa meredah jem untuk ke birthday party tersebut walaupun baru jam 4.00 ptg.


Goodies bag bertemakan Merah & Putih
Decoration birthday kali ini ada bendera Red Warriors & bendera Kelantan

Yummy2.

Happy Birthday untuk TauFiQ(9thn) & cousinnya TADEA(12thn)

My kidz

Sarah yang sama usia dengan arwah Feqah Insyirah

Dapat melepaskan kerinduan kepada arwah anak saya (arwah Feqah Insyirah) dengan memeluk anak yang bernama Sarah. Sarah merupakan anak bongsu dalam keluarga ini dan usianya sebaya dengan arwah Feqah Insyirah. Hati tersentuh bila melihat anak2 yang sebaya dengan arwah Feqah Insyirah. Tiada kata2 yang boleh diungkapkan ketika itu takkala memandang wajah Sarah. Terbayang wajah arwah Feqah Insyirah. 5 bulan telah pun berlalu duhai anakku. Sesunguhnya kami lalui kehidupan ini tanpa arwah Feqah Insyirah dengan penuh kesabaran dan kerinduan yang mendalam.

Sunday, 14 October 2012

14 Oct 2012 - Bertambah Setahun Lagi Usia Saya



Tanggal 14 Oct 2012, bertambah lagi usiaku. Terima Kasih Ya Allah kerana aku masih bernyawa dan dibukakan pintu hati ku untuk semakin dekat padaMU.

Sesungguhnya tahun ini adalah tahun yang terlalu banyak dugaan yang perlu saya lalui. Yang paling menyentuh hati ni takkala melihat anak yang dikandung selama 9 bulan dan dijaga dengan penuh kasih sayang selama 4 tahun 10 bulan telah dikembalikan kepadaMU Ya Allah. Bersemadilah anak kecil itu buat selama-lamanya.

Sesungguhnya saya sedar dalam meniti kehidupan ini kita perlu banyak bersabar dan sentiasa ingat padaMU, Ya Allah.

Dengan izinmu saya meniti kehidupan dengan penuh kesabaran dan saya redhai apa yang berlaku. Itulah yang dinamakan ketentuan. Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.

Sesungguhnya,  Kekayaan yang sebenar adalah kekayaan jiwa & ketenangan jiwa yang Allah berikan. Kenikmatan yang Allah anugerahkan terlalu agung walaupun kadang kala sebak didada.

Dalam meniti usia yang semakin bertambah hambamu ini berterima kasih padaMU Ya Allah dan bersyukur dengan nikmatMU kerana dengan izinMU, hambaMU ni makin dekat padaMU.

Allah Maha Mengetahui, kita diberikan pelbagai kejadian sama ada yang menyedihkan ataupun yang mengembirakan sebagai peringatan supaya kita kembali kepadaNYA dan tidak lalai.

Saya mengharap agar kehidupan ini semakin dberkati, dimurahi rezeki, dilindungi dan dipermudahkan segala urusan.

Ya Allah, berikan hambaMU kesihatan yang baik agar hambaMU ini dapat beribadat padaMU serta menjaga anak2-ku, suami-ku, dan ayah ibu-ku.

Saturday, 6 October 2012

Holiday ke Medan & Lake Toba ( 6 Oct - 8 Oct)

 Medan & Lake Toba ( 6 Oct -8 Oct)

6 Oct - 8 Oct saya akan berada di Medan & Lake Toba. Dengan Penerbangan Airasia kami akan ke Medan jam 7.40 pagi. Dan 8 Oct 2012 saya akan pulang ke KL dengan penerbangan akhir iaitu jam 9.25 mlm dari Medan.

Percutian ini adalah hadiah birthday saya untuk tahun ini. Walaupun belum tiba tarikh tapi saya telah mendapat hadiah percutian ini sempena birthday saya. En.H telah meminta saya book percutian ini. 

Birthday saya pada 14 Oktober nanti. Namun tarikh itu tidak sesuai untuk pergi bercuti kerana 15 oktober -  19 oktober along & Mukhriz akan menghadapi peperiksan hujung tahun. Maka tarikh 6 Oct- 8 Oct dipilih.

Tiket ini dibook pada 25 May 2012 (jumaat) jam 11.00 pagi. Begitu sayu bila mengingatkan tarikh ini kerana pada hari ini juga tanggal 25 May 2012, anak bongsu saya yang bernama Feqah Insyirah( 4 tahun 10 bulan ) telah kembali ke Rahmatullah jam 8.50 mlm setelah sesak nafas dan kematian disebabkan oleh Branchopneumonia yang sering berlaku pada kanak2 dibawah 5 tahun. Begitu senang anak kecil ini pulang ke Rahmatullah, Syurga tempatmu duhai anak. Sesungguhnya kita hanya merancang Tuhan yang menentukan.

Monday, 13 August 2012

5th Birthday - DiriMu Sudah Tiada Lagi Di Dunia ini

27 July 2012(image google)

Tiada lagi insan yang bernama Feqah Insyirah di dunia ni pada tanggal 27 July 2012. Tarikh  27 July kan tetap menjadi tarikh yang bermakna pada diri saya  kerana tarikh 27 July lahirnya seorang anak perempuan daripada rahim ini iaitu Feqah Insyirah.

Walaupun dirimu (arwah Feqah Insyirah) sudah tiada bersama kami. Yang pasti dirimu(arwah Feqah Insyirah) sedang melalui kehidupan di alam lain yang penuh kenikmatan dan keindahan yang hanya kamu mengetahuinya.

Mama, papa dan abang-abangmu sangat rindu akan dirimu(arwah Feqah Insyirah). Tapi kami pasti dirimu(arwah Feqah Insyirah) lebih bahagia di sana. Kasih ALLAH padamu tidak dapat dibandingkan dengan kasih kami duhai anakku. Dirimu sangat bertuah kerana terpilih untuk menjadi ahli syurga tanpa perlu dihisab. Ya Allah sungguh agung nikmatMu itu terhadap anak kecil ini.

Kini, kerinduan itu kami ubati dengan mendekati Allah. Kami tahu Allah dekat dengan kami dan Allah tidak akan pernah beredar daripada kami kerana ALLAH adalah Tuhanku yang Maha Penyayang. Berikanlah kami rahmat dan hidayahMu untuk kebahagian kami sekeluarga di dunia dan juga di akhirat kelak.




Friday, 10 August 2012

Kenangan di Hari LahirMu - 4th Birthday (Hard Rock Hotel, Penang)

Kenangan terakhir ketika menyambut 4th Birthday untuk arwah Feqah Insyirah. Sesungguhnya terlalu indah memiliki insan kecil ini. Belum sempat menyambut hari lahir ke 5, anak kecil ini telah kembali ke Rahmatullah dalam keadaan tenang. 

Welcome drink @ lobi Hard Rock Cafe Penang
Birthday terakhir (4th birthday)

Anak ini sangat happy dapat hadiah berwrapping gambar yang sama dengan baju tidurnya. Peluk hadiah sampai tertidur.
 
Sangat Happy dan sangat lasak

Along melayan kerenah birthday girl.



Along & Birthday girl
Singgah sebentar di Hard Rock Shop. Selesai beli t-shirt. Jom kita balik KL.