-

Friday, 25 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul di Sekolah


image google Sumber : carigold.com

Hari ini jumaat 25 Jan 2013 sekolah agama anak2 saya diberikan cuti sempena Maulidur Rasul. Bagi sekolah kebangsaan pula anak2 saya hari ini perlu memakai  baju melayu dan bersongkok.

Selasa lepas Along beritahu saya yang dia perlu pakai baju melayu. Terdetik dalam hati saya "masih muatkah baju melayu 2 tahun lepas?". Hal ini membuatkan saya risau.

Tahun lepas saya tak beli  baju melayu untuk mereka kerana mereka  memakai jubah ketika hari raya. Apa lagi terus cari baju melayu untuk Along. Sah memang tak muat. Apalagi lagi saya pun cuba adjust pinggang seluar kasi muat. Yes! berjaya. Dapat la Along pakai baju melayu berwarna hijau. Dia tak nak pakai baju melayu biru sebab katanya sambutan raya tahun lepas dia dah pakai baju biru. Saje tau Along ni..


Pagi tadi konon2 nak la ambil gambar Along berbaju melayu hijau itu. Mana nak Along bergambar pepagi buta ni... jadi tak de la gambar nak diselit kat sini.


Mukhriz tak ada masalah bab baju melayu. Masih muat lagi baju melayu 2 tahun lepas. Senang hati mama. Mukhriz sekolah kebangsaan sesi petang. Jadi pagi ini dia kena pergi taska dulu sebab sekolah agama kan cuti. Ini lah baju melayu yang bakal Mukhriz pakai petang nanti.



Mentang2 la pagi ni tak sekolah agama, maka Mukhriz minta saya hantarkan dia terus ke taska. Katanya nak pergi main. Amboi-amboi, breakfast pun tak nak. Jadi saya bekalkan Mukhriz corn flake + susu dutch lady full cream. Mukhriz bawa BEN10 UNO untuk main dengan kekawan di taska. Tak nak duduk rumah tgk TV / main games sedangkan En.H pergi kerja lambat. Sabar je la. Saje nak melambat-lambatkan mama sampai ofis. Alhamdulilah sampai awal juga kat ofis sebab hari nii jalan clear. Kalau tak, tak pasal2 lewat hari ini.

No comments:

Post a Comment