-

Monday 21 January 2013

Pameran : Visit Malaysia Year 2014 Tourism Carnival

Selama tiga hari Pameran Visit Malaysia Year 2014 Tourism Carnival  diadakan iaitu pada 18 Jan 2013(Jumaat) -20 Jan 2013(Ahad).  Masih jauh lagi untuk ke 2014 namun pameran ini telah diadakan. Tujuan pameran ini ialah untuk menarik  28 juta pelancong pada 2014.

Pelancaran rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Jan 2013(Sabtu) jam 8.30 malam dengan pelbagai persembahan menarik.

Saya ke sana pada  18 Jan 2013(Jumaat) selepas pulang dari kerja. Tinjau2 di pameran ini. Sempat juga saya membeli. Disini saya sertakan gambar2 buat tatapan pembaca blog saya.



Alat muzik tradisional : Bonang

Alat muzik tradisional : Gambang

Alat muzik tradisional : Gendang
Terdapat juga Booth Ducati

1 Malaysia Pavilion Booth

Booth Melaka Wonderland. Buy 1 free 1 Waterpark. Expired Jun2013. Saya tak beli tiket ini sebab rasanya tak berpeluang ke sana walaupun tiket akan expired Jun 2013.

Booth Berjaya Times Square. Adult RM25, Child RM 20. Saya tak beli tiket ini sebab dah pernah berkunjung disini tahun lepas.

Hiasan lampu2 berbentuk haiwan yang terdapat di Sabah

Hiasan lampu bertema gajah2.

1 Malaysia Bersih & Indah

Booth Batik. Jika anda berminat mewarna batik, anda boleh beli lukisan batik ini dan warna batik disediakan bersama2 lukisan batik tersebut.

Dapat beg ini dari Kidzania setelah membeli tiket Kidzania

Saya beli tiket Kidzania ini untuk 2 kids + 1 Adult cuma RM118. Expired Mac. Plan nak pergi CNY nanti sebab kami tak ada plan ke mana2 ketika CNY nanti.

Booth Sunway

Terdapat pelbagai gerai jualan disini. Saya singgah di Booth Kek Lapis Sarawak. Pelbagai warna dan nama untuk kek lapis ini.

Kek Lapis Awan Nano menjadi pilihan saya. Kenapa kek ini diberi nama Awan Nano sebabnya tgk tuu...coraknya berawan. Sedap kek ini dah habis dah kami makan. Satu paket kek ini cuma RM10.

Singgah di surau ini yang terletak berhadapan LRT Bukit Jalil untuk solat Maghrib + Isyak.

Terdapat 5 pentas untuk persembahan untuk pelancaran "Visit Malaysia Year 2014 Tourism Carnival"
Para peserta yang terlibat dalam persembahan pada malam perasmian 

Para peserta yang terlibat dalam persembahan pada malam perasmian
Latihan terakhir sebelum malam perasmiaan. Ella dan Jimmy Palikat menyayikan lagu "1 Malaysia" & "Iam4U"

No comments:

Post a Comment