-

Thursday 31 October 2013

Lawatan Sekolah


Hari ini Along ada lawatan ke 3 tempat sekitar Shah Alam. Mukhriz sangat2 tak puas hati dengan abangnya. Katanya "asyik2 abang jeeee.......". Muncung jee Mukhriz. Masa dia gi mana2 dan abang ikut, tak de pulak kata kesian abang. TApi bila abang ada aktiviti mulalah timbul tak puas hati kat abangnya.Isk isk......ni laa ragam anak2 kan.

Seramai 100++ murid tahun 6 menyertai lawatan ini dan 3 bas disediakan. Bas A untuk semua pelajar lelaki. Bas B campur pelajar lelaki dan perempuan. Dan Bas C untuk  semua pelajar perempuan. Along naik bas A.

Lawatan ini merupakan lawatan ke dua untuk pelajar tahun 6. Lawatan pertama ialah ke Universal Studio Singapore & Legoland. Lawatan itu, Along tak join sebabnya undi adalah seri. Along dan En.H menyokong kata "BOLEH PERGI". Saya dan Mukhriz menyokong "TIDAK BOLEH PERGI".

Merayu2 Along nak pergi lagi USS dan Legoland walaupun dah pernah pergi kedua2 tempat tersebut. Kata Along "Boleh la mama, papa dah kasi ni". Saya ini takut nak lepaskan Along pergi, bimbang dan risau dia nak kasi dia pegang passport. Mukhriz lak kata  "mana aci abang boleh pergi lagi, mama jangan kasi abang pergi tau".

Semalam kemas barang2 untuk lawatan Along hari ini. Macam2 saya pesan pada Along, jaga elok2 kamera, simpan elok2 sport shoes lepas tukar selipar nak gi waterpark, pegang elok2 handphone, pastikan duit tuuu jangan hilang dan bla bla bla..........Naik bosan Along mendengar pesanan seorang ibu. Last2 Along  kata "Ala mama ni, pesanan mama tuu Along kan ingat dah selalu dah mama pesan kalau Along gi mana2. Insya Allah, Along jaga elok2". Saya pun jawab "Jaga diri elok".



Kali ini Along nak naik van sekolah seperti biasa. Sebabnya mereka perlu berkumpul jam 7.20 pagi untuk naik bas ke destinasi lawatan. Kebiasaannya, kami akan Along ke sekolah jika ada aktiviti.

Wednesday 30 October 2013

Wordless WednesdaY - Marvel's Thor: The Dark World Hammer KeyChain

 Marvel's Thor: The Dark World Hammer KeyChain

Ahad lepas tonton Cloudy with a chance of meatballs 2 @ GSC Midavalley. Beli PopCorn Combo 3 - RM10.80. Ada promosi movie Thor. Tambah RM2 dapat  Marvel's Thor: The Dark World Hammer KeyChain.

Monday 28 October 2013

Tonton Cloudy with a change of Meatball 2 @ GSC Midvalley

image google

Dah lama Mukhriz duk ajak tonton movie Cloudy with a change of Meatball 2. Mukhriz request tak nak bawa abangnya. Nak pergi sama ada dengan mama atau papa sahaja. Haih...cam mana tuuu? Ini disebabkan masa Mukhriz masuk hospital bulan 6 lalu. Along tengok 2 movie.


Tonton Cloudy Meatball 2 @ GSC Midvalley

Maka ahad lepas, saya dan Mukhriz pun menonton movie tersebut @ GSC Midvalley. Kami dihantar oleh En.H. Mukhriz @ Lobby Cititel Midvalle. En.H terus pulang ke rumah teman Along yang masih tidur. Along ni kalau weekend membuta sampai tengahari. 

Kebiasaan kalau nak tonton movie saya book online. Kali ini terus beli kat kaunter tiket sebab duk hold permintaan Mukhriz. Harap2 dia tak ingat.

Mana boleh tak ingatnya. Selagi tak dapat selagi itu ditanya. Mukhriz sangat happy bila permintaan tertunai. Nak2 pula khamis ni, Along ada rombongan sekolah, itu yang menyebabkan dia makin duk request nak tonton movie ini. 
 

Bab2 makan ingat Along


Bila dah nama adik beradik, kata je tak nak bawa Along TAPI Mukhriz tetap ingat abangnya. Mukhriz simpan pop corn untuk Along. Lepas tuu Mukhriz ajak saya belikan Domino Pizza sebelum pulang ke rumah.

youtube : Cloudy with a change of Meatball 2

Wednesday 23 October 2013

Wordless WednesdaY - Rain Coat Bentuk Ikan Nemo

Vitamin C kegemaran Mukhriz


1. Vitaman C perisa peach dah habis.
2. Beli Vitamin C perisa Mixed Beries pula
3. Percuma 1 Rain Coat dengan setiap 1 botol. Senang dibawa ke sekolah. Suai sangat dengan cuaca yang sentiasa hujan sekarang.

Monday 21 October 2013

Bila Anak Ada Jemputan Ke Birthday Party



Bila anak2 ada jemputan Birthday. Maka saya akan cuba penuhi permintaaan anak2 untuk anak2 hadir ke majlis tersebut. Anak2 akan request dari mamanya untuk belikan hadiah itu atau ini berdasarkan kegemaran kawan2 mereka.

Seperti kebiasaan, saya akan hanya hantar anak2 ke majlis tersebut. Berbual sebentar dengan family yang menjemput dan seterusnya  memberitahu keluarga tersebut yang saya akan datang ambil anak selepas 1 jam - 2jam. Anak2 dah besar, biarlah mereka dengan cara mereka. Yang penting pergi dan balik memang saya akan hantar/ambil. Berikan peluang untuk anak2 bergembira dengan rakan2nya.





Kali ini Along bawa Mukhriz untuk join birthday kawannya yang bernama Liw *** Han yang diadakan di KFC. Jam 4.00 petang saya datang semula ke KFC tersebut untuk mengambil anak2. Bertemu sekali lagi ahli keluarga birthday girl untuk mengucapkan Thank You.

Friday 18 October 2013

Hadiah

Laptop berwarna putih pilihan saya.

Dari awal tahun lagi saya dah plan2 nak ada laptop & printer. Tapi hati berkata "nanti-nantilah, bukan keperluan lagi buat masa ini". Ini disebabnya saya pun tak berapa nak guna sangat laptop dan pekerjaan saya tidak mendesak untuk saya memiliki laptop. Tapi impian untuk miliki tuu memang ada untuk kegunaan masa depan.

Pernah cerita impian nak memiliki laptop & printer kepada En.H. TAPI En.H berdiam diri kerana dia tahu belum masa untuk saya milikinya. Pada satu hari, pada bulan oktober saya sekeluarga ke Midvalley. En.H ajak saya ke kedai Laptop HP yang terletak di 2nd Floor. Masa tuu hati dah berbunga2. Jeng.....jeng...... jeng, mesti saya akan dapat laptop nanti. En.H berbisik ke telinga saya "servey dulu deh, kalu nok, nanti kita beli masa birthday". Hati berbunga2 keriangan. Peluang untuk memiliki laptop makin cerah. Tapi ada 10 hari lagi nak birthday.

Keesooknya, hari isnin, saya pun bawa pamplet HP tersebut dan tunjukkan kepada kawan department IT. Saya nak tahu ok ke tak laptop HP dan berpatutan tak harganya. Mereka kata "kak, jom kita beli kat lowyat, dapat laptop yang lagi power &  murah."

Mula2 saya kata "ala tak best lah, sebab ni hadiah birthday, tak kan nak gi beli dengan orang lain". Mula2 agak keberatan juga, TAPI lagi bagus pergi dengan mereka kerana mereka tahu bab2 IT ni. Saya pun beritahu hasrat tersebut kepada En.H. En.H kata "tak pe lah, pergilah dengan kawan, lagipun mereka lagi tahu". 


Printer ini masih ada diofis. Belum dibawa pulang ke rumah.


Maka kami pun buat survey dan survey. Keputusan untuk laptop ASUS dan printer CANON dipilih. Brand dah ada cuma model tak pasti yang mana satu nak pilih, semua itu kena bergantung kepada budget ayng diberikan. 

Pada 10 Oct (Khamis) saya dan 2 kawan dari Department IT telah ke Low Yat untuk membeli barangan tersebut. Konon2 nak beli yang basic sahaja. Tapi alang2 beli, baik beli yang puas hati.  Maka saya memilih laptop yang bersaiz
15.6" , Intel® Core™ i5 , 4GB memory dan lain2.

Kejap je saya servey barang tersebut kerana saya ada meeting jam 2.30 petang.  Hanya ambil masa 45 minit sahaja di Low Yat. Setelah pilihan dibuat saya berikan duit tersebut kepada kawan saya dan saya berkejar2 balik ofis menaiki monorail. Alhamdulilah, sampai di ofis tepat jam 2.30 petang. Kawan saya masih di Lowyat kerana mereka kena beli barang2 ofis dan menunggu untuk installation laptop saya. Terima kasih buat kawan saya tersebut. Dapat hadiah awal kerana kawan saya nak cuti lama raya haji.

Akhirnya laptop dan printer ini menjadi milik saya sempena Birthday tahun ini.Impian dan idaman tahun ini terlaksana juga. Alhamdulilah.

Thursday 17 October 2013

Celebrate Birthday @ Garden Lifestyle Store MidValley

Birthday Cake untuk tahun ini
 
Jom Pilih Menu2 yang disediakan. http://www.garden-cafe.com.my/
 Merekalah penghibur suka duka saya.

My Family. Dulu Ber5 kini ber4. Allah lebih menyayangi mu duhai anakku Feqah Insyirah. Mama RINDU kamu nak.

Monday 14 October 2013

Bertambah Setahun Lagi UsiaKU


image google


Hari ini, bertambah lagi usiaku. Syukur diucapkan kerana berpeluang meneruskan kehidupan ini. Dalam meniti hari2 yang semakin berusia. Timbul tanda tanya....Apakah yang telah aku lakukan sepanjang hidup ini? Apakah amalan2 yang dilakukan mampu menghapuskan dosa2 ku? Aku semakin takut Ya Allah dan aku semakin mencari hidayahmu Ya Allah. 

Ya Allah berikan kesihatan yang baik kepadaku untuk beribadat. Murahkan rezeki kepadaku agar aku mampu membuat kebajikan dan bersedekah. Berikan aku peluang untuk mengubah diri ini menjadi yang lebih baik.

Ya Allah, kadangkala kau timpakan aku dengan ujian dan dugaan. Dengan izinMU, aku menerimanya dengan Redha. Aku sedar, Ya Allah, dalam meniti kehidupan ini terlalu banyak liku-likunya. Bukan senang untuk mencapai sesuatu yang indah. Sesungguhnya Engkau tahu apa yang terbaik untukku. Berikan aku mampu tempuhi semua itu dengan kesabaran.

Tak lama lagi usiaku akan mengakhiri 30an dan akan menghampiri angka 40. Umur akan terus akan meningkat sampai akhir hayat. Berikan aku hidayah, janganlah Engkau palingkan hati ini setelah Engkau berikan aku HidayahMu. Berkatilah usia yang berikan kepadaku agar aku meniti hari2 dengan redhaMU.

Cash Out Yang Ke 3 untuk tahun ini

Cash Out Yang Ke 3 untuk tahun ini


Pepagi hari check amount nuffnang. Dah lama betul tak Cash Out. Maka pagi ini saya pun cash out jumlah nuffnang yang ada kerana hari ini merupakan hari lahir saya. Cash Out RM300++ ini merupakan reward bagi saya dari Nuffnang. 

Terima Kasih Nuffnang dan terima kasih kepada pembaca blog saya.

Friday 11 October 2013

Birthay Gift dari SOGO

Kupon Birthday Gift dri SOGO


Baru2 ini dapat surat dari SOGO. Beberapa kupon diberikan kepada pemegang kad SOGO sempena Birthday pemegang kad tersebut.

Birthay Gift dari SOGO


Maka  saya pun redeem 1 kupon yang diberikan dengan pembelian RM50 ke atas. Dapatlah 1 recycle bag. Tambah lagi 1 koleksi recycle bag. Kupon2 lain ialah setiap pembelian RM100 dapat voucher RM10. Kupon tersebut belum digunakan kerana valid kupon tersebut akhir November 2013.

Wednesday 9 October 2013

Wordless WednesdaY - PindaH Ke Level 5


Akhirnya berpindah juga dari Level 10 to Level 5. Group kami dari 9 orang berpecah kepada 3 group. Saya pindah ke Level 5 bersama 2 orang ofismate. Mood mengemas.

Monday 7 October 2013

Peri-Peri @ Nando's


Lama betul tak makan @ Nando's. Maka semalam kami ke Subang Parade untuk menikmati hidangan Peri-peri ini.

Menu Platters to share menjadi pilihan kami. Full Platter yang terdiri dari Whole Chicken di potong 4 bahagian. 1 bahagian awal2 Mukhriz dah cop letak dalam platenya.

Full platter ini dihidangkan dengan 2 large sides atau 4 regular sides. Kami memilih 4 reguler sides iaitu chips, coleslow, wedges & corn on the cob.

Pilihan sos di Nando's. Wow...menyengat kepedasan. Kami order 3 gelas air sahaja iaitu 1 fanta strawbery & 2 ice lemon tea(air ini boleh refill). Yum yum sedapnya.

Wednesday 2 October 2013

Wordless WednesdaY -Tambang Van Sekolah

 


Bulan ini merupakan bulan terakhir membuat pembayaran untuk van sekolah bagi sesi persekolahan tahun 2013. Cepat je masa berlalu. Berapalah pula tambang Van sekolah tahun depan dek harga minyak naik baru2 ini?

Tuesday 1 October 2013

Sukaneka @ Sekolah Kebangsaan

Weekend lepas, 2 hari berturut2 ke Sekolah Kebangsaan untuk program Sukaneka. Hari Sabtu untuk pelajar2 tahun 4-6. Manakala hari ahad pula untuk pelajar2 tahun 1-3.

Ibubapa yang datang pada hari Sabtu tak seramai pada hari Ahad. Ini mungkin disebab hari ahad melibatkan pelajar2 tahun1-3, ramai yang follow anak2 mereka berbanding hari sabtu. Hari Sabtu kebanyakan ibubapa hanya drop anak2 sahaja, maklumlah pelajar2 tahun 4-6 dah besar. TETAPI saya tetap ada di sekolah untuk 2 hari tersebut.

Saya tidak menunggu sampai habis aktiviti sukaneka tersebut. Saya hanya menunggu selesai sukaneka anak2, terus pulang. Ini kerana cuaca yang agak panas. Hari sabtu saya pulang ke rumah jam 11.30 pagi manakala hari Ahad pulang jam 11.00 pagi.


Sukaneka berlangsung selama 2 hari. Sabtu untuk pelajar2 tahun 4-6. Ahad bagi pelajar2 tahun 1-3.
1st day : Pelbagai acara dimulakan sebelum sukaneka

Sementara menunggu giliran Along. Mukhriz mencuba pelbagai aktivti yang disediakan di Karnival Sukan kali ini.
Sukaneka untuk tahun 6
Inilah pingat untuk tempat pertama.

Markah yang terpapar untuk 1st day

2nd day: Perbarisan rumah pasukan biru,merah,hijau dan kuning. Tak sempat tengok perbarisan tersebut. Tetapi sempat bergambar dengan Maskot rumah pasukan kuning.

Aktiviti sukaneka tahun 2.

Sementara menunggu Mukhriz sukaneka. Along join aktiviti karnival yang disediakan.

Sebelum balik rumah. Tapau dulu kambing bakar ini untuk Mukhriz.