-

Wednesday 29 February 2012

Istana Negara Jalan Duta


Istana Negara sudah berpindah ke Jalan Duta, Kuala Lumpur. Istana Negara mercu tanda Raja Berperlembagaan di Malaysia. Terletak di atas bukit, sangat cantik dan tersergam indah.  

Kawasan yang lapang sangat sesuai untuk para pengunjung datang melawat. Pelancung-pelancung asing yang ramai berkunjung ke sini. Hanya segelintir sahaja rakyat Malaysia yang kelihatan.Sesapa yang bawa anak-anak kecil usah bimbang, boleh lepaskan anak-anak anda berlari2.

Sesapa nak bergambar dengan Abang berkuda silakan. Kuda itu asyik bergerak sana sini mungkin rimas kot dengan orang ramai yang asyik nak bergambar.


Pintu gerbang yang cantik. Ramai yang bergambar disini. Dari pintu gerbang ini kita boleh nampak istana.
Zoom kamera dari pintu gerbang untuk mengambil gambar istana. Walaupun dari jauh, ternyata istana dan landskapnya menarik.


Saya ke Istana Negara ini dengan adik saya, cuma saya dan family adik saya je ke sini.  Saya tak bawa anak-anak ke sini, memandangkan destinasi seterusnya ialah cuci mata @ shopping mall bersama family adik saya.

Monday 27 February 2012

Big Apple Donuts

Sabtu lepas saya kerja half day. Hanya sekali sahaja untuk setiap bulan. Betapa malasnya saya setiap kali kena kerja. Saya ada tetamu weekend lepas. Tetamu tersebut ialah adik saya yang tinggal di Johor.
18 biji donut
Pulang dari kerja, penuh dgn adik beradik saya. Mereka berkumpul di rumah saya sabtu lepas. Mak saya pun ada dirumah saya ketika itu, mak yang masak speasial untuk kami adik beradik dengan bantuan adik saya yang belum kahwin.Memandangkan masa untuk makan tenghari, saya sebagai tuan rumah terus nak siapkan meja makan untuk makan tengahari. Sekali terpandang 2 kotak Big Apple. Di situ hati ku berbunga2.
Masih terdapat 9 biji lagi yang tinggal

Susunan kotak semestinya yang kecil kat atas. Saya pun buka kotak kecil. Agak kecewa disitu sebabnya hanya kotak kosong. Anak2 saya dah usik saya " mama kotak je mama, kami dah makan semua, sapa suruh mama pergi keje". Dalam hati "tak kan tak simpan kan, 18 biji donut tak kan tak ada 1 untuk saya". Terus buka kotak besar. Hasilnya "terdapat 9 biji lagi donut". Rezeki saya hari tuu . Alhamdulilah.

Thursday 23 February 2012

Kelayakkan Olimpik London 2012( Malaysia vs Jepun)

Kad Jemputan / Tiket Perlawanan

Hanya  Mukhriz yang dibawa ke Stadium Bukit Jalil pada 22 Feb 2012 untuk menyaksikan kelayakan Olimpik London 2012 (Malaysia Vs Jepun). Along tidak ke sana kerana Along ada Exam sek agama minggu ini. Maka saya dan Feqah semestinya meneman Along di rumah.

Mukhriz sangat la suka bila mendapat green light dari En.H yang dia dibenarkan untuk ikut pada malam tersebut. 

Keputusannya : Malaysia 0 – 4 Jepun

Sgt happy berpeluang ke Perlawanan Bola kali ini

Gol Pertama oleh Sakai Hiroki minit ke 35

Penyokong2 Jepun
Half Time jom makan dulu. Malaysia 0. Jepun 2.

Tewas 0 – 4 ditangan Jepun

Games dah habis....mata mula mau pejam

Swirly Sno Frozen Yogurt


Booth pink pilihan Feqah (Sno Yogurt Frozen)

Setelah sekian lama 2 beradik ini berada di The Garden Club bermain games. Mereka minta nak jalan2 nak makan. Saya agak malas nak jejln memandangkan keadaan yang tak berapa sihat.Turun menggunakan eskalator dari The Garden Club, nampak PapaRich. Saya pun ajak la mereka makan kat Paparich. Mereka ber2 tak mau, nak makan kat tempat lain. Jadi saya pun terus turun ke LG , bila Feqah nampak satu booth yang pink colour, terus dia stop. Booth tersebut ialah Sno Yogurt Frozen.
Chewy Swirl dan Hearty Swirl menjadi pilihan
2 cup  frozen yogurt diorder. Mukhriz memilih Chewy Swirl(Frozen Yogurt + Mango+ Mochi) dan Feqah memilih Hearty Swirl (frozen yogurt + strawbery + oreo). Makan la mereka ber2 sambil2 menunggu along dan En.H habih movie. Memandangkan hanya kami ber3 dan 2 couple je ada disitu. Saya pun lepak la disitu sampai En H datang. Betapa tak laratnya saya weekend itu.

Feqah membaca menu

2 beradik yang menikmati Sno Yogurt Frozen
 

Weekend @ Midvalley & The Gardens Mall


Parking @ Valet Parking
Guna Parking Voucher yang diperolehi dari The Garden Club
2 tiket GSC yang telah dibook online
Semestinya order popcorn dan air. Macam rega dah naik tgk tuu rega dah di tampal dengan tag hitam.

 Mukhriz dan poster Star Wars

Dari Midvalley kami ke The Gardens Mall semula


Lepak @ The Gardens Club memandangkan saya tak sihat weekend lepas.

2 beradik layan games @ The Gardens Club sementara menungu along & En.H tonton Star Wars

Wednesday 22 February 2012

Katalog IKEA

Katalog IKEA digantungkan disetiap pagar di kawasan perumahan kami

Baru dapat katalog ikea yang bertajuk "STORAGE & ORGANISE". Pihak IKEA selalu menghantar katalog ini ke kawasan perumahan kami. Caranya  ialah dengan mengantungkan setiap katalog IKEA di setiap pagar rumah. Walaupun hari hujan, katalog ini selamat untuk dibaca kerana diletakkan didalam plastik.

 
Page11

Page29

Monday 20 February 2012

Resdung


Resdung Oh Resdung. Saya alah terhadap makanan tertentu.  
  • Saya akan mengalami batuk. Setiap kali saya batuk, saya akan pening seketika sehingga batuk tersebut berhenti.
  • Gatal mata dan mata agak merah.
  • Sakit tekak usah citer.
  • Dan semestinya diikuti dengan selsema.
  
Bila resdung buat saya demam. Sian anak2 tanpa pemantauan saya, nak2 bila terkena resdung di kala weekend.

Friday 17 February 2012

Book Tiket - 3D Star Wars Episode 1

2 tiket telah di tempah

E01 dan E02 memjadi pilihan


Weekend ini saya telah book tiket untuk EN.H dan along untuk menonton Star Wars. Dan semesti GSC MidValley menjadi pilihan kami. Kenapa 2 tiket sahaja? Kerana saya dan 2 anak lagi akan meronda2 dan cuci mata di The Gardens dan Midvalley. Biarlah mereka ber2 enjoy layan movie tersebut.

Kacang Shandong

Kacang Shandong RM1 paket (50g)
2 paket kacang Shandong nii saya beli untuk di makan di ofis. Entah macam mana saya tersalah masuk ke dalam handbag. Maka 2 paket kacang ini di bawa pulang ke rumah. Sesi melicinkan kacang ini mengambil masa yang sekejap sahaja. Maklum la cuma 100g kacang (2 paket) dimakan oleh 5 orang.
Kacang Shandong RM9.90 paket (700g)
Maka keesokan harinya saya pun ke kedai borong makanan ringan berdekatan ofis saya. Nama kedai tersebut ialah KWC Wholesale. Terletak di belakang Plaza Hotel KL dan berdekatan dengan Grand Continental Hotel.


Alang2 dah ke sana saya juga membeli satu paket keropok kentang. RM11.60 untuk 1 kg. Boleh ngap ngap sepuasnya. Jika di beli di kedai runcit sekali ngap dah habis keropok tersebut yg berharga RM1.

Keropok Kentang. Kami panggil keropok roda sebab rupanya seperti roda.


Tuesday 14 February 2012

Erased All Pictures



Pernahkah terjadi pada diri anda?  Apa tindakan anda?

Sedang saya mengemas di dapur, saya nampak Feqah mengunakan camera mengambil gambar susunan botol2  air gas Fanta. Memang nampak flash dari camera tu. Saya biarkan saje Feqah snap gambar. Janji tak kacau saya mengemas.Tetiba dengar suaranya "Mama, Feqah dah delete semua gambar". "Dah tak de gambar dah mama".


Dengan muka bersalah dan muka nak nangis. Sah2 Feqah ketakutan time tu kerana ini bukan pertama kali dibuatnya. Biasa la anak pempuan kan suka mengemas, ini la akibatnya kalau terlalu nak kemas. 

 
Pada anggapan saya "bukan niat Feqah pun nak Erased gambar2 tersebut. Maybe Feqah nak simpan gambar2 yang perlu je dalam kamera tuu". Maklum la dlm kamera tu gambar yang dah berkurun pun masih ada lagi. Sesi mendelete bermula.Delete punya delete. Tertekan Erased All.

  

Sebagai ibu, seharusnya kena bijak mengatasi masalah. Terus search dalam internet:
1. Recover Deleted Photos from Your Digital Camera's Memory Card
2. How to Recover that Photo, Picture or File You Deleted Accidentally
3. Digital Pictures Recovery Software

Alhamdulillah ada jalan penyelesaian. Akhirnya saya dapat kembali gambar2 yang terdelete. Saya dapatkan software dari Encik Saiful dan minta Pn.Ita tolong saya. Nama software tu ialah Portable RecoverMyFiles. Dalam 10 minit je saya dapat kembali gambar2 yang terdelete.

Monday 13 February 2012

MOA Bersama Rakyat


Sabtu malam kami ke pameran tersebut. Sekadar meninjau aktiviti yang dijalankan. Ramai juga kami lihat yang datang berkunjung ke sana. Alang2 pergi semestinya membeli serba sedikit.
2 bungkus sotong bakar di tapau
Perkara pertama yang menarik perhatian saya, ialah sotong bakar di tabur kacang tanah. Harganya RM10 satu bekas. Sotong tu perlu di gelek terlebih dahulu. Mesin penggelek tu seperti mesin pengisar air tebu.Kemudian dibakar. Seterusnya ditabur dengan kacang tanah yang dikisar. Time2 inilah teringat kat Ayah kat kg. Sotong bakar ini, salah  satu kegemaran ayah dan mak.

Satar ni akak tak mau yang hangus tau.
 Malam tu mak saya ada dgn saya, mak dtg ke KL atas urusan tertentu. Oh alangkah indahnya dapat makan bersama ayah dan mak makanan kegemaran mereka ini. Walaupun cuma mak yang ada, saya sgt gembira dapat makan bersama.
Hamster Winter White. Seekor RM18.

Landak Afrika
Kalau dah hasil tani semestinya ada haiwan peliharaan. Beberapa gerai menjual haiwan pelihara. Menarik minat Feqah dan Mukhriz. 

Kopie Satu. Satu je share 3 beradik.

Langkawi Last Part


Sampai di airport.

Hasil borongan

Kudapan yang disediakan.

Teksi bermeter. Cuma RM48 dr Subang Airport ke Bandar Kinrara

Barangan setelah di angkut ke dalam rumah