-

Showing posts with label Member Card. Show all posts
Showing posts with label Member Card. Show all posts

Monday, 26 November 2012

Member Day ARIANI

4 hari Jualan Hebat Separuh Harga ARIANI iaitu 23 Nov 2012 dari -26 Nov 2012. Maka saya tidak melepaskan peluang ini untuk ke Ariani.

Pastinya Ariani @ Shah Alam menjadi pilihan saya.

Telah mempunyai  kad Ariani sejak 2010 dan sudah banyak juga tudung Ariani menjadi pilihan saya.



2 tudung Ariani berwarna purple & dark pink menjadi pilihan kali ini.

Konon-kononnya cuma mahu beli 1 tudung sahaja sebab belum gaji dan budget saya tidak melebihi RM100. Begitulah setiap kali saya ke Ariani. Saya pastinya akan membeli cuma sehelai sahaja walaupun ada sale. 

Beli beli juga tapi saya selalu fikirkan kemampuan saya.  Selalunya EN.H hanya tunggu dalam kereta bersama anak2. Tapi memandangkan kali ini anak2 semuanya berada di kampung. Maka En.H menemani saya kali ini. First time dia masuk teman saya beli tudung Ariani. Hasilnya dapat 2 tudung di bayar oleh En.H, harganya tidak melebihi RM200. Terima Kasih......


Wednesday, 23 May 2012

The Exclusive Gardens Club Lounge / The Gardens Club



Saya memiliki card The Graden Club sejak 2011. Untuk memiliki card ini anda perlulah membuat pembelian dengan amount tertentu dalam satu resit pembelian di mana2 kedai di The Garden Midvalley. Layari website The Garden Club untuk keterangan lanjut. The Exclusive Gardens Club Lounge terletak di tingkat  4 The Garden.


Beg The Garden Club - macam2 boleh isi

Selepas register The Garden Club. Anda akan diberikan valet parking, voucher2 dari kedai didlm The Garden dan Beg The Garden Club.

Kami sering menggunakan service ini bila shopping di Midvalley / The Garden. Di sini la along membuat ulangkaji. Sangat selesa.


Sebelum masuk sila ke counter The Garden CLub dan kasi kad The Garden Club

Majalah yang disediakan

Suasana yang tenang


Boleh access internet 

20 minit diperuntukan. Jika tak de customer lain nak guna. Boleh access selama mana anda suka
Mineral Water & Coffee disediakan. 


Toilet yang selesa dan luas. Nak mandi pun boleh. Senang nak tukar pampers anak.

Wednesday, 4 April 2012

Kerap bershopping?



Kerap bershopping?  Kerap bershopping tak semestinya banyak wang yang diperuntukkan. Sebanyak 3 kali berturut-turut saya mendapat sms dari pihak sogo yang mengatakan saya layak mendapat Free Gift dari pihak Sogo kerana kekerapan saya membeli belah di sana dengan jumlah pembelian tertentu. 

Setiap 3 bln dengan jumlah pembelian tertentu layak untuk mendapat free gift tersebut.Tak perlulah saya nyatakan disini jumlahnya. Kekawan satu department telah tau jika saya kata nak ke kedai runcit maknanya saya akan ke Sogo. Maklum laa tak la jauh sangat nak ke sana. Exercise kaki sekali sekala.



 

Kebiasaanya saya membeli di sogo barang2 makanan. Saya sering mendapat jemputan kahwin, birthday, cukur jambul dan lain2. Maka di sogolah saya membuat pilihan untuk hadiah2 tersebut.  Aktiviti sosial dan jemputan yang diundang mestilah dipenuhi.




Pertama kali saya redeem(sept 2011), saya mendapat beg. Beg ini along guna untuk isi barang2 ke nursery. Mcm2 boleh letak sebab begnya besar dan tahan lasak.




Kali ke 2(dec 2011), saya mendapat 2 keping frame gambar. Tersadai la frame tersebut tak tau nak letak gambar mana. Maklum laa tak print gambar. 



Kali ke 3(mac 2012), dapat sms ujung bln 2 dan redeem ujung mac. Saya dapat beg yang sama masa mcm pertama kali. Saya siap tanya lagi staf Sogo. "Dik boleh tak nak tau berapa harga beg yang akak dapat ni?" dan "pihak sogo jual tak beg ni?" Staf tersebut beritahu saya yang beg tersebut di jual dgn harga RM88 dan buat masa ini beg tersebut tidak dijual lagi. Saya macam tak percaya. "Betul ke RM88?" . Maka saya bertanya lagii. "Dik beg ni RM88?" Staf tersebut menjawab "Ya kak, beg nii kami bagi khas untuk pelanggan yang setia kepada kami.". Dalam hati saya, baik dapat beg nii dari frame gambar. Beg nii boleh digunakan untuk isi barang masa membeli belah ari sabtu. Maklum laa sabtukan tak de plastik.

Monday, 9 January 2012

KL Sogo’s 18th Birthday Sale Preview



Sogo member day card pada 6 dan 7 Jan 2012. Saya telah ke sana pada lunch time bersama ofismate. Pergi untuk scan2 barang apa yang perlu dibeli. Memandangkan tak cukup masa lunch tu. Saya dan officemate(Pn.Azlina) tadi telah berjanji untuk pergi kali ke 2 balik keje. Jam 6 petang terus tergesa-gesa ke sogo.

Misi mencari barang diteruskan. Kami berpecah. Kami membawa hala masing-masing. Saya telah menamatkan misi pencarian dengan masa yang singkat je. Tengok jam baru 7.40 malam.Saya terus ke tingkat 7 untuk redeem voucher. Setiap pembelian RM100 dapat RM10.

Agak ramai yang menunggu giliran.

Ambik masa dalam 10 minit gak untuk menunggu giliran. Menunggu dengan penuh kesabaran. 

Inilah kaunter voucher yang ditunggu-tunggu

Voucher yang ditunggu2.
Jam baru 7.50. Dah dapat voucher. Terus rasa lapar. Terus ke LG makan nasi lemak dengan Teh O ais. Habis makan terus sms ofismate tanya dah habih shopping ke tidak. Kami janji nak balik pukul 8.30 dengan LRT ke Sri Petaling. Sementara menunggu ofismate, sempat lagi singgah di Dunkin Donut.

Donut untuk Mukhriz


Donut yang ada colour pink ni untuk Feqah. Girl kan suka pink.
Buy 5 free 1 menjadi pilihan saya.
Jam 8.30 kami berdua pun bergerak ke LRT. Masing-masing sms hubby masing2 untuk ambik mak-mak yang baru habih shopping. Jam 9.05 sampai la kami ke Sri Petaling. Anak2 dan EN H dah menunggu.

Dunkin Donut box bertemakan Tahun Baru Cina
Gelagat Feqah tengah mengutip manik-manik.
Tak sabar2 nak makan. Dalam kete terus dingapnya.