-

Monday 27 April 2015

3D2N Pulau Redang - Day 1 - Pantai & Dinner BBQ

Balik dari snorkeling @ open sea. Kami berehat sebentar menikmati minuman petang yang disediakan. Kuih dan bubur yang disediakan memang sedap. Kelihatan sudah ramai berada di pantai bermain pasir dan ombak. 

Along pada mulanya tidak mahu membasahkan badan dengan air laut. Katanya dia nak join group lain main volleyball beach. Along sempat bermain volleyball beach tersebut. TETAPI akhirnya, Along menemani Mukhriz untuk main air laut. Tergodalah tu bila tengok adiknya happy je dilambung ombak.

Hampir 2 jam kami berada di pantai. Memang seronok menikmati keindahan alam. Bila tengok anak2 happy, pastinya sebagai ibubapa akan tersenyum. Bila balik ke bilik, perut lapar lagi. Kami terbayang2 minuman petang yang telah disediakan.

Jam 8.00 malam kami ke cafe untuk menjamu selera dengan menu BBQ. Pilih-pilih, dan sila bakar sendiri ya. 

Petang : Hampir 2 jam kami berada di pantai untuk menikmati keindahannya

Jom2 kita main air laut. Best tau!!

Pada mulanya Mukhriz keseorangan kerana Along main volleyball beach dengan group lain. Namun, Mukhriz tetap happy bermain ombak

Along join main volleyball beach

Akhirnya Along join juga.

Saya juga tidak melepaskan peluang bersama anak2 bermain pantai.

Setelah 2 jam di pantai. Kami balik ke bilik. Perut kelaparan, terbayang2 minuman petang yang sedap ini.

Jam 8.00 malam, kami dinner dengan menu BBQ. Masa kami sampai dah ramai yang dah siap makan. Pepun masih banyak lagi makanan yang ada.
Pelbagai menu disediakan. Pilih2, jom kita bakar.

Friday 24 April 2015

3D2N Pulau Redang - Day 1 - Snorkeling @ Open Sea

Jom kita bersnorkeling @ open sea. Setiap pakej ada 2 kali snorkeling @ open sea iaitu pada hari pertama dan hari ke 2 setiap jam 2.30 petang. 

Pastikan anda memakai life jaket dengan betul ya. Anda akan berada di tengah laut yang air lautnya biru pekat dan anda tidak tahu berapa dalam lautan tersebut. Anda akan dapat melihat coral. 

Anda akan terpegun melihat keindahannya. Pastikan anda tidak tertelan air laut dan mata anda tidak terkena air laut, kerana memang masin airnya dan bila terkena mata pedihnya.

Masa kami sampai di tempat yang dituju, ada tanda2 hujan akan turun. Langit mendung. Bot terpaksa mencari kawasan yang lain kerana tempat yang pertama kami tuju nampak bergelora. Lama juga bot mencari2 tempat yang sesuai untuk berlabuh di tengah laut. Akhirnya, dapat juga kami bersnorkeling @ open sea.

Jom kita bersnorkeling @ open sea.


Kami perlu berjalan kaki dalam 7-12 minit menuju ke bot yang akan membawa kami ke tempat snorkeling tersebut.

Akhirnya sampai di jeti yang terdapat deretan bot2 yang akan membawa penumpang. 

Inilah bot2 yang akan membawa kami ke tengah laut.

Jom kita melangkah ke bot

Bergambar dulu 1 family 

Yahooooo....jom kita turun bersnorkeling. 

Bestnya dapat bersnorkeling

Ombak kuat, Mukhriz agak ketakutan. Pelampung diberikan kepadanya untuk mengimbanginya ketika bersnorkeling. Takut2 pun lama juga berada di lautan tersebut.

Times Up!!. Semua diminta naik ke bot. Along belum puas bersnorkeling. Along merupakan pernumpang yang ke 2 last naik ke bot. Pengalaman yang menarik untuk kami sekeluarga.

Wednesday 22 April 2015

3D2N Pulau Redang - Day 1: Memilih Pakej Redang Lagoon

Kami memilih pakej yang ditawarkan oleh pihak Redang Lagoon untuk percutian kami ke Pulau Redang. 

Kami memilih Redang Lagoon kerana:
1. Pemilik chalet ini adalah Islam
2. Chalet yang berdekatan dengan pantai dan kami sangat happy dengan suasana di sini.
3. Percutian kami kali ini adalah percutian budget. 
Kami 3 Dewasa ( RM280X3=RM840 ) dan 1 kanak2 (RM160 ). Memadangkan kami book lepas 1 April, kena bayar GST 6% drpd RM1000 =RM60. Total pakej untuk kami sekeluarga, 3 dewasa & 1 kanak2 = RM1060. Life jaket(RM10 per pax), peralatan snorkeling & mask(RM10 per pax), dan tiket Marine Park(dewasa RM10 per pax dan kanak2 RM5 per pax)tidak termasuk dalam pakej ini

Sepanjang kami berada disini selama 3D2N, kami berpuas hati dengan service yang disediakan.

Makanan yang disediakan disini adalah biasa-biasa sahaja. Minum petang memang sedap, kami tak boleh lupakan kuih dan bubur yang disediakan. Makan malam yang bertemakan BBQ juga menarik kerana kami perlu membakarnya sendiri.

Bilik yang disediakan juga luas. Bilik ini bersesuaian untuk mereka yang nak habiskan masa di luar bilik dengan aktiviti yang disediakan.Bagi kami, kami happy menginap disini kerana kami dapat bilik dekat dengan cafe dan pantai. Boleh dengar desiran ombak, nyamannya.

Bagi mereka yang datang untuk habiskan masa  di bilik sahaja adalah tidak sesuai kerana tiada TV disediakan didalam bilik. Lagipun chalet ini diperbuat daripada kayu, boleh dengan setiap percakapan dari bilik2 sebelah. 

Anda boleh layari website Redang Lagoon iaitu http://www.redanglagoon.com/ untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Kami sampai @ Redang Lagoon jam 12.00 tengahari. 

Inilah itinenary kami untuk 3D2N @ Pulau Redang

Kami dihidangkan dengan menu tengahari.

Jom kita jamu selera dulu sebelum check in. 


Bilik kami dekat dengan cafe & pantai. Dari bilik kami, kami akan dengar pengumuman untuk Snorkeling Time

Inilah bilik untuk kami ber4. Ini Downstair, ada 1 queen bed dan beraircond.

Ini pula bahagian upstair, ada 1 queen bed dan 1 single bed dan berkipas. Upstair agak panas sedikit di waktu petang tetapi bila malam angin pantai memang sejuk.

Inilah tempat kami berkumpul untuk snorkeling. Buluh ini akan diketuk untuk mengumumkan tibanya waktu snorkeling. Untuk open sea(2X=2hari) adalah jam 2.30 petang dan untuk ke Marine Park adalah jam 9.00 pagi. 

Hari pertama kami sampai jam 12.00 tengahari. Badan dah  penat dan mengantuk dek kerana bangun awal untuk ke airport. Sampai2, kami lunch dulu dengan menu yang disediakan. Bila check in, tengok katil terasa bestnya kalau boleh tidur. Tapi kami perlu  bersiap sedia  untuk snorkeling @ open sea jam 2.30 petang. Kami sekeluarga berkumpul awal sedikit kerana kami perlu bayar life jacket, snorkeling & mask(tidak termasuk pakej). 

Tuesday 21 April 2015

3D2N Pulau Redang - Day 1: Kami ke Pulau Redang

11 April 2015 (sabtu) dengan penerbangan Firefly (FY2100) kami sekeluarga ke Kuala Terengganu untuk bercuti di Pulau Redang 3D2N. Penerbangan ini bertolak ke Kuala Terengganu jam 7.20 pagi dan mengambil masa 1 jam 5 minit untuk sampai ke Kuala Terengganu. Kami sampai di Kuala Terengganu jam 8.25 pagi.

Jom kita breakfast dulu dengan menu yang disediakan.

Mukhriz beli cenderamata dari Firefly 

Inilah beg kami ber3. Tak penuh pun beg tersebut. Standby untuk isi barang2 yang akan di beli di Kuala Terengganu. Usah bimbang untuk bawa beg macam ini kerana pihak chalet akan menyediakan kenderaan untuk mengangkut beg. 

Sampai di Airport kami ke kaunter teksi.Tambang teksi dari airport ke Jeti Shah Bandar lagi murah jika dibandingkan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak chalet. Jika kita menggunakan perkhidmatan chalet, RM30 dikenakan untuk seorang dewasa dan RM15 untuk kanak2. Untuk kami sekeluarga = RM105. Kami membuat keputusan untuk teksi airport kerana tambang sememangnya murah.

Tambang teksi dari airport Kuala Terengganu ke Jeti Shah Bandar cuma RM30 sahaja. Perjalanan dari airport Kuala Terengganu ke jeti Shah Bandar mengambil masa 25-30 minit.

Kami sampai di Jeti jam 9.10 pagi. Kami terus ke kaunter tiket feri. Semuanya telah diuruskan oleh pihak chalet. Banyak kaunter feri di sini. Pastikan anda ke kaunter yang disediakan oleh pihak chalet atau resort pilihan anda. Anda perlu berada di jeti sekurang-kurangnya 30 minit dari jadual feri bertolak. Anda akan diberikan tiket pergi dan balik. Tiket tersebut telah dicop tarikh dan masanya. Sila simpan tiket feri untuk pulang nanti elok2 ya. 

Inilah feri yang membawa kami ke Pulau Redang. Sebelum masuk, pekerja feri akan bertanyakan anda "chalet atau resort mana?". Pengunjung akan diasingkan mengikut chalet atau resort. Kami berada di tingkat bawah. Sila letak beg anda ditempat beg yang disediakan.

Inilah suasana dalam feri  tersebut. Beraircond dan selesa. Usah bimbang jika anda bawa anak2 kecil ataupun anda pregnant. Anda cuma perlu risau jika anda mabuk laut je. Pastikan bagi sesapa yang mabuk lauk sediakan barang yang sepatutnya seperti plastik, minyak angin, ubat dll. Alhamdulillah, kami tidak mengahadapi masalah mabuk laut kerana feri ini besar dan tak rasa ombaknya.

Bila feri bergerak, sempat ambil view sepanjang perjalanan.

View 1

View 2

Vroommmmmm feri berlabuh.....akhirnya kami sekeluarga terlena. Ngantuk oooo...bangun awal nak ke airport pepagi lagi. Perjalanan dari Jeti Shah Bandar ke Pulau Redang mengambil masa selama 1 jam 45 minit.

Kami tersedar dari tidur, bila feri seolah2 berhenti. Indahnya ciptaanMu.

Bye2 feri

Kami di transfer dari feri yang besar ke bot ini. 

Indahnya pemandangan di Pulau Redang.

Akhirnya sampai juga kami ke Pulau Redang.

Friday 10 April 2015

Kami ke Angry Birds Activity Park @ JB


Cuti sekolah bulan 3 yang lalu, 21/3/2015(sabtu) kami sempat singgah di Angry Birds Activity Park yang terletak di Komtar JBCC. Bagi pengemar Angry Birds anda bolehlah berkunjung ke sini. Beberapa gambar disertakan dalam blog ini untuk tatapan pembaca blog saya.

Terdapat 3 sesi iaitu: 10.00pagi - 1.00 tghari,  2.00ptg -5.00ptg dan 6.00 ptg-10.00 malam. (Tiket yang dibeli boleh digunakan dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam pada hari tersebut.)

Untuk maklumat lanjut sila layari website : http://angrybirdsactivitypark.my/


Sebelum masuk ke Angry Birds Activity Parks, jom bergambar dulu dengan maskot Angry Bird

Kami ambil pakej "Family Pass (4 Pax)" = RM218 (MyKad/Mykid Holder)


Pastikan anda memakai stokin sebelum memasuki kawasan ini

Inilah tag kami ber4 untuk memasuki  Angry Birds Activity Park 

Jom kita cuba aktiviti ini, bergayut dan jatuh dalam timbunan span2 ini.

Jom kita tembak menggunakan bola

Aktiviti melintasi halangan laser

Setelah 3 kali cubaan melintasi laser, akhirnya berjaya lintasi rintangan. Dapat 1 buku tulis bercoverkan Angry Birds

Jom gelungsur

Singgah sebentar di kedai Angry Birds

Beli gula2 berbentuk Angry Birds

Jom sertai games yang diadakan.