-

Monday 31 March 2014

Tiba di Sandakan

Kami memilih Sandakan,Sabah untuk cuti sekolah kali ini. Sandakan adalah bandar kedua terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu . Perjalanan mengambil masa 2 jam 50 minit dari KL ke Sandakan. Kenapa Sandakan dipilih? Sandakan dipilih kerana mahu melihat keindahan flora dan fauna.
 
Hanya 3D2N ke Sandakan? Tidak penatkah? Jawapannya tidak. Ini kerana kami akan menggunakan masa sepenuhnya untuk melawat tempat2 yang menarik.

Kami menggunakan perkhidmatan travel agent untuk ke mana2 kerana memudahkan kami untuk ke sesuatu tempat dan dapat mendisplinkan anak2 tentang masa. Anak2 akan diberikan itinerary agar mereka peka terhadap masa dan tidak boleh lengah2.  Sekarang anak2 saya pun dah besar, lagi senang untuk aktiviti lasak. Masa mereka kecil pun mereka dah dibiasakan dengan aktiviti begini jadi kami tidak menghadapi kesukaran untuk melihat tempat-tempat menarik.

  23 Mac 2014. Perjalanan dari KL Ke Sandakan mengambil masa 2 jam 50 minit.

Nasi Lemak Pak Nasser menjadi pilihan breakfast kami kali ini. 


Sampai di Sandakan Airport, pihak Borneo Sandakan Tours telah menunggu kami. X3=3 dewasa. Along dah sekolah menengah, sudah dikira dewasa.



  Sampai sudah di Sandakan. Bandaraya Semula Jadi.


Singgah lunch @ Restoran Pinggan Besar. Besar betul pinggan yang disediakan untuk lunch.


Setiap round about ada maskot tertentu seperti crocodile, orang utan, lobster dll.

Kami hanya menginap di hotel 3 star iaitu Pavilion Hotel. Family Room cuma RM440 untuk 2 malam termasuk breakfast. Hotel ini selesa ,baru & terletak berdekatan dengan airport