-

Monday 30 March 2015

Dinner @ Tip Top B.B.Q Ikan Bakar, JB

Hari pertama kami menginap di Thistle Hotel JB, kami menikmati makan malam di Tip Top B.B.Q Ikan Bakar yang terletak di Medan Selera Sg Chat, JB. Hanya 5-10 minit sahaja untuk ke tempat ini dari hotel. Tempat ini direkmenkan oleh salah seorang staf hotel setelah saya tanya "kat mana tempat makan yg best dan dekat dari hotel".

Jam 6.30 petang kami dah berada di Medan Selera ini.  Tip Top B.B.Q Ikan Bakar  terletak di hujung jalan dan bersebelahan dengan kedai no 1. Jom kita order makanan. Ikan bakar adalah menu utama bagi pengunjung ke tempat ini. Namun kami tidak order ikan bakar tetapi kami order seafood sahaja.

Kami order udang goreng butter. Untuk 300g udang = RM24. Baby carb celup tepung. Kepah masak kicap bercili dan sotong bakar bercili. Harga untuk 4 menu ini cuma RM63. Rasanya memang sedap, yummy yummy licin semuanya.

Kat medan selera ni, kita kena order nasi tempat lain. Order air tempat lain. Bila order sampai kita kena terus bayar. Service di sini pun cepat.

Dinner @ Tip Top B.B.Q Ikan Bakar

4 menu kami order di sini

Sotong Bakar Bercili

Baby crab celup tepung

Kepah masak kicap bercili

Udang goreng goreng butter

2 air tembikai, 1 air laici & 1 ais jelly = RM20

Deretan kedai di Medan Selera ini

Wednesday 25 March 2015

Cuti Sekolah : 3D2N @ Thistle Hotel, JB

Cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga bercuti ke Johor Bharu. Percutian kali ini adalah percutian yang tak dirancangkan. Setiap kali tiba musim cuti sekolah anak2 pasti sibuk bertanya "kita pergi mana cuti sekolah ni? kita balik kampung tak?".  Cuti sekolah bulan 3 tahun lalu kami ke Sandakan selama 3D2N.  

Kebiasaanya bila cuti sekolah kami akan memilih sama ada balik kampung atau pergi jejelan. Tapi memandangkan cuti raya hari Cina yang lalu (Feb 2015)  kami dah balik kampung, di mana kami terpaksa menempuh jem masa balik dr kg ke KL (11 jam perjalanan baru sampai KL).  Maka untuk balik kampung lagi cuti sekolah adalah tidak mungkin.

Sejak 2 mejak ni En.H pula sibuk dengan kerjanya, maka En.H dah pesan pada saya JANGAN book mana2 untuk cuti sekolah bulan 3 kerana dia tersangat sibuk.

Bila anak2 sibuk duk tanya, mulalah En.H berubah fikiran. Katanya "kalau papa dah settle kerja, kita pergi tempat yang dekat2 je, yang penting papa nak rehat sahaja'. kalau kerja papa tak settle juga, nanti bln 4, papa dah plan nak bawa anak2 ke pulau'.

Rabu petang, dapat call dari En H katanya "book lah mana2 hotel untuk 3D2N, kita bawa anak2 duk hotel dan main kolam, yang penting nak cuti dan nak bersama anak isteri". Saya apa lagi "Baiklah". Yes!, Yes! dapat gak berjalan. Survey sana survey sini, harga hotel last2 ni memang mahal nak2 bila cuti sekolah ni. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menginap di Thistle Hotel JB. 

Bila dah dapat persetujuan En.H maka terus call hotel untuk book bilik. Esoknya khamis (19/3/2015) kami ke Johor. Hari khamis - ahad ada raptai untuk hari kemahkotaan Sultan Johor. Sepanjang jalan di Johor terdapat banner "Daulat Tuanku".

1st day (khamis 19/3) - Rehat2 di hotel & main kolam. Malam keluar makan seafood bakar.

2nd day (jumaat 20/3  - Main kolam lagi. Tengahari ke rumah adik di Pulai Indah untuk solat jumaat & makan tenghari. Malam keluar makan steamboat & tauhu bakar.

3rd day (sabtu 21/3)  - Main kolam & check out hotel. Seterusnya kami ke Angry Bird Activity Park. Malamnya kami tidur di rumah adik.

4th day (ahad 22/3)  - Lepas subuh bertolak balik KL dan sampai KL jam 10.30 pagi.



3D2N @ Thistle Hotel


Book bilik mengadap pool. Sampai2, Mukhriz dah tak sabar2 nak ke kolam.
Bilik yang selesa
2 hari breakfast hotel. Suka, suka tak payah fikir nak masak apa pepagi hari.


Pilih meja breakfast menghadap kolam, Mukhriz asyik duk tengok kolam - dah ada orang ke tak nak main kolam juga





Pepagi lagi Mukhriz dah ke kolam. 


Saya tak turun main kolam. Kasi En.H je layan anak2.


Daulat Tuanku

Tuesday 24 March 2015

Pameran LEGO CITY @ Mid Valley

Cuti sekolah yang lalu, saya dan Mukhriz ke Midvalley pada hari selasa 17/03/2015 semata-mata untuk Pameran LEGO CITY yang diadakan di Centre Court (CC), Ground Floor.  Pameran ini berakhir pada 22/03/2015(Ahad).

Mukhriz memang minat mengumpul LEGO CITY. Banyak juga koleksi LEGO CITY telah di jadikan koleksinya. 

Setiap pembelian LEGO bernilai RM100 keatas, melayakkan anda untuk menyertai peraduan yang disediakan. Melalui peraduan tersebut anda layak mendapat 1 kereta LEGO polis, sijil penyertaan dan poster. Selain itu terdapat juga lucky draw di mana anda akan mendapat salah satu daripada 12 character LEGO yang berharga RM14.90 setiap 1. 

Mukhriz tidak melepaskan peluang ini untuk memiliki 1 koleksi LEGO CITY dan menyertai peraduan yang diadakan.

Jom tengok gambar2 di bawah.

Pameran LEGO CITY ini berakhir pada 22/03/2015(Ahad)

Decoration LEGO 

Decoration LEGO 

Decoration LEGO 

Decoration LEGO 

Bergambar dengan  LEGO 

Poster LEGO CITY
JOM sertai 

Jom beli LEGO sebelum menyertai MISSION tersebut



Sila tunjukan resit pembelian dan isi borang yang disediakan

Inilah part of LEGO yang akan digunakan untuk membina kereta LEGO polis. Anda akan diberikan sebekas LEGO untuk membina kereta LEGO polis.

Jom kita bina. YESS! DONE. Dapat kereta LEGO polis ini untuk dijadikan koleksi
2nd task : Jom cari 10 penjahat dalam LEGO CITY. YESS!!. Dapat Sijil Penyertaan

Mukhriz happy dapat menyertai peraduan tersebut dan dapat complete kan MISSION tersebut. Dapat kereta LEGO polis, sijil penyertaan dan poster LEGO.

Bergambar dengan maskot LEGO CITY.
Dengan pembelian LEGO RM100 ke  atas melayakkan anda untuk lucky draw. Jom kita ke 3rd floor untuk ke kedai BOX OF BRICKS. Kedai tersebut berdekatan dengan GSC. Kami juga sering ke sini untuk membeli LEGO.

Jom kita pilih salah 1 character LEGO daripada 12 character.

normal
Pilih punya pilih. Bila buka tengok2 character tersebut dah ada pun. Tak pe tak pe. Bertambah lagi koleksi character yang ada.

Sunday 1 March 2015

Genap Setahun Bergelar Surirumah


Sungguh cepat masa berlalu meninggalkan kita dimana pada hari ini tanggal 01/03/2015 genaplah setahun saya bergelar "SURIRUMAH". 

Setelah hampir 16 tahun berkecimpung dalam bidang IT akhirnya pada tanggal 28/2/2014 menjadi hari terakhir saya bekerja. Maka tanggal
01/03/2014 saya tidak lagi bekerja.

Satu keputusan yang  memerlukan pertimbangan yang sedalam-dalamnya kerana banyak faktor yang perlu diambilkira. 


Namun syukur yang tak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya  segalanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.


Sejujurnya target saya untuk ingin menjadi surirumah sepenuh masa adalah pada tahun 2014 iaitu apabila  Feqah Insyirah masuk ke Tahun 1.


Walaupun arwah Feqah telah kembali ke Rahmatullah pada Mei 2012 ketika berusia 4 tahun 10 bulan namun hasrat tersebut tetap jua diteruskan memandangkan Hisyraf masuk alam persekolahan menengah pada tahun 2014 dan memerlukan perhatian yang lebih khusus dalam proses pembesaran & pembelajarannya. Begitu juga dengan Mukhriz yang telah masuk Tahun 3.


Tambahan pula, pada masa itu kami juga dalam proses perpindahan ke rumah baru di Shah Alam pada penghujung 2014 dimana kami akan menempuhi suasana kehidupan yang baru, maklumlah akan dapat jiran-jiran baru, anak-anak juga akan berpindah ke sekolah baru setelah hampir 13 tahun menetap di Bandar Kinrara.


Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik setakat ini. Saya dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada suami dan anak-anak. Kami juga telah selamat berpindah ke rumah baru pada akhir Disember yang lalu.


Sesungguhnya saya amat gembira dengan keputusan yang telah saya buat. Seringkali pertanyaan "tak boring ke duduk rumah?" diajukan kepada saya namun bagi saya tiada istilah boring dalam kamus hidup saya kini. Malahan saya lalui kehidupan ini dengan penuh kegembiraan, ketenangan dan kesyukuran bersama ahli keluarga. 


Bagi saya, apa yang penting ialah keikhlasan niat kita dalam membuat sesuatu perkara. Sekiranya kita betul-betul ikhlas ingin menjadi surirumah sepenuh masa demi untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan mempertingkatkan amal ibadah kita, Insya Allah, segalanya akan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.