Semalam 24 Jan 2012 Along diserang lelah / asma. Semalamkan public holiday(Maulidul Rasul), maka banyak klinik yang tutup. Selalunya kami ke K*MC Puchong. Tapi semalam kami try terjah di Klinik baru yang terletak berdekatan tempat AlongTuisyen.
Alhamdulilah klinik itu buka. Tak payah nak ke K*MC Puchong. Klinik tersebut ialah Klinik Daljeet Sandhu. First time datang sini, sangat suka dengan layanan Doktor yang bertugas dan penerangannya pun jelas. Ramah dan baik doktor yang bertugas itu. Lain kali boleh datang sini lagi sebab dah ada rekod perubatan di sini.
Along dah kena ambil dos remaja / dewasa, alahai anak mama dah meningkat remaja / dewasa rupanya. Kejap je masa berlalu.
First time dapat ubat dalam beg kertas ini. Sangat sesuai untuk proses kitar semula. Kertas senang di lupus berbanding plastik. Yang menariknya terdapat tisu poket diletakkan dalam beg kertas ini. Sangatlah sesuai dapat tisu tersebut sebabnya masa itu Along ada selsema dan juga batuk, bolehlah guna tisu itu terus.
Bila dapat bil. Alhamdullilah, cuma RM78. Jauh bezanya jika dibandingkan dengan K*MC Puchong yang kadangkala cecah RM1**++. Bil ini atas nama saya sebab senang saya nak claim(medical claim ofis) nanti.
No comments:
Post a Comment