Al-Fatihah buat arwah. Allah lebih menyayangimu |
Feqah Insyirah dilahirkan pada hari Jumaat jam 2.09ptg , 27/07/2007. Arwah Feqah telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat jam 8.50mlm, 25/05/2012 dalam pangkuan papanya. Arwah selamat dikebumikan di Kelantan pada hari Sabtu jam 9.15 mlm 26/05/2012.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Arwah meminta air dari saya. Kemudian saya menunaikan solat Maghrib. Selesai solat saya melihat badannya mengigil dan matanya memandang ke atas. Saya memanggil En.H. Papanya terus memeluk Arwah dan kami di bawa ke Hospital Annur, Bangi dengan bantuan Ika. Dalam pelukan papanya, saya dan papanya mendengar hembusan terakhir arwah sebelum sempat sampai di Hospital.
Ya Allah, kami reda dengan pemergiannya. Sesungguhnya kehadirannya membuat kami(saya, En.H, along dan Mukhriz) begitu bahagia walau hanya SEKETIKA BERSAMANYA. Sesungguhnya kami sangat sayang padanya.
Kini kami begitu terasa suatu kerinduan yang tak digambarkan dengan kata-kata. Semoga kami tabah mengharungi kehidupan tanpa arwah disisi.
Kini kami begitu terasa suatu kerinduan yang tak digambarkan dengan kata-kata. Semoga kami tabah mengharungi kehidupan tanpa arwah disisi.
Banyakkan sabar & tabahkan hati ye Pekjah. Syurga sudah tentu tentu tempatnya di sana.
ReplyDeleteSebagai seorg ibu, saya bole rase ape yg akak rasa..
ReplyDeletepekjah...salam takziah dr aku...kuatkan semangat...
ReplyDeleteSalam ter come across blog puan
ReplyDeleteterjumpa entry ni
Al Fatihah untuk arwah anak puan
semoga puan tabah