-

Tuesday 29 January 2013

Kuiz: Jawi & Khat Sempena Maulidur Rasul

Tempat ke 3. Kuiz: Jawi & Khat Sempena Maulidur Rasul

Jumaat lepas, Sekolah Kebangsaan anak2 saya mengadakan Sambutan Maulidul Rasul. Setiap kelas untuk Tahap 2 iaitu Tahun 4,5 dan 6 diadakan kuiz.

Along menang tempat ke 3 untuk kuiz tersebut. Kuiz tersebut ialah menulis jawi dan khat bertema Maulidur Rasul 1434H. Tema Maulidul Rasul untuk tahun ini ialah "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH".

Along gembira kerana mampu mengeja / menulis jawi dan khat dengan tepat berdasarkan tema Maulidur Rasul 1434H iaitu "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH". 

Inilah pencil case yang bertemakan SpongeBob

Along kata dia nak guna pencil case SpongeBob di rumah sahaja sebabnya ada gambar kartun SpongeBob. Along dah besar, dah tak sesuai dan pakai alatulis yang ada gambar Kartun. Dah besar dah anak mama ni.

No comments:

Post a Comment