-

Showing posts with label Kampung Halaman. Show all posts
Showing posts with label Kampung Halaman. Show all posts

Monday, 15 December 2014

9 hari di kampung halaman




Bila cuti sekolah, kami pastinya tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman. Seronok bila dapat bersama ahli keluarga tersayang. 

Kebiasaannya, bila cuti sekolah akhir tahun, anak2 saya akan berada di kampung halaman lama kerana tidak mahu ke nursery. Mereka lebih seronok tinggal dengan atuk dan neneknya walaupun terpaksa berpisah dengan mama dan papanya.Namun, tahun ini, memandangkan saya sudah tidak bekerja lagi, maka anak2 cuma balik sekejap sahaja di kampung halaman. 



9 hari di kampung halaman cukup bererti buat kami. Pulang dari kampung demam pula melanda, nak update blog pun malas dibuatnya. Sekarang ni, semakin lama semakin malas nak update blog.

Tuesday, 17 June 2014

Cuti sekolah yang lepas, kami balik kampung




Cuti  sekolah yang lalu, kami balik kampung selama 5D4N. Balik kampung kali ini memang penat kerana terpaksa berulang alik ke hospital dek kerana Abah/bapa mertua dimasukkan ke hospital KB. Abah diwadkan di Wad Bendahara yang terletak di tingkat 4.


Tiap-tiap hari kami akan ke hospital melawat Abah. En.H tidak melepaskan peluang untuk bermalam di hospital menjaga Abahnya. Bukan kami saya yang pulang, adik beradik saya dan adik beradik En.H ramai juga pulang semepena cuti sekolah. Seronoklah Along & Mukhriz.


Cuaca di Kelantan terasa bahangnya, suhunya mencecah 42 darjah. Sempat ke Renaissance Kota Bharu merehatkan badan.



Mukhriz yang seronok main kolam. Suruh naik pun kata "jap, jap". Bukan selalu balik kampung duk hotel.




Kami ke Pantai Cinta Berahi(PCB) setelah anak2 kelaparan main kolam. Kami order 3 maggi ketam nipah. Order jangan tak order, masa order tak tengok harganya. Masa bayar mak aiiiii, mahalnya. Semangkuk maggi ketam ini ialah RM40. Tang manggi ketam je dah RM120(RM40X3). Belum bil-bil lain. Memang tahu ketam ni memang mahal tak sangka rega RM40 semangkuk, ingatkan dalam RM25-30 sahaja.



Inilah rupa maggi ketam nipah itu.  Terdapat udang, sotong dan telur dimasukkan dalam maggi ketam ini.




Kami diberikan tukul ini. Terkejut jugak kami untuk apa. Maklumlah first time makan ketam ini.



Kulitnya keras rupanya. Time makan tu kelentang kelentung 2 beradik ni mengerjakan ketam2 itu.

 

Selain maggi kami order ikan celup tepung dan colek bebola. Sedapnya. Minuman yang diorder ialah fresh orange dan air kelapa. Kekenyangan kami. Bila bayar, cecah RM200. 


Inilah keadaaan bila balik kampung, anak2 main dan main dengan sepupu saya. Rumah saya dekat dengan rumah nenek. Bila cuti sekolah ramai cucu nenek saya balik kampung. Jadi anak2 saya seronoklah ada geng ramai. Boleh main bola, badminton, mancing dll. Sebab tu, asal cuti sekolah hujung tahun anak saya request nak duk kampung.




Saya 8 beradik, kebetulan balik kali ini. Adik2 saya pun balik kampung. Seronok makan ramai-ramai. Bukak tikar, hidang makanan dan makan ramai2. Meriah suasana dibuatnya. Pepagi macam2 request, nak makan nasi kerabu lah, nasi berlauk lah, nasi daganglah. Dan semestinya beli kuih akok.



Bila balik kampung request sup tulang rusuk. Memang sedaplah masakan mak. Bila time basuh pinggang masing2 ngelat. Last2 adik bongsu yang kena basuh. Muncung je sebab asal balik ramai2 dia yang banyak kena. Masing2 kata susah anak kecil. Yang saya anak besar pun ngelat juga, dengan alasan "bukan sokmo pun balik, time nilah nak rehat2".



Bila time cuti sekolah, mesti ada kenduri kahwin. Malasnya nak gi kenduri dah la cuaca panas, jalan jem lak sebab ramai perantau2 balik ke kampung. Sedara dekat2 je kami pergi. Ini kenduri sepupu saya. Dah petang baru kami sampai disini. Anak2 awal2 dah sampai sebab ikut adik2 saya.



Sebelum balik ke KL. Beli serunding ayam, ikan dan daging untuk bekal bulan posa. Inilah serunding yang dibeli untuk kami 4 beradik untuk dibawa pulang.

Wednesday, 26 March 2014

Wordless WednesdaY - Balik Kelate

google image

Cuti sekolah tak sah kalau tak balik kampung. Semalam baru baru sampai dari Sandakan. Petang ni pula, kami akan pulang ke kampung halaman di Kelantan untuk pulang berjumpa ibu & ayah. 

Dan pastinya kami akan pulang menziarahi pusara arwah Feqah Insyirah. Tunggu mama dan papa ya duhai anakku, Feqah Insyirah. Mama dan papa akan menziarahi pusaramu sepanjang berada di kampung halaman nanti. Ya Allah, permudahankan perjalanan untuk pulang ke kampung yang mengambil masa 7-8 jam.


Wednesday, 5 February 2014

Maggi KetaM

Masa balik kampung, kami sempat makan Maggi Ketam Special ini. Memang sedap rasanya. Bukan sekadar ketam, malah terdapat juga udang, ayam dan daging dalam maggi ini. Nyum-nyum. Dua2 belah tangan comot dibuatnya.

Maggi Ketam

Sedapnya

 Kami juga order Mee Bandung.


Minuman pilihan kami pada masa itu


Penambah perisa

Disinilah kami makan Maggi Ketam

WordLess WednesdaY - 5 hari di Kampung Halaman


Kampung halaman kami berlatarkan sawah padi. Tenang & damai.


30 Jan 2014 bertolak ke kampung halaman jam 6.30 pagi. Perjalanan cuma 7 jam. 5 hari kami berada di sana. Setiap hari menziarahi pusara anakku, arwah Feqah Insyirah. Syukur diberi peluang untuk menziarahi pusaranya. Terlepas rindu yang mendalam terhadapnya.

Tenang dan damai bila bersama mak & ayah serta ma & abah. 3 Feb 2014 bertolak dari kampung ke KL. 10 jam perjalanan untuk sampai ke KL kerana terpaksa menempuh jem.

Friday, 20 December 2013

Menu Breakfast Ala Kampung


Beginilah menu breakfast ala kampung. Bila balik kampung macam2 nak makan. Mula la request suruh ayah beli itu dan ini.Antara menu-menu yang sering direquest ialah nasi dagang, nasi kerabu dll. Pelik pula ayah tengok saya sibuk duk snap gambar ni.


Nasi dagang + Gulai kuning ikan tongkol

Nasi berlauk + kari ayam

Nasi kerabu putih + ayam bakar

Nasi impit + satay + kuah kacang

Nasi berlauk + Kerutuk Daging

Thursday, 19 December 2013

3 hari @ Kampung Halaman

Malam ini jam 10.00 malam akan pulang ke kampung halaman untuk berjumpa keluarga dan anak-anak. Tiba masanya untuk membawa pulang Along & Mukhriz ke KL. Pasti seronok berada di kampung selama 3 hari. Ahad malam dengan penerbangan terakhir kami akan kembali ke KL.

Thursday, 28 November 2013

Sampai Sudah Di Kampung Halaman



Alhamdulillah, sampai sudah di kampung halaman. Waktu berjumpa suami, anak2 dan ahli keluarga di kampung halaman.

Tak sabar rasa hati untuk menunngu esok pagi, mama terlalu rindu kamu nak, mama akan menziarahi pusara mu esok anakku arwah Feqah Insyirah. Tunggu mama ya. Moga esok pagi  tidak hujan kerana ingin menziarahi pusaramu duhai anakku.

Tuesday, 19 November 2013

Bila Cuti Sekolah Hujung Tahun


Bila tiba cuti sekolah hujung tahun, anak2 saya akan berada di kampung halaman. Mereka tak mahu ke taska/nursery. Kata mereka sangat2 membosankan bila berada di taska/nursery masa cuti sekolah. Ini kerana kawan2 di taska/nursery ramai dan bising.

Sabtu lepas, adik saya mahu pulang ke kampung. Maka, Mukhriz pulang bersama pakciknya dengan penerbangan pertama Firefly pada sabtu lepas. Atuk dan nenek menunggu kepulangan cucu yang akan menghiburkan mereka nanti.



Hanya Mukhriz saya yang pulang ke kampung buat masa ini. Along masih berada di KL kerana perlu membuat pendaftaran untuk Sekolah Menengah dan perlu membuat kad pengenalan. Along dah kesunyian tak de ada. Along asyik bertanya "bila Along boleh balik kampung". Sabar ya nak, selesai urusan Along nanti, kita pulang ke kampung. MAka terpaksalah Along ikut papa ke ofis setiap hari sementara menunggu hari pulang ke kampung halaman. Beginilah, perasaan saya setiap kali tiba cuti sekolah hujung tahun. Terpaksa berpisah dengan anak2 kerana anak2 tidak mahu ke taska/nursery.


Thursday, 17 January 2013

Selesai Sudah Urusan di Kampung


Saya pulang ke  kampung atas urusan ayah yang akan menjalani satu pembedahan kecil di Hospital Raja Perempuan Zainab II, KB. Selama 2 hari saya menghabiskan masa di hospital. Ketika ini juga Abah (bapa mertua) saya juga berada di hospital. Ayah ditempatkan di wad 30(tingkat 3) manakala Abah (bapa mertua) berada di wad 29 (tingkat 2).

15/01/2013 saya sampai di hospital jam 12 tengahari. Selama 5 jam saya berada dihospital melawat ayah dan abah. Kejap2 berada di tingkat 2, kejap2 di tingkat 3. Jam 5++ petang saya pulang ke rumah saya di kampung yang terletak hanya 25 minit dari hospital.

16/01/2013 ayah dimasukkan ke bilik bedah. Pembedahan dijalankan selama 2 1/2 jam. Alhamdulillah segalanya telah selesai dan ayah dalam keadaan baik. Pada malam 16/01/2013 dengan penerbangan akhir saya pulang ke KL.

17/01/2013 jam 12 tgh saya mendapat sms dari adik saya mengatakan ayah sudah dibenarkan pulang ke rumah. Alhamdulillah.

Suasana pagi di hadapan Dewan Bedah

Jam 9.04 ayah di masukkan di Bilik Bedah 4

Jam 11.37 ayah di masukkan ke Bilik Pemulihan setelah selesai pembedahan

Jam 12.13 ayah di masukkan ke wad 30. Alhamdulillah.

Jam 10.45 dengan penerbangan AK6447 saya kembali ke KL

Tuesday, 15 January 2013

Permudahkan segala urusanku



Hari ini saya kan berada di kampung/ kelantan kerana ayah dimasukkan ke hospital. Pulanglah saya dengan penerbangan AK 6434 jam 10.15 pagi nanti. 

Hanya saya sahaja yang akan pulang ke kampung melawat ayah. En.H perlu urusan kerja yang  diamanahkan dan anak2 perlu ke sekolah. Tambah2 lagi along tahun ini akan menduduki UPSR.


Ya Allah permudahkan segala urusan ayahku, moga selamat menjalani pembedahan pada hari ini.

Ya Allah permudahkan juga segala urusan suami dan anak2 sepanjang aku tiada disisi mereka.

Duhai arwah Feqah Insyirah, mama akan menziarahi pusaramu. PAstinya mama tidak kuat tanpa Papa ketika menziarahimu nanti. Sesungguhnya mama sayang dan rindu kamu.

Pulangnya saya kali ini, tidak akan melepaskan pulang untuk melawat bapa mertuaku yang juga masih di hospital.

Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini dengan tenang dan sabar.

Sunday, 23 December 2012

Sebelum Pulang Ke KL - Jom ke Kedai Keropok Dulu


Ke Kedai Keropok berdekatan kampung halaman untuk membeli keropok pesanan kawan & jiran
Pelbagai keropok keping yang dijual secara timbang


Pelbagai keropok keping & keropok segera pedas
Sos pencicah pelbagai jenama

Ada juga dijual mangga muda yang dimakan dengan gula yang dikisar dengan cili. Nyum-nyum




Friday, 21 December 2012

Rehat Sebentar Menjamu Selera

Nasi + Daging Masak Merah  & Mee Sup

Memandangkan bapa mertua masih berada di Hospital maka saya berulang alik ke hospital. Anak2 jarang ikut. Kata mereka "boring sebab kalau mama dan papa pergi hospital mesti lama". Iyalah bukannya kami duduk di Kelantan. Sementara ada di Kelantan inilah kami meluangkan masa yang sepatutnya untuk melawatnya di Hospital. Kalau dah balik KL nanti sah2 tak boleh nak pergi melawat.

Hari dah senja kami pun keluar dari hospital. Isyarat kelaparan sudah berlegar2. Apa lagi singgah sebentar menjamu selera. Inilah menu kami kali ini. Untuk anak2 kami tapau untuk bawa pulang.

Air tembikai & Sirap Bandung

Thursday, 20 December 2012

Sudah Sampai di Kelantan


Dengan penerbangan Airasia AK 6432 KL-KB. Kini saya & En.H sudah sampai di Bumi Kelantan. Sejak Nov 2012 & Dec 2012 sudah berkali2  menggunakan perkhidmatan ini. Kali ini kami pulang untuk mengambil anak2 (Along & Mukhriz) ke KL.

Memandangkan bapa mertua masih berada di hospital. Maka kami juga akan berulang-alik ke Hospital. Anak2 berada di kampung sejak 14 Nov 2012 lagi. Dan kini, sudah tiba masanya untuk membawa mereka pulang ke KL kerana sesi persekolahan 2013 akan bermula tak lama lagi. Beginilah keadaan setiap kali cuti persekolahan akhir tahun. Anak2 lebih suka berada di kampung berbanding di nursery.

Balai Ketibaan - Sultan Ismail Petra Airport

Thursday, 13 December 2012

4 hari berulang alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu

Jam 10.50 8/12/12 kami mendapat panggilan telefon dari kampung menyatakan abah (bapa mertua) berada di ICU di hospital kerana keadaan kesihatan yang tidak stabil. Hari sabtu kami tak rehat memandangkan menghadiri 2 kenduri. Keadaaan badan yang penat membuatkan kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung selepas subuh. Jam 6.00 pagi pada 9/12/12 kami bergerak ke Kelantan bersama adik-beradik. Akhirnya kami sampai ke kampung halaman jam 3.00 ptg setelah hampir 9 jam perjalanan. Kami singgah ke rumah dulu, membersihkan diri dan solat  sebelum ke hospital. 




Sampai di hospital kami terus ke ICU kerana jam 5.00ptg - 7.00ptg adalah masa melawat. Sayu melihat keadaan abah yang penuh dengan wayar2. Ya Allah lindungilah abah dan permudahkan segala urusan abah. Air mata mengalir tanpa diminta, rasa tidak sanggup melihat keadaaan itu. 

Namun ku gagahi jua memandang keadaan abah yang tidak stabil. Pelbagai dugaan dilalui tahun ini, pulangnya anak yang dikandung masih terbayang2 disanubari. Kini berhadapan dengan abah pula yang sakit.


Berulang alik kami ke hospital selama 4 hari. Namun peluang untuk menziarahi pusara anak (arwah feqah Insyirah) tidak dilupakan.  Kami( saya & En.H) yakin kami mampu lakukan yang terbaik. Hanya dengan pertolonganMu Ya Allah kami lalui semua ini dengan penuh kesabaran.
 

Akhirnya abah dipindahkan dari ICU ke wad 29. Kami tidak boleh lama di kampung kerana kami ada kerja yang pelu diuruskan di KL. Kami berharap abah beransur baik. Kami samapai di KL jam 3 pagi 13/12/2012.