-

Wednesday 23 January 2013

Mari nikmati Walls Selection Gold

Petang sabtu selepas ambil Mukhriz dari Karate, saya singgah di Giant Bandar Kinrara untuk membeli beberapa barang dapur. Sesi tinjau meninjau di Giant membuatkan Mukhriz berhenti di tempat Ice-Cream.

Inilah perbualan saya dan Mukhriz.

Saya : Mukhriz nak ice-cream ni ke?

Mukhriz : Nak. Mama ada duit x?

Saya : Ada. Pilihanlah mana satu yang Mukhriz nak.

Mukhriz : Boleh x Mukhriz beli 2?

Saya : Kenapa nak beli 2?

Mukhriz : 1 Mukhriz nak beli yang Hazelnut Brownie dan 1 lagi Berry Strawberry

Saya : Pilihan satu je la Mukhriz. Kita try perisa baru nak x? Sambil menunjukkan gambar perisa baru tersebut

Mukhriz : Boleh la mama, 2 ice-cream ni. Mama ingat x yang Feqah suka makan ice-cream Berry Strawberry ni. Mukhriz & Along suka Hazelnut Brownie 

Tetiba saya terdiam. Dalam hati berkata "patutlah Mukhriz berhenti di tempat ice-cream ini, Mukhriz teringatkan adiknya (arwah Feqah Insyirah). Maka saya pun mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah walaupun masih ada benda yang belum dibeli. Ini kerana saya tersentuh dengan percakapan Mukhriz dan membuatkan saya mengimbas kenangan ketika arwah makan ice-cream ini.

Banyak kenangan yang ditinggalkan oleh arwah Feqah Insyirah kepada kami. Kekadang hati akan tersentuh apabila terpandang / teringat sesuatu kegemaran arwah Feqah Insyirah.  Pastinya arwah Feqah Insyirah lebih bahagia di alam sana.

Ice Cream : Wall Selection Gold
Perisa Berry Strawberry & Hazelnut Brownie menjadi pilihan Mukhriz.

Sekarang Mukhriz pun dah kuat makan. Risau takut jadi gemuk macam along

No comments:

Post a Comment