-

Thursday 3 January 2013

Bila dapat timetable sekolah



Bila sebut bab2 timetable sekolah anak. Apa yang anda fikirkan?


Bagi saya perkara pertama saya tengok adalah bila PJ. Kenapa?
  1. Sebab bila PJ anak2 pakai baju sukan. Sangat suka sebab jimat sepasang baju untuk digosok.
  2. Kena pastikan bila hari sukan sebab nak make sure anak2 pakai baju sukan pada hari yang betul.
  • Seminggu 2 kali pakai baju sukan untuk sekolah kebangsaaan bagi Mukhriz.
  • Dan hanya sekali sahaja untuk along bagi sekolah kebangsaaan kerana along dah Tahun 6.
  • Bagi sekolah agama, semua murid2 diminta memakai baju sukan setiap hari Rabu.

Perkara ke 2 bila ada subjek lukisan? 

Setiap kali anak pulang sekolah pada hari ada lukisan. Saya akan tanya anak2 apa yang patut mereka bawa untuk minggu depan. Jika tak terus tanya, anak2 akan lupa apa yang perlu dibawa. Sah2 malam sebelum itu mereka nak itulah nak inilah. Kalau benda dah ada kat rumah tak apa. Kalau benda yang tak ada mahu angin juga kalau dah nak tidur baru kasi tahu.

Cth. Kalau hari khamis ada lukisan. Lepas balik sekolah hari khamis tuu saya terus tanya apa yang perlu dibawa untuk minggu depan. Senang nak ingat kalau barang tersebut tak ada boleh terus beli. Kadang2 cikgu nak kertas warna, manila kad dll. Walaupun ada tertulis dalam buku info anak kadangkala terlepas pandang.

No comments:

Post a Comment