-

Wednesday 30 January 2013

Along menang tempat ke 3 pertandingan Poster

Semalam Along menang lagi. Along mendapat tempat ke 3 mewarna poster untuk Tahun 6. Kali ini along dah buka hadiah itu di sekolah lagi.  Hadiah untuk mewarna poster tersebut ialah pencil 2B (6 batang), pembaris dan pemadam.

Lepak @ ParkRoyal Hotel KL

Selepas Hi-Tea kami lepak2 @ ParkRoyal di Level 6. Sesi untuk Along dan Mukhriz mandi kolam. Kami dibawa ke sini oleh En.S. En.S merupakan kawan sekolah En.H yang bekerja disini. Anak2 saya memang rapat dengan En.S kerana kami sering berjumpa.

2 hidangan ais leman tea diberikan kepada saya & En.H. Dan anak2 pula diberikan 2 towel. Sembang2 kejap disini,  kemudian En.S tinggalkan kami seketika kerana dia ada urusan yang perlu diselesaikan.

Anak2 terus mandi kolam. En.H pula bila nampak newspaper, apalagi sesi merehatkan minda katanya. Time dia baca newpaper jangan la duk sembang dengan dia, memang tak dilayannya. Habis tu, apa saya nak buat. Maka saya pun mengambil keputusan untuk tidur dengan lenanya di atas kerusi yang disediakan. Maklumlah perut dah kekenyangan. Waktu untuk membesarkan badan. ZZZZZ.

Jam 5.30p.m En.S datang semula ke tempat kami dan sembang2 sampai jam 6.30p.m. Sesi Kami diberikan free parking, semua itu diuruskan oleh En.S. Terima kasih En.S. 


Disinilah kami santai2 sambil melihat anak2 mandi kolam.


Haagen Dazs juga ada dijual disini



2 hidangan ais lemon tea.

2 beradik yang sedang main kolam

Minum dulu.

Susunan Towel.

Tuesday 29 January 2013

Hi-Tea @ ParkRoyal Hotel KL

26 Jan 2013 (Sabtu) kami ke ParkRoyal Hotel  KL untuk menjamu selera. En.H menempah Hi-Tea @ Chatz Brasserie. Dah lama kami nak makan2 sempena aniversary kami yang ke 12 Disember tahun lalu, namun keadaan kesihatan kami sekeluarga tidak mengizinkan.

Memandangkan weekend lepas cuti bersambung maka En.H pun book Hi-Tea ini. Mula-mulanya En.H nak book pada  27 Jan 2013 (Ahad) tapi fully book, maybe cuti bersambung kot. Maka kami  memilih untuk Hi-Tea@ Chatz Brasserie pada hari Sabtu. Terpaksalah Mukhriz tidak menghadiri kelas Karate pada sabtu lepas.

Hi-Tea ini berharga RM58 + Tax untuk dewasa, manakala kanak2 half price iaitu RM29 + Tax . Along dan Mukhriz half price. Maka kami membayar RM58 X 3 X Tax. Menunya sedap dan puas hati.

Mukhriz pengemar Lamb, berselera sungguh dia menikmati Lamb + Rosemary Sauce. Yang specialnya di sini, untuk dessert terdapat ice-cream Haagen Dazs. Yummy2. Berkali2 kami mencubanya.

Terima Kasih Ya Allah kerana dengan izinMU kami layari perkhawinan ini dengan Kebahagiaan. Syukur Ya Allah dengan izinMu kami dianugerahi 2 Hero + 1 Girl. Dan bertuahnya kami salah seorang anak kami telah menjadi Ahli SyurgaMU walaupun kadangkala kami rindu akan anak itu. SesungguhNYA segala ketentuan itu dariMU dan kami tempuhi segala-galanya dengan penuh kesabaran. Berikan kami cahaya untuk ke JalanMU.


 Chatz Brasserie @ ParkRoyal KL

Hi - Tea @ ParkRoyal KL
Disinilah tempat makan yang kami pilih
Inilah kami sekeluarga. Kini cuma tinggal 2 Hero penghibur suka dan duka kami suami-isteri.

 Pink-Guava Juice, Orange Juice, Apple Juice & Longan

Blueberry Crumble Bread.

Ice-Cream Haagen Dazs perisa Strawbery. Berkali2 kami mencubanya.


Kanak2 diberikan belon. Tengok tu Mukhriz sudah kekenyangan. Terbaring di kerusi. Belon diikat di tangannya takut  belon terbang.


Lolipop yang dibawa pulang. Lolipop ini perisa Cherry, Rasberry & Orange, Diakhir2 lolipop ini terdapat lapisan coklat yang enak. Lolipop ini diberi semasa datang, semasa diberikan belon dan semasa mau pulang. Bawa pulang sebab tak larat nak makan di sana.
Aniversary Gift sempena 12th years. Berwrapping "Love You & Love Forever". Thank You papa.

Kuiz: Jawi & Khat Sempena Maulidur Rasul

Tempat ke 3. Kuiz: Jawi & Khat Sempena Maulidur Rasul

Jumaat lepas, Sekolah Kebangsaan anak2 saya mengadakan Sambutan Maulidul Rasul. Setiap kelas untuk Tahap 2 iaitu Tahun 4,5 dan 6 diadakan kuiz.

Along menang tempat ke 3 untuk kuiz tersebut. Kuiz tersebut ialah menulis jawi dan khat bertema Maulidur Rasul 1434H. Tema Maulidul Rasul untuk tahun ini ialah "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH".

Along gembira kerana mampu mengeja / menulis jawi dan khat dengan tepat berdasarkan tema Maulidur Rasul 1434H iaitu "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH". 

Inilah pencil case yang bertemakan SpongeBob

Along kata dia nak guna pencil case SpongeBob di rumah sahaja sebabnya ada gambar kartun SpongeBob. Along dah besar, dah tak sesuai dan pakai alatulis yang ada gambar Kartun. Dah besar dah anak mama ni.

Friday 25 January 2013

Sogo Member Day Card 2013 (25 jan 2013 & 26 jan 2013)

Sogo Member Day Card 2013 (25 jan 2013 & 26 jan 2013)


Jumaat dan sabtu 25 jan 2013(jumaat) & 26 jan 2013(sabtu) adalah hari  Sogo Member Day Card 2013. Ni yang tak sabar nak terjah lunch ini. Jom kita ke sogo. Sah2 ramai orang. Tak pergi tak senang duduk lak. Nak kena pergi juga nii. 

Sempena  Sogo Member Day Card 2013 ini, SogoKL akan dibuka jam 9.00 pagi dan akan ditutup jam 11.00 malam. Apa lagi, jom kita terjah shopping mall itu.

Lunch ini saya akan pergi scan2 dulu apa nak dibeli. Kira2 budget dulu. Petang nanti after kerja saya akan ke sana lagi untuk membelinya. Nak beli & bayar time lunch nii sah2 pukul 3++ masuk ofis. Jadi baiklah saya ke sana lagi petang nanti.

Sambutan Maulidur Rasul di Sekolah


image google Sumber : carigold.com

Hari ini jumaat 25 Jan 2013 sekolah agama anak2 saya diberikan cuti sempena Maulidur Rasul. Bagi sekolah kebangsaan pula anak2 saya hari ini perlu memakai  baju melayu dan bersongkok.

Selasa lepas Along beritahu saya yang dia perlu pakai baju melayu. Terdetik dalam hati saya "masih muatkah baju melayu 2 tahun lepas?". Hal ini membuatkan saya risau.

Tahun lepas saya tak beli  baju melayu untuk mereka kerana mereka  memakai jubah ketika hari raya. Apa lagi terus cari baju melayu untuk Along. Sah memang tak muat. Apalagi lagi saya pun cuba adjust pinggang seluar kasi muat. Yes! berjaya. Dapat la Along pakai baju melayu berwarna hijau. Dia tak nak pakai baju melayu biru sebab katanya sambutan raya tahun lepas dia dah pakai baju biru. Saje tau Along ni..


Pagi tadi konon2 nak la ambil gambar Along berbaju melayu hijau itu. Mana nak Along bergambar pepagi buta ni... jadi tak de la gambar nak diselit kat sini.


Mukhriz tak ada masalah bab baju melayu. Masih muat lagi baju melayu 2 tahun lepas. Senang hati mama. Mukhriz sekolah kebangsaan sesi petang. Jadi pagi ini dia kena pergi taska dulu sebab sekolah agama kan cuti. Ini lah baju melayu yang bakal Mukhriz pakai petang nanti.



Mentang2 la pagi ni tak sekolah agama, maka Mukhriz minta saya hantarkan dia terus ke taska. Katanya nak pergi main. Amboi-amboi, breakfast pun tak nak. Jadi saya bekalkan Mukhriz corn flake + susu dutch lady full cream. Mukhriz bawa BEN10 UNO untuk main dengan kekawan di taska. Tak nak duduk rumah tgk TV / main games sedangkan En.H pergi kerja lambat. Sabar je la. Saje nak melambat-lambatkan mama sampai ofis. Alhamdulilah sampai awal juga kat ofis sebab hari nii jalan clear. Kalau tak, tak pasal2 lewat hari ini.

Bila asma datang lagi

 


Semalam 24 Jan 2012 Along diserang lelah / asma. Semalamkan public holiday(Maulidul Rasul), maka banyak klinik yang tutup. Selalunya kami ke K*MC Puchong. Tapi semalam kami try terjah di Klinik baru yang terletak berdekatan tempat AlongTuisyen. 

Alhamdulilah klinik itu buka. Tak payah nak ke K*MC Puchong. Klinik tersebut ialah Klinik Daljeet Sandhu. First time datang sini, sangat suka dengan layanan Doktor yang bertugas dan penerangannya pun jelas. Ramah dan baik doktor yang bertugas itu. Lain kali boleh datang sini lagi sebab dah ada rekod perubatan di sini.

Along dah kena ambil dos remaja / dewasa, alahai anak mama dah meningkat remaja / dewasa rupanya. Kejap je masa berlalu. 


 

First time dapat ubat dalam beg kertas ini. Sangat sesuai untuk proses kitar semula. Kertas senang di lupus berbanding plastik. Yang menariknya terdapat tisu poket diletakkan dalam beg kertas ini. Sangatlah sesuai dapat tisu tersebut sebabnya masa itu Along ada selsema dan juga batuk, bolehlah guna tisu itu terus.


Bila dapat bil. Alhamdullilah, cuma RM78. Jauh bezanya jika dibandingkan dengan K*MC Puchong yang kadangkala cecah RM1**++. Bil ini atas nama saya sebab senang saya nak claim(medical claim ofis) nanti.

Wednesday 23 January 2013

Mencuba resepi myChef

Iklan oh iklan. Kekadang akan membuatkan kita untuk mencuba atau membeli barangan yang diiklankan.Tambah2 lagi jika sesapa yang mengikuti Master Chef di Astro.

Iklan produk myChef ini membuatkan saya ingin mencubanya. Nak-nak saya yang tak berapa pandai memasak ini. Sangat la sesuai di saat darurat bila 2 hero  mengadu lapar.


Iklan Produk MyChef dari Youtube


Ayam Kalio & Brown Rice Pilaf keluaran produk myChef. Ayam Kalio ini reganya RM9++ & Brown Rice Pilaf reganya RM4++. Hidangan untuk 2 orang makan untuk setiap kotak ini.

Sila baca panduan di kotak.


 Ready untuk memasukkan Ayam Kalio & Brown Rice Pilaf ke dalam Microwave. Sila baca panduan di kotak ya.

Inilah microwave saya yang dah berzaman saya gunakan sejak tahun 2000 lagi. Microwave ini dibeli kerana rupanya seperti IMAC tahun 2000. Masa tahun 2000 IMAC berwarna hijau, biru dan pink. Maka syarikat Sharp juga mengeluarkan microwave ini yang warna seperi IMAC itu. Hingga kini saya masih menggunakan Microwave ini.

Ready untuk dimakan.

Rumah Bangi yang tidak pernah didiami oleh kami

Ahad pagi 20 Jan 2013 saya ke rumah yang saya  @ Bandar Baru Bangi. Dah lama rumah ini siap. Selama 2 tahun rumah ini tidak diduduki. Ini kerana untuk saya tinggal di Bangi saya rasa agak jauh untuk saya berulang ke KL dan En.H berulang ke Shah Alam. Dan yang paling utama kenapa saya tidak berpindah ke sini kerana permintaan Along untuk stay dan belajar di Bandar Kinrara.

Saya beli rumah ini pada 2006 dan rumah ini siap 2008. Masa book rumah ini saya bekerja di Serdang dan En.H bekerja di Sri Petaling. Pada masa beli itu memang dekat dengan tempat kerja kami. Bila dah siap rumah ini. Kami dah berpindah kerja di mana saya bekerja di KL dan En.H bekerja di Shah Alam. Akhirnya setelah 2 tahun membayar rumah ini tanpa kami duduki. Akhirnya rumah ini telah pun diberi sewa pada akhir 2010.

Dan pada ahad lepas kami ke rumah ini disebabkan masalah pagar yang dah nak tercabut dan masalah pintu dapur yang di mangga tidak boleh dibuka oleh penyewa. Pagar nak tercabut kerana lock untuk kedua-dua belah pagar tidak sama dan lama kelama-lamaan pagar ini susah untuk ditutup. Manakala pintu dapur yang di mangga tidak boleh dibuka kerana kereta penyewa ini telah dicuri di tempat kerja dan kunci mangga tersebut ada dalam kereta tersebut.

Inilah pintu pagar yang rosak ini. Kami janji dengan En.Rizal untuk baiki pagar jam 10 pagi. Bila kami sampai orang tersebut dah sampai dan dah keluarkan beg alatan untuk perbaiki pagar ini. Kerjanya sangat kemas. Terima kasih En.Rizal. Bayaran yang dikenakan juga berpatutan. Kebetulan jiran rumah NO 12 juga rosak pagar kerana wifenya terlanggar pintu pagar dengan kereta. Rezeki En.Rizal hari itu, selepas selesai rumah saya, Terus ke rumah NO 12 tersebut. Jika anda khidmat membaikpulih:kunci grill,engsel grill, sliding grill, engsel pagar patah, memotong kunci mangga bolehlah hubungi En.Rizal di talian  013-2218711 (khidmat sekitar kajang bangi putrajaya cheras )

Ini pula bahagian dapur yang dah lama tak dimesin rumput dek kerana mangga pintu pagar belakang dan pintu pagar dapur tidak boleh dibuka kerana kunci mangga hilang. Akhirnya mangga tersebut boleh dibuka setelah dipotong dengan alat grill pagar.


Di kawasan perumahan ini. Tukang mesin rumpun akan datang dengan basikal atau motor dan akan bunyikan loceng seolah2 macam penjual ice-cream. Senang untuk penghuni disini jika mahu memesin rumput. Tapi upahnya saya rasa macam agak mahal. RM40 untuk mesin rumput belakang dan depan. Belakang  rumah cuma 10 kaki sahaja dan hadapan rumah cuma kecil je yang tak bersimen / ada rumput. Jika di kawasan perumahan Bandar Kinrara untuk memesin rumput belakang dan depan cuma RM20-RM25 je. Sedangkan laman lebih kurang besar ni juga. Yang untung warganegara bukan Msia yang bekerja mesin rumput ini.



Rumah yang telah siap dibina 2008. Tapi kami tidak pernah dudukinya. Kini dah tahun 2013.

Memilih End Lot kerana nak extra space untuk parking disisi rumah.

Hati tergoda masa beli rumah ini dek kerana tingkap yang panjang ini. Tingkap ini bertentangan dengan tangga rumah.

Ada berenda konon2 boleh lepak2. Mana boleh lepak sebab tak pernah duduk sini. Tinggal angan2 je la. Sekurang-kurangnya rumah ini dijadikan investment sebab harga rumah di bangi dah naik reganya.
Akhirnya orang lain yang tinggal di rumah ini

Mari nikmati Walls Selection Gold

Petang sabtu selepas ambil Mukhriz dari Karate, saya singgah di Giant Bandar Kinrara untuk membeli beberapa barang dapur. Sesi tinjau meninjau di Giant membuatkan Mukhriz berhenti di tempat Ice-Cream.

Inilah perbualan saya dan Mukhriz.

Saya : Mukhriz nak ice-cream ni ke?

Mukhriz : Nak. Mama ada duit x?

Saya : Ada. Pilihanlah mana satu yang Mukhriz nak.

Mukhriz : Boleh x Mukhriz beli 2?

Saya : Kenapa nak beli 2?

Mukhriz : 1 Mukhriz nak beli yang Hazelnut Brownie dan 1 lagi Berry Strawberry

Saya : Pilihan satu je la Mukhriz. Kita try perisa baru nak x? Sambil menunjukkan gambar perisa baru tersebut

Mukhriz : Boleh la mama, 2 ice-cream ni. Mama ingat x yang Feqah suka makan ice-cream Berry Strawberry ni. Mukhriz & Along suka Hazelnut Brownie 

Tetiba saya terdiam. Dalam hati berkata "patutlah Mukhriz berhenti di tempat ice-cream ini, Mukhriz teringatkan adiknya (arwah Feqah Insyirah). Maka saya pun mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah walaupun masih ada benda yang belum dibeli. Ini kerana saya tersentuh dengan percakapan Mukhriz dan membuatkan saya mengimbas kenangan ketika arwah makan ice-cream ini.

Banyak kenangan yang ditinggalkan oleh arwah Feqah Insyirah kepada kami. Kekadang hati akan tersentuh apabila terpandang / teringat sesuatu kegemaran arwah Feqah Insyirah.  Pastinya arwah Feqah Insyirah lebih bahagia di alam sana.

Ice Cream : Wall Selection Gold
Perisa Berry Strawberry & Hazelnut Brownie menjadi pilihan Mukhriz.

Sekarang Mukhriz pun dah kuat makan. Risau takut jadi gemuk macam along

Monday 21 January 2013

Perjumpaan ibubapa Tahun 6


19 Jan 2013 ada perjumpaan ibubapa tahun 6 dan kokurikulum untuk murid2 tahun 3-6. Untuk masuk kawasan sekolah terpaksa melalui  Kesesakan lalulintas. Ini kerana masing2 ibubapa ingin menghantar anak ke sekolah. 

Saya drop Along dahulu di sekolah kerana kokurikulum bermula jam 8.00 pagi. Kemudian saya pergi breakfast dengan En.H dan Mukhriz.

Perjumpaan ibubapa bermula dengan pendaftaran ibubapa(8.30a.m-9.00a.m). Jam 8.55 pagi saya sampai di Dewan Sekolah. Kelihatan ramai ibubapa yang hadir. Pihak sekolah terpaksa membuat tambahan kerusi untuk memastikan ibubapa mendapat tempat duduk. Jam 9.00 pagi taklimat bermula.

Tahun 2012 seramai 76 murid mendapat 5A dan  28 murid mendapat 4A 1B. Tahniah buat murid2 tersebut.

Tahun ini pihak sekolah target seramai 100 murid untuk mendapat 5A. Terdetik dalam hati saya "alangkah bahagianya jika salah seorang itu adalah Along". Semua itu ketentuan Illahi.

Sebagai ibu, saya hanya mampu berdoa dan menolong setakat mana termampu untuk membantu Along. Along juga telah berusaha. Sebagai ibu saya akan menerima apa2 pun keputusan yang bakal Along perolehi kerana itulah ketentuan dariNYA. 

Apa yang penting USAHA, DOA dan TAWAKAL. Jika ada rezeki, Insya Allah 5A dalam genggaman. Jika tidak perolehi 5A, perjalanan masih panjang, boleh cuba untuk peperiksaaan yang akan datang.

Disini saya sertakan beberapa gambar perjumpaan ibubapa tahun 6 untuk tatapan pembaca blog saya.

Ibubapa diberikan program sepanjang tahun. Borang My School SMS juga perlu disi untuk memudahkan guru2 menghantar SMS  kepada ibubapa berkaitan aktiviti2 yang dilakukan oleh pihak sekolah.


Ramai ibubapa yang hadir

Selepas mendengar taklimat. Ibubapa dikehendaki membayar yuran sebanyak RM250. Bayaran tersebut boleh dibayar sebanyak 3X, 5X ataupun sekali.

Ini guru kelas Along yang sedang menulis bayaran. Saya memilih untuk membayar kesemua jumlah. Majoriti ibubapa membayar full amount.

Selesai buat bayaran saya lihat Along sedang membeli air. Senang je nak kenal Along, sebabnya Along bersaiz besar sedikit dari murid2 lain. Senang nak nampak dia.

Along & rakan2. Tengok tuu bezakan saiz Along dgn rakan-rakannya.

Mentang-mentanglah Along jumpa mamanya. Siap minta saya belikan kacang lagi untuknya. Sebab katanya dia balik kul 12tgh sedangkan mamanya balik kul 10.30 pagi.

Pameran : Visit Malaysia Year 2014 Tourism Carnival

Selama tiga hari Pameran Visit Malaysia Year 2014 Tourism Carnival  diadakan iaitu pada 18 Jan 2013(Jumaat) -20 Jan 2013(Ahad).  Masih jauh lagi untuk ke 2014 namun pameran ini telah diadakan. Tujuan pameran ini ialah untuk menarik  28 juta pelancong pada 2014.

Pelancaran rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Jan 2013(Sabtu) jam 8.30 malam dengan pelbagai persembahan menarik.

Saya ke sana pada  18 Jan 2013(Jumaat) selepas pulang dari kerja. Tinjau2 di pameran ini. Sempat juga saya membeli. Disini saya sertakan gambar2 buat tatapan pembaca blog saya.



Alat muzik tradisional : Bonang

Alat muzik tradisional : Gambang

Alat muzik tradisional : Gendang
Terdapat juga Booth Ducati

1 Malaysia Pavilion Booth

Booth Melaka Wonderland. Buy 1 free 1 Waterpark. Expired Jun2013. Saya tak beli tiket ini sebab rasanya tak berpeluang ke sana walaupun tiket akan expired Jun 2013.

Booth Berjaya Times Square. Adult RM25, Child RM 20. Saya tak beli tiket ini sebab dah pernah berkunjung disini tahun lepas.

Hiasan lampu2 berbentuk haiwan yang terdapat di Sabah

Hiasan lampu bertema gajah2.

1 Malaysia Bersih & Indah

Booth Batik. Jika anda berminat mewarna batik, anda boleh beli lukisan batik ini dan warna batik disediakan bersama2 lukisan batik tersebut.

Dapat beg ini dari Kidzania setelah membeli tiket Kidzania

Saya beli tiket Kidzania ini untuk 2 kids + 1 Adult cuma RM118. Expired Mac. Plan nak pergi CNY nanti sebab kami tak ada plan ke mana2 ketika CNY nanti.

Booth Sunway

Terdapat pelbagai gerai jualan disini. Saya singgah di Booth Kek Lapis Sarawak. Pelbagai warna dan nama untuk kek lapis ini.

Kek Lapis Awan Nano menjadi pilihan saya. Kenapa kek ini diberi nama Awan Nano sebabnya tgk tuu...coraknya berawan. Sedap kek ini dah habis dah kami makan. Satu paket kek ini cuma RM10.

Singgah di surau ini yang terletak berhadapan LRT Bukit Jalil untuk solat Maghrib + Isyak.

Terdapat 5 pentas untuk persembahan untuk pelancaran "Visit Malaysia Year 2014 Tourism Carnival"
Para peserta yang terlibat dalam persembahan pada malam perasmian 

Para peserta yang terlibat dalam persembahan pada malam perasmian
Latihan terakhir sebelum malam perasmiaan. Ella dan Jimmy Palikat menyayikan lagu "1 Malaysia" & "Iam4U"