-

Thursday 3 March 2016

Lucky Draw - Dapat Bear


Dah lama dapat Bear ini. Dapat dari mana ya? Dapat setelah membuat pembelian RM250 ke atas dari kedai KiDSTYLE / KiDSPORT @ The Garden Mall.


Kalau arwah Feqah Insyirah ada ni, mesti dia seronok dapat tambah koleksi bear . Koleksi bear arwah pun ada juga style bear macam ni. Masa dapat bear ni salesgirl tanya mana gegirl saya nak kasi bear ni, saya jawab saya lah gegirl dalam family kami sekarang. Tetiba rasa sedih pula mengenangkan arwah Feqah Insyirah bila dapat lucky draw bear itu.


Sabar2 ni kat shopping Mall jangan air mata ni menitis. Anak2 saya(Along & Mukhriz) memang dah faham perasaan mama & papanya bila kami tetiba rindu akan arwah. Hakikatnya mereka ber2 juga sering sembunyikan perasaan mereka bila mereka ingat arwah adik mereka. 

Brand Oshkosh Bgosh merupakan antara favourite pakaian anak2 masa mereka kecil2 dulu. Now, pakaian Oshkosh Bgosh yang ada masih boleh dipakai oleh Muayyad walaupun pakaian itu telah dibeli hampir 15 tahun lepas. Masih elok lagi.



Beli kasut Nike Mukhriz di kedai ni. Lucky draw dapat  bear di atas. 





Inilah kasut pilihan Mukhriz kali ni. Asyik la nak beli sport shoes. Kasut ni untuk jejelan & untuk dipakai semasa hari ada PJ/ Sukan di sekolah kebangsaan.Pergi sekolah kebangsaan pun nak gilir2 sport shoes. Anak Oh anak. Satu2 sport shoes tu reganya boleh tahan. Layan je la mereka janji mereka happy dan kita pun happy dapat tunaikan permintaan mereka.