-

Monday 31 December 2012

Weekend @ Sunway Lagoon


Sabtu 29/12/2012 kami ke Sunway Lagoon. Dah ama beli tiket  Sunway Lagoon ini. Beli di Matta Fair sept 2012 lagi dan valid sampai 31 Dec 2012. Tiket ini buy 1 free 1. Harga tiket ini saya beli cuma RM180 untuk kami 2 Adult + 2 Child  dan boleh masuk kesemua  park yang terdapat @ Sunway Lagoon.



Sunway Lagoon dibuka jam 10am-6.00pm. Anda juga boleh membeli tiket Sunway Lagoon secara online ataupun boleh dibeli dikaunter Sunway Lagoon. Di kaunter tiket harga untuk 2 adult + 2 child = RM275 (*hanya untuk pemegang Mykad/My kid  sahaja). Ataupun boleh beli berasingan di masa harga dewasa RM90 dan harga kanak2 RM65.(*hanya untuk pemegang Mykad/My kid  sahaja). Percuma untuk kanak2 dibawah 90cm.
 
Along + Maskot Sunway Lagoon

Untuk parking ke Sunway Lagoon anda boleh parking dalam Sunway pyramid ataupun parking depan hotel Sunway Resort / Pyramid Tower Hotel. Untuk harga parking dalam Sunway Pyramid ialah 1st 2 hours RM 3.00, Every Sub hr or part thereof RM 1.00 dan Max RM 10.00. Tapi pastikan anda datang awal sebab selalunya agak susah untuk dapat parking disini jika datang lewat.

Memandangkan saya sampai area Sunway Lagoon awal iaitu jam 10.15 pagi, maka kami memilih untuk parking di kawasan deretan bank2 dan juga lot2 kedai bersebelahan Sunway Pyramid. Tidak perlu membayar parking disini kerana weekend. Kami parking betul2 depan 7 Eleven yang berdekatan dengan KFC. Jimat duit parking.

4 waistband Sunway Lagoon untuk kami sekeluarga

Memandangkan weekend & school holiday agak lama juga beratur untuk membeli dan mendapat waistband. Kami menunggu hampir 30 minit sedangkan ketika itu baru jam 10.30 pagi. Ramai betul pengunjung ketika itu.



Minuman & makanan luar tidak dibenarkan dibawa masuk

Sebelum masuk ke Sunway Lagoon beg2 akan diperiksa untuk memastikan tiada makanan / minuman di bawa masuk. TETAPI saya tengok ramai juga yang membawa air mineral 500ml setiap seorang. Air mineral itu boleh pula dibawa masuk. Rasa rugi tak bawa air sebabnya untuk sebotol air mineral berharga RM2.50-RM4 didalam Sunway Lagoon.



Harga2 Equiment untuk disewa.


Ini pula harga untuk Single Tube, Double Tube, Body Board & Surf Board. Pastikan anda pulangkan semula equiment2 yang disewa sebelum jam 6.00 petang untuk mendapatkan semula deposit. Pastikan equiment yang dihantar mempunyai nombor yang sama dengan di tag di tangan anda untuk mendapatkan deposit tersebut.

Klik untuk mengetahui tentang Sunway Lagoon:
  1. Amusement Park @ Sunway Lagoon
  2. Extreme Park @ Sunway Lagoon
  3. Waterpark @ Sunway Lagoon
  4. Wildlife Park @ Sunway Lagoon
  5. 5D WaterPlexx @ Sunway Lagoon

No comments:

Post a Comment