-

Wednesday, 29 February 2012

Istana Negara Jalan Duta


Istana Negara sudah berpindah ke Jalan Duta, Kuala Lumpur. Istana Negara mercu tanda Raja Berperlembagaan di Malaysia. Terletak di atas bukit, sangat cantik dan tersergam indah.  

Kawasan yang lapang sangat sesuai untuk para pengunjung datang melawat. Pelancung-pelancung asing yang ramai berkunjung ke sini. Hanya segelintir sahaja rakyat Malaysia yang kelihatan.Sesapa yang bawa anak-anak kecil usah bimbang, boleh lepaskan anak-anak anda berlari2.

Sesapa nak bergambar dengan Abang berkuda silakan. Kuda itu asyik bergerak sana sini mungkin rimas kot dengan orang ramai yang asyik nak bergambar.


Pintu gerbang yang cantik. Ramai yang bergambar disini. Dari pintu gerbang ini kita boleh nampak istana.
Zoom kamera dari pintu gerbang untuk mengambil gambar istana. Walaupun dari jauh, ternyata istana dan landskapnya menarik.


Saya ke Istana Negara ini dengan adik saya, cuma saya dan family adik saya je ke sini.  Saya tak bawa anak-anak ke sini, memandangkan destinasi seterusnya ialah cuci mata @ shopping mall bersama family adik saya.

No comments:

Post a Comment