-

Friday, 2 March 2012

Sifir Oh Sifir

Sifir Oh Sifir macam mana nak ingat sifir. Bagi along, menghafal sifir adalah sukar baginya. Selalu terlupa dan sering silap kira. Hafal sifir bermula dari tahun 2 lagi. Sebagai ibu saya perlu berikan perhatian dan sokongan untuknya. Sifir sangat penting untuk mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran matematik.


Terdapat pelbagai teknik untuk menghafal segala formula matematik dan menghafal sifir. Kebiasaanya pihak sekolah akan mengadakan seminar bijak matematik dan sesapa ibubapa yang minat boleh turut hadir. Semasa along tahun 3, dia telah mengikuti seminar tersebut. Buku yang disyorkan ialah EASY MATH(Formula Matematik). Bagi anak-anak yang cepat belajar satu bonus untuk mereka. Tapi bagi anak-anak yang fokusnya sederhana mungkin akan menambahkan lagii kemusykilan mereka.

Along sangat suka buku sifir ini.
Dalam banyak2 buku sifir. Along sangat suka menggunakan buku sifir ni, buku sifir ini diperolehi semasa ke pameran Smartkids 2010 lagii iaitu semasa along tahun 3. Ke booth tersebut untuk tanya bertanya tentang tuisyen matematik di KUMON. Setelah mendengar tentang bayarannya yang WOW tuu. Saya abaikan niat saya. Lagipun masa tu, along baru tahun 3.

Buku sifir ini senang di belek2. Ini sifir dari no ganjil. Sifir 3,5,7,9 dan 11
 Ini pula sifir dari no genap. Sifir 2,4,6,8 dan 10


10-17 Mac nanti cuti sekolah bermula. Sebelum musim cuti sekolah semestinya akan ada exam. Pastinya sifir amat saya tekankan untuk along. Alhamdulilah kini, along dah hafal sifir2 dan formula matematik. Namun begitu, saya tetap akan menanya sifir2 tersebut jika mengajar along membuat ulangkaji matematik.




No comments:

Post a Comment