-

Wednesday, 8 February 2012

Andamai Spa @ Seksyen 7 Shah Alam

Terletak di Seksyen 13 berdekatan dgn Ambank


Hari Wilayah yang lalu (1 feb 2012 -rabu) saya telah ke Andamai Spa di Seksyen 13 untuk memanjakan diri. Anak2 semua sekolah, jadi saya mengambil peluang ini untuk merehatkan diri sementar. Saya book untuk ke sana dalam jam 1.00 tghari. Saya memang dah area di area Shah Alam dr jam 10 pagi lagi. Tapi memandangkan ada urusan lain. Saya agak lambat ke sana. Kebetulan pula, masa nak ke sana. Jem disetiap roundabout. Saya tiba lambat 30 minit dari yang dijanjikan.



 
Sekrg ready for treatment. Dimulakan dengan Full Body Detoxifying Massage. Bestnya bila di Massage. Hilang segala lenguh2 badan.

Step ke 2, Full Body Scrub. Sesi menyental badan. Selesai body scrub, saya diberikan kain untuk berkembang. Sesi berendam.

 
Sesi berendam

Step ke 3, Berendam dalam Salt Bath selama 30 minit. Walaupun menggunakan air suam, saya tetap kesejukan. Ialah dari step 1 dan 2 dgn aircond yang sejuk, terus berendam mau tak kesejukan saya. Kalau nak berendam dgn milk ada extra charge iaitu RM20. Saya tak ambil pun milk tu.

Syampu dan Shower Gel

Step 4, selesai berendam. Disapu pula dgn Body Moisturizing. Wangi dan segar seluruh badan. Time nii saya dah sms En.H untuk datang mengambil saya di Spa ini, tadi En H hanya drop by saya. Dan terus dia ke ofisnya di Seksyen 7.

 
Minum dulu seblm pulang

Step 5. Seblm pulang, pihak Spa menyediakan Detoxifying Ginger Tea. Habis je minum. En H pun sampai. Seterusnya kami ke Empire Mall untuk makan-makan.

No comments:

Post a Comment