Sabtu lepas saya kerja half day. Hanya sekali sahaja untuk setiap bulan. Betapa malasnya saya setiap kali kena kerja. Saya ada tetamu weekend lepas. Tetamu tersebut ialah adik saya yang tinggal di Johor.
|
18 biji donut |
Pulang dari kerja, penuh dgn adik beradik saya. Mereka berkumpul di rumah saya sabtu lepas. Mak saya pun ada dirumah saya ketika itu, mak yang masak speasial untuk kami adik beradik dengan bantuan adik saya yang belum kahwin.Memandangkan masa untuk makan tenghari, saya sebagai tuan rumah terus nak siapkan meja makan untuk makan tengahari. Sekali terpandang 2 kotak Big Apple. Di situ hati ku berbunga2.
|
Masih terdapat 9 biji lagi yang tinggal
Susunan kotak semestinya yang kecil kat atas. Saya pun buka kotak kecil. Agak kecewa disitu sebabnya hanya kotak kosong. Anak2 saya dah usik saya " mama kotak je mama, kami dah makan semua, sapa suruh mama pergi keje". Dalam hati "tak kan tak simpan kan, 18 biji donut tak kan tak ada 1 untuk saya". Terus buka kotak besar. Hasilnya "terdapat 9 biji lagi donut". Rezeki saya hari tuu . Alhamdulilah.
|
No comments:
Post a Comment